.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Sep 30, 2022

Ujian, Tenang-Tenang Saja

Ujian, Tenang-Tenang Saja
ISBN: 978-983-097-971-7
Kod: GB662
Penulis: Rohamiah Muda
Tebal: 144 ms
Saiz: 13.9cmX 21.6 cm
Berat: 0.4 kg
Harga: RM25.00

SINOPSIS

Buku ini seolah-olah menjadi medium recharge diri dan jiwa. Di saat kelelahan dan keletihan mengharungi ujian kehidupan, buku ini muncul menjadi pendamai di antara jiwa manusia yang resah dengan keadilan yang Maha Pencipta.

Banyak refleksi dan teguran yang mendekatkan diri kepada Allah. Aksara penulisan yang santai dan padu kerap menjentik nurani agar terus bersangka baik dengan Allah demi menghilangkan derita dan resah yang ditanggung selama ini.


Kematian dan kehidupan sangat berkaitan. Kematian adalah jalan untuk sebuah kehidupan yang berkekalan. Ingatlah, masa itu semakin hampir untuk kita tinggal bersendirian di dalam tanah. Di sanalah kita merasai penyesalan yang tidak sudah. Ingin kembali, tidak mungkin lagi. Ingatlah, hidup di sana hidup yang hakiki kerana hidup di sini hanya mimpi. Sayidina Ali r.a. mengingatkan,
"Hidup manusia di dunia umpama mimpi, apabila mati barulah dia terjaga!" Allahuakbar!

Jadi, rancanglah kehidupan dengan bijaksana. Orang cerdik ialah orang yang banyak mengingati mati dan membuat persediaan untuk menghadapinya. Kemuncak kebahagiaan kita ada di syurga. Marilah kita berusaha untuk masuk ke sana. 









Sep 28, 2022

Consumerchant – A Revolutionary Sharing Economy Business Model

Consumerchant – A Revolutionary Sharing Economy Business Model
ISBN: 978-983-097-969-4
Bahasa: Bahasa Inggeris
Penulis: Dato’ Wira Louis Ng
Kod: GB663
Tebal: 216 ms
Saiz: 13.9cm X 21.6cm
Berat: 1 kg
Harga: RM35.00

SINOPSIS

Consumerchant - A business model that benefits everyone with no regard to age, gender, education and finances. This business model aims to provide an extraordinary online trading and shopping experience for merchants and consumers, where they can buy and sell at little to no operating cost at all, and yet be rewarded with great legitimate incomes.

The writer believes everyone can live a financially sound life if given the opportunity and with this book, he is sharing the secret to achieving financial stability through our revolutionary sharing economy business model if consumerchant which would change our lives forever.


KANDUNGAN

Chapter 1

Consumerchant: New Economic Business Model

Chapter 2

Consumerchant of E-Commerce Towards Digital Economy

Chapter 3

The Concept of Consumerchant Through The Power of Referral Marketing

Chapter 4

Customer-Driven Business Concepts: Creating Value For Target Customers

Chapter 5

New Drivers of Online Merchants: An International Perspective

Chapter 6

Leveraging Social Media In The Digital Age

Chapter 7

Online Shopping Business Concept

Chapter 8

E-Commerce, Consumerchant And The Digital Economy

TENTANG PENULIS:

Dato’ Wira Louis Ng

The Founder and Executive Chairman of PG Group, is the brains behind the renowned ConsuMerchant sharing economy business model.








Sep 20, 2022

6 Surah Pilihan & Al-Ma'thurat


6 Surah Pilihan & Al-Ma'thurat
ISBN:  978-983-097-970-0
Penyusun: Ustazah Asma' Harun
Kod: GB0691
Saiz: 21cm X 14.8cm (Portrait)
Jumlah ms: 152
Teks Dalam: 4C
Berat: 0.3 kg
Harga: RM30.00 / RM32.00

Sinopsis

Naskhah istimewa ini menghimpunkan enam surah pilihan yang lazim dibaca setiap hari oleh umat Islam. Keenam-enam surah pilihan tersebut memiliki pelbagai kelebihan dan keistimewaan tersendiri sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah .

Kesemua surah tersebut dilengkapi dengan terjemahan per baris bagi memudahkan pembaca menghayati, mendalami dan mentadabbur setiap ayat. Di samping turut disertakan dalil-dalil fadhilat di bahagian akhir setiap surah.

Buku ini juga memuatkan al-Ma’thurat, yang merupakan untaian ayat-ayat Al-Quran, doa-doa dan zikir-zikir terpilih susunan as-Syahid Imam Hasan al-Banna. Setiap zikir dan doa disertakan dalil daripada Al-Quran mahupun hadis-hadis Rasulullah . Ia bertujuan supaya pembaca dapat mengamalkan al-Ma'thurat dengan lebih yakin dan mengetahui sandaran nas.





 Antara kelebihan mengamalkan al-Ma’thurat ialah:

-           Dilindungi daripada gangguan syaitan

-           Dijauhkan daripada kemudaratan

-           Menghidupkan hati

-           Menghilangkan rasa duka cita

-           Memperoleh syafaat Rasulullah pada hari Kiamat

-           Dimudahkan urusan bagi melunaskan hutang








Sep 1, 2022

Kelahiran Teragung (edisi baru)

Kelahiran Teragung (edisi baru)
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-967-0
KOD: GB 0690
SAIZ: 17cm x 24cm
TEBAL: 408 m/s
ISI DALAM: 4C
HARGA: RM 50.00/ RM52.00*

NOTA: Buku ini pertama kali diterbitkan pada tahun 2016 yang lalu. Ini adalah terbitan baru bagi tahun 2022. Harap maklum.

DETAIL:

“Sebagaimana dengan melihat pokok-pokok yang menghijau akan memberi ketenangan kepada hati dan membawa ketenteraman kepada jiwa, begitulah juga hati dan jiwa akan menjadi tenteram, bahagia dan tenang ketika melihat, membaca atau mendengar akhlak dan peribadi agung yang dimiliki oleh Rasulullah SAW.”

Sebuah buku berkaitan sirah hidup Rasulullah SAW:
Ia bukan hanya memaparkan fakta dan sejarah, tetapi juga memuatkan kisah-kisah atau dialog-dialog yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa yang ada kaitan dengan kehidupan Nabi sebagai ibrah dan penyegar minda. Ia akan lebih mendekatkan pembaca dengan suasana sebenar pada zaman Baginda.



Buku ini terbahagi kepada dua bab utama.

• Bab pertama membicarakan tentang keturunan, nama dan ahli keluarga Nabi Muhammad.

• Bab kedua membicarakan kronologi perjalanan hidup Nabi Muhammad mengikut tahun dan umur.

ISTIMEWA: Foto-foto eksklusif yang berkaitan dengan perjalanan hidup Nabi SAW.













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...