.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406
Showing posts with label Dato Zaini Ariff. Show all posts
Showing posts with label Dato Zaini Ariff. Show all posts

Apr 23, 2025

PROFESOR YANG MEMBELI SYURGA: BICARA HATI BERSAMA MKI

PROFESOR YANG MEMBELI SYURGA:
BICARA HATI BERSAMA MKI
ISBN: 978-629-7716-49-7
PENULIS: ZAINI MOHD ARIFF
KOD: GB0879
TEBAL: 240 m.s.
SAIZ: 13.5 cm X 21.5 cm
BERAT:
HARGA: RM25.00/RM27.00 (S/S)

 SINOPSIS

Hayat seseorang membawa memori bermakna kepada sahabat dan dikongsi kepada seluruh pembaca. Buku ini membicarakan keakraban dua sahabat antara penulis dan Allahyarham Dr Mohd Kamil Ibrahim (MKI) yang merupakan seorang penulis prolifik dan juga mantan profesor.

Penulis mengimbau kenangan sewaktu bersama MKI yang setiap bicaranya penuh hikmah, nasihat, amanat dan peringatan tentang erti dan tujuan hidup yang akhirannya mahu ke syurga tertinggi ... ia bukan bicara biasa-biasa!

Profesor Yang Membeli Syurga, merupakan huraian daripada kisah nyata. Kisah yang mendalami tentang amalan semasa hidup, ikatan persahabatan dan bekalan akhirat menjadi medan utama kepada penyampaian buku ini.

Banyak pengajaran dan teladan dapat dikutip oleh pembaca daripada titipan persahabatan mereka ini—sebuah persahabatan yang telah berlangsung selama 20 tahun.



Naskhah ini sangat memberi inspirasi terutama bagi para
followers MKI. Ia membawa pembaca mengintai sisi MKI yang tak pernah diketahui selama ini.

Diharap setiap bab yang dikisahkan menjadi inspirasi kepada khalayak untuk terus melakukan kebaikan agar dapat menjadi penghuni syurga kelak.

Nota yang dimuatkan di penghujung setiap bab sangat menyentuh hati – menceritakan keadaan semasa kesihatan MKI yang semakin hari semakin merosot dan akhirnya dijemput pulang ke pangkuan Ilahi.

----------------------------------------------------

 Petikan Bab 7

Akhirnya, selepas hampir dua jam perjalanan, kami tiba di sebuah kawasan terpencil—sebuah perkampungan orang asli yang kecil dan sederhana. Rumah-rumah kayu bertiang tinggi berdiri di tengah-tengah kehijauan hutan. Beberapa orang penduduk kampung mula berkumpul melihat kedatangan kami.

“Inilah tempatnya,” kata Prof. MKI sambil keluar dari kereta.

Kami disambut mesra oleh ketua kampung, seorang lelaki tua dengan wajah penuh kedut tetapi ramah. Selepas berbual seketika, Prof. memperkenalkan tujuan kami: untuk berdakwah kepada mereka, memperkenalkan agama Islam dan kebenarannya.

Namun, perbualan itu tidaklah semudah yang kami sangka.

“Kami boleh masuk Islam,” kata salah seorang penduduk kampung dengan yakin. “Tapi ada dua syarat.”

Saya dan Prof. MKI saling berpandangan. “Apa syaratnya?” tanya Prof. MKI dengan tenang.

“Satu, kami boleh pelihara anjing. Dua, kami boleh makan babi.”

Saya terkejut. “Prof., macam mana ni? Susah sangat syarat mereka ni,” saya berbisik.

Prof. MKI hanya mengangguk perlahan, mengambil masa untuk berfikir. Selepas beberapa saat, beliau tersenyum dan menjawab, “Baiklah. Kami setuju dengan syarat kamu, tapi dengan dua syarat juga.”

Orang kampung mula berbisik sesama mereka, kelihatan tertarik.

“Syarat kami adalah kamu mesti percaya kepada Tuhan Yang Satu – Allah – dan ikut ajaran Nabi Muhammad SAW,” kata Prof. MKI, tegas tetapi penuh hikmah.

Ketua kampung terdiam sejenak. “Jadi kami boleh pelihara anjing dan makan babi?” tanyanya semula, seperti mahu kepastian.

Prof. MKI mengangguk.

“Ya, pelihara anjing di luar rumah dan makan babi tapi hanya jika kamu tidak ada makanan lain. Allah Maha Pengampun, Dia tahu kesulitan kamu. Tapi dalam keadaan biasa, kami akan bantu kamu menyediakan makanan halal.”

Perbincangan itu menjadi titik permulaan yang membuka hati mereka. Kami menghulurkan bantuan makanan halal—beras, ikan masin, dan beberapa barang asas lain. Dalam masa yang sama, Prof. MKI mengajar mereka tentang keindahan Islam, cara bersuci, dan cara solat.

Hasil dakwah itu sangat mengharukan. Dalam beberapa hari, seluruh kampung akhirnya mengucap dua kalimah syahadat di hadapan kami. Mereka mula belajar solat, langkah demi langkah.

Hari terakhir kami di kampung itu penuh dengan doa dan rasa syukur. Saya sempat berbisik kepada Prof. MKI, “Prof., saya tak sangka kita boleh capai sejauh ini.”

Prof. MKI tersenyum, menepuk bahu saya. “Dakwah ini bukan tentang kita. Ia tentang menyampaikan kebenaran dengan hikmah dan kesabaran. Kalau kita ikhlas, Allah yang akan buka hati mereka.”

Perjalanan pulang ke Segamat terasa begitu bermakna. Di tengah keheningan hutan, saya termenung, memikirkan betapa hebatnya hikmah yang Allah titipkan melalui pengalaman ini.








Dec 14, 2016

Bahagia Berganda

JUDUL: BAHAGIA BERGANDA
PENULIS: Mohd Zaini Mohd Ariff  &  Muhd Kamil Ibrahim
ISBN: 978-983-097-620-4
KOD: GB 0407
HARGA: RM 25
TEBAL:   240  ms
SAIZ: 5.5” X 8.5”


SINOPSIS

Buku BAHAGIA BERGANDA ini merupakan tulisan bersama Prof. Muhd Kamil Ibrahim dan Dato’ Mohd Zaini Ariff dan ini bermakna sudah empat judul yang dihasilkan bersama, bermula dengan Ilmu Kehidupan, Usahawan Akhirat, Merenung Diri dan kini buku yang sedang anda tatap.

Sering sahaja apa yang  rasa di hati datangnya berulang-ulang dan ia sememangnya begitu. Sekadar contoh, rasa bahagia terasa hasil gabungan pelbagai sebab. Ia datang dan pergi. Jika menulis buku itu satu kebahagiaan, maka ia hanya akan jadi kenangan jika tiada buku baharu diterbitkan.

Namun, sebagai penulis mereka sedar bahawa kegembiraan itu sangat kecil dan bersifat sementara. Ini kerana manusia itu akan tetap menghadapi pelbagai ujian dan cabaran sepanjang kehidupan.  Sampai masanya kegembiraan terdahulu  menyusut atau hilang dan berlalu pantas.

Prof. Muhd Kamil Ibrahim dan Dato’ Mohd Zaini Ariff  mahukan sesuatu yang lebih baik dan bersifat kekal, inginkan kebahagiaan yang menjadikan dada berasa lapang selapang-lapangnya dan mahu jiwa tenang tenteram sebagai persediaan menemui DIA dengan hati yang damai. 

Maka, ‘Ingat Allah Sentiasa’, frasa yang disemat kukuh dalam sanubari mereka berdua kerana bagi kedua-duanya dengan mengingati Allah, ia merupakan kunci kebahagiaan di dunia dan akhirat.  Sebagaimana yang sering dinyata, dunia ini hanya seketika tetapi syurga itulah kebahagiaan sejati.

Buku BAHAGIA BERGANDA ini mereka hulurkan dengan harapan ia menjadi ilmu bermanfaat selain berdoa dan selalu merayu kepada-Nya agar ia menjadi penyebab besar untuk mereka terus bahagia pada hari penghakiman nanti.

Sesungguhnya anugerah ‘profesor’ membahagiakan. Namun kebahagian yang sebenar hanya terasa apabila mampu menitiskan air mata ketika hati menjadi sebak mengingati betapa Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

--------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
Wsapp: 011 3293 3466
-------------------------------------

May 7, 2015

Ilmu Kehidupan

JUDUL: ILMU KEHIDUPAN - Ringkas Tapi Signifikan
PENULIS: Muhd Kamil Ibrahim, Mohd Zaini Ariff, Sabtu M. Ali, Noor Azma Mohamad Khassim, Roza Roslan
ISBN: 978-983-097-446-0

TEBAL: 475 ms
HARGA: RM 45.00/ RM 47.00



SINOPSIS
Sebuah buku yang ringkas namun pengisiannya memang signifikan. Membawa pembaca untuk merenung diri; bagaimana kita menjalani dan menghabiskan hayat di dunia ini untuk menempuh alam akhirat nanti. Terbahagi kepada tujuh bahagian:

Mereka yang Hampir
Setiap ahli keluarga, jiran tetangga dan tetamu yang bertandang, sangat hampir dengan kita, namun sejauh
manakah kita menjaga hubungan itu?

Usahawan Akhirat
Jika mahu hidup kaya lagi tenteram di dunia dan akhirat, maka berniagalah dengan Allah, pasti menguntungkan.
Serba serbinya perlu mengikut sunnatullah dalam setiap aspek kehidupan.

Di Hujung Senja
Senja adalah simbol suatu kehidupan. Kitarannya berwarna-warni di dunia yang bersifat hanya sementara. 
Di hujung senja tiba kehidupan pasti ada titik noktahnya, tetapi sudahkah kita bersedia untuk tiba di garis penamat?

Hadis dan Amalan
Tiadalah suri teladan yang paling sempurna melainkan teladan akhlak dan perbuatan Rasulullah S.A.W.
Contohilah ia kerana pasti akan membawa kemenangan di akhirat nanti.

Allah Maha Esa
Manusia adalah umpama cermin yang sempurna untuk memantulkan segala sifat keagungan dan keindahan Allah Taala.
Kala seorang hamba hampir putus harapan dan pergantungan kepada makhluk serta asbab, maka penawarnya adalah Allah Yang Maha Perkasa.

Hidup Itu Indah
Sesungguhnya hidup kita indah andainya kita berusaha ke arahnya. Memperbaiki kelemahan diri sendiri dan juga
hubungan kita sesama masyarakat sekeliling.

Nota Hati

Renunglah khilaf diri dan kisah lampau lalu betulkanlah kesilapan diri dengan memohon ampunan-Nya.

May 5, 2015

Merenung Diri

*JUDUL:* Merenung Diri
*PENULIS:* Muhd Kamil Ibrahim / Mohd Zaini Mohd Ariff
*ISBN:* 978-983-097-536-8
*KOD:* GB0337
*HARGA:* RM21 /RM23
*TEBAL: *280ms
*SAIZ:* 5.5” X 8.5”
 
 
Kegembiraan, melupakan. Kedukaan, mengingatkan.
 
Hukum jiwa manusia begitu. Kisah silam membenarkan kenyataan ini. Lalu,
jika kita mengambil masa sesaat dua mengingati diri dengan masa lampau –
insya-Allah – ia boleh mengubah rutin kehidupan.
 
Bezanya, akan tiba masanya yang kita tidak mampu menoleh ke belakang untuk
mengenangi masa yang telah berlalu. Saat itulah yang kita namakan kematian.
Malah semua orang tahu soal ini. Entah-entah hari ini adalah hari kita yang
terakhir.

Jul 17, 2014

Usahawan Akhirat

JUDUL : Usahawan Akhirat
PENULIS : Muhd Kamil Ibrahim & Mohd Zaini Ariff
ISBN : 978-983-097-511-5
TEBAL : 368 ms
HARGA: RM26.00 / RM28.00 Sabah & Sarawak


SINOPSIS :
Usahawan Akhirat secara pintar melihat dunia hanya sebagai singgahan sementara. Mereka berniaga di dunia. Keuntungannya boleh dinikmati di dunia dan lebih mewah lagi di akhirat. 

Sebaliknya, perniagaan semata-mata atau melebihkan secara melampau kehidupan dunia boleh menyebabkan mereka menggigit jari ketika berhadapan dengan Allah pada hari penghakiman.

Penghakiman Allah sangat jelas, yang mana ada yang menerima balasan syurga dan selebihnya akan berhadapan dengan azab seksaan api neraka sebelum dikembalikan ke syurga atau terus kekal selama-lamanya di sana. 

Namun bagi mereka yang berfikir pilihan istimewa yang sepatutnya dikejar ialah memasuki syurga tanpa dihisab. Mereka tidak perlu menunggu lama.

Realitinya, walaupun diingatkan berulang kali tentang kewujudan negeri akhirat yang kekal abadi, manusia masih menyangka dunialah yang perlu diperjuangkan sesungguh hati. Mereka tidak mengendahkan kepentingan hakiki. Umumnya, mesej yang ingin disampaikan adalah aspek ketuhanan yang telah dilalui oleh kedua-dua penulis melalui latar berbeza. 

Ya, kita berniaga di dunia namun perniagaan menuju akhiratlah yang akan menyebabkan kehidupan itu mempunyai harga luar biasa dan ketahuilah perniagaan yang tidak pernah merugikan ialah berniaga dengan Allah!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...