.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406
Showing posts with label Mariam Sarbini. Show all posts
Showing posts with label Mariam Sarbini. Show all posts

Mar 17, 2026

EVIL EYE

EVIL EYE
ISBN: 978-629-7716-95-4
Penulis: Maryam Sarbuni
Siri: Novel Misteri Asuh
Kod: GB0925
Tebal: 104 ms
Berat:
Harga: RM10.00/RM12.00

SINOPSIS

Cempaka menyimpan keinginan untuk menjadi sahabat baik Qistina. Dia selalu memandang tinggi kepada Qistina. Namun, Qistina seorang yang sukar didekati. Dia tidak mempunyai ramai kawan di sekolah. Qistina seorang yang agak pendiam, cantik dan pandai bergaya.

Suatu hari mereka berdua disatukan dalam kelas yang sama kerana berlaku rombakan kelas darjah 6. Cempaka dan Qistina menjadi rapat. Cempaka rasa gembira dan beruntung akhirnya dia dapat berkawan rapat dengan Qistina.

Namun, di sebalik kegembiraan itu Cempaka mula rasa kurang selesa dengan beberapa sikap Qistina. Qistina mempunyai sifat yang terlalu cemburu dalam persahabatan. Dia seolah-olah mengongkong Cempaka daripada berkawan dengan rakan yang lain. Qistina juga seorang yang sering tidak senang melihat orang lain lebih daripada dirinya daripada segenap hal. Lebih-lebih lagi dari segi kecantikan dan penampilan.


Apa yang lebih menakutkan Cempaka  adalah apabila berlaku kejadian demi kejadian menimpa rakan-rakan lain yang tidak disenangi oleh Qistina. Ada antara mereka ditimpa kecelakaan seperti demam yang teruk, pengsan, kemalangan dan sebagainya.

Siapa Qistina yang sebenarnya? Misteri apakah yang ada di sebalik matanya yang bundar itu?







MISTERI POTRET WANITA

MISTERI POTRET WANITA
Siri: Seramisitk
ISBN: 978-629-7716-94-7
Penulis: Mariam Sarbuni
Kod: GB0924
TEBAL: 104 ms
SAIZ: 5” X 7.5”
Berat:
Harga: RM10.00/RM12.00

Blurb

Keluarga Salina terpaksa berpindah ke rumah baru kerana keluarga menghadapi masalah kewangan. Baba Salina telah diberhentikan kerja. Mereka berpindah ke sebuah rumah lama yang terletak agak terasing di hujung lorong. Salina hairan kenapa Mama memaklumkan bahawa sewa rumah tersebut lebih murah sedangkan keluasan rumah itu sangat luas. Cuma agak usang dan seperti lama ditinggalkan.

Setelah berpindah ke situ Salina dan adiknya belajar untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dan kawan-kawan baru.

Pada suatu hari, Mama kehilangan barang kemasnya. Perkara itu juga akhirnya mencetuskan perbalahan antara kedua-dua orang tuanya. Kemudian Baba dan Mama pergi berjumpa dengan seorang ‘bomoh’ untuk mencari barang yang hilang itu. Salina pelik dengan amalan yang bomoh beri untuk dapatkan barang hilang.


Beberapa hari kemudian, adik lelakinya pula terkena gangguan setelah pulang bermain di waktu senja. Mama dan Babanya sekali lagi pergi berjumpa bomoh yang sama untuk mendapatkan rawatan.

Namun, selepas itu keluarga mereka lebih kerap diganggu manakala Mama dan Babanya lebih kerap bertengkar. Salina merasakan kehidupan keluarganya semakin tidak aman dan tenang.

Apakah yang sebenarnya terjadi terhadap keluarga Salina di rumah agam itu?







Oct 23, 2019

10 Kisah Kaum Yang Dibinasakan

10 Kisah Kaum Yang Dibinasakan
ISBN: 978-983-097-857-4
Penulis: Mariam Sarbini
Kod: GB0594
Tebal: 128 ms
Saiz: L: 12.7 cm; H: 19.1 cm; W: 0.8 cm
Berat: 0.15 kg
Terbit:  Nov 2019
Harga: RM12.90/14.90*

SINOPSIS

Buku kisah teladan ini mengandungi 10 kisah yang sangat menarik iaitu:                                                 
1          Kaum Nabi Nuh: Bencana Air Dari Langit Dan Bumi
2          Kaum ‘Ad: Bencana Kemarau Dan Angin Sejuk Yang Kencang
3          Kaum Tsamud: Mayat Bergelimpangan Dipanah Petir
4          Kaum Nabi Lut: Kaum Songsang Digoncang Bumi
5          Kaum Madyan: Diazab Hawa Panas Dan Percikan Api
6          Firaun Dan Pengikutnya: Ditelan Laut Terbelah
7          Ashab Al-Sabt: Dihina Menjadi Kera
8          Penduduk Saba’: Dilanda Banjir Besar
9          Perkampungan Antakiah: Pekikan Dari Langit
10        Ashabul Fil: Dilempar Batu Berapi

Latar Kisah

Dalam kekalutan itu, mereka melihat awan yang tebal lagi hitam. Tanpa berlengah, mereka semua berlari-lari menuju ke arah naungan awan hitam itu. Tiba-tiba terdengar bunyi dentuman guruh yang amat kuat dari langit. 

Bergeraklah bumi tempat mereka berpijak itu. Lantai bumi menjadi tidak stabil. Mereka berlanggaran dan menghempap antara satu sama lain. Awan hitam yang mereka sangka akan menurunkan hujan itu rupa-rupanya membakar mereka sehingga menjadi abu yang berterbangan.


Dalam kebuntuan Abrahah dan tentera-tenteranya, tiba-tiba langit di ufuk barat kelihatan hitam pekat dan amat menggerunkan. Bunyi jeritan burung-burung bersilih ganti dengan bunyi libasan kepak-kepak burung menggamat suasana. Bunyi itu amat kuat dan mengerikan. 

Kemudian, kelihatan berbondong-bondong kawanan burung berterbangan di udara. Tidak mungkin mampu dikira kerana terlalu banyak bilangannya. Tidak kelihatan langsung awan di langit melainkan dipenuhi dengan jutaan burung yang entah dari mana datangnya.

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my 
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466

 

 

 

 

 


Dec 27, 2018

Hantu Homestay

Siri Anas Anis:
Judul: Hantu Homestay
Pengarang : Mariam Sarbini
Kod: GB0525
Tebal : 128 muka surat

ISBN : 978-983-097-775-1
Harga : RM12.90 /RM14.90










SINOPSIS

Jaka dan Puspa adalah anak kepada sahabat baik ayah Anas dan Anis. Mereka diterbangkan oleh orang tua mereka dari Australia untuk menghabiskan cuti hujung tahun bersama Anas dan Anis. Anas dan Anis gembira dapat bercuti bersama kawan baharu.

Pada suatu hari, mereka dalam perjalanan ke utara tanah air untuk mengambil ibu Anas dan Anis dari berkursus. Kereta yang dinaiki mereka yang dipandu oleh ayah Anas dan Anis terlibat dengan kemalangan kecil. Mereka terkandas di kawasan sunyi. Waktu itu hari sudah lewat petang.


Mereka terpaksa bermalam di sebuah rumah inap. Kedudukan rumah inap agak ke dalam dan tersorok di tengah-tengah kawasan kebun buah-buahan. Rumah itu adalah sebuah rumah kayu lama seperti rumah yang mereka biasa lihat dalam filem-filem Melayu seram.
Di rumah itu, pelbagai perkara yang berlaku kepada Anas, Anis, Jaka dan Puspa pada malam tersebut.
Apakah kesudahan cerita ini?

Dapatkan HANTU HOMESTAY untuk mengetahuinya!







Oct 18, 2018

Tanah Kubur Challenge

Tanah Kubur Challenge
ISBN: 978-983-097-904-5
Penulis: Mariam Sarbini
Tebal: 128 ms
Harga: RM12.90/RM14.90*

Ada beberapa kejadian yang berlaku yang mencetuskan rasa ingin tahu kepada Adam dan Sulaiman berkenaan tanah kubur dan roh gentayangan. 

Perkara itu menjadikan mereka berdua saling mencabar keberanian masing-masing. Akhirnya mereka bersetuju untuk pergi dan berada di kawasan tanah kubur pada satu malam Jumaat yang mereka namakan sebgai ‘Tanah Kubur Challenge’.

ancangan mereka berdua diketahui Hawa. Hawa tidak bersetuju dengan rancangan mereka dan menasihati Adam agar tidak melakukannya. Namun Adam tetap mahu meneruskan rancangannya itu.

Pelbagai perkara mendebarkan bercampur lucu yang berlaku semasa ‘lawatan’ Adam dan Sulaiman ke tanah kubur pada malam hari yang gelap itu.

Benarkah roh orang telah mati dibunuh atau mati dalam keadaan mengerikan itu tidak tenteram dan roh-roh ini akan merayau-rayau?

Adakah Adam dan Sulaiman bertemu dengan sesuatu yang menyeramkan di sana?

Siapakah yang akan memenangi ‘Tanah Kubur Challenge’ itu?












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...