.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Mar 5, 2019

Somniphobia Sumpahan Syaitan

SOMNIPHOBIA Sumpahan Syaitan
ISBN:  978-983-097-767-6
Kod: BP0039
Penulis: Iwan Reaz
Tebal: 480 ms
Saiz: L: 11.4 cm; H: 18.4 cm; W: 
Berat: 
Tarikh terbit: 5/3/2019
Harga: RM25.00/RM27.00*

SINOPSIS
Somniphobia ialah salah sejenis fobia atau ketakutan untuk tidur. Ia merupakan gangguan tidur yang luar biasa. Individu yang mengalami Somniphobia takut untuk tidur kerana takut untuk mengalami mimpi ngeri atau menyeramkan.

Anas, seorang pemuda yang baru meminati buku-buku genre seram. Dia telah membeli beberapa buah novel, termasuklah sebuah novel bertajuk Somniphobia yang diberi secara percuma. Sejak membaca novel Somniphobia, dia mula mengalami mimpi-mimpi seram yang dirasakan seperti benar. Malah, dia juga semakin keliru antara realiti dan mimpi. Pernah dia cuba untuk memulangkan dan membuang buku itu, tetapi usahanya menemui jalan buntu kerana ada ‘sesuatu’ yang mengganggunya. 


            Rakan di tempat kerja Anas iaitu Faiz, menawarkan pertolongan. Dia mengajak Anas untuk tinggal bersama dengannya setelah rakannya itu semakin tidak terurus. Anas menjadi somniphobia, iaitu takut untuk tidur kerana tidak mahu dihantui dengan mimpi-mimpi yang menakutkan.
            Walaupun telah berubat dengan Ustaz Khairil, Anas masih somniphobhia. Keadaan bertambah teruk apabila dia mengambil ubatan terlarang agar dia kekal berjaga sepanjang hari. Setelah tiga hari dalam keadaan seperti itu, Anas mulai jatuh sakit dan berhalusinasi. Puas Faiz memaksa Anas supaya tidur, namun rakannya itu tetap degil. Akhirnya Faiz mengambil keputusan untuk membawa Anas ke hospital.
            Belum sempat Anas dibawa ke hospital, Anas telah tertidur dan bermimpi ngeri. Dalam mimpinya itu, dia dihasut supaya menyembah syaitan. Mujur Anas masih punya iman dan melawan syaitan yang menggodanya. Jika tidak, besar kemungkinan dia akan terus tertidur dalam kemungkaran. Sebaik Anas sedar, Ustaz Khairil sudah berada di sisinya. Anas diberi rawatan.
            Anas bersama-sama dengan Faiz telah mengambil keputusan untuk membakar buku Somniphobia agar sumpahan buku itu berakhir buat selama-lamanya.

Tentang Penulis:

Iwan Reaz merupakan nama pena kepada pemilik nama Ridzuan Mohd Ghazali. Berasal dari Kajang, Selangor. Memegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (major Sains Aktuari) dari Temple University, Philadelphia, Amerika Syarikat. Kini bertugas sebagai Penolong Pengurus di bahagian latihan sebuah agensi berita.
Mula berkecimpung dalam bidang penulisan pada tahun 2009. Sehingga kini, sudah menulis 12 buah buku dan terlibat dalam 13 buku antologi bersama penulis lain. Antara buku yang ditulis ialah  Melodi Hati, Hazim Aizat & Muzik, Brr Sejuknya Salji, Diari Untuk Ibu, Goodbye New York, Philly Aku Culture Shocked, Suara Tanpa Bahasa, Memotret Kenangan.

Karya beliau bersama BUKU PURIS ialah kumpulan cerpen Hologram, novel seramistik Magna Sayap Hitam dan yang terbaharu novel Somniphobia


Selain buku, Iwan juga menulis skrip TV, cerpen, puisi dan artikel untuk disiarkan dalam majalah serta surat khabar tempatan. Iwan juga mengendalikan bengkel penulisan kreatif dan ceramah motivasi kepada pelajar sekolah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...