.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406
Showing posts with label 1 parenting. Show all posts
Showing posts with label 1 parenting. Show all posts

May 18, 2023

ANAK ASUHAN SKRIN

ANAK ASUHAN SKRIN
ISBN: 978-629-7556-40-6
Kod:  GB0765
Penulis: Adlil Rajiah
Tebal: 360 ms
Saiz: 22 cm X 14 cm
Berat: 0.65kg
Harga: RM45.00/RM47.00*

SINOPSIS

Parenting sememangnya payah sejak sebelum wujudnya peranti pintar dan skrin pintar di dunia.

Ibu bapa dulu-dulu perlu gunakan gula-gula, jajan dan mainan untuk ‘umpan’ emosi anak-anak. Ibu bapa dulu-dulu perlu luangkan masa untuk melompat, menari, mengejar, memanjat untuk menghiburkan dan memenuhkan tangki emosi anak.

Ibu bapa dulu-dulu perlu cipta lagu sendiri, cipta cerita sebelum tidur sendiri, cipta permainan sendiri untuk mengeratkan hubungan bersama anak-anak.

 

Namun, kepayahan ibu bapa zaman hari ini, ternyata lebih halus, lebih rumit, dan lebih ‘next level’ kerana SCREEN IS REPLACING THE PARENTS. Ramai anak hari ini tidak lagi diasuh oleh ibu bapa tapi diasuh, dihiburkan, dipujuk, dan dipenuhkan tangki emosinya, oleh skrin.


 

KANDUNGAN Menarik

Anak sunyi, ibu bapa sibuk dengan dunia virtual, 11 kesilapan biasa yang ibu bapa lakukan sehingga menyebabkan anak ketagih gajet, 6 kesan media sosial terhadap parenting, Cara ‘hack back’ media sosial, Masa pendedahan skrin untuk anak bawah 2 tahun, Apa yang anak tonton? SKRIN DAN OTAK ANAK Kesan kepada kemahiran kemanusiaan, Kesan kepada kemahiran membaca dan memahami sesuatu, SKRIN DAN KESELAMATAN ANAK Buli siber, Serangan pedofilia, Pornografi dan banyak lagi.










 





Nov 30, 2021

Parent, Thanks!

ISBN: 978-983-097-942-7
Penulis: Bonda Nor & Ammar Kamilin
Kod: GB666
Tebal: 376 ms
Saiz: L:13.5 X H: 21.5
Percetakan:4 warna
Berat:
Kulit: Nipis
Harga: RM40.00/42.00

SINOPSIS

Naskhah Parent, Thanks! meneruskan kesinambungan  daripada buku PARENT, THINK!. Kali ini, membawakan mesej dalam setiap cerita, bahawa setiap tindakan yang dilakukan ibu bapa hari ini kepada anak-anak, sekalipun tidak serta-merta, pasti satu hari nanti akan mengundang syukur dan terima kasih daripada mereka. Parent, Thanks! menganjurkan didikan kepada anak-anak dengan mempertimbangkan perkembangan spiritual, fizikal, intelektual dan emosi.

Disajikan dalam bahasa yang santai dan bersahaja namun padat dengan ilmu kemahiran keibubapaan. Setiap bait kisah, pasti terselit nasihat dan ilmu yang berpaksikan kepada al-Quran dan sunnah sebagai kata kunci yang wajib dipegang oleh semua ibu bapa dalam membimbing anak-anak menelusuri kehidupan yang penuh dengan cabaran. Sepanjang kisah pasti terselit pesanan dan tujuan hidup, sekeluarga ke syurga, matlamat utama setiap keluarga.


Bila kedua-dua penulis ini menulis, Bonda Nor yang mewakili peranan ibu yang penuh dengan sifat ketegasan, kerisauan, kasih sayang dan caring sementara Tuan Ammar Kamilin menulis dari sisi pandang seorang ayah yang lebih cool tapi sweet, ia menjadikan warkah ini sangat lengkap dan mantap.








Oct 26, 2016

Power Parenting: Motivasi Anak Pintar

JUDUL: POWER PARENTING: Motivasi Anak Pintar
PENULIS: Tengku Asmadi Bin Tengku Mohamad
ISBN: 978-983-097-609-9
KOD: GB 0399
TEBAL:   136 m.s.
SAIZ: 6” X 9”
KATEGORI: Motivasi
HARGA: RM 20/22*


Buku ini lahir daripada persoalan-persoalan yang sering penulis terima selaku pengasas kepada syarikat latihan dan juga merupakan seorang 'Public Speaker' dan motivator terkenal.

Antara persoalan dan keluhan ibu bapa yang sering diperolehi ketika ini:
•         Anak saya rajin belajar tetapi kenapa tidak cemerlang?
•         Saya tahu anak saya ada potensi, bagaiman mahu saya gilap potensinya itu?
•         Anak saya dulunya baik kenapa kini berubah watak?
•         Anak saya dulunya alim, kenapa sekarang solat pun disuruh?
•         Kenapa anak saya malas belajar dan tidak siapkan kerja sekolahnya? Bagaimana nak buat?
•         Anak saya pendiam, sedangkan saya ibu bapanya banyak celoteh?
•         Sudah berbuih mulut ini bercakap tetapi kenapa macam masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri?

Penulis merasakan sudah sampai masanya untuk ibu bapa berubah walaupun tidak dinafikan ibu bapa mempunyai gaya yang unik dan tersendiri dalam mendidik anak-anak. 

Persoalannya adakah gaya keibubapaan mereka itu positif atau negatif? Ibu bapa sememangnya mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak. 

Tetapi sedarkah ibu bapa, ada waktunya mereka  melakukan kesilapan tanpa mereka sedari? Bagaimana pula cara untuk memperbaiki kesilapan itu?

Bertolak daripada itu, penulis kongsikan dalam buku ini tip keibubapaan termasuk memberi peluang kepada ibu bapa untuk sama-sama menilai tahap sebenar keibubapaan mereka.


Buku POWER PARENTING: Motivasi Anak Pintar ini insya-Allah, boleh membantu ibu bapa memastikan perkembangan yang seimbang dapat diberikan kepada anak-anak agar mereka menjadi insan yang hebat di dunia dan juga di akhirat. Insya-Allah!

---------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
Wsapp: 011 3293 3466
-----------------------------------------

May 31, 2016

Aku Mahu Anakku Super Al Quran

JUDUL: AKU MAHU ANAKKU SUPER AL-QURAN
PENULIS: AMRI NASON / AISHAH HASHIMEE
ISBN: 978-983-097-572-6
Kod: GB0365
Tebal: 120 ms
Harga: RM 17


SINOPSIS

Adakah cara mendidik anak2 kecil menghafal al-Quran tanpa paksaan?

Jawabnya ada. Penulis buku ini mendedahkan 3 langkah yang mudah dan berkesan untuk ibu bapa mendidik anak-anak kecil hafal al-Quran tanpa paksaan.

Turut dimuatkan, pelbagai tip keibubapaan dan metod Rasulullah dalam mendidik dan berinteraksi dengan kanak-kanak. Disampaikan dengan santai berserta infografik yang menarik.

  
Ø  Buku in ditulis berdasarkan pengalaman peribadi penulis mengajar anak-anak mereka hafal al-Quran sejak kecil dan kini sudah hafal lebih 70 surah!

Daripada Abu Umamah Al-Bahili r.a. bahawasanya Nabi SAW bersabda: “Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat sebagai pemberi syafaat kepada tuannya (orang yang membaca al-Quran). Bacalah ‘az-zahrawain’ iaitu surah al-Baqarah dan surah Ali-Imran, kerana kedua-duanya akan datang pada Hari Kiamat umpama dua kumpulan burung yang terbang berkumpulan yang akan mempertahankan orang yang membacanya daripada dicampakkan ke dalam neraka.”

(Riwayat Muslim)










----------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
----------------------------------------

Oct 5, 2012

43 Inspirasi Mendidik Anak

Klik pada gambar
GB0193 : 43 Inspirasi Mendidik Anak 

Pengarang : Mohd Hisham Sharif & Hasifah Zainuddin 
Tebal : 272 
ISBN : 978-983-097-349-2 
Harga : W/M:RM19.00 E/M:RM21.00


Membesar dan mendidik anak pada zaman serba mencabar ini memerlukan kesabaran yang tinggi. 


Cabaran-cabaran ini bagaikan satu ujian bagi pasangan ibu bapa. Namun ia perlu ditempuh oleh setiap ibu bapa dalam memastikan anak-anak dibesarkan dan dididik dengan iman dan takwa. 


Ibu bapa diamanahkan Allah membentuk akhlak si anak, setelah berusaha, yang selebihnya hendaklah diiringkan dengan doa dan berserah kepada Allah SWT. 


Pelbagai ragam dan soalan dari mulut si anak kekadang membingungkan ibu bapa untuk menanganinya. Buntu untuk menjawab soalan demi soalan anak dan kesabaran pula ada waktunya hilang entah ke mana. 43 Inspirasi Mendidik Anak perlu dibaca oleh ibu bapa apabila berdepan krisis mendidik anak. Semoga berinspirasi dalam menempuh cabaran mendidik anak. Bak kata penulisnya, Jika bukan kita, siapa Lagi? jika bukan sekarang, bila lagi?

Apr 6, 2011

Wahai Anakku yang tercinta....


Wahai Anakku Yang Tercinta
ISBN: 978-983-097-276-3/

Drs Pauzi Awang /108ms/RM15/GB00107

Sebuah buku tasawuf terjemahan. Karya asal Aiyyuhal Walad oleh Imam al-Ghazali. Menerangkan persoalan dan amalan tasawuf, membimbing para pembaca memahami konsep dan teori ilmu tasawuf. Menghayati amalan dan menjauhkan diri daripada ajaran-ajaran sesat untuk keselamatan dunia dan akhirat.


Aiyyuhal Walad ialah sebuah karya indah. Malah termasuk salah sebuah kitab di dalam senarai kitab-kitab yang diterbitkan oleh Lajnah Antarabangsa Bagi Penterjemah Hasil-Hasil Karya Indah yang telah disepakati antara UNESCO dan Kerajaan Lubnan bertarikh 6 Disember 1948.


Kerana nilainya yang tinggi itu, karya ini telah diterjemahkan ke beberapa bahasa termasuk bahasa Perancis.

Di dalamnya terkandung mutiara-mutiara nasihat daripada Imam Al-Ghazali yang mempunyai khazanah yang tidak ternilai. Juga memgandungi doa-doa yang wajar kita amalkan. Karya ini diberi sambutan istimewa oleh penggemar dan pencinta ilmu tasawuf, dibaca berulang kali dan dihadamkan kandungannya.

Jan 5, 2009

Komen Terpilih...

Judul: Kembara Atiq Wazif: Satu Anugerah
Penulis: Hassan Suyut
Terbit: 2008
......





> "Buku ini sesuai dan wajib dibaca oleh smeua ibu bapa, bukan hanya mereka yang ada anak istimewa sahaja." Demikian tulis Pn Midah Tairak, Sg Petani dalam komen terhadap ulasan buku Kembara ATiq Wazif.

>  Pn. Zaharah Samad, UIA Gombak :
"Buku ini memberikan semangat baru dalam kehidupan kami"

> Sdr Agus Othman, Kuala Terengganu said...
"Diharap buku ini dapat menyemarakkan semangat ibu bapa yang dianugerahi anak-anak istimewa"

> Fuad Omar, Johor Bahru said...
"Saya dah habis baca dua kali. Memang sangat tersentuh dan ada juga terkena batang hidung sendiri… Bacaan wajib untuk sesiapa saja yang ingin tahu bagaimana yang dikatakan kehidupan sebenar. Saya jadikan bahan bacaan wajib untuk staf saya"

> Ahmad Yani A.Manaf, Editor Majalah I said...
"Banyak nilai baik yang memberi pengajaran/teladan pada pembaca. Satu lagi saham akhirat yang bermanfaat"

> Iskandar (Dr.Bubbles), Kuala Lumpur said...
"Memang menyentuh perasaan bila membaca helai demi helai"

> Mohd Rusdi Abdullah, kolumnis majalah ANIS said...
"Cara penceritaannya membawa kita rasa dekat dan seolah-olah ada bersama dalam setiap detik yang diceritakan. Buku ini bukan sekadar catatan pengalaman, tapi juga ada motivasi, ada panduan, ada unsur sedih dan hiba… kelakar pun ada"

TERIMA KASIH SEMUA!!! Dapatkan segera buku istimewa ini di pasaran atau hubungi terus kami.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...