.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406
Showing posts with label Ustaz Muhadir Hj Joll. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Muhadir Hj Joll. Show all posts

Sep 14, 2026

Hikmah dan Fadhilat Ketika Sakit

Judul: Hikmah Dan Fadhilat Ketika Sakit
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll 
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-629-7929-21-7
Kod: GB 0947
Saiz: 5.5” x 8.5”
Tebal: 120 m/s
Harga: RM15.00/RM17.00

DETAIL:

Saat diri ditimpa sakit, jangan hanya melihat pada jasad yang kesakitan, atau  memikirkan kerugian dan kehilangan. Renungkan juga apa yang Tuhan berikan dalam diam; penghapusan dosa, peningkatan darjat, keredhaan Tuhan dan kebaikan-kebaikan.

Bukan itu sahaja, buku kecil ini juga merungkaikan banyak lagi fadhilat yang Allah berikan kepada hamba-Nya yang diuji dengan sakit, menceritakan kisah kesabaran Nabi Ayyub alaihissalam yang diuji dengan pelbagai ujian, juga kisah Sayyidina Abu Qilabah radhiyallahu anhu yang bersabar dan memandang positif pada setiap takdir yang ditetapkan.

Buku ini juga mengajarkan beberapa usaha dan ikhtiar yang boleh dilakukan oleh orang yang sakit, serta doa-doa dan bacaan sewaktu menziarahi orang yang sakit dan menitipkan nasihat untuk orang yang sakit.


Semoga yang sedang diuji, khususnya dengan kesakitan, diberi kesembuhan dan kelebihan-kelebihan yang dijanjikan. Dan yang belum diuji, siapkanlah diri dengan ilmu dan iman, semoga apa juga bentuk ujian akan lebih mendekatkan diri dengan Tuhan, mengukuhkan iman dan taqwa sehingga akhirnya pulang ke Syurga yang diimpikan.







May 22, 2026

Nur Al-Fahmi: Asas-Asas Fardhu Ain (Edisi Braille)

Nur Al-Fahmi: Asas-Asas Fardhu Ain
(Edisi Braille)
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 955-5749-700-60-1
Kod: GB 0945
Saiz: A4
Tebal: 414 m/s
- Jilid 1: 202 ms
- Jilid 2: 212 ms
Berat:
Harga: RM300.00

DETAIL:

Ilmu adalah perkara asas yang mesti ada pada manusia untuk kelangsungan hidup di dunia. Namun sebagai Muslim, ilmu juga diperlukan untuk kelangsungan, keselamatan dan kejayaan hidup di dunia dan juga di akhirat. 


Maka buku ini hadir menjelaskan secara ringkas dan padat asas-asas dan rukun-rukun agama yang mesti difahami setiap Muslim dan Muslimah merangkumi ilmu:

Tauhid; Sifat-sifat Wajib, Mustahil dan Harus bagi Allah, Sifat-sifat Wajib, Mustahil dan Harus bagi para Rasul.

•  Feqah;  Bersuci, Solat, Puasa, Zakat dan Haji.

Tasawuf; Menjaga anggota zahir daripada melakukan maksiat, Membersihkan hati daripada sifat-sifat tercela dan Menghiasi hati dengan sifat-sifat terpuji.








May 14, 2026

HIMPUNAN HADIS FADHILAT AMAL

Himpunan Hadis Fadhilat Amal
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-629-7929-15-6
Kod: GB 0941
Saiz: 16.5 cm x 23.5 cm
Tebal: 888 m/s
Isi Dalam: 1C
Berat:
Harga: RM98.00/RM100.00

SINOPSIS:

Buku ini menghimpunkan lebih 1400 buah hadis yang memaparkan pelbagai fadhilat yang diberikan kepada umat Islam yang melakukan ibadah dan amalan yang sangat digalakkan. 

Antaranya seperti solat di saf pertama mendapat rahmat daripada para malaikat, puasa hari Arafah menghapuskan dosa 2 tahun, peniaga yang jujur akan mendapat naungan Arasy, menziarahi Muslim yang sakit akan didoakan oleh 70 ribu malaikat untuk mendapat rahmat, membaca surah At-Takatsur seperti membaca 1000 ayat setiap hari, doa di antara azan dan iqamah tidak akan ditolak dan banyak lagi amalan yang mempunyai fadhilat yang besar.


Judul-judul kandungan buku ini  adalah seperti berikut:

Bahagian Pertama: Fadhilat Islam
Bahagian Kedua: Fadhilat Iman
Bahagian Ketiga: Fadhilat Taqwa
Bahagian Keempat: Fadhilat Niat
Bahagian Kelima: Fadhilat Ibadah (Amal Soleh)
Bahagian Keenam: Amalan Perbuatan

·       Fadhilat Wudhu’
·       Fadhilat Bersiwak
·       Fadhilat Azan
·       Fadhilat Iqamah
·       Fadhilat Solat
·       Fadhilat Zakat
·       Fadhilat Puasa
·       Fadhilat Haji
·       Fadhilat Umrah
·       Fadhilat Sedekah
Bahagian Ketujuh: Ilmu
Bahagian Kelapan: Fadhilat Dakwah
Bahagian Kesembilan: Fadhilat Hari Jumaat Dan Amalan Padanya
Bahagian Kesepuluh: Fadhilat Beramal Pada Masa, Waktu Dan Tempat Yang Mempunyai Fadhilat
Bahagian Kesebelas: Fadhilat Masjid
Bahagian Kedua Belas: Fadhilat Ujian, Musibah Dan Sakit
Bahagian Ketiga Belas: Fadhilat Jihad Dan Mati Syahid
Bahagian Keempat Belas: Fadhilat Berkaitan Kematian
Bahagian Kelima Belas: Fadhilat Akhlak
Bahagian Keenam Belas: Fadhilat Berkaitan Adab Sesama Manusia
Bahagian Ketujuh Belas: Fadhilat Tentang Adab Dalam Kehidupan Seharian
·       Fadhilat Al-Qur’an
·       Fadhilat Zikrullah (Berzikir Mengingati Allah)
·       Fadhilat Syahadah (Persaksian)
·       Fadhilat Nama-Nama Allah Yang Baik (Asma’ Allah Al-Husna)
·       Fadhilat Bacaan Menggandakan Pahala Amalan
·       Fadhilat Doa









Mar 9, 2026

Kegembiraan Pada Waktu Subuh

KEGEMBIRAAN PADA WAKTU SUBUH
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-629-7929-01-9
Kod: GB 0932
Saiz: 5” x 7.5”
Tebal: 64 m/s
Berat:
Harga: RM10.00/RM12.00

 DETAIL:

Waktu Subuh ialah suatu waktu yang tidak lama di antara terbit fajar sehingga terbit matahari. Namun, tempoh masa ini penuh dengan pelbagai keistimewaan, keberkatan, kelebihan dan kebaikan bukan sahaja dari sudut agama, malah dari sudut sains. 

Naskhah kecil ini memaparkan hadis-hadis yang membicarakan kelebihan waktu Subuh dan ganjaran kepada mereka yang beribadah dan beramal soleh pada waktu ini. 

Antaranya:

o      o  Solat sunat Subuh 2 rakaat lebih baik daripada dunia dan segala isinya
o   Membaca Ayatul Kursi akan diberi perlindungan dari pagi sehingga petang
o   Berselawat 10 kali akan mendapat syafaat pada hari kiamat
o   2 rakaat solat sunat Isyraq mendapat pahala haji dan umrah
o   Makan 7 biji kurma Ajwah akan selamat daripada racun dan sihir








Feb 13, 2026

Risalah Ilmu Tauhid

Ringkasan Ilmu Tauhid
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll 
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-629-7716-98-5
Kod: GB 0930
Saiz: 16.5 cm x 23.5 cm
Tebal: 72 m/s
Teks: 1C
Berat:
Harga: RM20.00/RM22.00

​​SINOPSIS:

Buku ini membincangkan asas-asas akidah iaitu: sifat-sifat Allah, sifat-sifat para nabi dan Rasul, para Malaikat, Kitab-kitab Allah, Hari Kiamat serta Qadha’ dan Qadar. 

Penulis menggunakan huraian yang jelas berdasarkan dalil daripada sumber yang muktabar supaya pembaca dapat benar-benar faham dan beriman dengan keimanan yang sebenar.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...