GB0201 : Edisi Istimewa Al-Ma'Tsurat Pengarang : Al-Ustaz Drs Pauzi Haji Awang
Tebal : 186 m/s
ISBN : 978-983-097-332-6
Harga : RM 8.00 S/M dan RM 10.00 S/S
Al-Ma'Tsurat mempunyai 34 untaian zikir yang disusun oleh Imam Hasan al-Banna bersandarkan hadis-hadis Nabi S.A.W.
Membacanya memberi kelebihan tertentu antaranya ialah dilindungi daripada syaitan, hati tidak mati, mendapat kesempurnaan nikmat Allah S.W.T, mendapat redha Allah S.W.T, terhindar daripada kemudaratan, terhindar daripada racun atau sengatan serangga berbisa, mendapat keselamatan, hilang rasa dukacita, dibukakan jalan untuk melunaskan hutang serta mendapat syafaat Nabi S.A.W pada hari Kiamat.
Judul: MENJAWAB 101 PERSOALAN TAUHID
Penulis: DRS AL-USTAZ PAUZI HAJI AWANG
Kategori: Fardu Ain
Tebal: 96ms /Harga : RM10/GB113
Menjawab 101 Persoalan Tauhid ialah daripada terjemahan kitab al-Jawahir al-Kalamiyyah (Mutiara Ilmul Kalam) karya al-‘Allamah al-Ustaz al-Syaikh Tohir al-Jaza’iriy, sebuah kitab yang membicarakan masalah-masalah penting dalam bidang akidah Islamiah. Mengandungi Muqaddimah, diikuti enam bahasan (enam bab) dan penutup, meliputi seratus satu masalah akidah disusun secara soal jawab dengan bahasa yang mudah dan rapi.
Dalam sistem pengajian lama, buku ini dibaca di sekolah-sekolah Arab, pondok-pondok, masjid-masjid dan di surau-surau untuk pelajar-pelajar dan orang awam sebagai asas penting dalam bidang Ilmul Kalam. Di tanah air kita dan di Indonesia, buku ini pernah diterjemahkan oleh guru-guru agama untuk tatapan para pelajar dan pembaca yang kurang mahir dalam bahasa Arab. Terjemahan yang kami kemukakan ini pernah diterbitkan buat kali pertamanya dalam tahun 1978 oleh Angkatan Belia Islam Malaysia Cawangan Kota Bharu, Kelantan. Memandangkan buku ini penting dikuasai generasi muda hari ini, kami terbitkan sekali lagi dengan penambahan “Sepuluh Prinsip Ilmu” bagi melengkapkan pengetahuan yang berkaitan Ilmul Kalam. Jika diizinkan Allah, akan disusuli judul-judul yang lain dalam bidang Ilmul Kalam ini, insya-Allah. PETIKAN 1. Takrif Ilmu Tauhid Maksud asal perkataan “tauhid” ialah mengiktiqadkan wujudnya Allah Yang Maha Esa, Tuhan yang mencipa segala makhluk, bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan, tidak ada sekutu bagi-Nya baik pada zat-Nya, sifat-sifat-Nya dan af‘al-Nya. Dia tidak beranak, tidak diperanakkan dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya. Dialah yang mentadbir alam ini, Tuhan yang wajib disembah dan ditumpukan segala ibadat. Dialah yang mengutuskan para rasul untuk memimpin manusia ke jalan yang lurus, menetapkan hukum-hukum dan menentukan cara-cara beribadat untuk kepentingan manusia itu sendiri. Dialah yang akan menyoal hamba-hamba-Nya di alam akhirat dan akan memberi balasan kepada mereka sama ada balasan baik ataupun balasan seksa sesuai dan setimpal dengan amal perbuatan masing-masing. Dari segi bahasa perkataan “ilmu” bererti “pengetahuan” dan perkataan “tauhid” bererti: Mengesakan, menunggalkan, menganggap satu, mengetahui sesuatu itu hanya satu. Dari segi istilah, perkataan ‘tauhid’ bermaksud: • Suatu ilmu yang membicarakan tentang akidah agama Islam dengan dalil-dalil yang meyakinkan. • Suatu ilmu untuk mengenal Allah dengan cara mengetahui dan mengenal sifat-sifat wajib, sifat-sifat mustahil dan sifat-sifat yang harus bagi mereka. • Suatu ilmu yang mengandungi dalil-dalil dan hujah-hujah tentang akidah Islamiah, disokong dengan dalil-dalil aqli dan dalil-dalil naqli di samping menolak kepercayaan-kepercayan dan ajaran-ajaran karut, kepercayaan-kepercayaan yang menyeleweng daripada mazhab salaf dan Ahli Sunnah wal-Jamaah. Daripada takrif yang berbagai-bagai itu, beberapa kesimpulan dapat dirumuskan iaitu: 1) Ilmu tauhid mempunyai metodolginya yang tersendiri. Ia berdasarkan kepada kajian, penelitian dan dalil-dalil akal sebagai jalan untuk menetapkan akidah dan pegangan agama yang elah sabit dengan wahyu. Justeru, ilmu ini dikenali juga dengan nama “Ilmu an-Nazar al Istidlal—Ilmu Pemikiran dan Pendalilan”. 2) Tugas utama Ilmu Tauhid ialah berusaha menolak keraguan, kesamaran dan kepercayaan-kepercayaan karut dengan menegakkan hujah-hujah dan dalil-dalil aqli yang menunjukkan kesahihan akidah Islamiah yang menjadi pegangan golongan salaf dan Ahli Sunnah wal Jamaah.
Wahai Anakku Yang Tercinta
ISBN: 978-983-097-276-3/
Drs Pauzi Awang /108ms/RM15/GB00107
Sebuah buku tasawuf terjemahan. Karya asal Aiyyuhal Walad oleh Imam al-Ghazali. Menerangkan persoalan dan amalan tasawuf, membimbing para pembaca memahami konsep dan teori ilmu tasawuf. Menghayati amalan dan menjauhkan diri daripada ajaran-ajaran sesat untuk keselamatan dunia dan akhirat.
Aiyyuhal Walad ialah sebuah karya indah. Malah termasuk salah sebuah kitab di dalam senarai kitab-kitab yang diterbitkan oleh Lajnah Antarabangsa Bagi Penterjemah Hasil-Hasil Karya Indah yang telah disepakati antara UNESCO dan Kerajaan Lubnan bertarikh 6 Disember 1948. Kerana nilainya yang tinggi itu, karya ini telah diterjemahkan ke beberapa bahasa termasuk bahasa Perancis.
Di dalamnya terkandung mutiara-mutiara nasihat daripada Imam Al-Ghazali yang mempunyai khazanah yang tidak ternilai. Juga memgandungi doa-doa yang wajar kita amalkan. Karya ini diberi sambutan istimewa oleh penggemar dan pencinta ilmu tasawuf, dibaca berulang kali dan dihadamkan kandungannya.
Wahai Wanita Bimbinglah Dirimu ialah sebuah buku fardu ain. Mengandungi perkara-perkara asas fikah yang wajib diketahui dan dipelajari oleh setiap kaum wanita. Malah wajib dipelajari juga oleh kaum lelaki agar mudah mengajarkannya kepada kaum wanita di bawah jagaannya seperti isteri dan anak-anak perempuan.
Penulis asal ialah Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Abdullah bin Aidrus bin al-Husain, Ibn al-Syaikh Abu Bakar bin Salim al-Alawiyy al-Husainiyy al-Hadramiyy al-Syafi’i. Buku ini diterjemah oleh Ustaz Pauzi Awang, bekas pensyarah Universiti Malaya. Beliau giat menterjemah buku-buku berbahasa Arab ke Bahasa Melayu. Kini beliau adalah pensyarah sambilan di UM. SINOPSIS Buku ini mengandungi perkara-perkara penting yang perlu diketahui oleh kaum wanita. Ia meliputi hukum taharah, haid, nifas, solat, aurat, mengumpat, akhlak terhadap suami serta ibu bapa. Ia dapat memberi kesedaran kepada wanita-wanita Islam dalam perkara-perkara yang diwajibkan Allah Taala ke atas mereka. Ini merangkumi: • Bidang ibadah. • Pergaulan suami isteri. • Pendidikan anak-anak. • Pergaulan sesama wanita. • Pengurusan rumah tangga. • Perkara-perkara yang diperlukan dalam hal-hal tersebut. WWBD terbahagi kepada enam bahagian: 1. Muqaddimah – Membicarakan rukun-rukun agama dan makna dua kalimah syahadah. 2. Bab 1 – Hukum bersuci dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. 3. Bab 2 – Haid dan nifas serta perkara-perkara berkaitan dengannya. 4. Bab 3 – Solat: Rukun-rukun, syarat-syarat dan perkara-perkara yang berhubung dengannya. 5. Bab 4 – Hak ibu bapa, hak suami, kecaman pendedahan aurat. 6. Penutup – Gesaan bersikap zuhud terhadap dunia, galakan terhadap akhirat, amaran tentang mengumpat, mengacum dan sebagainya. Buku ini bukan sahaja perlu dibaca oleh kaum wanita, bahkan juga lelaki. Seorang bapa atau suami wajib mengajarkan perkara-perkara yang tersebut di atas dengan sempurna kepada anak perempuan dan isteri masing-masing andainya mereka tidak dapat mempelajarinya sendiri dengan sewajarnya. Justeru, diharapkan buku ini dapat membantu para suami atau bapa dalam bimbing ahli keluarganya.