.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406
Showing posts with label Pahrol Mohd Juoi. Show all posts
Showing posts with label Pahrol Mohd Juoi. Show all posts

Jun 11, 2019

7 Langkah Perbaiki Diri

Judul: 7 LANGKAH PERBAIKI DIRI
ISBN: 978-983-097-834-5
Kod: GB 0576
Penulis: Pahrol Mohd Juoi
Tebal: 360 ms
Saiz: L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 1.8 cm
Berat: 0.47 kg
Terbit: Mei 2019
Harga: RM30/RM32*

SINOPSIS

Sesungguhnya, masalah-masalah yang kita hadapi kini sebenarnya adalah satu cubitan kasih daripada Allah untuk menginsafkan kita agar kembali ke pangkal jalan. 

Insya-Allah, Allah sekali-kali tidak akan mengecewakan kita. Cuma kitalah yang sering menzalimi dan mengecewakan diri kita sendiri.

Menerima Islam untuk diamalkan dan diperjuangkan samalah seperti menjemput kedatangan rahmat, kekuatan, keamanan dan keindahan. Menerima Islam tidak akan merugikan, menyusahkan
dan menjatuhkan kita. Bahkan dengan Islamlah darjat dan maruah kita akan ditinggikan.

Justeru, buku ini ditulis untuk mereka, khususnya para peserta Modul Mukmin Profesional yang sering bertanya:
•  Mengapa kaedah yang sebegini unik tidak dibukukan?
•  Alangkah baik kalau modul ini ditulis.
•  Apakah cara saya boleh mengulang kaji bahanbahan dalam modul ini?
•  Sudah sampai masanya modul yang berkesan ini dibukukan.

Buku ini bukan sahaja relevan untuk dijadikan panduan untuk hidup selepas mati, tetapi
ia juga relevan untuk hidup sebelum mati.


KANDUNGAN
Dari Penerbit: Tajdid Penyampaian Ilmu 
Prakata: Kenapa Anda Perlukan Buku Ini? 
Muqaddimah Modul Mukmin Profesional 
Muqaddimah 7 Langkah Baiki Diri 
Langkah 1 – Hidayah: Petunjuk Hidup 
Langkah 2 – Ibadah: Tujuan Hidup (1)
                  - Ibadah: Tujuan Hidup (2)
Langkah 3 – Syariat: Jalan Hidup 
Langkah 4 – Solat: Bekalan Hidup 
Langkah 5 – Zikir: Pendorong Hidup 
Langkah 6 – Dosa: Penghalang Hidup 
Langkah 7 – Mati: Pengakhiran Hidup 

Penutup: Kembali kepada Fitrah!

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my 
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466

 

 

 

 

 


Mar 6, 2019

Celik Mata Hati

CELIK MATA HATI
ISBN: 978-983-097-805-5
Kod: GB 553
Penulis: Pahrol Mohamad Juoi
Tebal: 248 ms
Saiz: L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W:
Berat: 0.32 kg
Terbit: Jun 2019
Harga: RM25.00/RM27.00*

SINOPSIS
Di tengah-tengah kemelut hidup yang maha dahsyat ini, masih ramai yang lebih prihatin dan lebih berminat dengan tentang gajet-gajet teknologi berbanding persoalan hati. 

Betapa ramai manusia yang lebih serius untuk servis keretanya berbanding ‘servis’ hatinya. Kereta dicuci, ditukar dan dihias dengan pelbagai aksesori sedangkan jiwa, fikiran dan emosi terbiar kotor dan berkarat. 

Justeru, tidak hairanlah mengapa ramai manusia umpama kereta rosak yang sedang terhincut-hincut dalam perjalanan hidup yang penuh cabaran ini.

Manusia seharusnya tidak terkapa-kapa dengan pelbagai soalan tanpa jawapan. Buku ini ditulis atas dorongan ingin melihat Islam kembali menjadi cara hidup, bukan semata-mata cara mati.


Buku ini akan memperlihatkan keterkaitan (linkage) yang kukuh antara hubungan dengan Allah dan manusia, ibadah dengan kerja, laba dengan pahala, material dengan spiritual, dunia dengan akhirat.

Insya-Allah, buku pertama dalam Modul Mukmin Profesional ini akan memfokus kepada Mukmin Profesional, Hidup Cemerlang dengan Memberi, Erti Kecemerlangan Dunia dan Akhirat, Sikap Positif Penentu Kejayaan dan Kesedaran Celik Mata Hati.

TENTANG PENULIS:
Berpengalaman lebih 30 tahun dalam penerbitan buku dan majalah berunsur Islam serta dianggap sifu dalam bidang penulisan Islami. Melalui firma motivasi Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. yang kini beliau sebagai peneraju utamanya, beliau merangka modul dan mengendalikan program-program motivasi dengan pendekatan Islam untuk organisasi, syarikat korporat, pelajar dan awam. Sering berada di pentas forum serta ke udara dalam rancangan televisyen dan radio membicarakan isu-isu yang pelbagai menggunakan suluhan kacamata Islam.

Mantan Ketua Editor majalah Solusi dan mengendalikan slot Islam Itu Indah dan Mukmin Profesional di radio IKIM.fm. Berpegang pada prinsip bahawa penulis perlu lebih banyak membaca daripada menulis, beliau meneroka dunia pembacaan yang luas merangkumi kitab-kitab tafsir, kitab kuning, dan buku-buku dalam pelbagai subjek termasuk buku-buku motivasi dari Barat.


Lahir di Ipoh, Perak, beliau juga berpengalaman menjelajah ke pelbagai negara seperti China, negara-negara Timur Tengah, Britain dan Turki. Beliau aktif menulis dalam blognya genta-rasa.com dan telah menghasilkan banyak buku. Modul Mukmin Profesional 2: Celik Mata Hati adalah buku kelapan beliau bersama Galeri Ilmu selepas Satu Rasa Dua Hati, Nota Fikir Untuk Zikir,Seraut Kata Selaut Rasa, Katakan Pada Hati, Revolusi, Laba Di Sebalik Bala dan Kilas dalam Kias.

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my 
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466

 

 

 

 

 


Dec 27, 2018

Kilas Dalam Kias

Kilas Dalam Kias
ISBN: 978-983-097-770-6      
Kod: GB529
Penulis: Pahrol Mohd Juoi
Tebal: 272 ms
Harga: RM25.00/RM27.00




SINOPSIS
Profesor Dr. Hamka menegaskan, “Dakwah itu mengajak, bukan mengejek. Dakwah itu menyejukkan, bukan memojokkan. Dakwah itu mengajar, bukan menghajar.”

Berdakwah dengan berdialog adalah kaedah yang paling berkesan untuk melembutkan hati yang keras dan menundukkan fikiran yang degil. Dengan dialog, pengajaran-pengajaran yang baik mampu disampakan dengan lembut dan penuh kasih sayang. Dengan dialog juga, hati yang keras dan fikiran yang terbabas dapat dilembutkan dan diluruskan semula.

Buku KILAS DALAM KIAS ini mengandungi kisah bernilai dakwah dan tarbiah menerusi dialog yang bersahaja tetapi sarat dengan pengajaran. la memaparkan bagaimana pendakwah menangani salah faham dan kekeliruan terhadap lslam melalui dialog-dialog ilmiah, dalam suasana yang harmoni dan santai.
Ya, dalam kias ada kilas, dalam tamsilan ada teguran, dalam gurauan dan usikan ada pengajaran yang diselitkan. Buku ini memudahkan para pembaca untuk memahami kenapa terjadi salah faham tentang Islam dan bagaimana pula cara untuk membetulkannya.
Insya-Allah, dalam buku ini akan ada 'diri anda' sendiri untuk dilihat, dibaca dan dihayati.

KATA PENGARANG:

Ketika Nabi Musa a.s. ingin bertemu Firaun, Allah SWT telah berpesan tentang cara pertuturan yang perlu dilakukan olehnya di hadapan penguasa yang sangat derhaka itu. Ketika Firaun sudah tiba kepada puncak kederhakaan dengan berkata, “Akulah Tuhanmu yang paling tinggi”, Allah tetap berpesan kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk memperingatkannya dengan lemah-lembut.
Firman-Nya: “Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah-lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.” (Thaha 20: 44)

Dakwah mesti dilaksanakan dengan pelbagai kaedah selaras dengan kepelbagaian watak, keadaan dan realiti yang sedang dihadapi oleh manusia. Namun, prinsip asasnya tetap tidak berubah yakni kasih sayang. Justeru, kasih sayang itu ialah buah kepada iman. Maka menyeru kepada iman, harus dengan iman jua. Bukan dengan cara yang lain.


Kasih sayang itu diterjemahkan melalui tiga kaedah dalam berdakwah yakni hikmah, pengajaran yang baik dan berdebat dengan cara yang baik. Pada golongan yang bijak, harus dihadapi dengan hikmah. Pada golongan yang sederhana, mesti dihadapi dengan pengajaran-pengajaran yang baik. Manakala kepada golongan yang degil, harus dihadapi dengan debat yang baik.

Apr 18, 2017

Laba Di Sebalik Bala

Judul: Laba Di Sebalik Bala
Penulis: Pahrol Mohd Juoi
ISBN: 978-983-097-644-0
TEBAL: 176 ms
Harga: RM20


Sering berlaku dalam kehidupan kita, yang disangka pada mulanya sebuah musibah tetapi apabila sedikit masa berlalu, segalanya bertukar menjadi rahmat. Justeru, apa yang penting dalam mengharungi hidup yang penuh ujian ini bukan apa yang berlaku ‘di luar’ diri kita tetapi apa yang berlaku ‘di dalam’ diri kita.

Sekiranya hitam yang berlaku di luar, tetapi di dalam hati kita putih maka yang hitam itu pun akan bertukar menjadi putih. Mata hanya ‘khadam’ kepada hati. Apabila hati baik, apa yang dilihat oleh mata semuanya baik.

Inilah mesej utama yang dibawa oleh LABA DI SEBALIK BALA. Ia menghuraikan bagaimana Islam berinteraksi dengan pelbagai persoalan agar setiap persoalan itu dapat diselesaikan atau dihadapi dengan baik dan memberi kebaikan.

Buku ini tidak sepenuhnya berbicara tentang ujian, tetapi lebih banyak tertumpu kepada jalan-jalan untuk menghadapinya. Ia mengajak kita menyelesaikan punca masalah, bukan hanya mengubati gejalanya. Juga mengajak hati kita kembali kepada Allah, kerana hanya di situlah ada ketenangan, kejayaan dan kebahagiaan!


Penulis: PAHROL MOHAMAD JUOI

Berpengalaman lebih 30 tahun dalam penerbitan buku dan majalah berunsur Islam serta dianggap sifu dalam bidang penulisan Islami. Melalui firma motivasi Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. yang kini beliau sebagai peneraju utamanya, beliau merangka modul dan mengendalikan program-program motivasi dengan pendekatan Islam untuk organisasi, syarikat korporat, pelajar dan awam. Sering berada di pentas forum serta ke udara dalam rancangan televisyen dan radio membicarakan isu-isu yang pelbagai menggunakan suluhan kacamata Islam. Mantan Ketua Editor majalah Solusi dan mengendalikan slot Islam Itu Indah dan Mukmin Profesional di radio IKIM.fm. Berpegang pada prinsip bahawa penulis perlu lebih banyak membaca daripada menulis, beliau meneroka dunia pembacaan yang luas merangkumi kitab-kitab tafsir, kitab kuning, dan buku-buku dalam pelbagai subjek termasuk buku-buku motivasi dari Barat. Lahir di Ipoh, Perak, beliau juga berpengalaman menjelajah ke pelbagai negara seperti China, negara-negara Timur Tengah, Britain dan Turki. Beliau aktif menulis dalam blognya genta-rasa.com dan telah menghasilkan banyak buku. Laba Di Sebalik Bala adalah buku keenam beliau bersama Galeri Ilmu selepas Satu Rasa Dua Hati, Nota Fikir Untuk Zikir,Seraut Kata Selaut Rasa, Katakan Pada Hati dan Revolusi

Apr 10, 2015

Katakan Pada Hati

JUDUL: Katakan Pada Hati
PENULIS: Pahrol Mohd Juoi
ISBN: 978-983-097-538-2
KOD: GB0343
HARGA: RM 19.00 /RM 21.00
TEBAL: 272 ms



SINOPSIS

Buku Katakan Pada Hati ini ialah satu usaha untuk memperbaiki hati melalui ungkapan kata-kata yang baik. 

Ungkapan yang ditulis cuba menggabungkan unsur kebenaran dan keindahan agar dapat difahami, diingati dan diamalkan.


Ungkapan atau madah yang pendek sekalipun mampu menghasilkan impak yang besar kepada sesiapa yang mendengar dan membacanya, insya-Allah.

Nov 13, 2013

Revolusi

Judul: Revolusi
Penulis: Pahrol Mohamad Juoi
Tebal: 224 ms
ISBN: 978-983-097-458-3
Kod: GB0250
Harga: RM 15.00

Sinopsis: 


Antologi cerpen Revolusi ini ditulis dengan misi ‘memanusiakan’ manusia. Apakah ada manusia yang bukan manusia? Ya, ada. Bukan pada rupa, tetapi pada jiwa.

   Apabila buta mata hati (kerana meminggirkan agama), manusia akan menjadi lebih hina daripada haiwan. Kerakusannya, bukan sahaja menghancurkan orang lain tetapi turut menghancurkan dirinya sendiri. Ketika itu kebijaksanaan akal akan didominasi oleh kerakusan hawa nafsu. Maka berlakulah keruntuhan spiritual di tengah pembangunan material. Inilah zaman jahiliah kedua yang mengekalkan ciri-ciri dalaman persis jahiliah yang pertama.

   Tidak kira setinggi mana ilmu, sebanyak mana harta atau sebesar mana kuasa ... tanpa berpegang kepada prinsip Islam yang syumul, umat Islam sendiri akan menjadi hamba kepada fahaman sekular. Inilah fahaman yang ‘diperangi’ oleh cerpen-cerpen dalam antologi ini. Ia memaparkan bagaimana ulama berfikiran sekular rela menjahanamkan agama atas nama agama. Mereka gadaikan prinsip teras dan nilai asas Islam atas alasan toleransi dan bersifat sederhana.

   Buku ini juga membuka tembelang umara berfikiran sekular, yang tega merosakkan masyarakat dengan muslihat untuk membela bangsa dan negara. Ironinya, mereka membaham isi, orang lain hanya mengutip sisanya. Manakala si jahil yang sekular pula akan terus jadi Pak Turut yang rela diperkuda oleh umpan hedonisme untuk terus bersuka ria dengan menggadaikan agama.

   Namun, kita tidak rela umat terus dijajah minda dan jiwanya. Sudah sampai masanya kita bangun dengan penuh kesedaran untuk mencantas belenggu jahiliah dalam jiwa dan fikrah masyarakat. Walaupun kebangkitan Islam ini pasti ada hambatan dan halangannya, kebenaran tidak akan dapat selamanya disekat. Ia umpama akar pokok yang mampu menembusi tanah dengan gerakannya yang lemah lembut penuh istiqamah. Atau ia umpama aliran air yang mampu melekukkan batu kerana sifatnya yang tegar dan sabar.

   Antologi cerpen Revolusi ini memaparkan arus yang terpaksa dihadapi oleh pejuang Islam sepanjang zaman. Arus itu sama ada dalam bentuk sistem yang telah lama bertapak kukuh atau individu dominan yang menjadi pendukung sistem tersebut. Cerpen-cerpen dalam antologi ini polos dan telus sahaja sifatnya. Mungkin nilai estetikanya tidak seberapa. Namun sifat terus-terang dan vokalnya itulah yang lebih perlu dicermati dan diamati.

   Mesejnya jelas yakni ingin membawa pembaca untuk merentasi sempadan-sempadan kuasa, harta dan kekuatan yang sering dieksploitasi dan dimanipulasi untuk menyekat kebenaran. Untuk itu kita perlu bermujahadah – berhempas melawan hawa nafsu dan tipuan syaitan yang sangat mengajak kepada kejahatan. Musuh batin itu yang lebih berbahaya daripada musuh lahir. Betapa ramai pejuang Islam yang kecundang, bukan kerana pukulan musuh dari luar, tetapi rebah akibat lemah berperang dengan keinginan hawa nafsu sendiri!

Jun 19, 2013

Nota Fikir Untuk Zikir

JUDUL: Nota Fikir Untuk Zikir
Kategori: Motivasi
Pengarang : Pahrol Mohd Juoi
Tebal : 184 ms
ISBN : 978-983-097-260-2
Harga : RM 19.00 / RM 21.00 Sabah Sarawak



SINOPSIS

Buku ini ditulis dengan mesej yang jelas: Zikir tanpa fikir akan menghasilkan individu yang beku, kaku dan mundur walaupun mungkin baik tingkah laku. Fikir tanpa zikir akan membentuk manusia yang aktif, dinamik tetapi merosakkan dirinya dan orang lain dengan pelbagai kemungkaran dan kejahatan. 

Pada cerita dulu-dulu, ada jejak iktibar yang perlu disusuri semula. Pada alam ciptaan Tuhan, ada pengajaran yang dapat diambil. Ia bergantung pada bagaimana kita melihatnya. Dan bagaimana kita melihat sesuatu, bergantung pada siapa diri kita. 

Dengan gaya santai dan simple, penulis mengocak 'fikir' dan 'zikir' pembaca - langkah kecil yang diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada langkah yang lebih gah untuk memantapkan 'fikir' dan 'zikir' ummah. 

Kelebihan yang terdapat pada beliau (Pahrol Mohd Juoi) adalah keupayaan mengolah sesuatu persoalan daripada dimensi yang berbeza dan memberikan persepsi baru terhadap perkara yang digarapnya.' Ann Wan Seng, Setiausaha Agung Kehormat MACMA Buku ini terbahagi kepada tiga bahagian:

Bahagian 1: Iktibar Kisah Dulu-dulu - Mencari hikmah dan ibrah, teladan dan sempadan, daripada cerita rakyat yang merupakan suara hati orang bijaksana untuk mendidik umat.

Bahagian 2: Berguru dengan Alam - Melihat nikmat tanpa melupakan Pemberi nikmat, dengan menjadikan alam sebagai Maha Karya Tuhan yang sentiasa berbicara dengan manusia tentang keagungan Penciptanya.

Bahagian 3: Kata Dikota - Memuatkan kata-kata yang indah dan benar, yang mampu mengubat rasa yang gundah serta membuat fikiran menjadi lebih besar, seterusnya

mampu mengubah jiwa!

Mar 29, 2013

Seraut Kata Selaut Rasa


AKAN TERBIT
GB0213: SERAUT KATA SELAUT RASA 
Pengarang : Pahrol Mohamad Juoi
ISBN : 978-983-097-429-3
Harga : W/M:RM16.00 E/M:RM18.00

Untaian kata-kata ada kalanya sangat mengugah jiwa. Jika tepat masa dan maknanya, ia adalah penawar yang sangat mujarab untuk hati yang lelah. Hati yang mengamuk terpujuk menjadi sejuk. Seraut Kata Selaut Rasa...satu tulisan kecil daripada penulis yang bercita-cita besar untuk membawa diri sendiri dan masyarakat agar lebih hampir kepada Allah - sumber segala ketenangan kebahagiaan dan kejayaan.

Pahrol Mohamad Juoi seorang penulis, kolumnis majalah, editor, pencipta lirik, penulis skrip, personaliti TV serta pengendali latihan dan motivasi. Berpengalaman sebagai wartwan, editor dan ketua editor beberapa majalah bercorak Islam. Kini menerajui Fitrah Perkasa Sdn Bhd di samping terlibat merangka modul latihan dan motivasi untuk lebih 150 badan kerajaan dan swasta.

Mar 15, 2010

Nota Fikir Untuk Zikir


NOTA FIKIR UNTUK ZIKIR

KATEGORI: MOTIVASI
ISBN: 978-983-097-260-2
PENULIS: Pahrol Mohd Juoi
TEBAL: 184 ms
HARGA: RM19/RM21*
KOD: GB0091

Buku ini ditulis dengan mesej yang jelas: Zikir tanpa fikir akan menghasilkan individu yang beku, kaku dan mundur walaupun mungkin baik tingkah laku.







Fikir tanpa zikir akan membentuk manusia yang aktif, dinamik tetapi merosakkan dirinya dan orang lain dengan pelbagai kemungkaran dan kejahatan.

Pada cerita dulu-dulu, ada jejak iktibar yang perlu disusuri semula. Pada alam ciptaan Tuhan, ada pengajaran yang dapat diambil.

Ia bergantung pada bagaimana kita melihatnya. Dan bagaimana kita melihat sesuatu, bergantung pada siapa diri kita.

Dengan gaya santai dan simple, penulis mengocak ‘fikir’ dan ‘zikir’ pembaca – langkah kecil yang diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada langkah yang lebih gah untuk memantapkan ‘fikir’ dan ‘zikir’ ummah.

“Kelebihan yang terdapat pada beliau (Pahrol Mohd Juoi) adalah keupayaan mengolah sesuatu persoalan daripada dimensi yang berbeza dan memberikan persepsi baru terhadap perkara yang digarapnya.” – Ann Wan Seng, Setiausaha Agung Kehormat MACMA

Buku ini terbahagi kepada tiga bahagian:

Bahagian 1: Iktibar Kisah Dulu-dulu – Mencari hikmah dan ibrah, teladan dan sempadan, daripada cerita rakyat yang merupakan suara hati orang bijaksana untuk mendidik umat.

Bahagian 2: Berguru dengan Alam – Melihat nikmat tanpa melupakan Pemberi nikmat, dengan menjadikan alam sebagai Maha Karya Tuhan yang sentiasa berbicara dengan manusia tentang keagungan Penciptanya.

Bahagian 3: Kata Dikota – Memuatkan kata-kata yang indah dan benar, yang mampu mengubat rasa yang gundah serta membuat fikiran menjadi lebih besar, seterusnya mampu mengubah jiwa!




Oct 9, 2008

Satu Rasa Dua Hati

Penulis: Pahrol Mohd Juoi
ISBN: 978-983-097-169-8
Tebal: 224 ms

Setiap penyakit ada ubatnya, setiap masalah ada penyelesaiannya.

Buku ini menyediakan jawapan untuk persoalan seharian rumah tangga. Ia adalah catatan bicara rasa penulis berkaitan dengan hubungan suami isteri dan kerukunan sebuah rumah tangga.

Bagi yang bakal dan telah berkahwin buku memberikan panduan menyemarakkan lagi cinta dalam perkahwinan.

Bagi yang bermasalah buku ini menunjuk jalan untuk membetulkan hala tuju rumah tangga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...