.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406
Showing posts with label 1 motivasi. Show all posts
Showing posts with label 1 motivasi. Show all posts

May 18, 2026

CERITA YANG MENGHIDUPKAN

Cerita Yang Menghidupkan - Menulis Gaya MKI
Penulis: Roslan Ab Hamid
Kategori: Umum/Motivasi
ISBN:
Kod: GB0944
Saiz: 8.5" X 5.5"
Tebal: 352 ms
Teks: 2C
Berat:
Harga: RM45.00/RM47.00*

SINOPSIS

Buku ini merupakan wadah pengarangnya, Dato' Roslan berbicara mengenai gaya penulisan buku yang pernah mentornya, Allahyarham Dr. Muhd Kamil Ibrahim (MKI) ajarkan. 

Buku ini sarat dengan panduan dan tip penulisan, malah mencakupi juga aspek promosi dan pemasaran, berdasarkan pengalaman penulis sendiri hasil bimbingan sahabat, guru dan mentor beliau, Dr MKI. 

Bimbingan dan nasihat daripada MKI telah dipraktikkan dalam menghasilkan buku-buku yang mampu menyentuh rohani dan pemikiran pembaca. Buku ini bukan sekadar teori tapi hasil pengalaman. 


Melalui 44 bab yang dirangkum dalam empat bahagian, penulis menggambarkan  proses-proses dan fasa-fasa sebenar yang dilalui oleh seorang penulis dan apa halangan atau kekangan yang lazim dihadapi serta solusinya. Malah persoalan niat dan tujuan juga.









May 8, 2026

SESEGAR HIJAU DAUNAN

SESEGAR HIJAU DAUNAN
Penulis: Jeff Hazimin
ISBN: 978-629-7929-08-8
Kod: GB0938
Saiz: 5.5” X 8.5”
Tebal: 112 ms
Berat:
Harga: RM18.00/RM20.00

SINOPSIS

Nasyid merupakan medium dakwah yang berkesan melalui seni suara, seni kata dan seni persembahan. Di Malaysia, ia berakar umbi di sekolah, kampus, masyarakat dan gerakan dakwah.

Buku ini mengandungi kisah-kisah inspirasi di sebalik tabir personaliti dan pembikinan lagu serta lirik nasyid yang boleh dijadikan bekalan, teladan dan sempadan untuk generasi akan datang.

Penulis merasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman dan momen nasyid ini agar kita dapat mencontohi teladan yang ditinggalkan mereka yang telah pergi juga menyemarakkan lagi karya nasyid pada masa depan.

Terimalah buah tangan kedua penulis di bawah Galeri Ilmu Sdn Bhd. Satu lagi inisiatif untuk menghimpunkan arkib dan khazanah penulisan nasyid tanah air. Semoga nasyid terus segar di persada seni dan dakwah buat negara dan umat ‘Sesegar Hijau Daunan’.







ACEH: BANGKIT DARIPADA LUKA

ACEH: BANGKIT DARIPADA LUKA
ISBN: 978-629-7929-11-8
Penulis: Relawan Rangers
Kod: GB0939
Tebal: 144 ms
Saiz: 8.5” X 5.5”
Harga: RM20.00/RM22.00

SINOPSIS 

Rumah rebah, kenangan tertimbus, dan air mata akhirnya gugur tanpa mampu ditahan. Namun di sebalik musibah, Allah tidak pernah meninggalkan hamba-Nya. Tangan-tangan yang hadir membawa bukan sekadar bantuan, tetapi juga harapan.

Daripada jiwa-jiwa yang terluka, lahir kekuatan yang luar biasa. Daripada air mata yang gugur, tumbuh doa-doa yang menyuburkan kembali harapan.


Buku “Aceh Bangkit daripada Luka” ini bukan sekadar catatan peristiwa; ia adalah saksi bisu kepada getirnya ujian yang menimpa saudara-saudara kita di Aceh, khususnya ketika bencana banjir bandang melanda. Para aktivis yang berkongsi pengalaman dalam buku ini telah membuktikan bahawa bencana boleh menjadi madrasah iman — tempat sabar dan reda diasah, serta tempat cinta kepada sesama manusia diuji dan dimurnikan.

Dato’ Haji Ahmad Azam bin Ab Rahman
Presiden, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)









May 4, 2026

TENANG DALAM DAKAPAN IDDAH 2

TENANG DALAM DAKAPAN IDDAH 2
Penulis: SRI DIAH SHAHARUDDIN &ROZA ROSLAN
ISBN: 978-629-7929-10-1
Kod: GB0937
Tebal: 208 ms
Saiz: 5.5” X 8.5” 
Kandungan: Warna
Harga: RM35.00/RM37.00*

SINOPSIS

·       ·       Mengurus kematian di rumah
·       Bersedia untuk bangkit
·       Kembali melangkah walaupun perlahan
·       Mencari ketenangan setelah kehilangan
·       Urusan kematian di Tanah Suci & jika iddah bermula ketika umrah

Buku ini menghimpunkan pelbagai kisah benar wanita yang melalui pengalaman kematian pasangan hidup—ada yang berpunca daripada penyakit, ada juga yang berlaku secara mengejut akibat kemalangan. Setiap kisah menampilkan seribu satu wajah kesedihan, ketabahan dan perjuangan keluarga yang ditinggalkan.

Melalui naratif yang disusun dengan penuh empati, pembaca dibawa menyelami realiti kehidupan wanita yang tiba-tiba memikul pelbagai tanggungjawab baharu.

Ada yang perlu mengurus emosi sendiri sambil menenangkan anak-anak yang masih kecil, ada yang berhadapan dengan cabaran ekonomi, dan ada juga yang perlu menyesuaikan diri dengan perubahan peranan daripada seorang isteri kepada ketua keluarga.


Ia bukan sekadar mengumpulkan kisah kehilangan, tetapi mengajarkan bahawa di sebalik kesedihan yang mendalam, sentiasa ada ruang untuk bangkit, menyusun kembali kehidupan dan menemukan ketenangan dalam pergantungan kepada Allah.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...