.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406
Showing posts with label Web Sutera. Show all posts
Showing posts with label Web Sutera. Show all posts

Apr 19, 2017

Raja Kesatria, Hijab Raja Zulqarnain

JUDUL: Raja Kesatria, Hijab Raja Zulqarnain
PENULIS: Web Sutera
ISBN: 978-983- 097-658- 7
HARGA: RM20.00/22.00*
TEBAL: 512 ms
KOD: BP 0011
Kategori: (BUKU PURIS) Novel Sejarah



*SINOPSIS:*

Apa kaitan di antara Alexander the Great dengan Raja Zulqarnain? Adakah mereka orang yang sama yang dirakam waktu dan kitab al-Quran? Saga kembara jiwa, fizikal dan iman dalam meraikan kelainan bangsa, budaya dan agama.

Merentas waktu dan jarak, dari Macedonia sehingga ke benua India. Berdada dengan gelagak medan tempur yang penuh kebencian dan berdarah. Sang Raja Mukmin terus berkelana dalam ramainya manusia. 

Raja Zulqarnain berhasrat menyatukan manusia di Barat dan Timur dalam sebuah empayar luas yang dicatat sejarah dan kitab. Maka dengan takdir dan tadbir Tuhan Yang Maha Esa, romantik jagat buana dibebaskan daripada belenggu penguasa tirani oleh Raja Kesatria yang adil. Raja Zulqarnain seorang
pejuang, pemerintah adil yang dikisahkan dalam al-Quran sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Di era kegelapan para penyembah berhala dan tuhan-tuhan yang pelbagai, bangkit seorang perintis tuntunan Allah bagi membebaskan dua dunia; Timur dan Barat. Dengan ilham daripada mimpi dan tuntunan orang alim, Raja Zulqarnain memimpin bala tentera membebaskan dunia kegelapan para penyembah berhala.

Jejak perjuangan keimanan dibongkar, mencari sebuah kebenaran Tuhan Yang Maha Esa, bahawa hanya Allah yang layak disembah.

NOVEL IBRAH SEJARAH yang diberi nafas baharu daripada karya asal 
MACEDONIA ALEXANDER AGUNG Hijab Raja Zulqarnain.


TESTIMONI/KOMEN UNTUK RAJA KESATRIA

Tahniah, sahabat ana. Sudah separuh buku itu saya baca. Memang mudah faham dan saya seolah-olah berada dalam zaman tersebut. Memang hebat gaya pengolahan bahasa Web Sutera. Syabas!
-- Azhar Mohd Ghazali

Saya telahpun berjaya menghabiskan novel Macedonia: Alexander Agung. Terima kasih, Abang Web. (Ia) membuka minda dan mata saya melalui novel tersebut. Saya tidak puas (membacanya). Rasa terlalu sedikit yang saya dapat, dan saya juga mulai berminat untuk lebih mengetahui lagi. Teruja, kagum, belas, geram sepanjang tempoh pembacaan saya. Dahulu saya tidak minat sejarah. Tetapi sekarang saya belajar untuk menyukainya. Terima kasih. Sangat bernilai. Di penghujungnya ada sesuatu yang tersangkut tanpa penamatnya. Pendapat saya sahaja. Saya mulakan bacaan pada jam 10.30pm dan tamatkan pada jam 1.30am. Tidak boleh berhenti.
-- Buanda Kayangan Puteh (Ezzy)

Saya baru sahaja selesai membaca novel tulisan Tuan; Alexander Agung: Hijab Raja Zulqarnain. Saya baru beli Rabu minggu lepas dan malam tadi saya selesai habiskan. Jujur dan ikhlas dari hati, saya ingin katakan saya kagum sangat dengan usaha tuan membersihkan nama Alexander The Great. Tahniah saya ucapkan kerana berjaya menawan hati saya supaya baca hingga ke halaman yang terakhir. Novel tuan ibarat sebuah pengembaraan dalam menyelami dan mentadabbur ayat al-Quran, (Surah al-Kahfi: 83 - 98). Sampai saya jatuh hati dengan watak insan yang bernama Raja Alexander ini. Apakah masih ada lagi insan seperti beliau pada zaman sekarang ini?
-- Pembaca tak bernama

 Kepada sidang pembaca yang budiman, saya syorkan. Bacalah buku Hijab Raja Zulqarnain itu, tak rugi! Trust me. Kalau anda orang yang minat aksi perang, inilah bukunya.
-- Pembaca dari Sabah

Web Sutera, tahniah di atas keberhasilan menerbitkan sebuah novel semi-fiksyen yang menarik dan memberikan suatu sudut pandangan ilmiah yang luar biasa nilainya.
-- Ewal Din

Mahu kongsi beritahu genre novel yang aku minat. Aku cadangkan kau beli Hijab Raja Zulqarnain. Best bagi aku, perang dia dan sejarah dia yang agak lain kita dengar. (Sebuah) karya Web Sutera.
-- Inderaa Saifullah Al-Fath

Alhamdulillah karya kedua yang sempat dibaca bulan ini ialah MACEDONIA: ALEXANDER AGUNG - HIJAB RAJA ZULQARNAIN garapan Web Sutera. Ini salah satu novel sejarah yang boleh dikatakan sebagai kaya sejarah yang menarik dan hebat kerana di dalam cerita ini sebenarnya tersimpan 1001 pengajaran dan tauladan yang baik khususnya dalam aspek kepimpinan.
Bukan mudah untuk menghasilkan karya sejarah. Justeru saya berharap kawan-kawan dapat cari novel ini dan baca serta alami sendiri pengembaraan seorang pemimpin terulung di samping mencari sendiri maklumat yang kadangkala kita tak sangka boleh dilakukan oleh seorang Muslim.
Pada hemat saya novel ini baik dibaca oleh budak-budak sekolah kerana kepimpinan melalui teladan banyak diceritakan di dalam novel ini. Saya harap saudara dapat hasilkan karya sebegini dengan lebih banyak sebab sememangnya kita perlukan novel pembangunan rohani seperti karya saudara ini. Syabas, Web Sutera! Karya ini tidak mengecewakan. Selamat membaca.
-- Cikgu Shahrol Nizam Zulkifli

Membaca novel sejarah tuan membuatkan hati saya lega dan minda saya ceria. Pengolahan yang ringan sedikit (berbanding buku sejarah), seolah-olah watak tersebut bernafas semula dan terbayang-bayang saya berada bersama mereka. Tuan juga berjaya membawa minda saya bersama menyelaminya. Saya memang sejak kecil erat bersama arwah atok. Selalu dia bercerita mengenai sejarah, lebih-lebih lagi mengenai bangsa Melayu. Itu menjadikan saya lebih mudah memahaminya. Buku tuan ini juga mudah untuk saya terjemahkan dalam bentuk ilusi saya. Memang tenggelam (bersama watak dan peristiwa).
Novel tuan banyak tersiratnya. Gaya penulisan tuan juga mudah untuk sesiapa saja dan memudahkan pembaca menjiwai sejarah. Kini bertambah lagi seorang penulis yang saya minati. Tuan sudah masuk dalam senarai saya selepas Abdul Latip Talip dan RAM (Ramlee Awang Murshid).
-- Tun Mohd Hilmi

Pertama sekali saya sangat teruja bila dapat tahu Tuan Web Sutera akan membukukan cerita Alexander ini. Sejujurnya saya mengenali karya Tuan Web Sutera di penulisan2u, itu pun atas 'hasutan' Shimah Basri supaya saya membacanya. Bila sudah baca, saya memang tertunggu-tunggu novelnya, sebab mahu tahu kesudahan.
Bila sudah keluar novelnya dan dibeli, banyak pula halangan hendak menghabiskan bacaan. Hari ini (19 November 2012) dengan rasminya saya menamatkan bacaan.
Komen ikhlas dari saya buat Tuan Web Sutera:
1) Karya tuan berjaya membawa jiwa saya ke dunia Alexander, merasai keteguhan iman Alexander, ketulusan hatinya sebagai pemerintah berjiwa rakyat. Ia membuatkan saya terfikir, kalaulah di zaman ini wujud pemerintah berjiwa 'Alexander'.
2) Kaitan dengan ayat al-Quran memang telah membuka mata hati saya yang selama ini pun tertanya-tanya, adakah Alexander itu Zulqarnain? Dengan membaca karya tuan, sedikit sebanyak memberi pencerahan kepada saya siapa Alexander dan kenapa Yahudi menyembunyikan kebenaran mengenai Alexander.
3) Bila hampir menamatkan bacaan, tiba-tiba disebut watak Laksamana Sunan, dan ia menyebabkan saya tersenyum.
4) Kesimpulannya, rugilah sesiapa yang tak membaca karya tuan.
Terima kasih kepada Shimah Basri yang memperkenalkan saya dengan karya Tuan Web Sutera.
Pesanan khas buat Tuan Web Sutera, “Saya menanti karya terbaru tuan. Tidak boleh komen lebih-lebih, bimbang tuan tidak lena tidur pula.”
-- Iza Balqis Ahmad

Novel sejarah Macedonia hebat.
-- Tuan Paieeszz Ahmad

Terpukau dengan novel Alexander Agung. Memetik kata-kata Ramlee Awang Murshid, ‘Karya ini seperti sebuah filem yang kaya dengan seni’. Teruskan berkarya."
-- Leyna Kadi Kannoe

Tuan Web Sutera, baru sempat beli novel Alexander Agung dan baru baca sampai bab 4. Terbaik!
-- Adam Jaafar . Rahman.
Novel tuan yang dulu pun (Alexander Agung) mendatangkan keterujaan jua kepuasan dalam pembacaan. Sudah tentu sentuhan novel kedua ini (Konstantinopel) lebih mantap lagi...sudah tentu membuatkan saya lebih teruja untuk membacanya... sabar menanti kemunculannya.
-- Shimah Basri.

Perjalanan sejarah Alexander berserta butiran mengenai strategi perang, suka dan duka adalah konsep yang sangat menarik dan segar. Pembaca dibawa kembali ke zaman itu, potongan ayat-ayat al-Quran dan hadis yang disertakan juaga adalah satu pendekatan yang baik. Watak-watak Zamri dan Tok Janggut juga menarik untuk saya dan cara penceritaan yang disampaikan mengenai peranan mereka di dalam novel ini.
Saya menyukai konsep buku ini, berbeza daripada genre yang biasa ada di pasaran buku Malaysia. Jalan ceritanya mungkin agak berat buat sesetengah pihak, namun ia harus diberi peluang. Tahniah kepada penulis, saya doakan beliau akan terus menghasilkan karya-karya berilmu seperti ini, insya-Allah.
-- Nazirah Nahar

Akhirnya sudah menamatkan pengembaran Alexander Agung: Hijab Raja Zulqarnain. Terbaik dan tidak rugi memilki novel ini. Mahu komen panjang-panjang memang tidak pandai.
-- Nur Asiah

Membaca teks sastera BMT telah banyak membantu ramai pelajar STPM seperti saya yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu. Sebenarnya, bahan bacaan lebih banyak membantu kami memahami setiap bab. Sambil menelaah teori, praktikal seperti membaca juga sangat membantu. Kebanyakan pelajar bukan Melayu yang membaca buku yang menggunakan BMT (Bahasa Melayu Tinggi), mereka mampu menyusun ayat dengan baik. Malah, mungkin lebih baik berbanding pelajar Melayu.
Nah, bukankah bicara dan bahasa yang cantik itu wadah penyampaian ilmu sejagat? Teruskan usaha menulis dengan bahasa mengikut sintaksis dengan sebaik mungkin. Saya antara penyokongnya dan sedang menghadam karya Tuan Web Sutera ini.
-- Noor Hafizah Mazlan


Tahniah, teruskan menulis karya alusi sejarah. Bukan mudah mahu memfiksyenkan fakta. Semoga boleh jadi teks KOMSAS! Bak kata seorang pembaca itu.
-- AttOkz Dikulgai

Baru dapat habiskan novel ini, sebuah fiksyen sejarah. Bukan minat sangat sejarah, tetapi novel ini best buat kita teruja dan exited hendak baca sampai penghujung. Ayat-ayat yang mudah hendak difahami. Tidak sia-sia membelinya. Memang tidak rugi beli buku Web Sutera. Rasa teruja baca Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain. Tidak sedar sudah sampai ke akhir pembacaan.
--  Nor Azlina Lin

Abang Web Sutera, kagum boleh tulis buku (novel) sejarah hebat macam itu! Tuan, mahu menangis aku menghabiskan pengembaraanku bersama Alexander Agung kerana betapa terharunya terbuka juga hijab itu. Aku mengembara sehingga hari terakhir Alexander di dunia ini. Tahniah, tuan. Hijab dirungkaikan, keimanan bertambah.
-- Razif Radzi

 

Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain merupakan sebuah novel sejarah mengenai Alexander The Great (Alexander Agung) dari Macedonia. Berbeza dari penulis-penulis Barat, penceritaan novel ini adalah berdasarkan dari kaca mata Islam. Seperti yang dinyatakan oleh penulis novel ini sendiri.

Mengenai novel ini, penulis novel Web Sutera menggunakan pendekatan penceritaan yang agak unik dan tidak seperti lazimnya ditemui di dalam novel-novel sejarah yang lain. Penceritaan novel Hijab Raja Zulqarnain ini diceritakan melalui perspektif seorang watak yang bernama Zamri yang mengembara merentasi masa ketika berada di dalam keadaan tidak sedarkan diri.

-- Hilmi Isa



Mar 27, 2017

Mageddo

JUDUL: MAGEDDO: PETAKA AHZAB   
PENULIS: Web Sutera
ISBN: 978-983-097-638-9
KOD: BP0010
HARGA: RM 20
TEBAL: 264 ms
SAIZ: 5.15” X 7.5”

Novel ketiga bagi Trilogi Armagedon








SINOPSIS:

Buku PURIS ini, MAGEDDO: PETAKA AHZAB karya oleh penulis WEB SUTERA merupakan novel ketiga bagi Trilogi Armagedon. Kesinambungan dari dua novel sebelumnya, PERANG ARMAGEDON dan BAITULMAQDIS: PETAKA ARMAGEDON.
Novel ini meneruskan sebuah epik perjuangan bangsa. Perang dan petaka masa hadapan ini berlaku akibat daripada konspirasi Zionis-Yahudi yang berterusan memacu dendam Ahzab untuk memenuhi ramalan muncul sebagai kuasa baharu dunia. Pertempuran berlaku dengan para Mujahid Islam yang berjuang menentang gerembolan Zionis-Kabbalah yang mengadu domba ini.

Manusia dan jagat menjadi rosak rentetan daripada perang berdarah. Muncul Islam di persada dari bumi anbiya, melayari horizon buana kemanusiaan atas nama jihad atau mati syahid. Petaka yang tiada belas kasihan ini terhampar dari Palestin dan Al-Quds sehingga ke Nusantara, termasuk juga petaka Yakjuj dan Makjuj ke dunia ghaib.

Mulai muncul kesedaran banyak pihak yang selama ini menuding jari kepada ‘teroris Islam’, bahawa ia hanyalah propaganda Zionis-Yahudi yang berpusat di negara haram Israel. Tewaskah gerombolan syaitan dan tentera hibrid yang diketuai oleh Zionet? Berjayakah anak muda Mujahid Islam menggenggam kemenangan apabila perjuangan mereka dipandu oleh ulama sedunia?

Kisah perjuangan yang berterusan dalam naskah novel MAGEDDO: PETAKA AHZAB. Miliki novel ini dan selamat membaca!


TRILOGI YANG BERMULA DALAM PERANG ARMAGEDON BERSAMBUNG:

Sebermula dari labirin alam Underworld ... arena medan tempur ... jenis tentera yang tidak boleh dilupakan, kombat yang menyayat hati. Perang dan petaka masa depan yang tiada belas kasihan terhampar di hadapan dunia kemanusiaan yang semakin menipis nilai jati diri. Setelah gagal menabrak Madinah dan terbantut menerobos Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa, Zionis-Yahudi terus memacu dendam Ahzab untuk memenuhi ramalan muncul sebagai kuasa baharu dunia.

Antara ramai manusia yang berkecamuk jati dirinya, muncul di persada akan sekumpulan manusia bernurani yang dapat melihat pelan busuk oleh Underworld. Makanya, dunia kegelapan yang ingin membalas dendam bertempur lagi dengan para Mujahid Islam. Namun, mulai muncul kesedaran banyak pihak yang selama ini menuding jari kepada ‘teroris Islam’, bahawa ia hanyalah propaganda Zionis-Yahudi yang berpusat di negara haram Israel.

Pertempuran perikatan Ahzab yang diketuai oleh Zionet menggunakan gerombolan syaitan dan tentera hibrid, berdepan dengan anak muda Mujahid Islam yang dipandu oleh ulama sedunia.
*****************************
~ “Menggarap persoalan sebuah konspirasi yang begitu luas dan pada peringkat antarabangsa.”
~ “Karya Tuan Web Sutera adalah satu naratif yang amat jarang ditemui dalam ruang lingkup sastera Melayu. Saya fikir satu pemikiran yang baharu, kerana menggarap persoalan sebuah konspirasi yang begitu luas dan pada peringkat antarabangsa.”

Ahmad Patria Abdullah
Penulis novel fantasi ulung negara





Apr 15, 2015

Baitulmaqdis : Petaka Armagedon

JUDUL: Baitulmaqdis : Petaka Armagedon
PENULIS: Web Sutera / Khairy Tajudin
TEBAL: 448 ms
ISBN: 978-983-097-560-3
KOD: GB0348
HARGA: RM 21.00 / RM 23.00






SINOPSIS

Novel ini adalah prekuel kepada PERANG ARMAGEDON, gabungan sejarah dan futuristik. Kekalahan Nasrani/Kristian di Baitulmaqdis pada era Sultan Salahuddin al-Ayyubi didogmakan sebagai Armagedon bagi dunia Kristian, akibat hasutan Zionis-Yahudi.

Dogmatik ini mendarah daging di dalam jiwa penjarah umat Islam, sehingga mutakhir. Namun janji Allah Maha Benar. Kelak dunia akan bersaksi!

Mar 12, 2014

Perang Armagedon

Judul: Perang Armagedon
Penulis: Web Sutera
Tebal: 480 ms
ISBN: 978-983-097-467-5
Kod: GB0285
Harga: RM 22.00 / RM 24.00


SINOPSIS:
Fateh Sa'adi dan makhluk hijau yang masih hidup itu menatap mata masing-masing, menunggu gerakan musuh. Sementara itu, dua tentera cyborg menjauh sedikit tetapi masih kekal bersiaga. "Siapa kau sebenarnya?" 

Fateh Sa'adi bertanya. "Sudah gaharu cendana pula. Manusia mudah lupa!" Makhluk itu bernada keras. Fateh Sa'adi teringatkan sesuatu. Namun Hassan Sijic melompat dan menerjah.

Pedang dihayunnya sepenuh tenaga ke wajah makhluk hijau itu. Akan tetapi, sebelum mata pedang dapat mendarat ke sasaran, sang hijau itu cepat mengayunkan cakarnya dan memukul pemuda Bosnia itu. Tentera cyborg itu terhumban ke dinding kaca. 

Kemudian, makhluk hijau itu menembak bebola api ke arah Fateh Sa'adi. Namun, dapat dielak dengan menerjah ke dinding dan melonjakkan tubuhnya ke atas. Semasa di udara, Fateh Sa'adi terdengar sesuatu benda jatuh di belakangnya. Gedegang!! Prak, prak!! 

Beberapa ketika kemudian, satu dinding besar roboh. Lalu, terbukalah piramid itu sehingga cahaya siang memancar masuk ke dalamnya.


"Apa yang terjadi?"

Apr 10, 2013

Konstantinopel Kibaran Panji-Panji Al-Fateh


GB0238 : KONSTANTINOPEL KIBARAN PANJI-PANJI AL-FATEH (AKAN TERBIT)
Pengarang : Web Sutera
Tebal : 896 m/s
ISBN : 978-983-097-417-0
Harga : RM29.00 W/M, RM 31.00 E/M

Novel sejarah bertemakan tempat ini sarat dengan fakta tetapi diadun dengan beberapa watak fiksyen. Jika novel sejarah pertama beliau Macedonia menceritakan tokoh Raja Zulqarnain, melalui novel ini, Web Sutera memasukkan tokoh-tokoh Islam yang cuba membebaskan Konstantinopel termasuklah Sultan Muhammad Al-Fateh.

Konstantinople sebuah kota yang menjadi rebutan. Sebuah kota bersejarah yang dibina kembali dari puing-puing tinggalan kaloni Greek yang membinanya dalam abad ke -7 sebelum masihi. Nama asalnya ialah Bizantium. Dimasyurkan sebagai pusat kerajaan baharu Rom pada tahun 330 Masihi oleh maharaja Rom bernama Constantine Agung. Kota ini berfungsi sebagai pusat Empayar Bizantin untuk berabad-abad lamanya. Ia juga dikenali sebagai Rom Baharu atau Rom Timur.

Kemegahan kota mecemburui pelbagai pihak, termasuk dari pihak di Rom, Itali dan suku kaum yang memerintah kerajaan-kerajaan Eropah. lokasinya amat strategik. Semenjak Rasulullah (SAW) berkata dalam hadis di atas semasa Perang Khandak, pemimpin dan pejuang jihad Islam selepasnya berhasrat memenuhi ramalan kenabian itu.

Misi menawan kota Konstantinopel mempunyai rentetan kisah perjuangan yang tidak kurang menariknya untuk direnungi.

Dec 13, 2012

Berfikir Gaya Champion

GB0202 : Berfikir Gaya Champion
Penulis : Hizamnuddin Awang @ Web Sutera
Tebal  : 200 m/s
ISBN  : 978-983-097-342-5
Harga : E/M RM17.00 atau W/M RM19.00


Sebuah buku yang sarat dengan kisah inspirasi untuk membina semangat juang dalam diri setiap orang khasnya umat Islam.

Menjadikan Rasulullah SAW teladan champion sepanjang zaman. Mengajak pembaca bangkit untuk memperbaiki diri, kerjaya, dan seterusnya rezeki.

Mengajak pembaca berani mencuba dan mengajak pembaca mengubah persepsi masyarakat sekeliling.

Berfikir Gaya Champion ditulis dengan bahasa santai namun penuh tarbiah.

May 2, 2012

Alexander Agung!


MACEDONIA: ALEXANDER AGUNG
WEB SUTERA/ 978-983-097-360-9/RM20.00/480ms,/ GB0179
Kategori: Novel Sejarah

Di era kegelapan para penyembah berhala dan tuhan-tuhan yang pelbagai, bangkit seorang perintis tuntunan Allah bagi membebaskan dua dunia; Timur dan Barat.

   Sebaik sahaja berjaya meredakan pemberontakan di beberapa wilayah Greek pada usia dua puluh tahun, Raja Zulqarnain menjadi raja pemerintah Macedonia dan Greek. Walaupun demikian, beliau tidak menabalkan dirinya sebagai ‘Raja Macedonia dan Greek’, tetapi hanya Raja Zulqarnain.

   Kaum Yahudi pula cuba menyembunyikan kebenaran Raja Zulqarnain dengan mengaitkan beliau dengan nama lain, iaitu Alexander yang dikatakan barbarik dan tidak beriman dengan agama Allah. 


TULIS TEKS SETERUSNYA DI SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...