.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406
Showing posts with label Liza Suhana Ramli. Show all posts
Showing posts with label Liza Suhana Ramli. Show all posts

Mar 12, 2019

Hidup Biar Smart

HIDUP BIAR SMART
ISBN: 978-983-097-810-9
Kod: GB558
Penulis: Liza Suhana Ramli
Tebal: 154 ms
Saiz: L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 
Berat: 0.21 kg
Tarikh terbit: 12/3/2019
Harga: RM15.00/RM17.00*


SINOPSIS

Catatan ini ditulis genap 15 tahun penulis menyandang gelaran sebagai pendidik. Ya! Isu-isu remaja amat dekat dengan penulis sejak sekian lama.

Pelbagai cerita pahit manis yang ditempuhi oleh siswa dan siswi telah penulis saksikan. Mendepani ragam remaja yang kian menginjak dewasa ini meninggalkan seribu satu kisah yang di antaranya menjadi garapan untuk habuan mata dan hati masyarakat di luar sana.


Cabaran berdikari buat pertama kalinya tanpa pengawasan ibu bapa dan guru menjadi titik permulaan yang penting dalam kehidupan di kampus. Bagi yang kukuh iman di hati dan pandai membawa diri, tidak akan semudahnya menyerah dengan cabaran yang mendatang dan tidak pula mudah terbuai dengan keseronokan yang terhidang di depan mata.
Pilihlah sahabat yang jelas hala tuju dunia dan akhiratnya. Jangan mudah terpedaya dek cinta yang belum pasti berakhir menjadi jodoh. Elakkan diri daripada terjebak dengan pergaulan yang tidak sihat yang bakal mengundang mudarat. Uruslah emosi sendiri supaya mudah meniti jalan yang bakal ditempuhi. Jaga akhlak yang menjadi cerminan peribadi. Tetapkan matlamat dan tingkatkan usaha untuk menggapai kejayaan yang diimpi.

ALU-ALUAN
“Buku yang penuh dengan nasihat dan perkongsian pengalaman serta ilmu. Bermula dengan cabaran berdikari dan pelbagai pengalaman hidup dari alam percintaan sehinggalah perubahan dan tekanan emosi dalam menangani cabaran hidup, penulis telah mengheret kita lebih jauh dalam mendalami erti kehidupan. Realiti dalam kehidupan disentuh dalam bentuk cerita yang mampu menonjolkan mesej yang ingin disampaikan.”
-         DATO PROF. DR. HJ. MOHD IDRUS HJ. MOHD MASIRIN

“Penulis telah menyajikan 28 kisah benar yang ditulis dengan berlatarbelakangkan sebuah institut pengajian tinggi negara. Penulisan dengan gaya bahasa yang bersahaja diperkukuhkan pula dengan hadis sahih, cerita daripada Al Quran dan kisah para Nabi serta pesanan cendekiawan pasti akan menggamit pembaca untuk terus membaca sehingga helaian terakhir. Uniknya buku ini kerana ia dapat diangkat sebagai sebuah naskhah motivasi. Penceritaan dengan nada yang santai tetapi intinya menyengat di hati.”
YUSMA YUSOF

Tentang Penulis
Liza Suhana Ramli adalah seorang pensyarah di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah. Beliau berkelulusan Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional dan Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Anak sulung kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini berkecenderungan dalam isu meningkatkan motivasi remaja dan pernah terlibat dalam beberapa program motivasi pelajar. Beliau juga merupakan salah seorang perantis Akademi Bonda Nor yang diasaskan oleh penulis buku motivasi terkenal tanah air, Bonda Nor.


Kecintaan beliau terhadap bidang penulisan telah membuahkan hasil dengan terbitnya buku solo pertama Oh, My Students! dan diikuti dengan buku antologi, Rencah Kehidupan dan Kiblat Kehidupan. Terkini, beliau tampil dengan buku antologi Siri Bercakap Dengan Cermin dan buku solo terbaharu, Hidup Biar Smart terbitan Galeri Ilmu Media Group.

Mar 30, 2018

Oh, My Students!

Judul: Oh, My Students!
ISBN: 978-983-097-708-9
Penulis: Liza Suhana Ramli
Kod: GB0481
Tebal: 132 ms
Harga: RM15.00/ RM17.00

SINOPSIS

Naskhah ini bukan saja perlu dimiliki oleh pelajar, pensyarah atau guru, ia juga sesuai dibaca oleh sesiapa saja yang sedang berusaha mahu memperbaiki diri.

Leteran jika dizahirkan dengan suara, kadang memekakkan telinga. Tapi coretan ini berjaya menukarkan leteran menjadi ‘sesuatu’ yang perlahan-lahan mampu meresap masuk ke dalam jiwa. 


Sungguh ini bukan coretan kosong. Ada inti. Paksinya realiti yang menjentik hati.

Bahkan kisah-kisah yang terkandung di dalam buku ini amat sesuai dijadikan panduan kepada para remaja dalam menghadapi situasi belajar dan cabaran berdikari di Institusi Pengajian Tinggi. Bagi yang bergelar siswa-siswi, semestinya pernah dan akan mengharungi salah satu atau beberapa situasi seperti dalam kisah-kisah yang diceritakan ini. Nilaikan pengajarannya dan buatlah keputusan mengikut pertimbangan yang wajar dalam menangani apa jua cabaran mendatang.


Manakala buat para pendidik, ini bukan hanya cerita saya. Ini cerita kita. Seharusnya kita tidak hanya melunaskan tanggungjawab menghabiskan silibus semata-mata tapi juga turut mendidik dengan jiwa.

Buku ini mengajak para pendidik meletakkan ‘mindset’ betapa perlunya panduan agama dalam membantu menangani isu-isu pelajar. Zaman remaja adalah zaman ‘try and error’. Mereka sedang belajar sambil ‘belajar’. Dekati dan bimbing mereka mengikut ajaran Islam yang sudah jelas terbukti dapat memandu ke arah kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Semoga kalam kita berbekas di jiwa mereka.


Dan tatkala anak-anak sedang ‘bergelut’ dengan dunia mereka, para ibu bapa pula  harus berperanan sebagai pendengar dan penasihat yang baik. Usah biarkan mereka terkapai-kapai sendirian kerana beranggapan mereka sudah cukup matang untuk mengurus kehidupan. Percayalah! Saat ini anak-anak remaja kita lebih memerlukan sokongan dan tunjuk ajar agar tidak tersalah memilih jalan yang menjadi penentu masa depan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...