.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406
Showing posts with label 1 kesihatan. Show all posts
Showing posts with label 1 kesihatan. Show all posts

May 18, 2023

HOSPITAL TARBIAH

HOSPITAL TARBIAH
ISBN: 978-629-7556-44-4
Kod: GB0766
Peuulis: Dr Nur Hanisah
Tebal: 216 ms
Saiz: 14 cm X 22 cm
Berat: 0.5 KG
Harga: RM25.00

SINOPSIS

Bekerja sebagai seorang doktor — Sebuah pengalaman mahal yang tidak mungkin dapat dilupakan. Seperti kata kebanyakan orang, ia benar-benar pekerjaan yang berpahala besar: TOLONG ORANG.

Dalam masa yang sama, merawat fizikal sahaja tidak cukup kerana ujian sakit itu boleh melemahkan rohani, bahkan itu lebih sukar untuk dirawat. Hakikat datangnya sebuah penyakit itu sendiri adalah untuk mendekatkan kita dengan Allah.


Kisah kita sama, berjumpa dengan ramai manusia, menghadap perangai mereka, menahan sabar kena marah, dan sebagainya. Namun, dalam setiap orang yang kita berjumpa sepanjang perjalanan hidup kita, ada sesuatu yang Allah mahu kita belajar daripadanya.









ANAK ASUHAN SKRIN

ANAK ASUHAN SKRIN
ISBN: 978-629-7556-40-6
Kod:  GB0765
Penulis: Adlil Rajiah
Tebal: 360 ms
Saiz: 22 cm X 14 cm
Berat: 0.65kg
Harga: RM45.00/RM47.00*

SINOPSIS

Parenting sememangnya payah sejak sebelum wujudnya peranti pintar dan skrin pintar di dunia.

Ibu bapa dulu-dulu perlu gunakan gula-gula, jajan dan mainan untuk ‘umpan’ emosi anak-anak. Ibu bapa dulu-dulu perlu luangkan masa untuk melompat, menari, mengejar, memanjat untuk menghiburkan dan memenuhkan tangki emosi anak.

Ibu bapa dulu-dulu perlu cipta lagu sendiri, cipta cerita sebelum tidur sendiri, cipta permainan sendiri untuk mengeratkan hubungan bersama anak-anak.

 

Namun, kepayahan ibu bapa zaman hari ini, ternyata lebih halus, lebih rumit, dan lebih ‘next level’ kerana SCREEN IS REPLACING THE PARENTS. Ramai anak hari ini tidak lagi diasuh oleh ibu bapa tapi diasuh, dihiburkan, dipujuk, dan dipenuhkan tangki emosinya, oleh skrin.


 

KANDUNGAN Menarik

Anak sunyi, ibu bapa sibuk dengan dunia virtual, 11 kesilapan biasa yang ibu bapa lakukan sehingga menyebabkan anak ketagih gajet, 6 kesan media sosial terhadap parenting, Cara ‘hack back’ media sosial, Masa pendedahan skrin untuk anak bawah 2 tahun, Apa yang anak tonton? SKRIN DAN OTAK ANAK Kesan kepada kemahiran kemanusiaan, Kesan kepada kemahiran membaca dan memahami sesuatu, SKRIN DAN KESELAMATAN ANAK Buli siber, Serangan pedofilia, Pornografi dan banyak lagi.










 





Feb 1, 2023

Cerita Klinik Diet

Cerita Klinik Diet
ISBN: 978-983-097-988-5
Penulis: Ruqayyah Muhd
Kod: GB0711

Tebal: 214 ms
Saiz: 22cm x 14 cm
Berat: 0.35 kg
Harga: RM30.00

SINOPSIS:
Saya melangkah ke bilik ketua jabatan untuk melaporkan diri. beliau berkata, “Saya tempatkan awak di disiplin pediatrik ye.”

Kepala saya bagaikan berpusing. Jantung berdegup pantas. Tangan mula basah. ‘Pediatrik? Aku tak tahu apa-apa mengenai pediatrik!’ Walaupun sudah bekerja selama dua tahun sebagai dietitian di tempat lain sebelum itu, namun disiplin pediatrik ini amat asing buat saya.

Saya jangkakan saya akan gagal total menjadi dietitian yang baik. Namun, rupanya banyak sekali yang Dia aturkan buat saya di sini. Sehingga saya merasakan selama saya hidup ini, sayalah hamba yang paling banyak tidak bersyukur. Setiap hari, jiwa saya diasak dengan pelbagai senario kehidupan yang membuatkan jiwa saya sesak. Hati saya patah, mata saya basah…!

Tidak pernah saya ketahui tatkala saya belajar menjadi seorang dietitian, saya akan belajar menjadi seorang manusia. Saya belajar menjadi seorang anak. Saya belajar menjadi seorang ibu. Saya belajar menjadi kawan yang baik dan mempunyai teman-teman yang baik di kalangan pesakit dan petugas di wad.


Testimoni:

Bersyukurlah

Membaca naskhah ini ibarat menelusuri hati sendiri. Mengetuk pintu hati yang sudah lama tidak ditegur dengan perkataan bersyukurlah. Bersyukur dengan setiap nikmat yang kita nampak mahupun tidak, yang kalau dihitung satu per satu takkan mampu kita bayar. (Dr. Sakinah Sulong, Pakar Perubatan Keluarga)

Menginsafkan!
Kita tidak akan menghargai sesuatu nikmat, sehinggalah kita diuji dengan sesuatu yang menyakitkan. Benarlah kata orang, "Kita akan lebih bersyukur apabila melihat insan yang diuji dengan kesihatan di hospital.” Banyak ilmu tentang jiwa, spiritual, motivasi dan kesihatan yang dikongsikan di dalam naskhah ini. (Rohamiah Muda, Penulis buku bersiri Berdamai Dengan Takdir)














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...