.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Oct 31, 2025

HAJI TANPA MAHRAM

HAJI TANPA MAHRAM
Penulis: Roza Roslan
ISBN: 978-629-7716-63-3
Kod: GB0904
Saiz: 14cm x 21.5cm (Portrait)
Tebal: 360 m.s.
Berat:
Kandungan: Warna (4C)
Harga: RM45.00 / RM47.00 (S/S)

Sinopsis

Khabar paling gembira bagi seorang Islam adalah apabila mendapat panggilan mengerjakan haji. Ia peluang sekali seumur hidup bagi kebanyakan orang. Maka, persediaan dan perjalanan menuju haji bukan biasa-biasa dan tidak boleh dianggap mudah. Ia sebuah perjalanan rohani bagi melengkapkan Rukun Islam yang lima.

Bagaimanapun bagi seorang wanita, soal mahram sering menjadi isu. Perlukah ada mahram di sisi tatkala menunaikan ibadah haji?

Para ulama berbeza pandangan mengenai hukum seorang wanita menunaikan umrah atau haji tanpa mahram. Ada mazhab yang memberi kelonggaran, terutama jika perjalanan itu dilakukan bersama kumpulan wanita yang dipercayai, manakala ada pula yang lebih tegas dalam hal ini.

Apa pun pendapat yang dipegang, berbekal ilmu, keyakinan dan ketulusan hati dalam mengharapkan redha Allah adalah kunci kebahagiaan sepanjang ibadah ini.

Naskhah HAJI TANPA MAHRAM ini sesuai dijadikan rujukan para wanita yang akan menunaikan haji secara solo di mana penulis berkongsi pengalaman dan panduan berguna setelah melalui sendiri pengalaman mengerjakan haji tanpa mahram. Mudah-mudahan perkongsian ini dapat membantu para wanita mencapai haji yang mabrur.

-------

Petikan Bab 13

Saya mula berzikir - Subhanallah. Berselang dengan berbisik berdoa ketika melintasi di Multazam, di Hijir, di sudut Yamani. Saya cuba membaca dengan merujuk buku kecil panduan haji yang talinya disangkut pada leher.

Kiri-kanan gerakan jemaah ibarat gelombang. Sesekali saya tertolak ke kiri kemudian ke kanan mengikut arus. Gelung lingkaran pusingan semakin mengecil menghampiri Kaabah.

Namun semakin ke lingkaran berdekatan Kaabah, terutama sekitar Multazam, Makam Ibrahim dan Hijir, kesesakan serta perilaku jemaah menggila – tidak terjangkau dek akal. Ada yang siku-menyiku, bertolak-tolakan dan menguak jemaah lain ke tepi. Masing-masing berlumba-lumba mahu cepat. Entah apa yang dikejar.

Akhirnya saya simpan sahaja buku rujukan doa semasa tawaf. Hanya membaca surah dan berzikir sambil memeluk beg sandang di dada. Jari menanda kiraan pusingan. Saya berdoa dari hati. Ia lebih khusyuk, menyentuh jiwa, lebih mudah mengalirkan air mata. Sungguh, Allah mendengar bisikan hati, apa terkandung dalam dada.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...