MAK
CIK BAWANG POSITIF
ISBN: 978-983-097-818-5
Kod: GB0562
Kod: GB0562
Penulis:
Aishah Abdul Rahman
Tebal:
136 ms
Saiz: L:
13.9 cm; H: 21.6 cm; W:
Berat: 0.22 kg
Tarikh terbit: 13/3/2019
Harga: RM15.00/RM17.00*
SINOPSIS
Mengapa
mesti membawang sesuatu yang negatif jika kita boleh memilih untuk terus
menjadi Mak Cik Bawang Positif? Mengutarakan sesuatu yang baik, dengan cara
yang baik. Tidak perlu sinis, tidak perlu kasar sangat menegur manusia, tidak
perlu mengutuk sesiapa.
Berkongsilah
kebaikan dengan cara yang tidak melukakan. Betulkan kesilapan dengan cara yang
betul. Betulkan orang lain dengan adab dan akhlak sendiri. Boleh sebenarnya! –
BONDA NOR
Buku ini digarap berdasarkan
situasi-situasi yang biasa berlaku di sekeliling kita. Merungkai peristiwa dari
sudut pandang yang positif dan teguh meyakini bahawa setiap kejadian yang
berlaku bukan ‘saja-saja’ ditakdirkan oleh Allah SWT. Semuanya ada ibrah.
Segalanya ada hikmah. Lebih elok kita kutip hal-hal yang baik daripada ‘membawang’
menceritakan aib.
Mengetengahkan konsep penceritaan
yang ringkas dan santai. Tidak perlu masa tertentu untuk fokus menghadam
intipatinya. Boleh dibaca di mana-mana. Sesuai bagi pembaca yang selalu sibuk
sehinggakan kadang-kadang ‘beli buku tapi tak sempat baca’.
Mak Cik Bawang Positif - sentiasa bermujahadah
mencari syurga Allah SWT.
Tentang
Penulis:
AISHAH ABDUL RAHMAN berasal dari Pendang,
Kedah dan kini menetap di Kajang, Selangor. Mula berjinak dalam bidang
penulisan pada tahun 2008 sehingga terbitnya naskhah pertama bertajuk Sukses
dalam Karier untuk Muslimah (PTS Millennia). Penulis juga pernah terlibat
dengan kolaborasi untuk antologi Blur (Galeri Ilmu), antologi Clear (Galeri
Ilmu) antologi Sedetik.doc (Metro Media) dan sebuah antologi cerpen kanak-kanak
bertajuk Terima Kasih, Ibu (DBP).
No comments:
Post a Comment