.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406
Showing posts with label Abdul Muiez Ruslee. Show all posts
Showing posts with label Abdul Muiez Ruslee. Show all posts

Mar 19, 2019

Layan CK (Cikgu Kaunseling) Membebel

Layan CK (Cikgu Kaunseling) Membebel
ISBN: 978-983-097-817-8
Kod: GB0543
Penulis: Abdul Muiez Ruslee
Tebal: 136 ms
Saiz: L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 
Berat: 0.21 kg
Tarikh terbit: 19/3/2019
Harga: RM15.00/RM17.00*

KOMENTAR

1
Baca tajuk LAYAN CK MEMBEBEL, rasa macam 'Dah, kenapa pula aku kena layan dia ni membebel? Bukannya dia artis atau DJ radio pun! Pakar motivasi pun tidak!'

Tapi apabila mukasurat demi mukasurat mula diselak, alhamdulillah, fahamlah saya bahawa di sebalik celoteh sempoi dan 'leklek brader' yang digunakan oleh penulis, terkandung mesej demi mesej yang sangat penting.

Sebagai seorang guru kaunseling, segala onar dan onak duri zaman remaja berada di dalam tangannya. Maka naskhah ini bukanlah bebelan yang membibitkan bosan, sebaliknya secara bersahaja penulis pintar membawa pembaca untuk akur menerima kenyataan dan bijak mengatur langkah untuk mula membina kejayaan.

Ini rangkaian cerita seorang guru kaunseling tentang realiti dunia remaja yang disampaikan dalam kepelbagaian bentuk penulisan. Santai dan serius bersilih ganti. Tahu-tahu sudah tamat pembacaan. Dan diam-diam, ada hati yang tersentuh dan minda yang semakin matang menilai kehidupan.
Satu karya membebel yang sukses. Tahniah CK!

~BONDA NOR/ Penulis Buku Bestseller

2
Saat kau rasa kau down, kau malas nak dengar orang membebel. Tapi, kau perlukan kata-kata semangat dari orang untuk tolak kau naik. Bila baca CK membebel, semangat yang hilang tadi, terus mendesup naik.

~Ruqayyah Muhd / Penulis buku Diet Mak-Mak

3
Motivasi adalah ubat kepada kemalasan. Kadang-kadang kita tidak sedar, ada ketika kita berada pada malas. Tapi dengan suntikan motivasi dan dorongan, sikit demi sedikit rasa malas itu terbang menghilang. Buku CK Membebel, bukan biasa-biasa. Membebel demi kebaikan. Tahniah Cikgu Kesayangan kalian.

~Nor Asmawati Yusop/ Guru



TENTANG PENULIS:

Abdul Muiez Ruslee, merupakan seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling di SMK Sungai Besar, Selangor. Setelah lebih 12 tahun bergelumang dengan dunia motivasi dan latihan, beliau merasakan, ada sesuatu yang perlu dikongsi dengan ribuan pelajar di luar sana.

Pengalaman guru yang mempunyai Ijazah Sarjana Kaunseling Penyalahgunaan Dadah daripada Universiti Sains Islam Malaysia, menyantuni pelajar di sekolah menengah, menjadikan beliau kaya dengan pengalaman. Bukan sahaja cerita-cerita yang meningkatkan motivasi, tetapi juga kisah-kisah yang sarat dengan tauladan.

Selain buku ini, penulis juga telah menulis beberapa buah buku lain seperti Aku Terima Cintanya, Mandala Anak Merdeka, Henshin Budak Dari Neraka, Check in Check out Kembara HKL, Pantang Menyerah, Blur, Clear, Up to You dan banyak lagi.

Apr 20, 2018

Pantang Menyerah

Pantang Menyerah
ISBN: 978-983-097-726-3
Penulis: Bonda Nor, Farizah Shamsuddin, Ammar Kamilin, Abdul Muiez Ruslee
Kod: GB0486
Tebal: 240 ms
Harga: RM20.00/ RM22.00

SINOPSIS
Buku ini memperkatakan tentang satu hal yang sangat penting dalam kehidupan. Tentang perjuangan.

Daripada sekecil-kecil perkara yang menjadi rutin biasa, hinggalah kepada sebesar-besar perkara yang melibatkan nyawa.

Sebutlah apa-apa jenis ujian sekalipun, bergelutlah dengan apa-apa perjuangan sekalipun, hakikatnya, manusia tidak akan mudah mengalah jika fokusnya jelas untuk menadah redha Allah.
Terus kuat!


PANTANG MENYERAH







Apr 10, 2017

Check-In Check-Out: Kembara HKL

JUDUL: Check-In Check-Out: Kembara HKL       
PENULIS: Abdul Muiez Ruslee
ISBN:   978-983-097-659-4           
KOD: BP 00012
HARGA: RM 20
TEBAL:   184 ms

Kotak yang menyimpan rahsia di pojok hati akhirnya saya buka dengan rela. Tatkala mendengar semanis harapan daripada doktor membuatkan saya ingin berkongsi dengan khalayak tentang penyakit yang sekian lama saya hidapi dan ia merupakan penyakit yang jarang ditemui.

Ketika berada di HKL, saya seolah-olah menjadi bahan uji kaji kepada doktor pelatih. Alhamdulillah, setiap detik perjalanan yang berlalu dapat disusun dengan frame masa yang bersesuaian. Semuanya atas kehendak Allah jua.

SINOPSIS:

Buku PURIS dengan tajuk CHECK-IN CHECK-OUT: Kembara HKL ini membawakan kisah saudara ABDUL MUIEZ RUSLEE yang ditimpa musibah akibat daripada dirinya yang obesiti. Selepas didiagnosis dengan satu penyakit, secara tidak langsung menjadi pembuka kepada rantaian penyakit lain yang turut dihadapinya tanpa sedar sebelum ini.

Sering kali apabila kita ditimpa ujian hidup, pasti soalan pertama yang berlegar-legar dalam minda kita ialah, “Mengapa aku?” atau “Apakah aku mampu untuk menanggungnya?” Bagi menjawab pertanyaan seperti itu, penulis membuang rasa malu untuk berkongsi kisah dirinya yang ditimpa dengan penyakit yang jarang ditemui apabila didapati susu keluar daripada buah dadanya. Sejak dari tahun 2007, Hospital Kuala Lumpur (HKL) ibarat rumah kedua baginya.

Biarpun pada asalnya ujian ini terasa amat berat tetapi selepas disingkap dengan rasa kehambaan, penulis menemui pelangi selepas hujan. Sedikit demi sedikit, ujian ini ditempuhi dengan rasa redha dan sabar. Sudah tentu apa yang direncanakan oleh Tuhan, menjadi sesuatu yang terbaik buat dirinya. Ujian hidup ini telah menjadikan penulis mengubah gaya hidup serta penampilan dirinya. Sebagai bonus, penulis turut berkongsi perjalanan serta tip untuk menurunkan berat badan dari 116kg kepada 86kg.

Buat para pembaca yang budiman, penulis berharap hamparan zikrayat berkenaan dirinya di dalam naskah kecil ini, bukan sekadar untuk bacaan di mata sahaja kerana mata tidak mampu berbicara tetapi bacalah dengan mata hati kerana seketul daging yang bernama hati itu mampu mendiagnosis akan bentuk ujian yang diberikan kepada kita. Sedarilah oleh kita bahawa setiap ujian yang diturunkan oleh Allah kepada manusia sudah tentu bukan sesuatu yang bersifat sia-sia.




FLAP KIRI:
Badan besar bukan kehendak
Hati kerdil rasa dihina
Makan banyak, kesalnya tidak
Akhirnya diri sendiri merana

Tenanglah hati tenanglah jiwa
Ujian sebagai kasihnya Tuhan
Sakit sedikit tidak mengapa
Kunci pahala buat bekalan

Bertemu berpisah adat dunia
Setiap yang berlaku ada hikmahnya
Tabah dan pasrah kunci utama
Itulah ujian daripada Yang Maha Esa


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...