.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Feb 24, 2023

Klinik Al-Fatihah

Klinik Al-Fatihah
ISBN: 978-983-097-990-8
Penulis: Ustaz Zubair Malik
Kod: GB0713
Saiz: 29.7cm x 21cm (Portrait)
Tebal: 224 halaman
Teks: 4C
Berat:
Harga: RM48.00 / RM50.00

Keistimewaan: Dilengkapi 44 video tutorial (QR Code).

Sinopsis:

Tiada solat yang sah jika tidak dibacakan surah al-Fatihah pada setiap rakaatnya. Hal ini kerana bacaan al-Fatihah merupakan salah satu rukun qauli dalam solat fardu.

Buku ini membimbing pembaca mempelajari surah al-Fatihah dari segenap aspek: hukum-hakam tajwid, sebutan makhraj huruf, qiraat, dan pendekatan Islam, iman, dan ihsan dalam memahaminya.

 


Dilengkapi 44 video tutorial. Mesti dimiliki oleh sesiapa sahaja yang ingin memperkemas dan memperbetulkan bacaan surah yang pertama dalam susunan Al-Quran ini. 









Feb 1, 2023

Cerita Klinik Diet

Cerita Klinik Diet
ISBN: 978-983-097-988-5
Penulis: Ruqayyah Muhd
Kod: GB0711

Tebal: 214 ms
Saiz: 22cm x 14 cm
Berat: 0.35 kg
Harga: RM30.00

SINOPSIS:
Saya melangkah ke bilik ketua jabatan untuk melaporkan diri. beliau berkata, “Saya tempatkan awak di disiplin pediatrik ye.”

Kepala saya bagaikan berpusing. Jantung berdegup pantas. Tangan mula basah. ‘Pediatrik? Aku tak tahu apa-apa mengenai pediatrik!’ Walaupun sudah bekerja selama dua tahun sebagai dietitian di tempat lain sebelum itu, namun disiplin pediatrik ini amat asing buat saya.

Saya jangkakan saya akan gagal total menjadi dietitian yang baik. Namun, rupanya banyak sekali yang Dia aturkan buat saya di sini. Sehingga saya merasakan selama saya hidup ini, sayalah hamba yang paling banyak tidak bersyukur. Setiap hari, jiwa saya diasak dengan pelbagai senario kehidupan yang membuatkan jiwa saya sesak. Hati saya patah, mata saya basah…!

Tidak pernah saya ketahui tatkala saya belajar menjadi seorang dietitian, saya akan belajar menjadi seorang manusia. Saya belajar menjadi seorang anak. Saya belajar menjadi seorang ibu. Saya belajar menjadi kawan yang baik dan mempunyai teman-teman yang baik di kalangan pesakit dan petugas di wad.


Testimoni:

Bersyukurlah

Membaca naskhah ini ibarat menelusuri hati sendiri. Mengetuk pintu hati yang sudah lama tidak ditegur dengan perkataan bersyukurlah. Bersyukur dengan setiap nikmat yang kita nampak mahupun tidak, yang kalau dihitung satu per satu takkan mampu kita bayar. (Dr. Sakinah Sulong, Pakar Perubatan Keluarga)

Menginsafkan!
Kita tidak akan menghargai sesuatu nikmat, sehinggalah kita diuji dengan sesuatu yang menyakitkan. Benarlah kata orang, "Kita akan lebih bersyukur apabila melihat insan yang diuji dengan kesihatan di hospital.” Banyak ilmu tentang jiwa, spiritual, motivasi dan kesihatan yang dikongsikan di dalam naskhah ini. (Rohamiah Muda, Penulis buku bersiri Berdamai Dengan Takdir)














SIRI ALAM HAIWAN (Bahagian 1)

(Edisi kemas kini)
SIRI ALAM HAIWAN (Berfakta - Sukukata)
SIRI  ini terdiri daripada 10 buah buku. Walau bagaimana pun, buat masa ini hanya 6 buah buku sahaja dahulu diulang cetak dalam edisi kemaskini. Bakinya akan menyusul dalam waktu terdekat.

Judul: Eli Tidak Nakal Lagi
ISBN: 9789830979915

Kod: GB0714

 Judul: Joey, Si Kecil Di Dalam Kantung
ISBN: 9789830979922
Kod: GB0715

Judul: Nalu Dan Tala, Anak Singa Yang Comel
ISBN: 9789830979939
Kod: GB0716

Judul: Pen Si Hero Antartika
ISBN: 9789830979946
Kod: GB0717

Judul: Jiji Yang Berani
ISBN: 9789830979953
Kod: GB0718

Judul: Kasihan Cibu, Tanduknya Hilang!
ISBN: 9789830979960
Kod: GB0719

Penulis: ZULINA HASSAN
Saiz: 9.5” x 6.75”
Tebal: 24 m/s
Teks: 4C
Berat:
Harga: RM8.00/RM10.00*



DETAIL:

Buku ini menceritakan kisah menarik haiwan seperti gajah, kanggaru, singa, penguin, zirafah dan rusa yang diolah berdasarkan fakta sebenar dalam bentuk suku kata.

Ia untuk membantu anak-anak yang baru belajar membaca agar dapat mengenal suku kata sesuatu perkataan seterusnya dapat membaca dengan lebih lancar.

 






Contoh paparan muka dalam setiap judul:

Kasihan Cibu, Tanduknya Hilang!


Eli Tidak Nakal Lagi


Jiji Yang Berani


Joey, Si Kecil Di Dalam Kantung


Nalu Dan Tala, Anak Singa Yang Comel


Pen Si Hero Antartika





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...