.

Selamat Berkunjung Ke . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U .

Jun 16, 2016

Jentik Sikit

JUDUL:  JENTIK SIKIT!
PENULIS: Syeikh Ahmad Faisol Hj. Omar
ISBN: 978-983-097-587-0
Kod: GB0374
HARGA: RM 18 / 20
TEBAL: 136 ms

SINOPSIS

Buku ini menampilkan cerita dan seloka. Ia disampaikan berdasarkan rekaan juga realiti. 

Terdapat pelbagai jenis penceritaana seperti cerita sejarah, lucu, sedih, cinta dan sebagainya. Apa yang penting, ada mesej yang hendak disampaikan.

Antara mesejnya adalah untuk menghibur, memberi peringatan, menyampaikan pengajaran, menarik simpati, memberi dorongan, menyegarkan minda, mengimbas kenangan, menenangkan fikiran dan menimbulkan kesedaran.

Kebanyakan cerita dan seloka dalam buku ini, diolah dengan tujuan untuk menyampaikan mesej keagamaan kepada khalayak pembaca. 

Tema yang dipilih dalam cerita-cerita yang disampaikan ialah feqah dan akhlak. Idea mengolah cerita adalah hasil penglibatan secara langsung dalam masyarakat.


COVER BELAKANG:

Man: Betul juga kata kamu itu.
Orang gila: Memang betullah, encik.
Man: Cadangan kamu itu boleh pakai. Kamu memang pandai. Tapi aku hairan,
macam mana kamu boleh berada di sini (Hospital Bahagia). Sepatutnya kamu tak berada di sini.
Orang gila: Saya di sini, encik, bukan kerana saya bodoh. Saya di sini, kerana saya gila.

----------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
----------------------------------------

Jun 8, 2016

Legasi Cinta Murrabi

JUDUL: LEGASI CINTA MURABBI
PENULIS: USTAZ MUHADIR HAJI JOLL
ISBN: 978-983-097-586-3
KOD: GB 0373
SAIZ: 8.5’’ x 5.5’’
TEBAL: 304 m/s
ISI DALAM: 1C
HARGA: RM 20/ 22*


SINOPSIS:

Siri kedua daripada Kisah Orang Soleh ini menghimpunkan lebih 200 kisah-kisah benar tentang ulama daripada zaman awal Islam sehingga zaman moden.

Kesungguhan mereka menuntut ilmu, menyebarkan ilmu melalui pengajian dan penulisan serta akhlak-akhlak mulia mereka mampu memberi inspirasi kepada umat Islam akhir zaman kini agar lebih bersemangat dan kuat berusaha untuk menuntut ilmu serta menyebarkan agama Islam sama ada dengan ilmu mahupun akhlak yang mulia.

Buku ini memuatkan pelbagai kisah seperti:
•         Imam Abu Hanifah tidak pernah melunjur kaki ke arah rumah gurunya
•         Masruq bermusafir hanya untuk mendapatkan satu huruf
•         Hafalannya sebanyak 13 buah almari kitab
•         Membaca kitab untuk menghilangkan letih
•         Menulis 110 buah kitab sepanjang umur 39 tahun
•         Imam al-Alusi mengajar 24 pelajaran sehari
•         Hatim mengalahkan seorang Yahudi
•         Memulangkan keuntungan kerana riba
•         Tiang itu adalah Manshur
•         Pengsan kerana takutkan Allah
•         Gabenor yang miskin

Dan banyak lagi.

----------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
----------------------------------------

Jun 1, 2016

Pesona Ahli Syurga

JUDUL: PESONA AHLI SYURGA
PENULIS: USTAZ MUHADIR HAJI JOLL
ISBN: 978-983-097-585-6
KOD: GB 0372
SAIZ: 8.5’’ x 5.5’’
TEBAL: 304 m/s
ISI DALAM: 1C
HARGA: RM 20/22*


SINOPSIS:

Buku ini menghimpunkan 170 kisah orang-orang soleh daripada zaman Rasulullah SAW sehingga abad ke-20.

Tarikan utama buku ini adalah ia sebagai suatu bentuk hiburan kejiwaan yang bukan sahaja sekadar menghiburkan, tetapi juga mampu memberi motivasi dan momentum buat pembaca.

Kisah-kisah benar ini berkisarkan mukjizat Baginda SAW, karamah orang-orang soleh, kehebatan mereka dalam beribadah dan mencintai Rasulullah saw.

Antara kisah yang dimuatkan dalam siri pertama ini: 
•         Makanan bertasbih dan air memancar daripada jari-jemari Nabi
•         Harimah Makkah
•         Solat malamnya 300 rakaat
•         Ulama yang dipanggil Habib Neon
•         Ibu kepada syuhada’
•         Meninggal dengan membaca hadis tentang kalimah la ilaha illallah

Dan banyak lagi.

----------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
----------------------------------------


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...