.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Feb 1, 2023

Cerita Klinik Diet

Cerita Klinik Diet
ISBN: 978-983-097-988-5
Penulis: Ruqayyah Muhd
Kod: GB0711

Tebal: 214 ms
Saiz: 22cm x 14 cm
Berat: 0.35 kg
Harga: RM30.00

SINOPSIS:
Saya melangkah ke bilik ketua jabatan untuk melaporkan diri. beliau berkata, “Saya tempatkan awak di disiplin pediatrik ye.”

Kepala saya bagaikan berpusing. Jantung berdegup pantas. Tangan mula basah. ‘Pediatrik? Aku tak tahu apa-apa mengenai pediatrik!’ Walaupun sudah bekerja selama dua tahun sebagai dietitian di tempat lain sebelum itu, namun disiplin pediatrik ini amat asing buat saya.

Saya jangkakan saya akan gagal total menjadi dietitian yang baik. Namun, rupanya banyak sekali yang Dia aturkan buat saya di sini. Sehingga saya merasakan selama saya hidup ini, sayalah hamba yang paling banyak tidak bersyukur. Setiap hari, jiwa saya diasak dengan pelbagai senario kehidupan yang membuatkan jiwa saya sesak. Hati saya patah, mata saya basah…!

Tidak pernah saya ketahui tatkala saya belajar menjadi seorang dietitian, saya akan belajar menjadi seorang manusia. Saya belajar menjadi seorang anak. Saya belajar menjadi seorang ibu. Saya belajar menjadi kawan yang baik dan mempunyai teman-teman yang baik di kalangan pesakit dan petugas di wad.


Testimoni:

Bersyukurlah

Membaca naskhah ini ibarat menelusuri hati sendiri. Mengetuk pintu hati yang sudah lama tidak ditegur dengan perkataan bersyukurlah. Bersyukur dengan setiap nikmat yang kita nampak mahupun tidak, yang kalau dihitung satu per satu takkan mampu kita bayar. (Dr. Sakinah Sulong, Pakar Perubatan Keluarga)

Menginsafkan!
Kita tidak akan menghargai sesuatu nikmat, sehinggalah kita diuji dengan sesuatu yang menyakitkan. Benarlah kata orang, "Kita akan lebih bersyukur apabila melihat insan yang diuji dengan kesihatan di hospital.” Banyak ilmu tentang jiwa, spiritual, motivasi dan kesihatan yang dikongsikan di dalam naskhah ini. (Rohamiah Muda, Penulis buku bersiri Berdamai Dengan Takdir)














No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...