.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

May 26, 2015

Perjalananku Bersama Al-Quran

JUDUL: Perjalananku Bersama Al-Quran
PENULIS: Dr. Mohd Shafie Md Amin
ISBN: 978-983-097-547-4
KOD: GB0349
HARGA: RM 40.00 /RM 42.00
TEBAL: 536 ms





SINOPSIS
“Bagaimana untuk mengingati 30 juzuk?”

Tanpa saya sedari, Allah mengajar saya perlahan-lahan. Allah mahu saya melalui onak dan duri ketika menghafaz agar saya dapat menghargai kurniaan-Nya itu. 

Semangat saya untuk meneruskan perjuangan (menghabiskan 30 juzuk) semakin kuat. Saya tetap berpegang kepada prinsip saya sewaktu di universiti dahulu, kalau orang lain boleh buat, kenapa saya tidak?


May 17, 2015

Wirid Mustajab Sepanjang Zaman

*WIRID MUSTAJAB SEPANJANG ZAMAN*
PENULIS: Syeikh Ahmad Abdul Jawwad rahimahullah Taala.
PENTERJEMAH: Ustaz  Drs. Pauzi Awang.
ISBN: 978-983-097-544-3
KOD GB: 0334
HARGA: RM 12.00/14.00
JENIS KULIT:  Lembut
MUKA SURAT: 184










*SINOPSIS:*

Menghimpunkan susnan bacaan wirid harian dalam seminggu daripada al-Quran,
hadis dan amalan alim ulama yang disusun secara berbeza setiap hari. 

Patut dimiliki oleh semua agar menambahkan lagi rasa kehambaan kepada Allah .

May 15, 2015

Jejak Sahabat

JUDUL: JEJAK SAHABAT
PENULIS: USTAZ MOHD NASUHA ISMAIL AL-AZHARIY & DATO' SERI ZAINAL ABIDIN YUSUF
KATEGORI: PENGETAHUAN ISLAM (SEJARAH)
ISBN: 978-983-097-532-0
KOD: GB 0357
TEBAL: 384 ms
HARGA: RM 33.00 Sabah/Sarawak RM 35.00



SINOPSIS:

Kisah para Sahabat Rasulullah SAW yang membuka Kota Mesir (Negara Mesir). Padat dengan kajian yang mendalam tentang permulaan sejarah Mesir dan kegemilangannya. 

Antara nama para Sahabat yang terdapat dalam buku ini:
·        Umar al-Khattab al-Farruq.
·        Amru bin al-As.
·        Abdullah bin Hudzafah as-Sahmi.
·        Abu Basrah al-Ghifari
·        Ubadah bin as-Somit.
·        Al-Qa'qa' bin Amru at-Tamimi
·        Sariah al-Jabal
·        Al-Miqdad bin al-Aswad.
·        Abu Darda', dan ramai lagi.


Disertakan koleksi gambar istimewa tempat bersejarah para Sahabat dan barang-barang peninggalan RASULULLAH SAW yang berada di Mesir.

May 14, 2015

Doa Mustajab Sepanjang Zaman

*DOA MUSTAJAB SEPANJANG ZAMAN*
PENULIS: Syeikh Ahmad Abdul Jawwad rahimahullah Taala.
PENTERJEMAH: Ustaz Drs. Pauzi Awang.
ISBN: 978-983-097-543-6
KOD GB: 0333
HARGA: RM 10/12
JENIS KULIT:  Lembut
MUKA SURAT: 136










*SINOPSIS:*

Himpunan doa-doa harian yang sering dilakukan berdasarkan penerangan ringkas dan mudah daripada al-Quran, hadis dan juga ulama.


Sesuai dimiliki oleh semua peringkat pembaca agar hidup ini lebih diberkati Allah .

Ahmad Ammar, Engkau Milik-Nya

JUDUL: Ahmad Ammar, Engkau Milik-Nya
PENULIS: Bonda Nor
ISBN: 978-983-097-549-8
KOD: GB0345
HARGA: RM 17.00 /RM 19.00
TEBAL: 328 ms











SINOPSIS:
Melihat wajah tenang si ayah dan ibu, emosi saya dipaut cemburu! 
Aduhai, beruntungnya kalian! 
Apakah lagi berita yang lebih menggembirakan selain
mengetahui zuriat sendiri begitu dimuliakan Tuhan! Allahu Akbar! 
Sebagai seorang ibu, saya mula tertanya-tanya. Siapakah mereka? 
Apakah yang mereka lakukan hingga mendapat keistimewaan sedemikian rupa? 
Saya mahu tahu. Saya mahu tiru!

*Luahan Pembaca: *

Syahid anugerah Allah SWT.

Saya pasti tentang ini. Sungguh ... saya tidak berani menyebut soal ini
secara khusus. Namun membaca *Ahmad Amar Engkau Milik-Nya* meyakinkan saya
tentang terjemahan ayat 21, surah ats-Tsur yang bermaksud:

*Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan
keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan
mereka (di dalam syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikit
pun daripada pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat
dengan amal yang dikerjakannya.*

Lalu buku ini sungguh bermanfaat dari sisi bagaimana boleh ibu bapa
berusaha menjadikan keturunannya manusia beriman sehingga bertemu kembali
di Firdaus. Ia buku motivasi yang menjadikan pembaca ralit membaca sehingga
ke hujung.


*Muhd Kamil Ibrahim *

May 13, 2015

Hebatnya ZIkir Mustajab

*HEBATNYA ZIKIR MUSTAJAB*
PENULIS: Syeikh Ahmad Abdul Jawwad rahimahullah Taala.
PENTERJEMAH: Ustaz Drs. Pauzi Awang.
ISBN: 978-983-097-542-9
KOD GB: 032
HARGA: RM 10 /12
JENIS KULIT:  Lembut
MUKA SURAT: 152










*SINOPSIS:*

Menjelaskan kelebihan-kelebihan di sebalik amalan-amalan yang disarankan oleh Junjungan Mulia Nabi Muhammad. 

Merangkumi zikir, doa, Asmaul Husna, surah dan ayat al-Quran, serta selawat. 

Sesuai dimiliki oleh semua agar timbul rasa yakin dalam beramal.

May 7, 2015

Ilmu Kehidupan

JUDUL: ILMU KEHIDUPAN - Ringkas Tapi Signifikan
PENULIS: Muhd Kamil Ibrahim, Mohd Zaini Ariff, Sabtu M. Ali, Noor Azma Mohamad Khassim, Roza Roslan
ISBN: 978-983-097-446-0

TEBAL: 475 ms
HARGA: RM 45.00/ RM 47.00



SINOPSIS
Sebuah buku yang ringkas namun pengisiannya memang signifikan. Membawa pembaca untuk merenung diri; bagaimana kita menjalani dan menghabiskan hayat di dunia ini untuk menempuh alam akhirat nanti. Terbahagi kepada tujuh bahagian:

Mereka yang Hampir
Setiap ahli keluarga, jiran tetangga dan tetamu yang bertandang, sangat hampir dengan kita, namun sejauh
manakah kita menjaga hubungan itu?

Usahawan Akhirat
Jika mahu hidup kaya lagi tenteram di dunia dan akhirat, maka berniagalah dengan Allah, pasti menguntungkan.
Serba serbinya perlu mengikut sunnatullah dalam setiap aspek kehidupan.

Di Hujung Senja
Senja adalah simbol suatu kehidupan. Kitarannya berwarna-warni di dunia yang bersifat hanya sementara. 
Di hujung senja tiba kehidupan pasti ada titik noktahnya, tetapi sudahkah kita bersedia untuk tiba di garis penamat?

Hadis dan Amalan
Tiadalah suri teladan yang paling sempurna melainkan teladan akhlak dan perbuatan Rasulullah S.A.W.
Contohilah ia kerana pasti akan membawa kemenangan di akhirat nanti.

Allah Maha Esa
Manusia adalah umpama cermin yang sempurna untuk memantulkan segala sifat keagungan dan keindahan Allah Taala.
Kala seorang hamba hampir putus harapan dan pergantungan kepada makhluk serta asbab, maka penawarnya adalah Allah Yang Maha Perkasa.

Hidup Itu Indah
Sesungguhnya hidup kita indah andainya kita berusaha ke arahnya. Memperbaiki kelemahan diri sendiri dan juga
hubungan kita sesama masyarakat sekeliling.

Nota Hati

Renunglah khilaf diri dan kisah lampau lalu betulkanlah kesilapan diri dengan memohon ampunan-Nya.

May 6, 2015

Cerita Rasa Izyan Hani

Judul: CERITA RASA IZYAN HANI
Penulis: IZYAN HANI
ISBN: 978-983-097-454-5
KOD: GB0274
Tebal: 236 m.s.
Harga: RM30.00/ RM32.00*



Sinopsis:
Mengandungi 40 resipi kreatif daripada JUARA MASTERCHEF Malaysia musim kedua, Chef Izyan Hani.

Chef Izyan mewakili cita rasa generasi muda masa kini, maka apa yang dipersembahkan oleh Cerita Rasa Izyan Hani amat menepati selera golongan ini.

Berkonsepkan sajian ringkas dan mudah, Cerita Rasa Izyan juga amat sesuai untuk golongan ibu yang ketandusan idea dan pilihan resipi untuk disediakan kepada keluarga. Pasti masakan yang disediakan nanti akan menambat selera.


Penuh warna-warni yang disulami seni kulinari dan seni foto profesional. Disertakan juga tip, teknik dan panduan menyediakan masakan. Tidak lupa, ilmu dan resipi terbaik yang dikutip oleh Izyan dari dapur MasterChef turut dikongsi di dalam buku ini.

#Take 5 @Prof Kamil

JUDUL : #Take 5 @Prof Kamil
ISBN: 978-983--097-580-1
PENULIS:  Muhd Kamil Ibrahim
HARGA : RM 15.00/ RM 17.00













SINOPSIS:

Koleksi mutiara kata yang lahir dari dalam hati Prof Muhd Kamil Ibrahim. Dikongsikan bersama peminat agar sama-sama menjadi hamba Allah yang TERBAIK.






---------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
Wsapp: 011 3293 3466


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...