.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406
Showing posts with label Mus Nasmian. Show all posts
Showing posts with label Mus Nasmian. Show all posts

Sep 20, 2024

Misteri Rudi

MISTERI RUDI
(Judul Asal: Sumpah Iblis
Siri: Siri Misteri Novel Asuh
SBN: 978-629-7716-04-6
Kos: GB0828
Penulis: Mus Nasmian
Tebal: 104 ms
Saiz: 12.7cmX19.05cm
Harga: RM10.00/RM12.00

SINOPSIS

Setiap kali nama Rudi diseru, dunia beranjak ke dimensi baru.

Rudi bukan pelajar biasa. Darahnya mengalir warisan keluarga—kekuatan supernatural yang mampu melawan kejahatan dunia ghaib. Namun, di sebalik warisan luar biasanya, Rudi sering merasa kesunyian, terperangkap di antara dunia manusia dan ancaman dari dunia ghaib. Lebih memburukkan keadaan, kekuatan itu menjadikan Rudi seumpama gula-gula kapas, menarik makhluk-makhluk ghaib mendekati untuk menguasainya. Sedangkan Rudi masih bergelut untuk memahami dan mengawal kekuatan itu, apatah lagi menggunakannya untuk melawan ancaman yang tidak diketahui.

Berpindah dari satu dimensi ke dimensi yang lain, Rudi melangkah setapak lebih dekat dengan ancaman sebenar. Ketika itulah muncul Hazul, seorang sahabat yang sentiasa berada di sisinya. Hazul menawarkan perlindungan dan nasihat, menjadi bahu untuk Rudi bersandar di tengah-tengah kekeliruan. Tetapi, tidak semua yang kelihatan seperti apa yang sebenarnya.

Kegelapan memaksa Rudi mencari cahaya. Namun, Rudi kini harus memilih: menguasai kekuatannya atau tunduk kepada bayangan yang cuba mengambil alih hidupnya.

Dalam dunia yang penuh dengan tipu daya, siapa yang sebenarnya di pihak Rudi? Dan adakah dia cukup kuat untuk melawan kegelapan yang semakin menghampirinya?

Hilang satu, dapat dua?

"Misteri Rudi" ialah kisah thriller supernatural tentang persahabatan, pengkhianatan, dan kekuatan untuk menghadapi kegelapan, baik dari luar mahupun dari dalam. Bersedialah untuk plot twist yang tidak akan anda jangka!



Tentang Penulis:

MUS NASMIAN
Nama sebenar adalah Musleha Nasmian dan memilih mengunakan nama pena Mus Nasmian. Karya pertama beliau adalah sebuah skrip drama Hang Jebat Derhaka juga menjadi pengarah kepada pementasan drama ini di Sekolah Kebangsaan Seri Bandan. Karya pertama beliau adalah Puaka Pejabat – Selendang Merah terbitan Penerbit-X untuk siri cerita hantu.

     Bersama Galeri Ilmu dibawah Buku Puris, beliau telah menghasilkan novel Puaka bagi novelet Seramistik bertajuk Pulangkan Kembar Puaka dan novel Sumpah Iblis ini merupakan karya kedua beliau di bawah Buku Puris.

*********************************
𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗽𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻
𝗽𝗲𝗿𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁:

𝗝𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝘀𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗼𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂:

********************************

Feb 18, 2020

Puaka

PUAKA
ISBN: 978-983-097-900-7
Kod: BP0059
Penulis: MUS NASMIAN   &  NIK HASMAZI 
Tebal: 112 ms
Saiz: L: 11.4 cm; H: 18.4 cm; W: 0.8 cm
Berat: 0.13 kg
Terbit:  Mac 2020
Harga: RM10.00/RM12.00*

SINOPSIS
Suatu malam rumah Wak Aji dikunjungi tetamu yang tidak diundang meminta pertolongan. Katanya, bayinya sakit dan diganggu oleh sesuatu. 

Ragu-ragu namun tidak tega untuk membiarkan tetamu itu begitu sahaja, Wak Aji cuba membantu. 

Tanpa disangka, niat baik itu memakan diri. Keluarganya pula dihantui puaka durjana yang nekad mahu membalas dendam.

      Mungkinkah makhluk berambut panjang dengan lidah terjelir yang terlihat bertenggek atas kenderaan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan itu adalah puaka yang sama menggangu Wak Aji dan keluarganya?


Tentang Penulis:
NIK HASMAZI
Berkelulusan Diploma Computer Graphic and Design, beliau merupakan seorang pelukis sepenuh masa. Komik ini merupakan karya pertama beliau berkolaborasi dengan Mus Nasmian di bawah penerbitan Komik Puris.

MUS NASMIAN
Nama sebenar adalah Musleha Nasmian dan memilih mengunakan nama pena Mus Nasmian. Karya pertama beliau adalah sebuah skrip drama Hang Jebat Derhaka juga menjadi pengarah kepada pementasan drama ini di Sekolah Kebangsaan Seri Bandan. Karya pertama beliau adalah Puaka Pejabat – Selendang Merah terbitan Penerbit-X untuk siri cerita hantu.

     Bersama Galeri Ilmu dibawah Buku Puris, beliau telah menghasilkan novel Puaka bagi novelet Seramistik bertajuk Pulangkan Kembar Puaka, novel Sumpah Iblis dan komik ini merupakan karya ketiga beliau di bawah Buku Puris.

************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466






Sumpah Iblis

SUMPAH IBLIS
ISBN: 978-983-097-875-8
Kod: BP055
Penulis: Mus Nasmian
Tebal: 128 ms
Saiz: L: 11.4 cm; H: 18.4 cm; W: 0.8 cm
Berat: 0.18 kg
Terbit: Feb 2020
Harga: RM10.00/RM12.00*


SINOPSIS
Rudi merupakan watak utama, seorang pelajar tingkatan 1 di sebuah sekolah berasrama penuh. Rudi mewarisi kelebihan yang sama seperti bapanya, Encik Razali yang boleh memasuki dimensi lain menerusi mimpinya sendiri mahupun orang lain. Kelebihan itu membolehkan Encik Razali membaca sejarah hidup seseorang dan membantu mereka. Encik Razali juga boleh mengesan makhluk halus yang mengganggu manusia dan menewaskannya.

Malangnya Rudi masih mentah dan belum menguasai sepenuhnya ilmu ghaib itu. Manakala Encik Razali pula terpaksa menurunkan ilmu kepada Rudi secara rahsia dan diluar pengetahuan isterinya. Walhal sebenarnya Encik Razali mahu menghantar Rudi menuntut di sebuah madrasah di Afrika Selatan supaya Rudi dapat mempersiapkan rohani yang kuat sebelum mempelajari bagaimana menguasai kelebihan tersebut. Namun ibu Rudi, Puan Huda menentang kuat dan tidak mahu Rudi memiliki ilmu itu kerana bimbang ia akan mengancam  nyawa anaknya.

          Rudi akhirnya menerima tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh selepas UPSR. Ayah Rudi melepaskan Rudi dengan berat hati namun mengetahui lambat laun Rudi terpaksa belajar menguasai kelebihan yang diwarisi. Rudi menempuh cabaran dan ujian pertama tanpa menyedari dia telah diperdaya oleh seekor jin bernama Hazul yang menyamar menjadi sahabatnya di asrama dan di sekolah sehingga dia dianggap sebagai budak pelik dan dipulaukan oleh rakan-rakan yang lain. Encik Razali menyedari bahawa sahabat baik Rudi itu adalah jin yang cuba mendampingi dan mempergunakan Rudi lalu menghalau makhluk tersebut. Rudi berasa sedih kerana selama ini dia telah dipermainkan oleh seekor jin dan dia terpaksa berusaha dengan kuat bagi membina semula persahabatan baharu bermula dari kosong dengan rakan-rakan sekolah dan asramanya.

Afdzal, sepupu Rudi tiba-tiba muncul di sekolah tersebut atas campur tangan Encik Razali yang menyedari Rudi memerlukan sokongan yang kuat selepas hampir diperdaya oleh Hazul. Jai, si pembuli juga menjadi kawan rapat Rudi. Persahabatan mereka diganggu gugat oleh Syaiful yang berjaya membongkar siapa Rudi dan kelebihan yang dimilikinya.

           Peristiwa lemas dan diburu oleh makhluk Gondoruwo menguji persahabatan mereka. Insiden terakhir yang hampir merenggut nyawa Rudi membuatkan Encik Razali nekad melaksanakan pelan asal beliau iaitu menghantar anaknya melanjutkan pengajian di sebuah madrasah di Afrika Selatan.



Tentang Penulis:

MUS NASMIAN
Nama sebenar adalah Musleha Nasmian dan memilih mengunakan nama pena Mus Nasmian. Karya pertama beliau adalah sebuah skrip drama Hang Jebat Derhaka juga menjadi pengarah kepada pementasan drama ini di Sekolah Kebangsaan Seri Bandan. Karya pertama beliau adalah Puaka Pejabat – Selendang Merah terbitan Penerbit-X untuk siri cerita hantu.

     Bersama Galeri Ilmu dibawah Buku Puris, beliau telah menghasilkan novel Puaka bagi novelet Seramistik bertajuk Pulangkan Kembar Puaka dan novel Sumpah Iblis ini merupakan karya kedua beliau di bawah Buku Puris.

Apr 17, 2018

Pulangkan Kembar Puaka

Pulangkan Kembar Puaka
ISBN: 978 - 983 - 097- 717 - 1
Kategori: Fiksyen
Penulis: Kayy Mann / Iz Zunairah /  Mus Nasmian
Kod: BP019
Tebal: 224 ms
Harga: RM17.00/ RM19.00

SINOPSIS:
NOVELET PULANGKAN KEMBAR PUAKA

PULANGKAN
Kisah tentang Haikal, seorang top seller MLM yang kaya raya. Haikal menyertai syarikat Fast Lingkop Corporation dan dia ada segala-galanya yang dikehendaki oleh kebanyakan manusia. Harta yang banyak, rumah besar, kereta mewah, dan menurut definisinya sendiri, dia sudah capai status ‘bebas kewangan’.

   Hidupnya berubah pada suatu pagi apabila dia mendapati segala makanan yang terhidang depan mata semuanya berupa sampah, kotoran, najis, ulat dan segala benda yang menjijikkan. Peliknya, orang lain melihat makanan tersebut sebagai makanan biasa yang lazat dan berkhasiat. Pada setiap malam juga dia dihantui oleh mimpi-mimpi yang menakutkan.

   Sebelum kejadian pelik itu, Haikal bertemu dengan Nazri. Berbekalkan kebolehannya bercakap dan meyakinkan orang, Haikal berjaya mempengaruhi Nazri untuk menyertai Fast Lingkop Corporation.
   Haikal dihantui rasa bersalah bukan hanya kepada Nazri tetapi juga kepada mereka yang  berjaya dipujuk untuk menyertai Fast Lingkop Corporation. Mengapa semua ini berlaku?

KEMBAR
Azmira, seorang pegawai konservasi penyu, amat komited menjalankan tugas memelihara hidupan laut dari kepupusan. Namun, ketenangan hidup Azmira mula terganggu apabila kisah keturunan keluarganya yang berkembar dengan buaya tersiar di dalam akhbar tempatan.
   Ketidakpercayaan Azmira dengan sejarah keluarganya sendiri telah merangsangnya untuk membuat kajian. Namun, semakin dia memikirkan segala kejadian, semakin kerap peristiwa-peristiwa aneh menimpa dirinya. Sang buaya pula bagaikan mahu menyampaikan sesuatu kepada Azmira. Lantas, bagaimanakah mereka berkomunikasi?
   Sedikit demi sedikit hijab kekuasaan Allah terhadap penciptaan makhluk mula tersingkap apabila dia menerima sebuah catatan lama daripada datuknya, Tok Senin. Apakah isi kandungan catatan itu? Mengapakah Azmira yang dipilih menerimanya?

PUAKA
Suatu malam rumah Wak Aji dikunjungi tetamu yang tidak diundang meminta pertolongan. Katanya bayinya sakit dan diganggu oleh sesuatu. Ragu-ragu namun tidak tega untuk membiarkan tetamu itu begitu sahaja, Wak Aji cuba membantu. 

   Tanpa disangka, niat baik itu memakan diri. Keluarganya pula dihantui puaka durjana yang nekad mahu membalas dendam.

   Mujurlah anak bongsunya Zabaan mempunyai ilmu rawatan syifa khusus untuk melawan jembalang dan syaitan.
 Mungkinkah makhluk berambut panjang dengan lidah terjelir yang terlihat bertenggek atas kenderaan di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan ini adalah puaka yang sama menggangu Wak Aji dan keluarganya?



TENTANG PENULIS:
KAYY MANN
Pemilik nama sebenar Kamariah Osman ini merupakan pemegang ijazah Perakaunan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), juga pemegang sarjana Forensic Accounting & Financial Criminology dari UiTM. Aktif menulis untuk kolum Belajar Penuh Gaya, majalah Fokus SPM. Merupakan penulis buku Gadis Komik terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd.

IZ ZUNAIRAH
Iz Zunairah merupakan nama pena kepada pemilik nama Zunairah Binti Ismail. Berasal dari Bukit Piatu, Melaka. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi. Kini bertugas sebagai Guru Pendidikan Islam di salah sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Pontian, Johor. Penulis cerpen di dalam beberapa buah buku antologi seperti Epistolari, Sedetik.doc, Blur dan Kembara Ternoktah Di Syurga.

MUS NASMIAN

Nama sebenar adalah Musleha Nasmian dan memilih mengunakan nama pena Mus Nasmian. Karya pertama beliau adalah sebuah skrip drama Hang Jebat Derhaka juga menjadi pengarah kepada pementasan drama ini di Sekolah Kebangsaan Seri Bandan. Karya pertama beliau adalah Puaka Pejabat – Selendang Merah terbitan Penerbit-X untuk siri cerita hantu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...