
36 Adab Terhadap Al-Quran
ISBN: 978-629-7556-73-4
Kod: GB0794
Penulis: Ustaz Hazri Hashim
al-Bindany
Saiz: 13.5 cm X 21.5 cm
(Portrait)
Jumlah ms: 152 muka surat
Content: Simili 80gsm / 1C
Kulit Buku: 260 gsm Art Card /
4C
Berat: 0.5 kg
Harga: RM20.00/RM22.00*
Sinopsis:
36 ADAB TERHADAP AI-QURAN yang
merupakan terjemahan dan ringkasan kitab Ta'zim al-Quran al-Karim susunan
Al-'Allamah asy- Syaikh As'ad Muhammad Said as- Saghirjiy, membicarakan satu
ilmu daripada beberapa perbahasan yang selayaknya diberi tumpuan dalam konteks
keimanan dan kebenaran Al-Quran, penghormatan dan cara beramal dengannya. Hal
ini sesuai dengan tuntutan memuliakan, mengagungkan dan mengamalkan al-Quran.
Kitab ini mengumpulkan huraian
tuntas berdasarkan al-Quran. hadis, atsar dan qiyas tentang adab yang dituntut
ke atas kaum Muslimin terhadap al-Quran al-Karim. Terjemahan dan ringkasan
kitab ini mengambil kira isi-isi penting dengan tidak mengulang hadis-hadis
yang sama atau hampir sama pada maksud.
Antara perbahasan menarik:
- Adab mempelajari al-Quran
dan mengajarkannya.
- Menghadirkan hati ketika
membaca al-Quran.
- Hukum mewaqatkan bacaan
kerana hendak bercakap.
- Fadilat surah-surah
tertentu.
- Hukum meletakkan sesuatu di
atas mashaf al-Quran, dan lain-lain.
USTAZ MOHD HAZRI HASHIM
AL-BINDANY
berkhidmat sebagai Penolong
Pengarah Sektor Kurikulum Pendidikan Islam & Bahasa Arab, Bahagian
Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau aktif menyampaikan
kuliah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dan merupakan Penasihat Pertubuhan
Darul Muhajirin Littafaqquh Fiddin, penggerak pengajian kitab- kitab turats di
Hulu Selangor. 36 Adab Terhadap Al-Quran merupakan karya kesebelas beliau
terbitan Galeri limu Sdn. Bhd.