Layan CK (Cikgu Kaunseling) Membebel
ISBN: 978-983-097-817-8
Kod: GB0543
Penulis: Abdul Muiez Ruslee
Tebal: 136 ms
Saiz: L:
13.9 cm; H: 21.6 cm; W:
Berat: 0.21 kg
Tarikh terbit: 19/3/2019
Harga: RM15.00/RM17.00*
KOMENTAR
1
Baca tajuk LAYAN CK MEMBEBEL, rasa macam 'Dah, kenapa pula aku kena layan
dia ni membebel? Bukannya dia artis atau DJ radio pun! Pakar motivasi pun
tidak!'
Tapi apabila mukasurat demi mukasurat mula diselak, alhamdulillah,
fahamlah saya bahawa di sebalik celoteh sempoi dan 'leklek brader' yang
digunakan oleh penulis, terkandung mesej demi mesej yang sangat penting.
Sebagai seorang guru kaunseling, segala onar dan onak duri zaman remaja
berada di dalam tangannya. Maka naskhah ini bukanlah bebelan yang membibitkan
bosan, sebaliknya secara bersahaja penulis pintar membawa pembaca untuk akur
menerima kenyataan dan bijak mengatur langkah untuk mula membina kejayaan.
Ini rangkaian cerita seorang guru kaunseling tentang realiti dunia remaja
yang disampaikan dalam kepelbagaian bentuk penulisan. Santai dan serius bersilih
ganti. Tahu-tahu sudah tamat pembacaan. Dan diam-diam, ada hati yang tersentuh
dan minda yang semakin matang menilai kehidupan.
Satu karya membebel yang sukses. Tahniah CK!
~BONDA NOR/ Penulis Buku Bestseller
2
Saat kau rasa kau down, kau malas nak dengar orang membebel. Tapi, kau
perlukan kata-kata semangat dari orang untuk tolak kau naik. Bila baca CK
membebel, semangat yang hilang tadi, terus mendesup naik.
~Ruqayyah Muhd / Penulis buku Diet Mak-Mak
3
Motivasi adalah ubat kepada kemalasan. Kadang-kadang kita tidak sedar,
ada ketika kita berada pada malas. Tapi dengan suntikan motivasi dan dorongan,
sikit demi sedikit rasa malas itu terbang menghilang. Buku CK Membebel, bukan
biasa-biasa. Membebel demi kebaikan. Tahniah Cikgu Kesayangan kalian.
~Nor Asmawati Yusop/ Guru
TENTANG PENULIS:
Abdul Muiez Ruslee, merupakan
seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling di SMK Sungai Besar, Selangor. Setelah
lebih 12 tahun bergelumang dengan dunia motivasi dan latihan, beliau merasakan,
ada sesuatu yang perlu dikongsi dengan ribuan pelajar di luar sana.
Pengalaman guru yang mempunyai
Ijazah Sarjana Kaunseling Penyalahgunaan Dadah daripada Universiti Sains Islam
Malaysia, menyantuni pelajar di sekolah menengah, menjadikan beliau kaya dengan
pengalaman. Bukan sahaja cerita-cerita yang meningkatkan motivasi, tetapi juga
kisah-kisah yang sarat dengan tauladan.
Selain buku ini, penulis juga telah menulis beberapa buah
buku lain seperti Aku Terima Cintanya, Mandala Anak Merdeka, Henshin Budak Dari
Neraka, Check in Check out Kembara HKL, Pantang Menyerah, Blur, Clear, Up to
You dan banyak lagi.
No comments:
Post a Comment