.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406
Showing posts with label 1 amalan. Show all posts
Showing posts with label 1 amalan. Show all posts

Sep 14, 2026

Hikmah dan Fadhilat Ketika Sakit

Judul: Hikmah Dan Fadhilat Ketika Sakit
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll 
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-629-7929-21-7
Kod: GB 0947
Saiz: 5.5” x 8.5”
Tebal: 120 m/s
Harga: RM15.00/RM17.00

​​DETAIL:​

Saat diri ditimpa sakit, jangan hanya melihat pada jasad yang kesakitan, atau  memikirkan kerugian dan kehilangan. Renungkan juga apa yang Tuhan berikan dalam diam; penghapusan dosa, peningkatan darjat, keredhaan Tuhan dan kebaikan-kebaikan.

Bukan itu sahaja, buku kecil ini juga merungkaikan banyak lagi fadhilat yang Allah berikan kepada hamba-Nya yang diuji dengan sakit, menceritakan kisah kesabaran Nabi Ayyub alaihissalam yang diuji dengan pelbagai ujian, juga kisah Sayyidina Abu Qilabah radhiyallahu anhu yang bersabar dan memandang positif pada setiap takdir yang ditetapkan.

Buku ini juga mengajarkan beberapa usaha dan ikhtiar yang boleh dilakukan oleh orang yang sakit, serta doa-doa dan bacaan sewaktu menziarahi orang yang sakit dan menitipkan nasihat untuk orang yang sakit.


Semoga yang sedang diuji, khususnya dengan kesakitan, diberi kesembuhan dan kelebihan-kelebihan yang dijanjikan. Dan yang belum diuji, siapkanlah diri dengan ilmu dan iman, semoga apa juga bentuk ujian akan lebih mendekatkan diri dengan Tuhan, mengukuhkan iman dan taqwa sehingga akhirnya pulang ke Syurga yang diimpikan.







May 14, 2026

HIMPUNAN HADIS FADHILAT AMAL

Himpunan Hadis Fadhilat Amal
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-629-7929-15-6
Kod: GB 0941
Saiz: 16.5 cm x 23.5 cm
Tebal: 888 m/s
Isi Dalam: 1C
Berat:
Harga: RM98.00/RM100.00

​​SINOPSIS:​

Buku ini menghimpunkan lebih 1400 buah hadis yang memaparkan pelbagai fadhilat yang diberikan kepada umat Islam yang melakukan ibadah dan amalan yang sangat digalakkan. 

Antaranya seperti solat di saf pertama mendapat rahmat daripada para malaikat, puasa hari Arafah menghapuskan dosa 2 tahun, peniaga yang jujur akan mendapat naungan Arasy, menziarahi Muslim yang sakit akan didoakan oleh 70 ribu malaikat untuk mendapat rahmat, membaca surah At-Takatsur seperti membaca 1000 ayat setiap hari, doa di antara azan dan iqamah tidak akan ditolak dan banyak lagi amalan yang mempunyai fadhilat yang besar.


Judul-judul kandungan buku ini  adalah seperti berikut:

Bahagian Pertama: Fadhilat Islam
Bahagian Kedua: Fadhilat Iman
Bahagian Ketiga: Fadhilat Taqwa
Bahagian Keempat: Fadhilat Niat
Bahagian Kelima: Fadhilat Ibadah (Amal Soleh)
Bahagian Keenam: Amalan Perbuatan

·       Fadhilat Wudhu’
·       Fadhilat Bersiwak
·       Fadhilat Azan
·       Fadhilat Iqamah
·       Fadhilat Solat
·       Fadhilat Zakat
·       Fadhilat Puasa
·       Fadhilat Haji
·       Fadhilat Umrah
·       Fadhilat Sedekah
Bahagian Ketujuh: Ilmu
Bahagian Kelapan: Fadhilat Dakwah
Bahagian Kesembilan: Fadhilat Hari Jumaat Dan Amalan Padanya
Bahagian Kesepuluh: Fadhilat Beramal Pada Masa, Waktu Dan Tempat Yang Mempunyai Fadhilat
Bahagian Kesebelas: Fadhilat Masjid
Bahagian Kedua Belas: Fadhilat Ujian, Musibah Dan Sakit
Bahagian Ketiga Belas: Fadhilat Jihad Dan Mati Syahid
Bahagian Keempat Belas: Fadhilat Berkaitan Kematian
Bahagian Kelima Belas: Fadhilat Akhlak
Bahagian Keenam Belas: Fadhilat Berkaitan Adab Sesama Manusia
Bahagian Ketujuh Belas: Fadhilat Tentang Adab Dalam Kehidupan Seharian
·       Fadhilat Al-Qur’an
·       Fadhilat Zikrullah (Berzikir Mengingati Allah)
·       Fadhilat Syahadah (Persaksian)
·       Fadhilat Nama-Nama Allah Yang Baik (Asma’ Allah Al-Husna)
·       Fadhilat Bacaan Menggandakan Pahala Amalan
·       Fadhilat Doa









May 12, 2026

70 Doa Perlindungan Rasulullah SAW

70 Doa Perlindungan Rasulullah SAW
Penulis: Ustaz Haji Jafri Abu Bakar Mahmoodi
ISBN: 978-629-7929-14-9
Jenis: Soft Cover
Kod: GB0934
Ketebalan: 174 ms / 1C
Saiz: 5" x 7.5" (Portrait)
Berat:
Harga: RM20.00/RM22.00

SINOPSIS :
Setiap hari, kita berdepan dengan pelbagai bentuk ancaman — yang nampak mahupun tersembunyi. Daripada gangguan syaitan, bisikan hati, tekanan hidup, hinggalah fitnah akhir zaman seperti Dajjal, semuanya menuntut satu benteng yang kukuh. 

Buku ini menghimpunkan 70 doa perlindungan Rasulullah SAW yang diamalkan Baginda dalam pelbagai situasi — ketika keluar rumah, dalam solat, saat gelisah, ketika diuji, dan dalam detik-detik yang sering kita lalui tanpa sedar. Ia bukan sekadar bacaan, tetapi panduan hidup yang mengajar kita bagaimana berlindung kepada Allah SWT dalam setiap langkah.

Disusun secara tematik dan mudah diamalkan, setiap doa dilengkapi dengan teks Arab, terjemahan, serta sumber ambilan hadis. Lebih daripada itu, karya ini membawa satu mesej penting: Kekuatan seorang Mukmin bukan pada dirinya, tetapi pada pergantungannya kepada Allah SWT. Jika anda mencari ketenangan, perlindungan dan kekuatan dalam menghadapi kehidupan, inilah benteng yang diajarkan sendiri oleh Rasulullah SAW.


USTAZ HAJI JAFRI ABU BAKAR MAHMOODI Dilahirkan di kampung Tambun Tulang, Arau, Perlis, dan kini menetap di Bandar Baharu, Kedah. Merupakan pengasas Kompleks Islam Darul Faizin (KIDAF), panelis Tanyalah Ustaz (TV3), panelis dan host beberapa program di TV Alhijrah juga beberapa stesen televisyen lain, turut mengisi beberapa program di radio tempatan. Beliau juga aktif berdakwah di seluruh tanah air. 70 Doa Perlindungan Rasulullah SAW merupakan buku ketujuh beliau yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd.







Apr 29, 2026

40 Hadith Kelebihan Berselawat

40 Hadith Kelebihan Berselawat
Penulis: Dr Abdullaah Jalil
ISBN: 978-629-7929-00-2
Kod: GB0931
Saiz: 5" x 7.5" (Portrait)
Tebal: 136 ms
Berat:
Harga: RM20.00/RM22.00

SINOPSIS:

Amalan berselawat merupakan manifestasi cinta, penghubung rohani antara umat dan Nabinya, serta sebab turunnya rahmat, keampunan dan ketinggian darjat di sisi Allah ï·».

Kesedaran inilah yang mendorong para ulama hadith sejak dahulu untuk memberi perhatian khusus terhadap tema selawat, sama ada melalui penulisan, pengajaran mahupun pengamalan peribadi. Kitab ini berdiri sebagai salah satu bukti keprihatinan tersebut.

Penerbitan 40 Hadith Kelebihan Berselawat ini diharapkan dapat menghidupkan kembali tradisi ilmu dan amalan, dengan menghimpunkan dalil-dalil sahih serta athar para salaf berkenaan keutamaan berselawat, lalu menyampaikannya dalam bentuk yang mudah diakses oleh pembaca kontemporari.

Terjemahan yang diusahakan dengan cermat ini diharap dapat mendekatkan masyarakat kepada khazanah turath Islam, tanpa menghilangkan roh asal dan wibawa ilmiahnya.

Tentang Penulis:

Dr. Abdullaah Jalil merupakan seorang Pensyarah Kanan di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Kewangan Islam daripada INCEIF, Kuala Lumpur pada tahun 2019. Sebelum itu, beliau menamatkan pengajian MBA dalam Perbankan dan Kewangan Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 2004 dan dianugerahkan Pelajar Terbaik Program. Pada tahun 2001, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Shariah (Fiqh dan Pengajian Islam) daripada Universiti Yarmouk, Jordan dengan keputusan Kelas Pertama (Mumtaz). Selain terlibat dalam bidang akademik, beliau juga aktif berkongsi ilmu melalui laman sesawang www.penuntutilmu.com serta beberapa halaman Facebook seperti Penuntut Ilmu, Masjid Hati Ummah, dan Muzakarah Muamalat. Buku 40 Hadith Kelebihan Berselawat ini adalah buku pertama beliau Bersama Galeri Ilmu Sdn  Bhd.






 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...