.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406
Showing posts with label 1 fardhu ain asuh. Show all posts
Showing posts with label 1 fardhu ain asuh. Show all posts

May 21, 2026

CERITA KANAK-KANAK TENTANG RUKUN ISLAM

CERITA KANAK-KANAK TENTANG RUKUN ISLAM
Penulis: Muhammad Ikram Shah
ISBN:
Kod: GB0943
Tebal: 104 ms
Saiz: 17.145cm X 24.13cm
Berat:
Harga: RM20.00/RM22.00*

SINOPSIS

Rukun Islam ialah asas penting dalam kehidupan setiap Muslim. Apabila anak-anak dididik mengenali dan mencintai Rukun Islam sejak kecil, mereka akan membesar dengan kefahaman yang betul tentang agama, serta lebih mudah membentuk akhlak, disiplin dan hubungan yang dekat dengan Allah.

Namun, dunia kanak-kanak ialah dunia yang penuh imaginasi dan cerita. Oleh itu, buku ini menggunakan kaedah bercerita bagi memperkenalkan Rukun Islam dengan cara yang lebih menyeronokkan, mudah difahami dan dekat di hati mereka. Kisah-kisah daripada al-Quran, hadis dan sejarah Islam dipilih supaya anak-anak bukan sahaja mengetahui hukum-hakam, tetapi juga dapat melihat contoh iman, ketaatan dan pengorbanan dalam kehidupan para nabi, sahabat dan orang soleh.

Melalui penceritaan yang lembut dan penuh pengajaran, diharapkan buku Cerita Kanak-kanak Tentang Rukun Islam ini dapat membantu ibu bapa dan pendidik menanam rasa cinta kepada Islam dalam jiwa anak-anak sejak usia kecil lagi.

Buku ini disusun dengan merujuk sumber yang menekankan penceritaan berdasarkan riwayat-riwayat yang sahih serta menapis kisah Israiliyyat yang lemah. Selain memperkenalkan asas Rukun Islam, penulis turut menerapkan nilai, adab dan pengajaran yang sesuai untuk kanak-kanak agar mereka bukan sahaja memahami rukun, bahkan turut membesar dengan rasa cinta kepada Islam dan akhlak yang mulia.







May 12, 2026

SEDIA UNTUK HAID

SEDIA UNTUK HAID
ISBN: 978-629-7929-12-5
Kategori; Kanak-kanak
Penulis: Huda Hashim
Kod: GB0940
Tebal:104 ms"
Saiz: 6.75” X 9.5”
Berat:
Harga: RM20.00/RM22.00

SINOPSIS

Sedia untuk Haid menampilkan pendekatan yang santai dengan penerangan yang ringkas, mudah dan jelas. Ia dilengkapi dengan panduan penjagaan diri secara berperingkat agar mudah difahami dan dipraktikkan oleh anak perempuan seawal usia tujuh tahun sehingga 15 tahun.

Semua ini bagi memastikan adik-adik dapat mempersiapkan diri sebelum haid pertama dengan ilmu yang mantap dan tatacara ibadah yang tepat selaras keperluan diri dan tuntutan syariat.


Selain itu, adik-adik turut dibekalkan dengan Pesan Ibu dan Doa Pilihan sebagai panduan meniti alam remaja.

Semoga adik-adik dapat melangkah ke alam dewasa sebagai Muslimah yang pandai menjaga kebersihan diri dan kesucian hati dalam urusan ibadah dan agama.








Oct 31, 2025

FARDU AIN KANAK-KANAK

FARDU AIN KANAK-KANAK
Penulis: Ayunni Rosdi
ISBN: 978-629-7716-71-8
Kod: GB0901
Tebal: 112 ms
Saiz: 17.1 cm  X 24.1cm
Kandungan: Simili 80gsm /4C
Harga: RM20.00/RM22.00

 SINOPSIS 

Buku ini membawa anak-anak mengembara dalam dunia Fardu Ain dengan cara yang menyeronokkan! Disampaikan melalui dialog mesra antara umi, Anas dan Anis, setiap topik tentang akidah, ibadah dan akhlak dijelaskan dengan bahasa yang mudah, ilustrasi menarik, dan trivia yang mencuit hati.

Daripada mengenal Allah dan para malaikat, hinggalah kepada wuduk, solat, darah haid, serta sifat-sifat hati yang terpuji dan tercela — semuanya dihuraikan dalam gaya penceritaan yang dekat dengan dunia kanak-kanak dan sesuai untuk peringkat sekolah rendah.


Sesuai dijadikan bahan bantu ajar di rumah dan sekolah, buku ini ditulis khusus untuk membantu ibu bapa dan guru mendidik anak-anak dengan asas ilmu agama yang benar, jelas dan berkesan — berteraskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Ilmu wajib bagi setiap Muslim — disemai sejak kecil, dibaja sepanjang hayat.









May 30, 2024

ABI, SIAPAKAH ALLAH?

ABI, SIAPAKAH ALLAH?
ISBN: 978-629-7556-95-6
Kategori: Fardhu Ain Junior
Penulis: Zaki Safuan Al Hafiz
Kod: GB0816
Tebal: 80 ms
Saiz: 17.16 x 24.13 cm
Berat: 0.2 kg
Harga: RM18.00/RM20.00

 SINOPSIS

Sifat kanak-kanak yang suka bertanya merupakan fitrah yang tidak boleh diabaikan. Jika kita gagal menjawabnya dengan betul, dibimbangi mereka akan menemui jawapan yang salah di kemudian hari. Buku Abi, Siapakah Allah? ini hadir untuk menjawab persoalan akidah yang rumit, namun mampu dijawab dengan ilmu.

Soalan-soalan seperti “Di manakah Allah?” mesti ditangani dengan berhati-hati. Allah tidak bertempat dan bermasa. Allah tidak menyerupai makhluk. Jika kita sukar memberikan jawapan yang betul, ada kemungkinan fahaman luar mengambil kesempatan untuk memasukkan jarum kesesatan dalam fikiran anak-anak. Oleh itu, kita mesti menyediakan jawapan yang berlandaskan kebenaran akidah Ahli Sunnah wal Jamaah aliran al-‘Asyairah dan al-Maturidiyah.


Sebagai seorang ayah, kita tentu merasa risau dengan fenomena fahaman sesat yang berleluasa. Semoga dengan kemunculan buku ini, dapat menjadi benteng akidah bagi menyelamatkan masa depan anak-anak daripada fitnah Dajjal yang sedang menghambat. Dari seorang ayah, kepada ayah yang lain.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...