.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406
Showing posts with label 1 tasawuf. Show all posts
Showing posts with label 1 tasawuf. Show all posts

Jan 26, 2026

QALBUN SALIM: SYARAH PENAWAR BAGI HATI EDISI KEMAS KINI

QALBUN SALIM: SYARAH PENAWAR BAGI HATI EDISI KEMAS KINI (2026)
ISBN 978-629-7716-77-0
Kod: GB0928
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll
Tebal: 592 ms
Saiz: L: 16.5 cm; H: 23.5 cm; W:  3 cm
Berat: 0.78 kg
Harga: RM50.00/RM52.00*

Terbitan Pertama: Mei 2019

EDISI BARU, 2026:
>ISBN baru
>Kemaskini teks
>Kertas teks lebih berkualiti

SINOPSIS

Buku ini memperihalkan segalanya tentang hati yang menjadi perbahasan ilmu Tasawuf. Setiap sifat-sifat hati diterangkan dengan jelas, disertakan cara untuk membersihkan hati daripada sifat-sifat mazmumah dan menghiasinya dengan sifat-sifat mahmudah.

Mempelajari ilmu Tasawuf adalah fardu ain ke atas Muslim yang baligh dan berakal. Dengan mengamalkannya, mudah-mudahan kita beroleh redha Allah SWT di dunia dan akhirat.


KANDUNGAN

KITAB 1: MENJAGA 7 ANGGOTA ZAHIR
Fasal 1: Mata
Fasal 2: Telinga
Fasal 3: Lidah
Fasal 4: Perut
Fasal 5: Kemaluan
Fasal 6: Tangan
Fasal 7: Kaki

MENJAGA 7 ANGGOTA BATIN

KITAB 2: HATI DAN SIFAT-SIFAT MAZMUMAH (SIFAT-SIFAT YANG TERCELA)

Bab 1: Sangat Suka Makan
Bab 2: Banyak Bercakap
Bab 3: Marah
Bab 4: Hasad (Dengki atau Iri Hati)
Bab 5: Kedekut dan Sayang Kepada Harta
Bab 6: Suka kepada Pangkat (Jawatan atau Kedudukan)
Bab 7: Cinta kepada Dunia
Bab 8: Sombong (Takabbur)
Bab 9: Ujub
Bab 10: Riyak (Menunjuk-nunjuk dalam Beramal)

KITAB 3: SIFAT-SIFAT MAHMUDAH (SIFAT-SIFAT YANG TERPUJI)

Bab 1: Taubat
Bab 2: Takut kepada Allah SWT (Khauf/ خَوْفٌ)
Bab 3: Zuhud
Bab 4: Sabar
Bab 5: Syukur
Bab 6: Ikhlas
Bab 7: Tawakal
Bab 8: Cinta kepada Allah SWT
Bab 9: Redha
Bab 10: Mengingati Mati








Dec 12, 2025

Hakikat Tasawuf Amali (Ad-Durrus Saniyyah Syarah Kitab Qathrul Ghaitsiyyah)

Hakikat Tasawuf Amali (Ad-Durrus Saniyyah Syarah Kitab Qathrul Ghaitsiyyah)
Penulis: Dr. Shamsul Mohd Nor
Kategori: Kitab Turats
ISBN: 978-629-7716-83-1
Kod: GB0912
Saiz: 16.5cm x 23.5cm
Tebal: 336 m/s
Berat:
H
arga: RM35/RM37

SINOPSIS

Kitab Qathrul Ghaitsiyyah karya Tuan Hussain Kedah al-Banjari (wafat 1936) merupakan antara karya penting dalam disiplin tasawuf amali di Alam Melayu.

Kitab ini menghimpunkan intipati perjalanan rohani seorang salik dalam menyucikan jiwa dan mencapai Musyahadah — penyaksian hakikat ketuhanan — berpaksikan Al-Qur’an dan As-Sunnah. Ia menggabungkan pendekatan Tasawuf Sunni yang berpandukan syariat dengan Tasawuf Falsafi yang mendalam dari segi makrifah.

Melalui syarahan dan komentar yang dikemas dalam naskhah Hakikat Tasawuf Amali ini, pembaca dibimbing memahami konsep-konsep penting seperti Maqamat (tingkatan rohani), Ahwal (keadaan hati), Mukasyafah dan Musyahadah, dengan penjelasan berdasarkan karya besar para ulama seperti Imam Al-Ghazali (Minhajul ‘Abidin), Ibn ‘Atha’illah (Al-Hikam) dan Imam Al-Qusyairi (Risalah al-Qusyairiyyah).

Setiap bab menegaskan bahawa ibadah dan zikir bukan jalan untuk mencari kasyaf atau karamah, tetapi semata-mata sebagai usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Kitab ini menjadi jambatan antara ilmu dan amal, antara syariat dan hakikat — membawa hati menuju ma‘rifatullah dengan penuh adab dan disiplin rohani.


Tentang Penulis:

Dr. Shamsul Mohd Nor merupakan graduan Pusat Pengajian Islam Ismail Aga, Fatih, Istanbul. Turki. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Syariah, dari Jami'ah Al-Aqidah Jakarta, Indonesia, Ijazah Sarjana Al-Qur’an dan As-Sunnah (Hadis) serta Ijazah Kedoktoran Usuluddin dan Falsafah (Tafsir Al-Qur’an) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Berpengalaman luas dalam bidang dakwah dan konsultasi syariah. Merangkap sebagai Pengarah Akademi Al-Badar, Pengasas Sistem Genius Membaca Al-Qur’an dalam Masa 3 Hari dengan Kaedah Al-Badar, Pengerusi Yayasan Itmam, Mudir Maahad Tahfiz Al-Muhammadiyah, Pengarah Latihan dan Bina Insan di Pearl Mentor (M) Sdn. Bhd., Pengerusi Pusat Pengajian dan Dakwah Islamiyah Raudhah Maghfirah (PUSDA’l). Beliau juga Penyelidik dan Pentadabbur Al-Qur’an dalam rancangan Quran@114 di TV AlHijrah dan panel tetap program Tadabbur Al-Qur’an di Radio IKIM. Telah menulis lebih daripada 30 buah buku. Hakikat Tasawuf Amali merupakan naskhah ke-18 beliau terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.















Nov 20, 2025

PATI 'ILMU TASAWUF

PATI 'ILMU TASAWUF
Penulis: Ustaz Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaludin
ISBN: 978-629-7716-78-7
Kod: GB0910
Saiz: 13.5cm x 21.5cm (Portrait)
Tebal: 70 ms
Berat:
Harga: RM15.00/RM17.00

SINOPSIS:

Pati ‘Ilmu Taawwuf merupakan risalah ringkas dan padat yang menghimpunkan inti ajaran taawwuf sebagaimana dihuraikan oleh al-Syeikh Muammad Idris bin ‘Abd al-Ra’ūf al-Marbawī al-Azharī — tokoh ulama Melayu yang tersohor.

Karya ini membimbing pembaca memahami makna hakiki ilmu Taawwuf: Membersihkan hati hanya untuk Allah, menyaksikan keagungan-Nya, dan menghapuskan segala keterikatan kepada selain-Nya.

Melalui penjelasan yang tersusun, pembaca diajak mengenal:

•           Hakikat ilmu Taawwuf dan kesannya pada jiwa kehambaan,

•           Pokok pangkal taawwuf; rasa takut dan cinta kepada Allah,

•           Peringkat-peringkat taqwa, istiqāmah dan niat kehambaan,

•           Adab hati dan hubungan sesama makhluk,

•           Serta tiga asas penyempurna taawwuf: Tawakkal, ma‘rifah diri, dan mengingati kematian.


Buku ini merupakan panduan menuju penyaksian hakikat “tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah”. Sebuah naskhah yang menuntun hati kembali kepada erti sebenar ‘ubudiyyah.









Oct 31, 2025

Prinsip dan Pedoman Jalan Kesufian

Prinsip dan Pedoman Jalan Kesufian
Penulis: Ustaz Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaludin
ISBN: 978-629-7716-72-5
Kod: GB0902
Saiz: 16.5cm x 23.5cm (Portrait)
Tebal: 384 muka surat
Berat:
Harga: RM35.00/RM37.00

 SINOPSIS:

Dalam dunia moden tanpa sempadan dan penuh kekeliruan ini, ramai tersalah faham atau cuba memahami mencari hakikat bahagia dan kehambaan sebenar. Buku ini membawa pembaca menyelusuri akar dan asas tasawuf Islam yang murni dan praktikal — bukan sebagai fahaman asing, tetapi sebagai cabang penyempurna iman, Islam dan ihsan sebagaimana diwarisi daripada Rasulullah .

Melalui penjelasan yang mudah difahami dan berpaksikan sumber sahih — Al-Qur’an, al-Sunnah, serta hikmah ulama sufi muktabar — penulis menghuraikan hubungan antara ilmu dan amalan, antara guru dan murid, serta antara syariat dan hakikat. Ia bukan sekadar teori, bahkan panduan hidup yang praktikal untuk menyucikan hati, mendidik jiwa dan mencapai ketenangan yang hakiki.

Ditulis dengan bimbingan dan sanad keilmuan yang jelas, karya ini menjadi jambatan antara pencinta ilmu dengan para pewaris jalan para arifin billah. Ia menyeru kita kembali kepada tujuan asal tasawuf — menjadi hamba yang benar kepada Allah, dengan hati yang bersih dan amal yang ikhlas.

Sep 18, 2025

RINGKASAN NASIHAT AGAMA DAN WASIAT IMAN

RINGKASAN NASIHAT AGAMA DAN WASIAT IMAN
AL-HABIB ABDULLAH BIN ALAWI AL-HADDAD
Ringkasan & Takhrij: Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
ISBN: 978-629-7716-66-4
Kod: GB0896
Saiz: 16.5cm x 23.5cm (Portrait)
Tebal: 408 muka surat (1C)
Berat:
Harga: RM40.00/RM42.00

Blurp:

Buku ini merupakan himpunan nasihat rohani dan bimbingan praktikal yang ditujukan kepada setiap muslim yang ingin memperkukuh keimanan, memperbaiki amalan dan medekatkan diri kepada Allah. 

Ditulis oleh seorang ulama besar dari Yaman, Imam Al-Haddad, karya ini  bersifat ringkas tetapi padat dengan hikmah, menjadikannya sesuai untuk bacaan harian atau sebagai panduan sepanjang hayat.


NASIHAT AGAMA: Menyentuh perkara-perkara asas dalam agama seperti keikhlasan, taubat, syukur dan tawakal. Imam Al-Haddad menekankan pentingnya menjaga hati dan niat dalam setiap amalan.

WASIAT IMAN: Merupakan pesanan-pesanan penting untuk memperkukuh akidah dan hubungan dengan Allah. Buku ini mengajak pembaca untuk sentiasa mengingati akhirat, menjaga solat dan menjauhi maksiat.

AMALAN HARIAN & ADAB: Panduan tentang bagaimana seorang muslim sepatutnya menjalani kehidupan seharian dengan adab yang baik, termasuk cara berinteraksi dengan orang lain, menjaga lidah dan mengamalkan zikir.

PERINGATAN TENTANG DUNIA & AKHIRAT: Imam Al-Haddad mengingatkan agar tidak terlalu cinta dunia sehingga melupakan akhirat. Beliau menyeru agar kita sentiasa bersedia menghadapi kematian dan memperbanyak amal soleh. 










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...