.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U .

Dec 29, 2010

Putera Lembah Bakkah (Edisi Kemaskini)


Bakal terbit awal Januari 2011 (edisi kemaskini).
Pertama kali terbit 2008.

Komen-komen pembaca:
"Saya benar-benar tersentuh dan terasa hampir dengan Rasulullah SAW. Terasa seperti menonton tv. Gambaran kisahnya jelas dan sampai ke hati."
- Puan Rosnah Buang, Pengurus Entrepreneurs Development Institute

"Sebelum ini saya beranggapan buku sejarah amat berat untuk dibaca. Ternyata buku ini lain daripada yang lain. Detik-detik sedih menyayat hati dalambuku ini telah mengalirkan air mata saya."
- Suhaily Amran, Pengurus Makmal Hygiene Industri, NIOSH



Dec 20, 2010

Single Unavailable: Antara Amanah dan Larangan


Cover penuh Single Unavailable

:: Temubual bersama Nurina Izzati Mohmad Soib, penulis novel Tarbiah Remaja: Single Unavailable (S.U)

1. Apa yang mendorong saudari untuk menulis?

Pada awalnya saya memang minat menulis dari kecil, dan menulis hanya untuk suka-suka. Kemudian, saya mula cenderung ke arah penulisan dan giat menulis cerpen dan membukukannya lalu menyimpannya di rumah sahaja. Lama-kelamaan, ibu bapa dan para guru di sekolah menyuruh saya mencuba dalam penulisan novel. Ibu bapa, keluarga, guru-gura dan rakan-rakan memang banyak memberi galakan pada saya dalam bidang penulisan. Rakan-rakan pula memang suka membaca cerpen-cerpen saya dan kerap kali menyuruh saya sentiasa menghasilkan cerpen-cerpen terbaru. Setelah saya mula mengenali dunia blogging saya tergerak untuk berkongsi beberapa cerpen-cerpen saya dalam dunia maya, dan alhamdulillah rakan-rakan yang membaca akan memberi pandangan berkenaan cerpen saya. Setelah itu, saya menghantar proposal kepada beberapa syarikat penulisan termasuk GISB dan alhamdulillah GISB terima. Saya memilih GISB kerana cara layanan mereka yang mesra dan editor perolehannya, Encik Zakaria pula memberikan tips penulisan yang bagus. Dari situ saya mulai serius dalam bidang penulisan dan bertekad untuk mendedikasikan diri dalam bidang ini. Insya-Allah.

2. Mengapa menulis S.U.?
Single Unavailable tercetus daripada pergerakan kehidupan di sekitar saya sendiri. Mesej utama yang cuba saya bawa dalam novel ini berkenaan hukum berpasangan, khususnya di kalangan remaja zaman sekarang. Saya cuba menyampaikan bahawa pelajaran itu lebih penting daripada bercinta, kerana menurut saya remaja sekarang lebih mengejar cinta lelaki dan perempuan dibandingkan dengan cinta kepada Allah SWT, pemilik cinta yang sejati. Penulisan S.U. lebih kepada mengajak saudara-saudara saya di luar sana agar menyahut seruan cinta Ilahi dan meninggalkan kemungkaran yang sedang berleluasa kini. Jika bukan para remaja yang mengubah cara hidup mereka di dunia ini, siapa lagi?

3. S.U berkenaan?
Single Unavailable mengisarkan Taqiah, sebagai watak utama yang taat pada ajaran Islam dan tidak lalai dalam mengerjakan ibadah. Taqiah merupakan ketua pelajar di sekolahnya, yang berusaha untuk menjalankan amanah para guru dengan sebaik mungkin. Namun kehidupan Taqiah tidak lengkap dengan ujian dan musibah daripada Allah SWT, terutamanya apabila dia mengenali Latif Marwan, seorang pelajar yang agak nakal. Taqiah juga dibelenggu konflik apabila dipaksa memilih antara Marwan dan abangnya, sedangkan Taqiah sendiri nekad untuk tidak berpasangan. Perasaan cemburu dan iri hati akan keakraban Taqiah dan Marwan, sering membuatkan mereka dilanda konflik. Marwan pula cuba memenangi hati Taqiah, yang akhirnya sedar bahawa hati Taqiah tidak mungkin terbuka untuk berpasangan.

4. Kelebihan S.U.
S.U. menceritakan tentang kehidupan beberapa remaja di sebuah sekolah menengah, yang berlatarkan suasana yang sering juga melanda para remaja yang lain di luar sana. S.U juga sesuai dibaca oleh golongan yang lebih berusia supaya mereka juga memahami perjalanan kehidupan anak-anak muda kini, terutamanya di sekolah. Golongan remaja sendiri insya-Allah akan dapat menghayati jalan ceritanya. Selain itu, topik utama perbualan para remaja di sekolah, iaitu berpasangan (couple) juga dirungkai dalam novel ini sedikit sebanyak dan bagaimana sebenarnya erti suka dan bercinta yang sebenar. Para pembaca harapnya terkesan dengan watak Taqiah yang berpegang pada pendiriannya, iaitu mengutamakan pelajaran dan amanah dibandingkan dengan nafsu dan larangan.

Dapatkan buku ini di pasaran atau layari www.galeriilmu.com.my!

Nov 15, 2010

Tuhan Itu sangat dekat dengan kita.

Tuhan Itu Dekat
Kategori : Tarbiah Rohani
Penulis: Ustaz Amaluddin Mohd Napiah

Tebal: 272 MS
Harga: RM22
Kod: GB0101


Sama seperti dua buku sebelumnya Bawa Hatimu Kepada Tuhan dan Lembutkanlah Hatimu, Tuhan Itu Dekat masih mengekalkan konsep dan tema yang sama iaitu mengajak pembaca mentauhidkan Allah Yang Esa.

Mengandungi 60 tazkirah pendek mengajak kita muhasabah diri dan taqarrub kepada Allah.

Bahasa dan gaya penyampaian yang mudah, tetapi padat dengan isi -- secara halus menyentuh naluri dan kalbu kita untuk merenung kelemahan diri, sekali gus mendorong kita untuk mendekat diri kepada-Nya!



PETIKAN BEBERAPA BAB:

Bab - Tundukkan Hatimu

Berdirinya Nabi SAW di dalam solat adalah sebuah manifestasi agung betapa dalamnya kesyukuran dan betapa tingginya pengabdian baginda kepada Allah SAW.

Bagaimana pula agaknya ruh qiyam kita di dalam solat kita?

Setelah bertahun-tahun kita berdiri mengadap Allah di dalam solat kita, sejauh manakah kualitinya? Sejauh manakah penghayatan dan tahap kesedaran kita saat berdiri mengadap Allah?

Saat BERDIRI hendak solat, ingatlah bahwa suatu hari kita juga akan 'berdiri' seperti ini di Padang Mahsyar. Bezanya di akhirat nanti semua manusia akan berdiri mengadap Allah tanpa pakaian, tanpa alas kaki, dan tiada berkhitan (Hadits diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud, Aisyah, dll).

Perbandingan berdiri di dalam solat dengan berdiri di padang Mahsyar ialah kalau berdiri dalam solat cuma lima minit sahaja, sedangkan berdiri di Padang Mahsyar sana memerlukan waktu 50,000 tahun! Nisbah satu hari di akhirat adalah 1000 tahun di atas dunia.


Bab – Siapa Yang Kena?

Kita lihat siapa yang kena? Ramai yang sudah terkena sebenarnya. Susah betul nak elak. Kalau tak kuat iman, memang terkena punya. Saya sendiri pun antara orang yang dah terkena. Anda mungkin tidak kena.

Persoalannya, terkena apa?
Apa lagi, terkena panahan Iblislah. Beracun pula tu.

Aduhh...,Sekalipun anak panah yang menusuk tubuh telah pun dicabut dan dibuang jauh-jauh, namun kesan racun yang berbisa terus tersebar ke seluruh tubuh dan ke segala urat sendi.
Itulah matlamat sebenar syaitan. Pandangan mata (anak panah) itu hanyalah utusannya, namun racun berbisa yang ada pada anak panah (kesan pandangan mata) itulah tujuan terbesarnya.

Akibat pandangan (panahan berbisa) itu, fikiran mulalah bercelaru, tidak keruan, jiwa mula menggelisah, menyemai benih berahi dan mengaktifkan nafsu serakahnya.
Kesan racun panahan Iblis ini akan lebih cepat berkesan bilamana luntur rasa takut kepada Allah dan bilamana titik-titik hitam semakin menebal di dalam hati.

Bab – Tanda Kebahagiaan

Perhatikan! Andai ibadah tidak membuahkan adab dan akhlak, maka ada ‘masalah’ yang berlaku di dalam persembahan ibadat kita itu. Makin beribadat makin sombong, makin kuat berdengki, makin suka berbohong dan menipu, makin suka menyakitkan hati orang, makin suka bermusuh dan bersengketa.

Ingat, andai ibadat kita tidak menghasilkan adab dan mencetuskan akhlak mulia, maka kuantiti ibadat yang nampak menggunung itu tak lebih umpama buih di lautan sahaja. Memadai disentuh dengan lidi, lenyap dan hilanglah ia.

Justeru, andai semakin kita beribadat, namun semakin liar dan biadab pula adab, akhlak dan peribadi kita, maka satu Muhasabah kadar segera perlu dilakukan agar kita tidak terus-menerus menjadi ahli ibadah yang tertipu dengan kuantiti besar ibadah kita.

Bahagia atau tidaknya kehidupan seorang itu ada kaitan dengan ada atau tidaknya adab seseorang. Kebahagiaan hidup seseorang akan hilang dan lenyap bersama hilang adabnya bahkan orang-orang sekelilingnya pun akan turut hilang bahagia.


Oct 27, 2010

Nantikan kemunculannya!


JUDUL: Edisi Istimewa Aku Terima Nikahnya
PENULIS: Hasrizal Abdul Jamil
KATEGORI: Kemudi Rumahtangga
TEBAL: 568 hal (kulit keras)
HARGA: RM55/RM57 (S/S)

“Jangan pandang isteri dengan pandangan mata yang kering, atau pandangan akal yang gersang, jauh sekali pandangan nafsu yang melulu. Pandanglah isteri dengan pandangan hati, kerana hati itulah yang memberi makna kepada pasangan hidup kita.”

“Jika mahu bercinta, jangan merancang hanya ke pelamin. Masukkan sekali urusan lampin. Kerana rumah tangga bukan Utopia cloud nine. Ia adalah kombinasi suka dan duka.

Namun dalam duka tetap ada bahagia, itulah nikmat hidup berumah tangga. Medan memberi yang paling mulia.”

Dua petikan daripada Aku Terima Nikahnya ini, mampu membuka mata bagi pasangan yang mahu mencari bahagia dan Bercinta Sampai ke Syurga, kerana segalanya berlandaskan cinta yang diteladani daripada Junjungan Mulia SAW, seorang Murabbi Cinta yang hakiki!

Aku Terima Nikahnya merupakan sebuah trilogi iaitu kompilasi tiga buah buku: Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai ke Syurga dan Murabbi Cinta.

Diberi wajah baru dengan penampilan yang lebih kemas dan menarik. Edisi istimewa berkulit keras. Direka khas dan sesuai dijadikan hantaran perkahwinan. Pun begitu boleh juga dibaca oleh sesiapa jua.

Aku Terima Nikahnya merupakan terjemahan jalur pengalaman penulis dari sebelum berkahwin, kemudian mendirikan rumah tangga, seterusnya mempunyai anak. Amat sesuai dijadikan rujukan bagi pasangan yang belum, sedang dan telah berumah tangga.


Apa kata mereka yang telah membacanya?

1
Koleksi Aku Terima Nikahnya banyak memberi panduan kepada para remaja yang akan menempuh gerbang perkahwinan. Banyak isu yang diketengahkan adalah hasil pengalaman penulis yang telah menempuh asam garam perkahwinan dan mempunyai anak sebagai anugerah Allah.

Remaja yang suka bercinta perlu membaca buku ini agar dapat mengenal erti cinta dan tanggungjawab sebagai sepasang suami isteri, bapa, ibu, anak, ahli keluarga dan sebagainya.

Penulis mengolah buku ini berdasarkan pengalaman sendiri. Sketsa hidup yang terkandung di dalam buku ini tentunya menjadi daya penarik kepada para pembaca untuk mengikuti kandungan selanjutnya.

Bacalah Aku Terima Nikahnya kerana ia sesuai untuk seisi keluarga khususnya para ibu bapa yang ingin mengenali lebih jauh lagi erti sebuah perkahwinan yang diinginkan ... .
Kandungan buku ini menggarap pengalaman pasangan muda yang bertemu jodoh di bawah landasan syariat agama. Menarik dan penuh sarat dengan unsur nasihat. Kisah di dalam buku ini sekali-sekala mencuit hati.. Sungguh berguna dan tak rugi membacanya!
-CHE AMRAN IDRIS, Kumpulan RAIHAN

2

Sebagai pengikut setia Ustaz Hasrizal, saya gambarkan bahawa beliau sebagai pemikir yang memiliki satu keupayaan untuk mengupas sesuatu perkara dengan tepat mengena sasaran, ringkas tapi mantap, pedas tapi jujur, panas tapi ikhlas dan berapi tapi beralas.

Bahasa yang mudah dan tidak berbelit-belit begitu pantas dirakam oleh minda. Inilah kualiti pendakwah yang akan dirindui untuk zaman-berzaman.

Sehingga kini, saya amat terkesan dengan satu titipan dalam Aku Terima Nikahnya. Beliau menulis, “Seorang ibu dan ayah mampu menahan pedih dan perit membesarkan anak-anaknya. Bukan setahun dua malah majoriti nyawa dan usia - CINTA TANPA SYARAT.”

Saya rasa kalimah ini sahaja sudah mampu menjentik jutaan mata dan hati untuk menangis dan menginsafi akan kasih sayang ibu bapa sebagai anugerah terindah di mayapada.

Aku Terima Nikahnya bukan sahaja naskhah cinta gerbang perkahwinan, malah membawa bersama serangkaian cinta kepada Allah dan manusia yang wajar dijadikan koleksi berharga setiap Muslim. Inilah antara kupon daripada Ustaz Hasrizal untuk kita jadikan bekalan menuju gapura syurga abadi ... .
-AHMAD FEDTRI YAHYA, Personaliti TV3

3

Aku Terima Nikahnya karya Hasrizal Abdul Jamil bukan sekadar retorik. Falsafah cinta yang diutarakan tidak tertumpu pada cinta Adam dan Hawa, tetapi melampaui kehidupan selepas “Aku terima nikahnya ...” dilafazkan oleh bakal suami. Tulisannya tertumpu pada memulihara dan ‘survival’ sebuah perkahwinan.

DOs and DON’Ts yang dikongsikan wajar dijadikan rujukan bagi pasangan yang mahu atau telah berumah tangga. Sebuah buku yang amat relevan untuk masa kini. Patut dimiliki oleh orang yang cintakan kebahagiaan rumah tangga dunia dan akhirat.

Renung-renungkan dan selamat beramal.
-PROF. MADYA HJ. MD IZUDDIN HJ. ALI (IZZI), Pensyarah /Perunding Motivasi


Petikan 1
“Ustaz, berapa kali saya boleh SMS tunang saya?” tanya seorang pelajar.
“Berapa kali? Anta nak dalil Quran dan hadis ke tentang jawapan berapa kali anak nak beri?” saya sedikit terlopong.
Dalam usaha untuk menjaga batas-batas agama, kerana seorang tunang dengan tunangnya masih tetap warga asing yang ajnabi, kadang-kadang banyak persoalan pelik yang ditimbulkan.
Soal berapa kali agama membenarkan SMS, menunjukkan unsur-unsur robotik dalam kefahaman pelajar tersebut tentang komitmennya dalam beragama.

Petikan 2
Nasihat peribadi saya kepada adik-adik di bangku pengajian, ... gunakanlah peluang semasa belajar ini untuk meneroka kehidupan habis-habisan. Mengembaralah. Carilah pelajaran daripada sebuah pengalaman. Keluarlah dari kelompok sebangsa seagama untuk mempelajari realiti. Lakukan semua ini pada setiap detik dan masa yang terhad itu.
Justeru, selesaikanlah dulu pengajian sebelum bernikah. Dengan ibu bapa pun mudah cerita, prospek diri sebagai manusia da‘i juga banyak kelebihannya. Mungkin dengan penangguhan keinginan berumah tangga itu, membolehkan anda menawarkan lebih banyak bahan perkongsian berupa pengalaman dan kebaikan buat diri, keluarga, masyarakat dan ummah. Apa yang penting, jangan tergesa-gesa, jangan bertangguh-tangguh. Berkahwin jangan kerana terikut-ikut.

Petikan 3
“I kerja untuk you sayang!” kata suami sambil membawa pulang hadiah cincin belah rotan buat isterinya.
Semasa itu gajinya RM800 sebulan.
“I kerja untuk you sayang!” ulang suami sambil membawa pulang cincin solitaire untuk isteri yang dikasihi.
Gaji sudah meningkat RM4 000 sebulan.
“I rasa nak buka cawangan barulah sayang!” kata suami membawa pulang ‘payung emas’ berupa surat izin untuk ditandatangani isteri.
Gaji ketika itu sudah RM 10 000 sebulan.
Bukanlah poligami itu isunya, tetapi mengapa semasa bergaji RM800 sebulan, kerjanya untuk isteri, tetapi apabila gaji mencecah RM10 000, sudah bercadang mahu membuka cawangan?


KANDUNGAN

AKU TERIMA NIKAHNYA

Erti Sebuah Perkahwinan
Menguruskan Fikiran Tentang Perkahwinan
Mengikat Pertunangan Dalam Kesederhanaan
Muslim Rumah Tangga 1
Muslim Rumah Tangga 2
Pedoman Bagi Yang Mencari
Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat
Isteri Dan Mata Hati
Cinta Antara Planet
Di Mana Janji Kita
Sunahkah Meramaikan Anak?
Hari Kesedihan Atau Kegembiraan?
Syawal Pertama Tanpa Dia
Cinta Tanpa Syarat
Menyengajakan Beberapa Kesusahan
Tiga Hospital, Tiga Suasana
Apa Ada Pada Nama?
Muhammad Imaduddin Genap Setahun
Yop Dapat Hadiah
Gelagat ‘Ahli Fitrah’
Iau, Iau
‘Cerdik’, Bukan Macam Sang Kancil
Jangan Remehkan Keselamatan Anak-anak
Manusia Separuh Manusiawi
Kita Dapat Apa Yang Kita Beri
Dosa Kita Mengatasi Kesalahan Anak-anak
Abi Dinosaur, Ummi Raksasa
Pabila Anak Menegur
Layanan Terbalik Ibu Bapa Yang Pelik
Mencari Kekasih
Memaknakan Sebuah Kehidupan
Memaknakan Dunia Dengan Akhirat
Di Mana Damai Desa?
Sehari Yang Sebegini
Dalam Derita Ada Bahagia
‘Dua Sepasang’ Itu Masih Ada


BERCINTA SAMPAI KE SYURGA

Erti Kejayaan Diri
Lelaki Dan Keluarga, Seperti Imam Dengan Makmumnya
Kamu Sentiasa Layak Diuji
Maaf Tanpa Syarat
Kemaafan Yang Kudambakan
Hilang Tak Berganti
Kembali Ke Asal
Teori Evolusi Cinta
Cinta Songsang Semakin Songsang
Kahwin Semasa Belajar
Sebelum Dibius Cinta
Ibrah Yusuf Mendepani Biusan Cinta
Si Polis Cinta
Jodoh Tidak Datang Bergolek
Saifulislam.Com Halalkan ‘Couple’?
Antara Tuhan Dan Hantu!
Saya Bukan Bapa Mithali, Hanya Realiti
Anak Pejuang
Televisyen Manusia Mukallaf
Zikr Al-Maut Yang Mengundang Maut
Sang Kancil Bukan Mukmin Profesional
Puasa Yop, Puasa!
Krisis Pendidikan Seks
Bagaimana Untuk Saya Pulang Ke Rumah?
Halim Dan Davey
Anugerah Buatmu Sayang
Manual Cinta Haraki
Tanggungjawab Tanpa Cinta
Hadiah Terbaik Daripada Isteriku
Rumah Tangga Cara Baru Dan Lama
Setelah Pulang Daripada Perantauan
Perempuan Suka ‘Tuisyen’
Permulaan Yang Baik Bukan Suatu Jaminan
Bahagiakan Dirimu Dengan Satu Isteri
Lebih Baik Daripada Abu Zar‘in
Seni Membentuk Manusia
Bencana Kejahilan Intimasi Suami Isteri
Mehnah Kepada Mawaddah Dan Rahmah
Merawat Suami ‘Bisu’
Cinta Seratus Peratus
Bercinta Sampai Ke Syurga


MURABBI CINTA


Bekalan Titik Mula
Tuliskan Pengalaman Itu
Si Kecil Pembunuh
Berguru Dengan Pokok Semalu
Aidiladha: Satu Kekurangan Seribu Kelebihan
Musibah Berantai
Didikan Allah Untuk Bakal Manusia Hebat
Jangan, Monyet! Jangan!
Fitnah Di Hujung Lensa
Taubat Sambal Belacan
Iman Bukan Warisan
Merebut Saham Anak Muda
Baik Bos!
Mendidik Anak Berdakwah
Mendidik Anak Berpolitik
Mendidik Anak Berfikir
Kenapa Ummi Mengandung?
Mendidik Anak Ilmu Kebal
Makin Betul Kata, Makin Salah Makna
Tidurlah Sayang
Merawat Budaya Kuning Anak-anak
Bahasa Keliru, Anak Pun Keliru
Menyelesaikan Pergaduhan Anak-anak
Metode Khalifah
Sotong Tangan Lapan, Abi Tangan Dua
Di Sebalik Cinta Tanpa Syarat Itu
Antara Orang Agama Dan Orang Beragama
Kasih Ayah Membawa Ke ‘Neraka’!
Impian Umar Terhadap Anakmu
Seni Kata Putus
Nasihat Yang Menghasilkan Diam
Kenangan Terhalal
Selamatkan Uda Dan Dara Dengan Hikmah Puasa
Jangan Sekadar Syurga Dunia
Epal Busuk Hadiah Pengantin Baru
Arah Tuju Sebuah Cinta
Benci Yang Dengan-Nya Sudah Berganti
Buat Kalian Yang Baru Pulang
Rumah Tangga Hilang Perencah Kata
Selamatkan Rumah Tangga Dengan Hikmah Puasa
Sepatutnya Yang Tak Patut
Sempitnya Dunia Luasnya Gua
Dia Pernah Mencintaimu
Murabbi Cinta, Seorang Nabi

Oct 13, 2010

"Terima kasih adik-adikku!"


Judul novel: TERIMA KASIH ADIK-ADIKKU!
Kategori: NOVEL REMAJA
Penulis: DISSA AZMIN
Kod: GB0099
ISBN: 978-983-097-273-2
HARGA: RM 14.00
M/S: 216

SINOPSIS:
Sebagai anak sulung yang diletakkan harapan oleh mak dan ayahnya, Nubhan tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai orang dewasa. Dalam masa yang sama, isu surat cinta Siti Kelly mengganggu hubungannya dengan rakan-rakan sekolah.

Pencapaian yang merudum dalam akademik menyekat peluangnya untuk bertarung di gelanggang go-kart. Sehinggalah satu ketika, keadaan memaksa Nubhan untuk mengambil alih teraju di rumah. Kerenah adik-adiknya pula cukup memeningkan kepala Nubhan.

Mampukah Nubhan berhadapan dengan situasi ini? Adakah dia dapat bertahan dengan ujian yang seakan mustahil untuk diatasi ini? Segalanya terjawab di dalam novel tarbiah remaja Terima Kasih Adik-adikku! karya sulung Dissa Azmin ini.

Terima Kasih Adik-adikku! ini merupakan karya sulung Dissa Azmin setelah sekian lama berkecimpung di dalam dunia penulisan. Beliau yang berasal dari negeri Kelantan ini bukanlah nama baru di arena penulisan tanah air.

Di awal pembabitan, beliau tidak menoleh ke belakang lagi di dalam hobi dan bakatnya ini. Beliau berjaya menyelami dunia remaja untuk menghasilkan novel tarbiah yang menghiburkan dan sarat dengan mesej kasih sayang dan nilai-nilai kekeluargaan yang perlu dijadikan iktibar oleh para pembaca semua.

Oct 12, 2010

Wahai Wanita, Bimbinglah Dirimu...


Judul: WAHAI WANITA BIMBINGLAH DIRIMU
Penulis: Ustaz Pauzi Hj. Awang
Kategori: Tarbiah Rohani
Tebal: 115 hal.
ISBN: 978-983-097-256-5
Harga: RM15/RM17 (S/S)

Wahai Wanita Bimbinglah Dirimu ialah sebuah buku fardu ain. Mengandungi perkara-perkara asas fikah yang wajib diketahui dan dipelajari oleh setiap kaum wanita. Malah wajib dipelajari juga oleh kaum lelaki agar mudah mengajarkannya kepada kaum wanita di bawah jagaannya seperti isteri dan anak-anak perempuan.


Penulis asal ialah Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Abdullah bin Aidrus bin al-Husain, Ibn al-Syaikh Abu Bakar bin Salim al-Alawiyy al-Husainiyy al-Hadramiyy al-Syafi’i.

Buku ini diterjemah oleh Ustaz Pauzi Awang, bekas pensyarah Universiti Malaya. Beliau giat menterjemah buku-buku berbahasa Arab ke Bahasa Melayu. Kini beliau adalah pensyarah sambilan di UM.

SINOPSIS

Buku ini mengandungi perkara-perkara penting yang perlu diketahui oleh kaum wanita. Ia meliputi hukum taharah, haid, nifas, solat, aurat, mengumpat, akhlak terhadap suami serta ibu bapa.

Ia dapat memberi kesedaran kepada wanita-wanita Islam dalam perkara-perkara yang diwajibkan Allah Taala ke atas mereka. Ini merangkumi:
• Bidang ibadah.
• Pergaulan suami isteri.
• Pendidikan anak-anak.
• Pergaulan sesama wanita.
• Pengurusan rumah tangga.
• Perkara-perkara yang diperlukan dalam hal-hal tersebut.

WWBD terbahagi kepada enam bahagian:

1. Muqaddimah – Membicarakan rukun-rukun agama dan makna dua kalimah syahadah.
2. Bab 1 – Hukum bersuci dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
3. Bab 2 – Haid dan nifas serta perkara-perkara berkaitan dengannya.
4. Bab 3 – Solat: Rukun-rukun, syarat-syarat dan perkara-perkara yang berhubung dengannya.
5. Bab 4 – Hak ibu bapa, hak suami, kecaman pendedahan aurat.
6. Penutup – Gesaan bersikap zuhud terhadap dunia, galakan terhadap akhirat, amaran tentang mengumpat, mengacum dan sebagainya.

Buku ini bukan sahaja perlu dibaca oleh kaum wanita, bahkan juga lelaki. Seorang bapa atau suami wajib mengajarkan perkara-perkara yang tersebut di atas dengan sempurna kepada anak perempuan dan isteri masing-masing andainya mereka tidak dapat mempelajarinya sendiri dengan sewajarnya.

Justeru, diharapkan buku ini dapat membantu para suami atau bapa dalam bimbing ahli keluarganya.

Fanzuru: Maka Lihatlah....


Judul: FANZURU
Kategori: Tarbiah Rohani
Terbitan: Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
ISBN: 978-983-097-265-7
Tebal: 314
Harga: RM24.00

Penulis muda, Hilal Asyraf kembali dengan buku motivasinya yang ketiga Fanzuru dalam siri Langit Ilahi.

Fanzuru yang membawa erti ‘maka lihatlah’ menghimpunkan sebanyak 60 tazkirah yang mendidik jiwa. Tazkirah-tazkirah yang termuat di dalam buku ini mengajak pembaca untuk melihat dan memerhati dengan teliti dengan mata hati akan pengajaran yang ada di sekeliling kehidupan kita.

Banyak teladan dapat dikutip daripada manusia-manusia yang kita temui dan bergaul dengannya. Inilah pengajaran dan pengalaman yang dikongsikan penulis hasil daripada pemerhatian dan pergaulannya.

Dengan gaya bahasa yang santai, Fanzuru dapat memberi inspirasi kepada pembaca yang mahu dan sedang berusaha memperbaiki diri untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik.


Sedikit sedutan daripada Fanzuru

Sedutan 1

Saya berhajat hendak meletakkan jawatan saya sebagai pengawas sekolah ketika itu. Akhirnya, saya bertemu dengan guru kaunseling MATRI bernama Ustaz Syahid.
“Ente hendak berhenti? Ente tahu tak, manusia yang sering berenang melawan ombak, otot tangannya semakin lama semakin kuat?”
Ketika itu, saya bagai nampak celahan sinar yang menyenangkan.
Solusi yang sebenarnya bukanlah dengan kita melarikan diri daripada masalah, sebaliknya kita berusaha menyelesaikannya.


Sedutan 2
Suatu hari, Dr ‘Ala Hilat ada bercerita berkenaan Kibutsats. Pertama kali mendengarnya, membuatkan saya tertarik untuk mendengar apa yang hendak beliau ceritakan.
Beliau berkata: “Kibutsats adalah salah satu sistem tarbiyah Israel, yang hakikatnya perlu kita perhatikan.”
Kibutsats adalah bandar-bandar yang dibangunkan di sekitar sempadan Israel. Terdapat banyak kibutsats. Kibutsats akan dibangunkan apabila cukup 100 orang lelaki, yang semuanya adalah tentera, bersama keluarga mereka. Mereka akan membina perkampungan di sempadan Israel.
Di sini saya kongsikan apa yang saya dengar berkenaan kibutsats.
Kibutsats hakikatnya adalah satu sistem pembinaan masyarakat yang sangat sistematik. Semua orang di dalam kibutsats terikat dengan peraturan yang agak ketat. Tetapi semuanya hidup mentaati peraturan itu.
Mereka mempunyai jadual harian. Di dalam kibutsats, terdapat dewan makan yang sangat besar. Semua keluarga di dalam kibutsats tidak akan makan di rumah mereka, tetapi makan bersama di dalam dewan besar itu. Perempuan-perempuan akan memasak bersama dan semua lelaki akan makan bersama.
Ada waktu untuk makan, ada waktu pula untuk bekerja. Semua orang akan keluar bekerja yang mana, tempat-tempat bekerja mereka juga adalah milik mereka. Contohnya ladang, itu hakikatnya adalah ladang mereka. Kilang yang ada, mereka juga yang bina. Mereka bekerja menjalankan apa yang ada dan sedikit demi sedikit meningkatkan semuanya.
Kibutsats tidak terhenti dengan kehidupan makan dan bekerja sahaja. Terdapat juga jadual riadhah dan latihan ketenteraan bagi semua. Sebaik sahaja kerja tamat, mereka akan bersama menjalani latihan ketenteraan. Semua turut terlibat. Baik anak kecil mahupun yang tua. Terbahagi kepada peringkat masing-masing.
Di dalam kibutsats ada nurseri dan sekolah. Semua anak-anak kibutsats akan dihantar ke nurseri dan sekolah di dalam kibutsats itu juga. Mereka tidak akan dihantar keluar. Guru-guru di dalam nurseri dan sekolah itu juga adalah dari komuniti kibutsats.
Sistem pendidikan kibutsats amat unik. Mereka mempunyai silibus tersendiri, disusun dan direka untuk memenuhi hajat mereka yang ingin menawan dunia. Mereka tidak memandang pelajaran mereka sebagai wadah untuk anak-anak mendapat sijil, atau untuk kerajaan mendapat untung, atau untuk pejabat-pejabat mendapat pekerja.
Mereka menggunakan sistem pendidikan mereka untuk membina ideologi dan membentuk pemikiran anak-anak mereka.
Saya berikan satu contoh mudah. Mata pelajaran Matematik.
Di Malaysia, silibus kita biasanya hanya melibatkan kenderaan, buah-buahan dan makanan. Contohnya:
Ahmad ada 10 biji epal. Ahmad ada empat orang kawan. Semuanya mahu makan epal. Maka Ahmad membahagikan 10 biji epal tadi kepada dirinya dan empat orang kawan secara sama rata. Maka berapa biji epalkah yang akan dapat dimakan oleh setiap seorang termasuk Ahmad?
Itu contoh soalan matematik di Malaysia.
Di Kibutsats Israel, mereka belajar matematik juga. Tetapi isi matematik mereka membawa kepada apa yang mereka mahu. Contohnya:
Yyvon mengetuai satu peperangan terhadap 10 daerah orang arab. Yyvon mengetuai lima platun tentera termasuk platunnya sendiri. Maka, Yyvon membahagikan serangannya terhadap 10 daerah orang arab tadi kepada semua platunnya secara sama rata. Maka, berapa daerah orang arabkah yang perlu dimusnahkan oleh semua platun termasuk platun Yyvon?
Itu contoh pengajian di kibutsats. Lihatlah bagaimana mereka membangunkan pemikiran pemuda-pemuda mereka. Dan silibus sebegini, digunakan sedari nurseri lagi. Ini dikuatkan lagi dengan latihan ketenteraan yang wujud di dalam kibutsats sehari-hari.

Novel awal remaja: Ops Menjejak Pencuri


Judul novel : ADIB & ADIBAH PENYIASAT CILIK DALAM EPISOD OPS MENJEJAK PENCURI
Penulis : WAN ZAYUHISYAM WAN YUSOFF (ZAYU HISHAM)
KOD: GB0098
ISBN: 978-983-097-271-8
HARGA: RM 12.00
M/S: 141



SINOPSIS :
Kes kehilangan binatang ternakan di Kampung Buloh semakin menjadi-jadi. Terbaru, kehilangan kambing Nenek Zaharah menggemparkan penduduk kampung. Di saat itu muncul Adib dan Adibah, dua penyiasat cilik yang kebetulan bercuti di rumah nenek mereka.

Bantuan sepupu-sepupu kesayangan mereka, Zali dan Ikram amat dihargai untuk membantu penyiasatan. Jetli pula hadir sebagai pelengkap geng penyiasat cilik yang bermentorkan Tuan Daniel ini.

Sementara itu, Rafiq dan rakan-rakannya bersetuju dengan cabaran Adib untuk berlawan sepak takraw lantaran Zali yang menolak ajakan Rafiq untuk menyertai pasukannya. Misi menyiasat belum selesai, datang pula misi baru untuk diuruskan. Dapatkah Adib, Adibah dan rakan-rakannya menyelesaikan misteri kehilangan binatang ternakan di Kampung Buloh? Bagaimana pula dengan perlawanan takraw dengan pasukan Rafiq yang merupakan pemain wakil daerah itu? Segalanya terjawab di episod kali ini, OPS MENJEJAK PENCURI!

Biodata Zayu Hisham: Zayu Hisham atau nama sebenarnya Wan Zayuhisham Wan Yusoff ialah guru di Sek. Keb. Taman Medan, Petaling Jaya. Beliau mula meneroka dunia kanak-kanak melalui kisah mencuit hati dalam novel sulungnya, Impian Juara. Ops Menjejak Pencuri ialah buah tangan beliau untuk peminat-peminat siri penyiasatan kanak-kanak.

Indahnya Hidup Tanpa Derita


JUDUL: INDAHNYA HIDUP TANPA DERITA
PENULIS: NOOR LAILA ANIZA ZAKARIA
TEBAL: 244 M/S
HARGA: RM21/RM23 (S/S)
ISBN: 978-983-097-262-6
KATEGORI: TARBIAH ROHANI (MOTIVASI)


Buku yang wajib baca!


Jika anda menyangka masalah yang anda hadapi sangat berat, maka bacalah buku ini. Anda akan dapati, masalah anda tidaklah sebesar mana berbanding kisah-kisah benar yang dimuatkan di dalam buku ini.

Buku ini menghimpunkan 40 kisah masalah rumah tangga. Sebahagiannya adalah kisah ekstrem yang tidak pernah terlintas di fikiran kita. Namun itulah hakikatnya, ia benar-benar berlaku dalam masyarakat kita hari ini.

Kisah-kisah rumah tangga yang meruntun hati ini turut disertakan dengan tip-tip berguna daripada penulis sebagai jalan keluar daripada masalah yang dihadapi. Sesungguhnya tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan di dunia ini. Pokok pangkalnya ialah pada diri sendiri. Selagi ada iman, selagi itu ada penyelesaiannya.

Barangkali ada kisah yang mirip atau menyerupai masalah anda, maka bacalah ia dan dapatkan tip-tip yang diutarakan. Hidup pasti indah apabila derita berjaya diatasi!


Petikan 1
Baru sahaja habis memberi ceramah di sebuah agensi kerajaan di Putrajaya, seorang wanita dalam lingkungan umur 40-an menanti saya di muka pintu.
“Ada apa-apa yang puan hendak bertanya?” Saya memulakan bicara.
“Tidak apalah. Biar yang lain bertanya dulu, saya tunggu. Di sini keadaannya tertutup sedikit,” perlahan wanita itu menjawab.
... Di wajahnya ada gari-garis halus sesuai dengan usianya. ...
“Saya tidak tahu hendak mulakan di mana. Tapi, semua orang tidak percaya pada apa yang saya ceritakan.”
Saya angguk.
“Suami saya berzina dengan isteri orang! Perempuan itu sedang mengandung sekarang ini. Tidak tahulah sama ada kandungannya itu anak suami saya atau anak suaminya sendiri. Baju mengandung perempuan itu pun suami saya yang belikan. Guna duit saya! Saya jumpa resit di dalam kereta. Apabila saya tanyakan hal itu padanya, terus saya kena tampar. Semua orang kata saya berbohong. Ahli keluarga sebelah saya dan sebelah suami pun tidak mempercayai cerita saya ini.”

Petikan 2

Wanita itu menelefon saya ketika saya sedang menikmati minum petang ... .
“Puan, bolehkah jika saya berdoa untuk suami saya?” wanita itu bertanya.
“Eh, mengapa pula tidak? Apatah lagi jika seorang isteri mahu mendoakan di suami yang tercinta.” Soalan wanita ini mengundang hairan ke dalam benak saya.
“Bukan itu maksud saya puan. Saya hendak doakan supaya Allah ambil nyawa suami saya. Saya sudah tidak tahan hendak membela dia,” saya terdiam di hujung talian mendengar keluhannya.

Jul 5, 2010

BENGKEL PENULISAN FIKSYEN ISLAMI & PENGURUSAN BLOG


BENGKEL PENULISAN FIKSYEN ISLAMI & PENGURUSAN BLOG
Bersama Hilal Asyraf (penulis novel VT, Sinergi, Remaja Mulia)
Tarikh: 23 - 24 Julai 2010WNS Homestay
Alor Setar, Kedah

Testimoni peserta dua bengkel sebelumnya (12 Jun dan 26-27 Jun):

  • "Berbaloi! Anda tidak akan jumpa tip penulis Islami di bengkel yang lain, seumpama tip yang diberikan oleh Akhi Hilal Asyraf. Saya tidak menyesal datang ke bengkel ini."
  • "Alhamdulillah, ada rangsangan untuk menulis. Dahulu rasa menulis satu fantasi tapi sekarang satu realiti. Rasanya berpijak di bumi nyata."
  • "Saudara Hilal banyak membantu dalam memberi kefahaman tentang siapa itu 'penulis Islami'. Garis panduan yang jelas dan boleh dijadikan pegangan."

Berminat, hubungi 03 614 21 614 (Sdr Nasri / Suriati)
E-mel: suriati@galeriilmu.com.my
Sms: 013-6697 992



Jun 21, 2010

Majlis Perjumpaan Grup Penulis GISB 2010




Majlis Perjumpaan Grup Penulis GISB kali yang pertama telah berlangsung dengan jayanya pada hari sabtu, 19 Jun yang lalu bertempat di Akademik Huffaz, Kota Damansara.

Majlis telah diisi dengan pelbagai perkongsian ilmu dan pengalaman daripada para penulis.

Ustaz Amaluddin Mohd Napiah, penulis buku Bawalah Hatimu Kepada Tuhan dan Lembutkanlah Hatimu menukilkan majlis tersebutn sebagai "sebuah majlis yang indah, majlis yang memberi nilai tambah pada iman dan ilmu."



Berita lanjut akan menyusul.


Tuan Haji Abu Hassan Morad, Pengarah Urusan GISB turut berkongsi pengalamannya yang sangat mahal kepada Grup Penulis yang hadir.


Ustaz Amaluddin berkongsi pengalaman awal menjadi seorang penulis.

En Hassan Suyut penulis buku Kembara Atiq Wazir turut hadir berkongsi pengalaman walaupun beliau kesuntukan masa kerana perlu hadir temujanji lain pada sebelah tengahari

Ustaz Hasrizal Abdul Jamil turut meluangkan masa dan berkongsi rasa dengan grup penulis

Puan Noreha, penulis novel remaja popular, Diari Aneesa. Ramai anak-anak bertanya bila sambungan kedua Diari Aneesa?

Puan Hajah Rohani Dato' Mohd Shahir, pakar kewangan berkongsi pengalaman menulis buku Ke Mana Wang Anda?

Agak-agaknya apa yang sedang diperkatakan oleh Sdr Hilal Asyraf ini? Jiwa muda yang bakal mencorak generasi remaja dengan warna-warni Islam!

Sdr Nasri Nasir, (Editor Motivasi) yang berjaya menceriakan suasana majlis

En Zakaria Sungib, editor kanan di Jabatan Buku. Rata-rata penulis GI termasuk Ustaz Hasrizal, Ustaz Amal menggelar beliau sebagai "sifu".

Nurull Halawati (kiri) dan Ummu Hani Abu Hassan, dua novelis muda GI yang sedang mencipta nama

Majlis menandatangani mural Grup Penulis GISB 2010


May 6, 2010

Sepetang Bersama Pahrol Mohd Juoi


Saudara Pahrol Mohd Juoi (foto) akan ke udara di Radio IKIM hari ini (Khamis) menerusi slot Mesra Bersama Anis.

Dalam rakaman kira-kira setengah jam yang dibuat petang semalam bersama penerbit dan DJ Ustaz Zamri Zainal Abidin serta wakil Jabatan Buku GISB Saudara Nasri Nasir, Saudara Pahrol bercerita tentang sejarah penglibatan beliau dalam penulisan serta prinsip-prinsip yang beliau jadikan pegangan dalam menulis.

Beliau juga berkongsi isi kandungan buku terbarunya bersama Galeri Ilmu, Nota Fikir Untuk Zikir serta perancangannya untuk menghasilkan kumpulan cerpen dan novel Islami.

Tulisan pertama beliau yang tersiar dalam majalah lebih 20 tahun lalu adalah cerpen Revolusi Beruk. Sejak itu beliau telah menghasilkan sejumlah cerpen Islami dan masih terus menulis cerpen hingga ke hari ini. "Untuk menulis novel, saya sedang belajar kerana saya belum arif. Tetapi saya sukakan cabaran ini," katanya.

Untuk mengetahui dengan terperinci apa yang dikongsi oleh Saudara Pahrol dalam slot Mesra Bersama Anis, ikuti saluran Radio IKIM pada pukul 6.15 petang hari ini.

Apr 27, 2010

Elemen Triler Dalam Perindu Pelangi

Jalan cerita yang sukar dijangka (unpredictable) adalah antara unsur yang menjadikan sesebuah novel itu sedap dibaca. Pembaca sentiasa tertanya-tanya: apa yang akan berlaku seterusnya?


Kesan ini akan dirasai oleh mereka yang membaca novel Perindu Pelangi.
Seawal bab pertama lagi, penulisnya Siti Munirah A. Rashid sudah merangsang rasa ingin tahu pembaca. Pembaca tertanya-tanya, siapa Isador, watak misteri yang muncul di sebuah daerah yang sangat asing baginya? Siapa pula Akil, nama Melayu yang disebut-sebut di tengah-tengah keluarga Cina? Wujudnya bayangan konflik melibatkan dua watak ini dan pengenalan beberapa watak lain – Pak Cik Ming, Mak Cik Fan dan Xiao Er serta episod imbas kembali sewaktu zaman kanak-kanak Akil – merupakan pakej yang baik dalam memancing minat dan menimbulkan rasa ingin tahu pembaca pada bab pertama itu.
Dan ternyata, apabila menyelak halaman-halaman seterusnya, pembaca tidak merasai momentum yang ditimbulkan oleh bab pertama itu mengendur. Momentum itu bersambung dari bab ke bab. Ibarat bola yang melantun tanpa henti, ia mencipta rasa ingin tahu yang berterusan, hinggalah ke noktah akhir apabila ia disudahi dengan penutup yang indah.
Rakan editor Puan Suraiya Pauzi, penggemar novel-novel John Grisham, meletakkan novel ini di kedudukan nombor satu di hatinya dalam senarai novel-novel Islami Galeri Ilmu setakat ini. Beliau melihat sebahagian kekuatan novel-novel John Grisham ada pada Perindu Pelangi. Saya mengenali Puan Suraiya sebagai seorang pembaca novel yang sangat kritis. Bukan mudah untuk mendengar beliau memuji novel Melayu.
Melalui Perindu Pelangi, Siti Munirah berjaya menyuntik sedikit elemen triler dengan begitu baik. Beliau juga begitu kenal kepada watak-watak ciptaannya. Watak-watak itu hidup dan mempunyai akhiran cerita masing-masing. Setiap watak itu juga membantu menggerakkan cerita.
Watak seorang angkasawan yang mencari kebenaran dinukilkan dengan begitu mengesankan dan disokong oleh penyelidikan. Watak pemuda Melayu yang hidup di tengah-tengah masyarakat Cina di Guangzhou, memberi impak yang kuat kepada struktur cerita. Watak gadis bernama Xiao Wei yang agak serius tetapi menyimpan perasaan kepada Akil, menimbulkan kesan tersendiri di hati pembaca, begitu juga dengan watak Xiao Er, gadis yang keanak-anakan dan manja.
Sebagai sebuah novel Islami, Perindu Pelangi sarat dengan nilai didikan yang dijalin secara bersahaja. Nilai tauhid, nilai akhlak dan nilai adab disulam melalui perkembangan watak dan pergerakan cerita yang lancar serta dialog-dialog yang segar. Demikian juga nilai syariat yang digambarkan melalui aspek pergaulan dan cara berpakaian watak-watak yang tidak terasa terlalu mengajar. Kisah dan konflik cinta dipaparkan dalam ‘dos’ yang sederhana, namun diselitkan nilai Islam yang indah.
Baru-baru ini seorang kenalan, Puan Siti Malini binti Mat, yang juga seorang penggemar novel, meminta saya mencadangkan sebuah novel Islami yang baik untuk dibaca, lalu saya menyuakan novel Perindu Pelangi kepadanya. Setelah membacanya, beliau menghantar e-mel ini kepada saya:
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana mencadangkan supaya saya membeli novel Perindu Pelangi. Buku itu memang sangat baik! Ceritanya sangat menarik, bahasanya indah, dan Siti Munirah bijak menggunakan latar (China) dan ilmu tambah (masakan, astronomi) untuk menjadikan karyanya lebih menarik. Pada pendapat saya, Siti Munirah berpotensi besar. Jikalau saya dapat menulis sebaik dia, saya akan berasa sangat gembira.”
Zakaria Sungib


Apr 16, 2010

BENGKEL ASAS PENULISAN NOVEL ISLAMI

Bengkel ini dikhaskan kepada calon-calon novelis yang berhasrat untuk menghasilkan novel Islami (remaja, awal remaja dan dewasa) tetapi memerlukan ilmu asas penulisan novel. Melalui bengkel asas ini, calon novelis akan didedahkan kepada:

1. Kriteria karya fiksyen Islami.

2. Syarat-syarat untuk menjadi penulis novel Islami.

3. Langkah demi langkah menulis novel iaitu bermula daripada persediaan untuk menulis serta proses sebelum, semasa dan selepas menulis.

4. Sepuluh halangan menulis.

5. Format penulisan proposal dan manuskrip novel yang Galeri Ilmu tetapkan.

Encik Zakaria Sungib, Editor Kanan Jabatan Buku merangkap Editor Perolehan Seksyen Novel, Galeri Ilmu Sdn. Bhd. akan mengendalikan bengkel asas ini. Ia dihadkan kepada 15 peserta.

Maklumat Bengkel Asas Penulisan Novel Islami yang terdekat adalah seperti berikut:

Tarikh: 8 Mei 2010 (Sabtu)
Waktu: 9 pagi hingga 4 petang
Tempat: Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Yuran penyertaan: RM20 seorang (termasuk makan minum)

Untuk menyertainya, tulis nama, nombor telefon dan alamat e-mel di ruangan komen, atau sms ke 013-7656245 (Sdr Nasri).



Mar 17, 2010

Bersama Penulis 2010

PROGRAM BERSAMA PENULIS
PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2010

GERAI : B-01 (Galeri Ilmu Sdn Bhd)

20 MAC/ SABTU

* 12.00 - 1.00 tgh : Bersama Kumpulan RAIHAN
* 2.30 - 3.30 ptg : Novel Remaja ‘Putu Mayam Satu' - Norehan Mohd Nooh
* 2.30 - 3.30 ptg : Novel Awal Remaja 'Mencari Amira' - Zulina Hassan
* 3.30 - 4.30 ptg : Bersama Kumpulan RABBANI
* 4.30 - 5.30 ptg : Novel 'Perindu Pelangi' - Siti Munirah

21 MAC / AHAD

* 10.45 pg -11.45 pg : Bersama - Ustaz Hasrizal
* 12.00 tgh - 1.00 ptg : Pelancaran Buku-buku GISB (Pentas Utama)
* 2.30 -3.30 ptg : Novel 'Stanza Cinta' - Nurull Halawati
* 3.45 - 4.45 ptg : Novel 'Dingin Salju' - Nurolshamshi Saidin

27 MAC / SABTU

* 11.00pg - 12.00 tgh : Novel Remaja ' Impian Juara' – Zayu Hisham
* 12.00 - 1.00 tgh : Buku Motivasi ‘Aura Iman’ - Wan Ruzlan Wan Omar
* 2.30 - 3.30 ptg : Novel Remaja ‘Surat Ibu Dari Penjara’ – Ummu Hani Abu Hassan
* 2.30 - 3.30 ptg : Novel Remaja 'Bukan Sekadar Kawan' - Rohaida Abd Rahim

28 MAC / AHAD

* 11.00 pg - 12.00 tgh : Novel Remaja '7 Warna Pelangi' - Zaihanim Zainal Abidin
* 12.00 - 1.00 tgh : Buku Motivasi ‘Lembutkanlah Hatimu’ – Ustaz Amal










Bukan Sekadar Kawan

BUKAN SEKADAR KAWAN
Rohaida Abd Rahim /
ISBN: 978-983-097-248-0
Tebal 160 ms
Harga RM14
KOD: GB0073

Mai benci – amat benci – pada Hafiz ekoran satu insiden memalukan di dalam bas RapidKL. Sungguh tidak diduga, ‘Lebai’ itu akan duduk sekelas dengannya. Dan lebih tidak diduga, perasaannya pada Hafiz bertukar 360 darjah.






Hadirnya Hafiz berjaya merubah suasana sekolah. Mai turut berubah. Tetapi Allah datangkan badai yang menguji. Ia memaksa Hafiz berhijrah sekolah.

Tamat SPM, Hafiz meneruskan pengajian perubatan di Mesir. Dalam diam, Hafiz mahu hubungannya dengan Mai bukan sekadar kawan.

Namun, pendedahan kisah silam yang melibatkan hubungannya dengan Mai, membuat Hafiz menyalahkan diri sendiri. Dia tidak pulang-pulang lagi.


Surat Ibu Dari Penjara

SURAT IBU DARI PENJARA
Ummu Hani Abu Hassan ISBN: 978-983-097-252-7
Tebal: 168 ms

Harga: RM14

KOD: GB0077


Zaitun dijatuhi hukuman gantung sampai mati dan sedang menanti pengampunan atas kesalahan mengedar dadah.



Sewaktu di dalam penjara, ibunya meninggal dunia, membuatkan hidupnya kosong. Hatinya terdorong untuk menulis kisah hidupnya untuk iktibar kepada orang lain.

Bukunya Surat Ibu Dari Penjara itu mendapat perhatian pengarah penjara, Tuan Ahmad Dhiak. Anak Tuan Ahmad Dhiak, Akbar, seorang remaja yang nakal. Dia sering menghabiskan masa bersama rakan-rakan mat rempit dan melanggar disiplin sekolah. Akbar tertekan kerana bapanya seorang yang tegas dan mementingkan disiplin.

Kelembutan ibunya pula dijadikan tempat melepaskan amarahnya kepada si ayah. Dia menjadi anak yang takut dengan si ayah dan kurang ajar dengan ibu.

Oleh kerana pendekatan secara tegas tidak berkesan, Tuan Ahmad Dhiak cuba melembutkan jiwa anaknya dengan kaedah yang lebih berhikmah. Dia meletakkan buku Surat Ibu Dari Penjara dalam bilik anaknya agar jiwa anaknya itu tersentuh dengan pengalaman seorang banduan akhir.

Teman baik Akbar iaitu Zaidan, juara rempit dan dikenali sebagai remaja ternakal. Apakah Akbar akan terikut rentak Zaidan?

Apakah perlumbaan terakhir Zaidan mampu menginsafkan Akbar? Dan berjayakah Tuan Ahmad Dhiak untuk menyedarkan anaknya melalui manuskrip buku Surat Ibu Dari Penjara?



Sinergi

SINERGI Hilal Asyraf / novel
ISBN: 978-983-097-250-3

Tebal: 512 ms

Harga: RM23

KOD: GB0076


Dua sahabat, Rasyid Zakwan (Asid) dan Irfan Hakimi (Irfan), belajar di University of Yarmouk, Jordan.

Ukhuwah mereka memberikan kesan kepada masyarakat sekeliling. Konflik mula timbul dengan kehadiran Sara Nasuha.






Konflik ini bukan konflik dengki-mendengki tetapi konflik untuk menjaga kelangsungan ukhuwah itu. Mereka jatuh cinta kepada Sara Nasuha, dan masing-masing tidak pernah meluahkannya.

Hinggalah satu hari, Irfan menceritakan rasa hatinya kepada Asid. Asid untuk beralah dalam senyap tetapi cintanya juga amat mendalam membuatkan dia sukar untuk kekal tenang. Lalu ukhuwah mereka berdua terganggu.

Sekumpulan pelajar bermasalah – Disaster Five – tidak senang dengan imej bersih Asid dan Irdan. Konflik dua sahabat diambil sebagai peluang keemasan bagi merosakkan ukhuwah mereka.

Kes menjadi rumit apabila muncul watak misteri di sebalik kejadian pecah rumah.

Tambahan pula Irfan terjebak dalam perangkap...



Rumahku Ofisku

RUMAHKU OFISKU Tip Suri Rumah Bekerja Dari Rumah
Mazneera Zainal
ISBN: 978-983-097-245-9

Harga: RM 18

KOD: GB0087


Sebuah buku panduan untuk suri rumah bekerja dari rumah.

Mengandungi tip-tip yang amat berguna berdasarkan pengalaman penulis sendiri.







Penulis merupakan suri rumah berijazah, namun membuat keputusan untuk tidak ‘makan gaji’ di luar kerana mahu membesarkan sendiri anak-anak tercinta.

Berbagai-bagai tip dikongsi termasuklah panduan menghadapi dilema, konflik dan tekanan-tekanan yang mendatang.

Alternatif bagi suri rumah sepenuh masa ialah membina kerjaya dari rumah tanpa mengabaikan asuhan terhadap anak-anak, sekali gus dapat menjana pendapatan hanya dengan duduk di rumah.

Penulis juga memberi tunjuk ajar cara ‘set up’ bisnes di Internet.



Mar 15, 2010

Nota Fikir Untuk Zikir


NOTA FIKIR UNTUK ZIKIR

KATEGORI: MOTIVASI
ISBN: 978-983-097-260-2
PENULIS: Pahrol Mohd Juoi
TEBAL: 184 ms
HARGA: RM19/RM21*
KOD: GB0091

Buku ini ditulis dengan mesej yang jelas: Zikir tanpa fikir akan menghasilkan individu yang beku, kaku dan mundur walaupun mungkin baik tingkah laku.







Fikir tanpa zikir akan membentuk manusia yang aktif, dinamik tetapi merosakkan dirinya dan orang lain dengan pelbagai kemungkaran dan kejahatan.

Pada cerita dulu-dulu, ada jejak iktibar yang perlu disusuri semula. Pada alam ciptaan Tuhan, ada pengajaran yang dapat diambil.

Ia bergantung pada bagaimana kita melihatnya. Dan bagaimana kita melihat sesuatu, bergantung pada siapa diri kita.

Dengan gaya santai dan simple, penulis mengocak ‘fikir’ dan ‘zikir’ pembaca – langkah kecil yang diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada langkah yang lebih gah untuk memantapkan ‘fikir’ dan ‘zikir’ ummah.

“Kelebihan yang terdapat pada beliau (Pahrol Mohd Juoi) adalah keupayaan mengolah sesuatu persoalan daripada dimensi yang berbeza dan memberikan persepsi baru terhadap perkara yang digarapnya.” – Ann Wan Seng, Setiausaha Agung Kehormat MACMA

Buku ini terbahagi kepada tiga bahagian:

Bahagian 1: Iktibar Kisah Dulu-dulu – Mencari hikmah dan ibrah, teladan dan sempadan, daripada cerita rakyat yang merupakan suara hati orang bijaksana untuk mendidik umat.

Bahagian 2: Berguru dengan Alam – Melihat nikmat tanpa melupakan Pemberi nikmat, dengan menjadikan alam sebagai Maha Karya Tuhan yang sentiasa berbicara dengan manusia tentang keagungan Penciptanya.

Bahagian 3: Kata Dikota – Memuatkan kata-kata yang indah dan benar, yang mampu mengubat rasa yang gundah serta membuat fikiran menjadi lebih besar, seterusnya mampu mengubah jiwa!




Siri Mari Berfikir


SIRI MARI BERFIKIR

KATEGORI: Kanak-kanak

ISBN: 978-983-097-231-2 (set)

PENULIS: Zulina Hassan

TEBAL: 24 halaman

HARGA: RM9/RM11*

Terdiri daripada lima buah judul iaitu:

  1. BULAN (ISBN: 978-983-097-233-6 / KOD: GB0078)
  2. MATAHARI (ISBN: 978-983-097-232-9 / KOD: GB0079)
  3. BUMI (ISBN: 978-983-097-235-0 / KOD: GB0080)
  4. ALAM SEMESTA (ISBN: 978-983-097-234-3 / KOD: GB0081)
  5. LAUT DAN SUNGAI (ISBN: 978-983-097-236-7 / KOD: GB0082)
Buku berfakta ini mengajak kanak-kanak berfikir tentang ciptaan Allah, tentang keistimewaan BULAN, MATAHARI, BUMI, ALAM SEMESTA, LAUT DAN SUNGAI.
Turut disertakan gambar-gambar menarik dan berwarna-warni.
SIRI MARI BERFIKIR ini akan menambahkan lagi pengetahuan am kanak-kanak.


































Di Tengah Kota

DI TENGAH KOTA

KATEGORI: MEMOIR
ISBN: 978-983-097-257-3
PENULIS: Nora/Zakaria Sungib
TEBAL: 320 ms
HARGA: RM20/RM22*
KOD: GB0090




Muka Belakang













Pembaca disajikan dengan fakta, cerita dan kenangan sasterawan agama Haji Ali Haji Ahmad atau terkenal dengan nama pena Nora.

Melalui memoir ini, pembaca akan dapat menyelami detak rasa, limpahan pengalaman dan bahang keyakinan Nora menerusi himpunan tulisan beliau yang sarat dengan nilai dakwah dan tarbiah.

Buku ini juga membawa pembaca mendekati sosok sasterawan ini melalui nota-nota pinggir Zakaria Sungib.

“Dengan lahirnya buku ini, Pak Cik Nora telah menunaikan satu amanah yang kerap diwasiatkan oleh hukama: Lakukanlah sesuatu yang terus hidup setelah kamu mati!” ulas Pahrol Mohd Juoi, penulis dan perunding motivasi, dalam kata pengantarnya untuk buku ini.

Buku ini terbahagi kepada tiga bahagian:
• Prolog – Memoir zaman remaja Nora di Johor Bahru dan Sungai Mati, Muar.
• Di Tengah Kota – Memoir Nora bermula dari dekad 1960-an ketika pohon karyanya berbuah ranum dan ‘penghijrahan’ ke arena penulisan dakwah.
• Epilog – Memuatkan memoir dan nota-nota pinggir tentang kehidupan di usia senja Nora.



100 Kisah Kehidupan

100 KISAH KEHIDUPAN

KATEGORI: Umum

ISBN: 978-983-097-224-4

PENULIS: Zakaria Sungib

TEBAL: 332 ms

HARGA: RM20/22*

KOD: GB0088









Muka Belakang













Himpunan 100 buah kisah kehidupan di dalam buku ini menemukan pembaca kepada kisah-kisah yang dekat dengan diri masing-masing.

Kisah yang terkesan di hati. Kisah yang mencetuskan inspirasi, menjernihkan jiwa, seterusnya memberi motivasi.

Pelbagai kisah yang diceritakan oleh ramai pencerita ini merupakan koleksi ‘halwa jiwa’ yang memberi kesan penawar kepada keluh-kesah, kekeliruan dan tekanan hidup seharian.

Kisah-kisah itu mengajar tentang kesyukuran, kesabaran, ketabahan, pengorbanan, kasih sayang dan sifat-sifat lain yang diredhai.

Pada setiap kisah itu ada hikmah yang Allah datangkan sebagai bahan pembelajaran di universiti kehidupan.

Kisah-kisah benar dalam buku ini dibahagikan kepada lapan bahagian:
• Tentang Insan Luar Biasa
• Tentang Alam Si Kecil
• Tentang Ujian Hidup
• Tentang Restu Ibu Bapa
• Tentang Hidayah Tuhan
• Tentang Daya Usaha
• Tentang Kasih Sayang
• Universiti Kehidupan



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...