JUDUL: Nota Fikir Untuk Zikir
Kategori: Motivasi
Pengarang : Pahrol Mohd Juoi
Tebal : 184 ms
ISBN : 978-983-097-260-2
Harga : RM 19.00 / RM 21.00 Sabah Sarawak
Kategori: Motivasi
Pengarang : Pahrol Mohd Juoi
Tebal : 184 ms
ISBN : 978-983-097-260-2
Harga : RM 19.00 / RM 21.00 Sabah Sarawak
SINOPSIS
Buku ini ditulis dengan mesej yang jelas: Zikir tanpa fikir akan
menghasilkan individu yang beku, kaku dan mundur walaupun mungkin baik
tingkah laku. Fikir tanpa zikir akan membentuk manusia yang aktif, dinamik
tetapi merosakkan dirinya dan orang lain dengan pelbagai kemungkaran dan
kejahatan.
Pada cerita dulu-dulu, ada jejak iktibar yang perlu disusuri
semula. Pada alam ciptaan Tuhan, ada pengajaran yang dapat diambil. Ia
bergantung pada bagaimana kita melihatnya. Dan bagaimana kita melihat
sesuatu, bergantung pada siapa diri kita.
Dengan gaya santai dan simple,
penulis mengocak 'fikir' dan 'zikir' pembaca - langkah kecil yang diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada langkah yang lebih gah untuk memantapkan
'fikir' dan 'zikir' ummah.
Kelebihan yang terdapat pada beliau (Pahrol
Mohd Juoi) adalah keupayaan mengolah sesuatu persoalan daripada dimensi
yang berbeza dan memberikan persepsi baru terhadap perkara yang digarapnya.'
Ann Wan Seng, Setiausaha Agung Kehormat MACMA Buku ini terbahagi kepada tiga
bahagian:
Bahagian 1: Iktibar Kisah Dulu-dulu - Mencari hikmah dan ibrah, teladan
dan sempadan, daripada cerita rakyat yang merupakan suara hati orang
bijaksana untuk mendidik umat.
Bahagian 2: Berguru dengan Alam - Melihat nikmat tanpa melupakan Pemberi
nikmat, dengan menjadikan alam sebagai Maha Karya Tuhan yang sentiasa
berbicara dengan manusia tentang keagungan Penciptanya.
Bahagian 3: Kata Dikota - Memuatkan kata-kata yang indah dan
benar, yang mampu mengubat rasa yang gundah serta membuat fikiran menjadi
lebih besar, seterusnya
mampu mengubah jiwa!
No comments:
Post a Comment