.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Sep 1, 2022

Umat Bertanya Rasul Menjawab

Umat Bertanya Rasul Menjawab
ISBN: 978-983-097-965-6
Penulis: Ustaz Haji Jafri Abu Bakar Mahmoodi
Kod: GB0689
Saiz: 13.5cm x 21.5cm (Portrait)
Jumlah muka surat: 176
Teks Dalam: 1 warna
Berat: 0.4kg
Harga: RM 20.00/ RM 22.00* 

Sinopsis

Bertanya merupakan salah satu kaedah utama bagi membuka pintu rahsia ilmu pengetahuan. Apatah lagi jika pertanyaan itu ditujukan kepada seorang utusan Allah , Nabi Muhammad . Maka pasti jawapan yang disabdakan itu jauh lebih bernilai dan bermakna.

"Oleh itu, bertanyalah kamu kepada orang-orang yang memiliki pengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl 16: 43)

Buku Umat Bertanya Rasul Menjawab hadir bagi mempersembahkan koleksi pertanyaan-pertanyaan yang pernah diajukan oleh para Sahabat kepada Rasulullah . Antara persoalan menarik yang dirakamkan dalam naskhah ini ialah:

* Adakah Rasulullah dapat melihat Allah ?

* Siapakah orang yang paling dicintai oleh Rasulullah ?

* Bagaimana Rasulullah mengenali umatnya pada hari kiamat?

* Apakah Rasulullah dapat memberi syafaat kepada bapa saudaranya, Abu Talib?

* Amalan apakah yang jika dikerjakan maka Allah dan seluruh manusia akan mencintainya?

Melalui buku ini, pembaca dapat mengutip mutiara-mutiara hikmah daripada jawapan Rasulullah terhadap persoalan-persoalan umat yang hidup pada kurun terbaik ketika itu.

 Tentang Penulis:

USTAZ HAJI JAFRI ABU BAKAR MAHMOODI berasal dari kampung Tambun Tulang, Arau, Perlis, dan kini beliau menetap di Kedah. Merupakan pengasas Kompleks Islam Darul Faizin (KIDAF), exco Dewan Dakwah, Majlis Dakwah Negara (MDN), panelis Tanyalah Ustaz (TV3), panelis Assalamualaikum (TV Alhijrah), dan juga mengisi beberapa program di radio tempatan. Di samping itu, beliau juga aktif berdakwah di seluruh tanah air. Umat Bertanya Rasul Menjawab merupakan buku keempat beliau yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd.










No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...