.

. . . A S S A L A M U A L A I K U M . W R M . W B T . . . . . . S E L A M A T . B E R K U N J U N G . K E . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . . .

Aug 31, 2016

Panduan Imam Dan Makmum

JUDUL: SOLAT JEMAAH, PANDUAN IMAM & MAKMUM
PENULIS: USTAZ MOHD HAZRI HASHIM AL-BINDANY
KATEGORI: FARDU AIN
ISBN: 978-983-097-602-0
KOD: GB 0392
SAIZ: 8.5” x 5.5’’
TEBAL: 104 m/s
ISI DALAM: 2C
HARGA: RM 14.00/16.00* (Sabah Sarawak)



SINOPSIS:

SOLAT JEMAAH, PANDUAN IMAM & MAKMUM memperjelaskan hukum-hakam dalam solat berjemaah yang kurang diketahui umat Islam. Penjelasan disampaikan secara ringkas dan padat berdasarkan pendapat ulama dalam mazhab Syafi’i.

Antara persoalan yang diperjelaskan dalam buku ini:

         Imam dan makmum niat solat berbeza.
         Rukuk dan sujud serentak dengan imam.
         Hukum mufaraqah daripada imam.
         Makmum muwafiq dan makmum masbuk.
         Imam terlupa atau tersalah dalam solat.
         Peraturan susunan saf dalam solat jemaah.

         Istikhlaf (menggantikan imam).

----------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
----------------------------------------

Aug 24, 2016

Ubah

JUDUL: UBAH
PENULIS: Syed Alwi Alatas
ISBN: 978-983-097-596-2
KOD: GB0382
HARGA: RM 16
TEBAL: 128ms

SINOPSIS RINGKAS:

Buku ini membawakan tema tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan memulakan dan permulaan.  Setiap perkara dalam kehidupan ini ada mula dan ada akhirnya. Kita perlu tahu dengan yakin dan pasti apakah akhir yang hendak dicapai.  Akhir  atau  tujuan itu perlulah direnung dan difahami dengan sebenar- benarnya.

Apabila sudah pasti tujuan yang hendak dicapai, maka perlu pula diketahui jalan terbaik untuk mencapai tujuan itu. Sesudah tujuan dan jalannya dikenal pasti, barulah memulakan langkah pertama.

Hidup ini sangat penting dan kita hanya akan menjalaninya sekali sahaja. Maka tidak wajar seribu langkah kita jalani tanpa kita tahu ke mana akhirnya. Jadi hendaklah kita pastikan TUJUAN dan tahu JALANnya. Jika dua perkara itu sudah kita tetapkan, mulailah melangkah ke arah tujuan.

         Destinasi yang dituju mungkin jauh, jalan yang dilalui mungkin amat sukar, tetapi dengan izin Allah kita akan sampai juga. Yang penting, kita mulakan. Jangan hanya bermimpi.
         Kemudian teruskan, jangan sekali-kali menyerah kalah dan putus asa di pertengahan jalan.

Jika terasa perjalanan itu begitu sukar sehingga tak mungkin sampai ke tempat tujuan, fokus sahajalah kepada langkah permulaan, kerana permulaan itu dekat dan lebih senang untuk dilakukan.
                   
SYED ALWI ALATAS adalah seorang penulis prolifik dan kini dalam peringkat akhir pengajian Doktor Falsafah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Lebih dikenali sebagai penulis buku-buku motivasi, ternyata sentuhan tulisan beliau mampu membangkitkan keinsafan hingga 30 judul buku telah diterbitkan di Indonesia setakat ini.


Bersama dengan Galeri Ilmu Sdn. Bhd., sebanyak lima judul buku motivasi (Senyumlah, Mudahkan Jangan Susahkan, Bersyukurlah Kerana-Nya, Mencari Husnul Khatimah dan Mungkinkah ini Solat Terakhirmu?) dan sebuah novel (Destinasi) telah diterbitkan. UBAH merupakan karya terbaharu beliau yang pasti tidak mengecewakan mereka yang memilikinya.  Insya-Allah.

----------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
----------------------------------------

Aug 19, 2016

Be Strong

JUDUL: BE STRONG: Pujuklah Hati 3
PENULIS: Bonda Nor
ISBN: 978-983-097-605-1
KOD: GB0389
HARGA: RM 20/22*
TEBAL: 200ms



SINOPSIS:

Buku BE STRONG ini merupakan pengumpulan pesanan-pesanan yang dirungkaikan dalam bentuk puisi, petikan dan monolog. 

Menggunakan pendekatan yang digunakan di dalam al-Quran yang banyak mengulang perkara yang sama pada ayat dan surah yang berbeza, penulis juga sebenarnya banyak mengulang-ulang corak pemikiran yang sama. Bentuk dan bahasanya sahaja yang berbeza.

Beginilah cara penulis melatih tubi pemikiran pembaca untuk berfikir dengan corak yang sepatutnya. Sungguh, cara berfikir yang betul akan membantu kita untuk sentiasa tenang dan kuat biar apa pun dugaan yang datang.

Ujian demi ujian akan terus singgah di dalam hidup kita tanpa henti. Ia suatu janji. Kalau yang kita cari adalah ketenangan, maka kita tiada pilihan.

Belajarlah mengalah dan akur sahaja kepada semua takdir Allah. Maka insya-Allah, biar sehebat mana gelombang yang datang, kita masih mampu bertenang-tenang.

Selamat membaca Be Strong dengan doa daripada penulis agar sedikit perkongsian ini  berjaya dihadam, seterusnya membawa anda ke suatu zon kehidupan yang bernama ketenangan. Insya-Allah.







COVER BELAKANG:

#TWEET: Kerana aku benar-benar tahu – sungguh tidak ada sesiapa yang
                 sempurna. Tidak aku. Tidak engkau. Dan tidak mereka. Kerana
                 manusia tetap manusia.

#TWEET: Apa yang membuatmu resah itu kadang bukan musibah. Tapi
                 panggilan rindu daripada Allah.

#TWEET: Berdepan dengan ujian, kita tidak diberi banyak pilihan. Akur dan

                 bersyukur atau marah dan gelisah. Kita pilihlah.

---------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
Wsapp: 011 3293 3466
-----------------------------------------

Aug 1, 2016

Detik Itu... Dia Menguji Kita

JUDUL: DETIK ITU ... DIA Menguji Kita
PENULIS: Muhd Kamil Ibrahim & Noraini Bahari
ISBN: 978-983-097-588-7
KOD: GB0381
HARGA: RM 20
TEBAL: 208ms
SAIZ: 5.5” X 8.5”

SINOPSIS RINGKAS:

Buku ini merupakan tulisan bersama Prof. Muhd Kamil Ibrahim dan Noraini Bahari. Konsep asas penulisan karya ini adalah untuk mengingatkan diri akan kematian yang pasti menjelma. Namun, sebelum detik itu tiba, kehidupan ini akan dilalui dengan kehadiran pelbagai ujian.

Ujian sentiasa hadir. Dia mengajar kita untuk sabar dan solat. Itulah tanda redha menjadi tunggangan yang tidak memenatkan. Benar, sepanjang berusaha dan bertawakal, sudah pasti kita bertemu dengan onak, duri dan ranjau kerana kehidupan itu sendiri merupakan ujian besar. Kita dicipta dan dilahirkan di muka bumi ini semata-semata untuk menyembah dan beramal ibadat kepada-Nya.

Karya ini menampilkan kisah diri dan mereka yang hampir dalam melihat, merasai dan melalui setiap ujian-Nya yang datang bersilih berganti. Ujian biasa-biasa yang tidak terbanding dengan ujian para nabi dan rasul tetapi inilah teras penulisan yang mereka persembahkan kepada khalayak pembaca berkait dengan kisah-kisah kehidupan yang telah mereka lalui bersama dengan keluarga dan masyarakat. Tidak kiralah sama ada ia besar atau kecil, biasa atau luar biasa kerana sesungguhnya hidup adalah ujian.

Niat akhir penulis agar karya mereka ini menjadi penyebab untuk mereka dan khalayak mendekatkan diri kepada-Nya. Insya-Allah.

NORAINI BAHARI:

“Gila. Saya fikir begitu. Kebijaksanaan hilang di sebalik pangkat dan ilmu di dada. Masakan tuduhan mahu disamakan dengan kebenaran. 

Sungguh ... ia soal kewarasan dan kesabaran berfikir. Sekelip mata ribut fitnah ini melanda seluruh organisasi. Allah ya Allah ... ia di luar kemampuan sendiri untuk menahannya. Jika tidak dengan pertolongan daripada ... .”

MUHD KAMIL IBRAHIM:

“Tentu sekali saya tahu ia satu fitnah. Saya tidak mahu memikirkan kenapa dan mengapa ada manusia sanggup melakukan perkara tersebut. Apabila ada tuduhan, saya perlu menjawab segala-galanya dengan menyertakan bukti-bukti.

Sungguh ... sedikit sebanyak ia mengganggu rutin hidup. Tiada siapa yang boleh saya bercerita dan berkongsi rasa kecuali isteri, abah dan mak. Mereka boleh memberi semangat, tetapi akhirnya saya lebih tenang dengan ... .”

---------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
Wsapp: 011 3293 3466
------------------------------------------
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...