GB0270:
Judul: 3 Jiwa 1 Cinta
PENGARANG: Naimal Aina,
Nurin Hanna
TEBAL: 540 ms
ISBN: 978-983-097-328-9
HARGA: W/M: RM19.00 DAN E/M: RM21.00
Dahlia, seorang gadis yang periang.
Aiman,
memutuskan hubungannya dengan Dahlia lantaran umur mereka yang masih mentah.
Halimah Ng, membuat Dahlia membencinya agar tidak dituduh sebagai perampas
kasih sayang seorang anak kepada ibu bapanya.
Tanpa diduga Dahlia berjumpa
semula dengan Aiman di UIAM. Sementara itu, masyarakat memandang serong kepada
mualaf seperti Halimah Ng yang berstatus janda tanpa anak. Ini kisah cinta
Dahlia. Apakah kesudahannya dengan Aiman? Dengan Halimah Ng?
Dilema Cinta Ain
Gadis remaja itu
datang daripada keluarga orang berada. Namanya Nurul Ain Mardhiah. Semasa
berusia 12 tahun dia sudah jadi yatim piatu. Ibu dan ayah saudara mengambil
alih memelihara. Dia dimasukkan ke sekolah berasrama.
Kurang perhatian dan
bimbingan dia jadi gadis bermasalah. Kerana kepintaran dia berjaya sambung
belajar ke Perth, Australia. Di sana mujur dia mendapat petunjuk dan ihsan
daripada rakan-rakan. Bukan beriman namanya jika tidak diuji. Ujian cinta dan
jodoh menanti pula di Malaysia buat Ain.
