.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406
Showing posts with label Shafy Zahin. Show all posts
Showing posts with label Shafy Zahin. Show all posts

Mar 22, 2019

Ustaz Avengers

USTAZ AVENGERS  
ISBN: 978-983-097-822-2
Kod: BP0044
Penulis: Syakirin Yuslan  /  Afiq Syazwan  /  Shafy Zahin
Tebal: 104 ms
Saiz: L: 14.6 cm; H: 20.4 cm; W:    
Berat:  0.13 kg
Tarikh terbit: 22/3/2019
Harga: RM10.00/RM12.00*


SINOPSIS
Komik ini mengumpulkan beberapa kisah benar, sentap serta menyentuh hati berkaitan dengan dunia remaja hari ini. 

Ia berdasarkan kepada pengalaman dua orang trainer muda daripada PROTAZZ LEGACY Training & Consultancy (PLTC) yang bergerak aktif dalam menyebarkan motivasi kecemerlangan dan kerohanian khususnya untuk para remaja di seluruh negara.


Tentang Penulis:
SYAKIRIN YUSLAN  &  AFIQ SYAZWAN 

SYAKIRIN YUSLAN  dan AFIQ SYAZWAN merupakan dua orang motivator muda yang sedang bergiat aktif dan berpusat di Pantai Timur. Mula melebarkan sayap ke seluruh negara, dua trainer dari PROTAZZ LEGACY Training & Consultancy (PLTC) ini telah menceburi bidang penulisan sejak tahun 2017 dengan menjadi peserta Bengkel Penulisan Bonda Nor.
Mereka berdua terlibat dalam menghasilkan buku antologi motivasi kehidupan, Pelan-Pelan Kayuh (PPK) di bawah penerbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. dan berjaya memasarkan buku PPK di kalangan para remaja dengan jualan yang agak tinggi. Ini antara faktor penguat dua anak muda ini dilantik sebagai Perantis Akademi Bonda Nor secara rasmi.
Bakal menghasilkan lebih banyak buku dan bahan penulisan dalam misi menyebarkan  penulisan dakwah santai kepada anak-anak agama dan bangsa melalui platform motivasi dan program-program yang disusun.

SHAFY ZAHIN


Merupakan seorang pelukis komik yang bermula sebagai pelukis komik amatur di media sosial. Kini, beliau telah berjaya menerbitkan beberapa karya bersama penerbit BUKU PURIS. Antara karya tersebut ialah Komik Siri: Mimpi Bintangku, Mimpi Bintangku 2, Antologi Komik Puris: SIFU dan komik Anugerah Terindah.

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my 
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466

 

 

 

 

 


Mar 10, 2019

Mimpi Bintangku 2

MIMPI BINTANGKU 2
ISBN:  978-983-097-811-6
Kod: BP0040
Penulis: Abeben & Shafy Zahin
Tebal: 272 ms
Saiz: L: 14.6 cm; H: 20.4 cm; W:   
Berat: 0.2 kg
Tarikh terbit: 10/3/2019
Harga: RM18.00/RM20.00*

SINOPSIS:
Sambil belajar, sambil melukis komik. Kedengarannya seperti indah. Namun, hakikatnya bukan mudah.

Masyarakat melihat Nazmi sebagai insan hebat yang berjaya melanjutkan pengajian ke luar negara, dan bahagia apabila menerbitkan komiknya secara indie di Malaysia. 

Namun tiada yang tahu, di sebalik senyumannya, dia sedang terseksa. Saat manusia semakin kagum dengannya, dia semakin kesunyian di luar negara. Saat orang menyangka dia bahagia, sebenarnya dia sedang menangis tak berair mata.

Dalam kemurungan, Nazmi bergelut dengan dirinya sendiri. Ternyata ujian mental itu jauh lebih mencabar daripada ujian fizikal. Sebuah fasa kehidupan yang pastinya pernah dilalui kebanyakan penggiat seni.


Disangkakan itu mimpi indah, rupanya ia mimpi ngeri. Sampai satu ketika, hati tertanya-tanya, ‘Patutkah aku, berhenti bermimpi?’

Tentang Penulis:
ABEBEN
Berasal dari Rantau Panjang, Kelantan. Merupakan siswazah dalam bidang Mechanical Engineering with Advanced Design and Innovation dari universiti di United Kingdom. Beliau juga adalah ahli Daie Kreatif Venture dan telah menerbitkan beberapa buah komik. Antara tajuk-tajuk yang dihasilkan oleh beliau adalah Lukisan Tarbiah Sentap 1, Lukisan Tarbiah 2: Refleksi, Lukisan Tarbiah 3: Air Mata Terakhir, Aku, Engkau Dan Alif, Aku, Engkau Dan Alif 2: After Story dan Badai 1 – 5.
Bersama BUKU PURIS antara karya yang telah diterbitkan ialah Mimpi Bintangku, antologi komik: Gen Y, Yolo & Sifu, Godcentric 1 & Godcentric 2. Manakala komik terbaharu Mimpi Bintangku 2 ini merupakan kolaborasi beliau bersama dengan Shafy Zahin seperti komik sebelum ini.

SHAFY ZAHIN


Merupakan seorang pelukis komik yang bermula sebagai pelukis komik amatur di media sosial. Kini, beliau telah berjaya menerbitkan beberapa karya bersama penerbit BUKU PURIS. Antara karya tersebut ialah Komik Siri: Mimpi Bintangku, Antologi Komik Puris: SIFU dan komik Anugerah Terindah. Manakala komik terbaharu Mimpi Bintangku 2 ini merupakan kolaborasi beliau bersama dengan Abeben seperti komik sebelum ini.

Mar 1, 2019

Anugerah Terindah

ANUGERAH TERINDAH 
ISBN: 978-983-097-794-2
Kod: BP37
Penulis: Shafy Zahin
Tebal: 128 ms
Saiz: L: 14.6 cm; H: 20.3 cm; W:    
Berat: 0.14 kg
Terbit: Jan 2019
Harga: RM10.00/RM12.00*

SINOPSIS
Sejak Qalil ada adik perempuan, dia sudah tidak menjalani kehidupan seperti lelaki bujang yang lain. Dirinya harus menerima ujian yang paling perit dalam hidup iaitu kehilangan. 

Namun, dalam masa yang sama dia harus menerima sebuah amanah yang tidak pernah terbayang olehnya sebelum ini.  Qalil perlu menerima kedua-dua tanggungjawab itu sekali gus. Dan dia perlu menjadi contoh terbaik untuk orang di sekelilingya. 

"Semuanya terlalu cepat. Terlalu pahit untuk ditelan.
Allah tak akan uji seseorang hamba melainkan dia mampu.
Tapi mampukah aku?"



Tentang Penulis

Pemilik kepada nama sebenar, Syafizzah Zahin ini merupakan seorang pelukis komik yang bermula sebagai pelukis komik amatur di media sosial. Kini, beliau telah berjaya menerbitkan beberapa karya bersama penerbit Galeri Ilmu Sdn Bhd. Antara karya tersebut ialah Komik Siri: Mimpi Bintangku dan Mimpi Ngeri juga Antologi Komik Puris: SIFU.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...