.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406
Showing posts with label Dr Muhd Kamil Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Dr Muhd Kamil Ibrahim. Show all posts

Aug 26, 2024

Kitab Pedoman Hidup

Kitab Pedoman Hidup
Penulis: Khuzaifah Kamazlan & Muhd Kamil Ibrahim
ISBN 978-629-7716-01-5
Kod: GB0823
Saiz: 21.59cm X 13.97cm
Tebal: 264 m.s.
Berat:
Harga: RM25.00/RM27.00*

 SINOPSIS


Kitab Pedoman Hidup
merupakan risalah kecil yang menjadi panduan bagi manusia yang ingin menghiasi hari berbaki dengan akhlak dan amal-amal bermanfaat. Kitab ini membicarakan perkara terpilih yang harus diperbanyakkan, ditinggalkan dan yang mesti dijaga agar pahala amalan seharian tidak sia-sia begitu sahaja.

Kitab ini tidak membincangkan hukum-hakam fikah, tidak juga sah atau batal sesuatu ibadah, sebaliknya ia menerangkan nilai-nilai sesuatu amal yang dilakukan semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Maksud dan tujuan utama naskhah ini adalah untuk menimbulkan kesedaran para pembaca supaya lebih berusaha mendekatkan diri kepada Allah, menjauhi perbuatan terlarang yang boleh menjatuhkan diri dalam kelalaian, menyedarkan diri akan hari akhirat yang pasti dilalui, serta bersedia dengan bekalan yang secukupnya.

Dunia ini bersifat sementara, berbentuk pinjaman dan hari akhirat menjadi matlamat setiap manusia yang berilmu dan beriman dengan-Nya.

Manusia mahu ke syurga. Kalau boleh ke Firdaus tanpa dihisab. Namun sifat manusia yang sering terlupa menyebabkan kehidupan di dunia lebih diutamakan. Manusia menghimpun dosa yang hadir bersama kemewahan dunia. Lalu perjalanan ke syurga yang kehidupannya kekal abadi menjadi sukar. Naskhah ini juga cuba mengingatkan soal ini.

 ISI KANDUNGAN 

𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝟏: 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐋𝐀𝐍
Kematian Itu Pasti, Syurga Destinasi Akhir

 BAHAGIAN 2: HIDUP INI UJIAN
Ujian Bagi Manusia, Hikmah Ujian, Reaksi Terhadap Ujian

BAHAGIAN 3: MENCARI BANTUAN ALLAH
Manusia Berhajat Kepada Allah, Manusia Sombong, Kerugian Jika Dibiarkan Allah, Mendapat Bantuan Allah

BAHAGIAN 4: BERSIHKAN HATIMU
Hati Yang Membinasakan, Punca Kekotoran Hati, Proses Penyucian Hati,


BAHAGIAN 5: REZEKI
Allah Mengatur Rezeki, Rezeki Tidak Datang Sendiri, Rezeki yang Berbeza-beza

BAHAGIAN 6: PEDOMAN SEORANG ANAK
Berbuat Baik kepada Ibu bapa, Berbuat Baik Tanpa Syarat

BAHAGIAN 7: SEDEKAH SATU TUNTUTAN
Rezeki Manusia Berbeza, Galakan Bantu-membantu, Perintah Untuk Bersedekah, Manusia Bersifat Bakhil dan Kedekut, Kelebihan Sedekah, Sedekah yang Afdhal, Sedekah Dengan Ilmu

BAHAGIAN 8: MENJAGA TUTUR KATA
Mensyukuri Nikmat Pancaindera, Masuk Neraka Kerana Lidah, Dosa-dosa Lidah, Diam Lebih Baik

BAHAGIAN 9: PENUTUP

Memohon keampunannya, Sesuci Bayi, Kita Masih Bernyawa









*********************************
𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗽𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻
𝗽𝗲𝗿𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁:

𝗝𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝘀𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗼𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂:

********************************

Mar 14, 2024

Indah Dan Ajaibnya Rezeki



                                                    
Indah Dan Ajaibnya Rezeki
Penulis: Muhd Kamil & Rakan-Rakan
ISBN: 978-629-7556-71-0
Kod: GB0791
Kandungan: Warna (4c)
Saiz: 13.5 cmX 21.5 cm
Tebal: 464 ms
Berat:0.75kg
Harga: RM40.00/RM42.00 (S/S)

SINOPSIS

Indah dan Ajaibnya Rezeki – sebuah naskhah pelbagai kisah gabungan 30 orang penulis dari pelbagai latar. Ada tokoh terkenal, sasterawan, penulis prolifik, pendakwah selebriti, pensyarah, pesara, ayah dan ibu serta mereka yang tidak pernah dikenali di mata umum.

Berbicara tentang rezeki, kebanyakan manusia hanya melihat dari sudut harta benda tanpa menyedari bahawa seluruh kehidupan itu sebenarnya adalah rezeki anugerah daripada Allah SWT.

Ada rezeki yang berbentuk fizikal yang boleh dipegang dan dilihat seperti wang ringgit, dan ada rezeki yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi dapat dirasai dengan deria pancaindera seperti kesihatan, kepandaian dan peluang.


Namun yang paling ajaibnya apabila rezeki muncul secara tidak disangka-sangka. Kelihatan ajaib dan mustahil bagi akal kita, namun tidak mustahil bagi Allah kerana semuanya adalah kurniaan-Nya.

Dalam naskhah ini, setiap penulis mencatatkan pelbagai peristiwa yang terkait dengan rezeki yang kelihatan kecil dan terpinggir tetapi signifikan dalam hidup ini. Moga ia menjadi pedoman kepada khalayak untuk muncul sebagai hamba yang bersyukur di sisi-Nya.










Oct 10, 2023

Jodoh Anugerah Dia

Judul: Jodoh Anugerah Dia
Penulis: Muhd Kamil Ibrahim Bersama Rakan-rakan
ISBN: 978-629-7556-59-8
Kod: GB0779
Saiz: 14cm x 21.5cm (Portrait)
Tebal: 320 ms
Presentation: 4C
Berat: 0.65 kg
Harga: RM40.00 / RM42.00

Sinopsis

JODOH ANUGERAH DIA (JAD) dijayakan oleh 25 orang penulis yang berbeza latar belakang. Malah, apa yang menarik, antara mereka adalah terdiri public figure yang tidak asing lagi dalam usaha dakwah dan motivasi. Antaranya Datuk Norhafizah Musa, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki, Ustaz Roslan Mohamed, Ustaz Pahrol M. Juoi dan Tengku Asmadi Tengku Mohamad. Mereka turut berkongsi kisah dan pengalaman bertemu jodoh.

Datuk Norhafizah dan Ustazah Isfadiah misalnya, kerana latar belakang akademik mereka berlandaskan agama, barangkali ramai yang menyangka perjalanan mereka bertemu jodoh adalah mudah. Namun sangkaan itu langsung tersasar. Mereka terpaksa menempuh liku-liku pahit sebelum bertemu pasangan hidup masing-masing. Dan nyatalah bahawa urusan jodoh itu adalah urusan Allah. Dialah yang menentukan siapa jodoh kita.

Jodoh Anugerah DIA (Jodoh) berasbabkan ajakan gurauan pendakwah terkenal, Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa agar Dr Muhd Kamil Ibrahim (MKI) menulis kisah bagaimana beliau bertemu jodoh. Orang Negeri Sembilan bertemu Kelantan.

Istikharah beliau dan bapa hampir dua tahun. Beliau menolak dengan kuat sekali tetapi tolakan ikut rasa hati tidak terdaya mengatasi ketentuan-Nya. Akhirnya … Datuk Norhafizah mengisahkan betapa jodoh itu anugerah daripada DIA.

Ia permulaan indah dan menarik.

Jodoh adalah himpunan kisah nyata, antara takdir pilihan Allah Al-Muktadir kepada para hamba-Nya. Pelbagai kisah suka, duka, sedih, derita dan indah berada dalam naskhah ini. Sedikit panduan bagaimana mencari jodoh juga turut tercatat.

Ada yang berjodoh berasbabkan aturan orang tua, kerana suka sama suka, hanya pilihan kedua, tiada pilihan dan ada juga yang tidak mampu bertahan malah ada, yang memang tidak berjodoh. 

Dan ada juga, pasangan yang Allah temukan bermula dengan rasa benci. Saya kira begitu perasaan awal Roza kepada Dr. MKI sekiranya anda membaca Bab 47, si gadis pemegang kotak rokok Abang MKI. Ia bermula dengan rasa terlalu kuat, BENCI.

Alahai.

Tak dapat saya bayangkan rasa benci Puan Roza yang dipaksa memegang kotak rokok abang senior sepanjang minggu suai kenal. Pastinya perasaan ketika itu mahu dibaling sahaja kotak rokok itu ke tong sampah.

Namun, apabila sudah dikatakan jodoh, meski keropok lekor di Terengganu, asam pedas di Johor, di Dundee, Scotland tetap mampu dihidang dan dinikmati bersama. Begitulah kuatnya jodoh Dr MKI dan Roza, membuktikan ia satu anugerah dari DIA. 

----

Terdapat banyak panduan dan nasihat dalam JODOH ANUGERAH DIA. Sama ada anda mahu mencari pasangan, sudah atau bakal mendirikan rumah tangga, atau anda merupakan ibu ayah yang bakal menerima menantu, bacalah buku ini, pasti ia banyak membantu! Ia juga sesuai untuk dijadikan hadiah hari lahir atau hantaran pertunangan dan perkahwinan.










Sep 13, 2023

2 KALI PERTAMA KALI … Dia Maha Mengetahui

2 KALI PERTAMA KALI … Dia Maha Mengetahui
ISBN: 978-629-7556-57-4
Penulis: Muhd Kamil Ibrahim Bersama Rakan-rakan
Kod: GB0771
Tebal: 336 ms
Saiz: 14cm x 21.5cm (Portrait)
Presentation: 4C
Berat: 0.65 kg
Harga: RM40.00 / RM42.00

Sinopsis

2 KALI PERTAMA KALI … Dia Maha Mengetahui dijayakan oleh 25 orang penulis yang berbeza latar belakang dan usia. Ada yang sudah berpengalaman menulis buku dan ada yang buat pertama kali menulis.

Buku ini terbahagi kepada dua bahagian.

Bahagian pertama menceritakan kisah dan pengalaman pertama kali penulis mengerjakan haji dan umrah. Biarpun misi dan tempatnya sama iaitu Tanah Suci, anehnya setiap penulis mempunyai kisah dan pengalaman yang berbeza-beza. Setiap kisah amat menarik untuk diambil iktibar bahkan boleh dijadikan panduan bagi sesiapa yang mahu mengerjakan ibadah tersebut buat pertama kali.

Bahagian kedua mengisahkan pengalaman/peristiwa hidup pertama yang paling signifikan dan berbekas di hati penulis. Setiap kisah mempunyai daya tarikan tersendiri yang boleh dijadikan sempadan dan teladan.


­­­­­­­­­­­­
Petikan Bab 31 BERCINTA KE GUNUNG ADAM

 Tepat jam empat petang, kami akhirnya sampai ke puncak Gunung Adam setelah mendaki hampir 16 jam. Air mata gugur tanpa diminta. Daku sujud syukur di puncak gunung setinggi 2243 meter dari aras laut ini. Inilah nikmat tertinggi yang aku dapat rasakan. Sujud di puncak dunia.

Kelihatan sebuah pondok polis Sri Lanka dengan dua anggotanya. Sedikit ruang untuk para pendaki berehat. Beberapa orang sami Buddha pula sedang meniup serunai, memukul gendang dengan ritual acara keagamaan mereka. Mungkin kehairanan melihat rombongan pendaki ini tiba-tiba muncul pada sebelah petang.

Aku lihat ada sebuah pondok sederhana. Beberapa orang sami Buddha duduk berhampiran dengannya. Dengan izin mereka, kami dibenarkan masuk untuk melihat sebuah batu yang mempunyai lekuk sebuah tapak kaki yang sungguh besar. Anuar cepat merakam video. Kami bersusah payah untuk video ini.

Itulah bekas tapak kaki Nabi Adam alaihissalam.

Setelah 40 minit berada di puncak, kami semua harus bersegera turun sebelum matahari terbenam. Perjalanan turun lebih pantas berbanding pendakian walaupun kaki dan betis sudah tegang dan sakit.

Kami selamat turun ke bawah pada jam 8.30 malam. Cukuplah pendakian ini. Allah jua yang menjaga hamba-hamba-Nya ini. Begitulah … hambatan kru Jejak Rasul, TV3, bukan semua mudah. Ujian selalu ada. Begitulah jalan dakwah penyiaran.

~Ahmad Noor Sulaiman









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...