.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406
Showing posts with label 1 haji. Show all posts
Showing posts with label 1 haji. Show all posts

Nov 11, 2025

Travelog Haji: Sempadan Iman Telah Berubah

Travelog Haji: Sempadan Iman Telah Berubah
ISBN:
KOD: GB0907
Penulis: Ustaz Khairul Anuar Basri
Tebal: 272 ms
Saiz: 13.5 cm X 21.5 cm
Kandungan: Simili 80gsm /4C
Harga: RM35.00/RM37.00

SINOPSIS

Perjalanan ke Tanah Suci bukan semata-mata tentang rukun Islam kelima, ia juga adalah kembara jiwa menuju Rabbul Izzati. Dalam travelog yang 'real' dan menyentuh hati ini, penulis membawa pembaca menelusuri setiap detik yang menggugah iman.

Bermula dari panggilan haji yang penuh debaran, detik wuquf di Arafah yang menyedarkan hakikat hidup dan mati, hingga saat pulang dengan hati yang baharu.


Dikemudi dengan renungan, tazkirah, dan kisah nyata, buku ini menghidupkan semula semangat menjiwai peranan sebagai Tetamu Allah, dengan persembahan yang lebih segar, moden dan realistik.

Ia bukan sekadar catatan pengalaman, tetapi panduan spiritual agar ibadah haji terus hidup dalam diri, bahkan selepas pulang ke tanah air.











Oct 31, 2025

HAJI TANPA MAHRAM

HAJI TANPA MAHRAM
Penulis: Roza Roslan
ISBN: 978-629-7716-63-3
Kod: GB0904
Saiz: 14cm x 21.5cm (Portrait)
Tebal: 360 m.s.
Berat:
Kandungan: Warna (4C)
Harga: RM45.00 / RM47.00 (S/S)

Sinopsis

Khabar paling gembira bagi seorang Islam adalah apabila mendapat panggilan mengerjakan haji. Ia peluang sekali seumur hidup bagi kebanyakan orang. Maka, persediaan dan perjalanan menuju haji bukan biasa-biasa dan tidak boleh dianggap mudah. Ia sebuah perjalanan rohani bagi melengkapkan Rukun Islam yang lima.

Bagaimanapun bagi seorang wanita, soal mahram sering menjadi isu. Perlukah ada mahram di sisi tatkala menunaikan ibadah haji?

Para ulama berbeza pandangan mengenai hukum seorang wanita menunaikan umrah atau haji tanpa mahram. Ada mazhab yang memberi kelonggaran, terutama jika perjalanan itu dilakukan bersama kumpulan wanita yang dipercayai, manakala ada pula yang lebih tegas dalam hal ini.

Apa pun pendapat yang dipegang, berbekal ilmu, keyakinan dan ketulusan hati dalam mengharapkan redha Allah adalah kunci kebahagiaan sepanjang ibadah ini.


Naskhah
HAJI TANPA MAHRAM ini sesuai dijadikan rujukan para wanita yang akan menunaikan haji secara solo di mana penulis berkongsi pengalaman dan panduan berguna setelah melalui sendiri pengalaman mengerjakan haji tanpa mahram. Mudah-mudahan perkongsian ini dapat membantu para wanita mencapai haji yang mabrur.

-------

Petikan Bab 13

Saya mula berzikir - Subhanallah. Berselang dengan berbisik berdoa ketika melintasi di Multazam, di Hijir, di sudut Yamani. Saya cuba membaca dengan merujuk buku kecil panduan haji yang talinya disangkut pada leher.

Kiri-kanan gerakan jemaah ibarat gelombang. Sesekali saya tertolak ke kiri kemudian ke kanan mengikut arus. Gelung lingkaran pusingan semakin mengecil menghampiri Kaabah.

Namun semakin ke lingkaran berdekatan Kaabah, terutama sekitar Multazam, Makam Ibrahim dan Hijir, kesesakan serta perilaku jemaah menggila – tidak terjangkau dek akal. Ada yang siku-menyiku, bertolak-tolakan dan menguak jemaah lain ke tepi. Masing-masing berlumba-lumba mahu cepat. Entah apa yang dikejar.

Akhirnya saya simpan sahaja buku rujukan doa semasa tawaf. Hanya membaca surah dan berzikir sambil memeluk beg sandang di dada. Jari menanda kiraan pusingan. Saya berdoa dari hati. Ia lebih khusyuk, menyentuh jiwa, lebih mudah mengalirkan air mata. Sungguh, Allah mendengar bisikan hati, apa terkandung dalam dada.











Jan 28, 2025

Panduan Harian Destinasi Haji

Panduan Harian Destinasi Haji
Penulis: Ustazah Yusnah Yusuf & Ustazah Noor Hadayah Ahmad
ISBN: 978-629-7716-32-9
Kod: GB0862
Saiz: 13.5cm X 21.5cm (Portrait)
Tebal:160 muka surat (4C)
Berat:
Harga: RM25.00/RM27.00

SINPOSIS

Buku Panduan Harian Destinasi Haji ini ditulis khas untuk membantu bakal Dhuyuf Ar-Rahman, memberikan panduan yang mudah difahami dan praktikal.

Ditulis oleh Ustazah Yusnah Yusuf dan Ustazah Noor Hadayah Ahmad, dua pembimbing berpengalaman, buku ini menyajikan langkah demi langkah perjalanan haji yang tersusun rapi. Dengan bahasa yang santai dan jelas, lengkap dengan jadual, infografik, serta kod QR untuk video penerangan, anda akan rasa lebih yakin dan bersedia sebagai Tetamu Allah.

Tak kira anda baru pertama kali mengerjakan haji atau ingin memahami lebih baik setiap rukun dan sunnahnya, buku ini ibarat teman yang setia di sisi. Mulai dari persiapan di rumah, amalan ketika berada di Tanah Suci, hingga rahsia mendapatkan haji mabrur, semuanya ada di sini.

Panduan Harian Destinasi Haji – panduan wajib buat perjalanan haji yang lebih mudah, bermakna, dan diberkati.


Tentang Penulis

Ustazah Yusnah Yusuf: Seorang pendakwah dan pembimbing ibadah haji yang berpengalaman. Dengan latar belakang sebagai tenaga pengajar dalam Kursus Manasik Haji dan Daurah Fiqh Wanita, beliau telah membantu ramai bakal jemaah memahami amalan ibadah dengan jelas dan mendalam. Aktif menyampaikan kuliah agama mingguan, menjadikannya sebagai rujukan utama bagi mereka yang ingin mendalami ilmu ibadah haji dan fiqh wanita.

Ustazah Noor Hadayah Ahmad: Seorang Pegawai Psikologi dan pembimbing ibadah haji, dengan pengalaman lebih 15 tahun sebagai Pegawai Psikologi Kanan di Universiti Teknologi Malaysia. Aktif dalam program kemasyarakatan, kaunseling keluarga, dan program bimbingan haji, termasuk sebagai Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS) serta penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1445H Daerah Kulai. Panduan Harian Destinasi Haji merupakan karya sulung mereka berdua bersama Galeri Ilmu Sdn. Bhd.









*********************************
𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗽𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻
𝗽𝗲𝗿𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁:

𝗝𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝘀𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗼𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂:

********************************

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...