.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Nov 22, 2019

Parent Think!

PARENT, THINK!
ISBN: 978-983-097-869-7
Kod: GB0604
Penulis: Bonda Nor & Ammar Kamilin
Tebal: 320 ms
Saiz ; L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 1.7 cm
Berat:  0.45 kg
Terbit:  Nov 2020
Harga: RM35.00/RM37.00*

SINOPSIS

Kita sebagai ibu bapa, kena faham beberapa perkara. Kita boleh berusaha, tapi hidayah dan hasilnya tetap milik Allah. Jangan perah sangat hati kita untuk selesaikan semua masalah dengan segera. Jangan perah sangat anak kita untuk ikut semua perkara yang tampak baik pada pemikiran kita.

Kena faham, setiap perkara yang akan berlaku, ada jalan-jalannya. Kadang lurus. Kadang berliku-liku. Mungkin anak kita berjaya menerusi tunjuk ajar kita. Mungkin juga dia akan berjaya menerusi pengalaman daripada kesilapannya. Kita tak tahu. Kita tak tahu jalan kejayaan anak kita yang mana satu!


Jadi, dalam pada kita berusaha, belajar sabar. Belajar redha. Dan paksa diri percaya pada setiap ketentuan Allah!


Ini bukan zaman untuk saling salah menyalahkan. Tapi zaman menghargai apa yang baik dan memperbaiki apa yang kurang baik. Muhasabah diri, muhasabah situasi dan siap sedia untuk menjadi lebih baik. Insya-Allah, kita cuba sama-sama. Selamat menjelajah ke alam parenting bersama PARENT, THINK!

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466







40 Hadis Kelebihan Zikrullah

40 Hadis Kelebihan Zikrullah
Penulis: Ustaz Zulkarnain Dollah 
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-855-0
KOD: GB 0600
TEBAL: 168 m/s
Saiz: L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 0.9 cm
Berat: 0.23 kg
Terbit:  Dis 2019
HARGA: RM 15.00/ 17.00*

DETAIL:

Buku ini menghimpunkan 40 hadis yang menceritakan kelebihan, pahala dan ganjaran zikir.

Zikir adalah ibadah yang mudah dilakukan namun memiliki ganjaran yang besar baik zikir khusus yang terikat dengan masa seperti yang diajarkan Rasulullah SAW dalam hadis Baginda, atau zikir-zikir umum yang bebas dilakukan pada bila-bila masa.




Kelebihan dan manfaat zikirullah akan sangat terasa di alam barzakh dan hari kiamat. Namun, sebenarnya semasa kita masih hidup juga zikrullah memberi manfaat tanpa kita sedari. Begitulah yang diajarkan Rasulullah melalui hadis-hadis yang dimuatkan dalam buku ini.

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466






Check It Out!

CHECK IT OUT!
ISBN: 978-983-097-868-0
Penulis:  Bonda Nor
Kod: GB0602
Tebal: 184 ms
Saiz ; L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 1.0 cm
Berat: 0.2 kg
Terbit:  Nov 2019
Harga: RM20.00/RM22.00*

SINOPSIS
CHECK IT OUT! adalah himpunan kisah-kisah benar 25 orang penulis berkaitan tabayyun. Cakupan penceritaannya pelbagai. Ada kisah-kisah mangsa fitnah. Ada kisah dari perspektif orang yang mendengar fitnah. Bahkan ada juga kisah pengakuan penulis yang tersalah langkah hingga memfitnah. Kesemuanya menjurus kepada satu perkara, betapa bahayanya jika maklumat tidak diuruskan dengan baik!

Cakap, salah. Tak cakap, pun salah. Memang, kadang kita jadi serba salah. Pesan Rasulullah, kalau tidak ada perkara yang baik, diamlah. Pesanan ini memang perlu kita pegang erat-erat. Tapi dalam pada itu, kita juga harus akur pada pesanan baginda agar kita sentiasa menyuburkan jiwa pendakwah.

Maka, selain berhati-hati, kita juga mahu menginsafi peluang dan kesempatan bernyawa yang masih berbaki ini. Ya, mengapa mesti diam kalau kita boleh berbicara yang baik-baik dan menyebarkan kasih sayang! Kita tidak mahu duduk diam saja. Kita mahu berbicara. Bicara yang boleh menjadi sungai yang mengalirkan pahala berterusan buat kita.


Justeru di sinilah kepentingan tabayyun (siasat) itu mesti diambil kira. Sampaikanlah, tapi biarlah pada perkara yang hanya berlandaskan kebenaran. Bercakaplah, tapi cakaplah hanya perkara-perkara yang membuahkan kebaikan.


Objektif penulisan buku ini tidaklah menggunung tinggi. Cukup kalau kisah-kisah di dalam antologi ini mampu menghasilkan kesedaran kepada masyarakat agar berhati-hati dalam menerima dan menyebarkan informasi. Hati-hati, kerana sifat orang beriman itu ialah taqwa dan taqwa itu bermakna perlunya berhati-hati. Tabayyun cerita, tabayyun situasi. Siasat! 

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466

Komik Hasutan Syaitan

KOMIK HASUTAN SYAITAN
ISBN: 978-983-097-865-9
Penulis: Pak Cik Bad  /  Nix Ridzwan  /  Raudah
Kod: BP0051
Tebal: 112 ms
Saiz: L: 14.6 cm; H: 20.9 cm; W:  0.7 cm
Berat: 0.15 kg
Terbit:  Nov 2019
Harga: RM10.00/RM12.00*

SINOPSIS
Sememangnya syaitan musuh utama manusia, bukan hanya menggoda kanak-kanak, bahkan tiada siapa terlepas daripada hasutan mereka.

Untuk komik ini, PAK CIK BAD (penulis dan pelukis Komik Godaan Sayaitan) berkolaborasi dengan NIX RIDZWAN (admin Instagram Diari.Iman.Official) dan RAUDAH (mantan peserta bengkel Komik Puris).

Jom baca komik ini! Tak kenal, maka tak benci!



Tentang Penulis:

PAK CIK BAD
Pak Cik Bad sebelum ini dikenali sebagai penulis dan pelukis bagi KOMIK GODAAN SYAITAN dan mula dikenali sejak tahun 1997. Masih lagi diterbitkkan dalam Majalah Asuh, kini komik ini diterbitkan pula dalam versi Komik Puris.

NIX RIDZWAN
Nix Ridzwan berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Berkhidmat sebagai Design Coordinator di sebuah syarikat produksi di KL Sentral, Kuala Lumpur selain sebagai Freelance Designer. Bersama dengan Buku Puris, beliau telah melahirkan komik, Diari Iman 1 dan Diari Iman 2. Karya kali ini merupakan kolaborasi dengan Pak Cik Bad dan Raudah.


RAUDAH

Memilih menggunakan nama pena Raudah, penulis ini telah memilih kerjaya sebagai Fisioterapi di Hospital Melaka.  Bersama BUKU PURIS, komik ini merupakan percubaan pertama beliau sebagai mantan peserta Bengkel Komik Puris.  Selaku penulis, karya ini merupakan kolaborasi dengan Pak Cik Bad dan Nix Ridzwan.

************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466





165 NASIHAT GUAMAN TUAN LAWYER

165 NASIHAT GUAMAN TUAN LAWYER
ISBN: 978-983-097-849-9
Penulis: Amar
Kod: GB0601
Tebal: 168 ms
Saiz ; L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 1 cm
Berat: 0.14 kg
Terbit: Dis 2019
Harga: RM20.00/RM22.00*

SINOPSIS
TAK celik undang-undang menjadikan kita mudah kena tipu dan mengalami kerugian. Tak celik undang-undang menjadikan kita tak pandai tuntut hak. Tak celik undang-undang menjadikan kita sering dipermainkan.

Tak celik undang-undang menjadikan kita takut untuk menceburi perniagaan. Tak celik undang-undang menjadikan kita buat kerja semberono dan berisiko. Tak celik undang-undang menjadikan kita orang yang kurang berkeyakinan. Dan tak celik undang-undang menjadikan kita orang yang kurang jati diri.

Buku ini ditulis bagi memberi nasihat guaman untuk memberi kesedaran dan ilmu kepada orang ramai tentang hak dan cara bertindak yang betul serta apakah perkara yang kita perlu berhati-hati dalam urusan harian agar kita tidak tersalah langkah yang menyebabkan kita terpaksa menanggung kerugian atau risiko.

Buku ini ditulis menggunakan bahasa yang mudah agar difahami orang kebanyakan.



Antara isu yang dibincang adalah  Saman Fitnah, Serang Guru, Kepentingan Nombor Kad Pengenalan, Butiran Peribadi , Gambar Bogel, Hantaran Hangus, Ugut Saman, Risiko Penjamin, Duit Dalam Akaun Lesap, Hak Tuan Rumah, Tanah Lot Cap Ayam, Freehold vs Leasehold, Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah, Rumah Pewarisan, Sivil dan Syariah, Hak Dropship, Kemalangan Jalan Raya, KWSP, Pampasan, Buang Pekerja  dan banyak lagi.


TENTANG PENULIS
AMAR adalah nama singkatan Arif Muazzim Abdul Rahman. Memiliki ijazah Sarjana Muda Undang-undang daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Beliau merupakan peguam berpengalaman di firma guamannya sendiri bersama isterinya yang juga merupakan seorang peguam iaitu Arif Muazzim, Zawani & Co. yang terletak di Bandar Country Homes, Rawang, Selangor.
Sebelum itu beliau pernah berkhidmat sebagai peguam di firma guaman ternama iaitu Dato’ Seri Zulkifli Noordin (Zulkifli Noordin & Associates).
Firma guaman Arif Muazzim, Zawani & Co. mengendalikan kes-kes sivil seperti fitnah, hutang, penipuan, pindah milik hartanah, kecuaian dan sebagainya.

Selain itu beliau juga merupakan artis nasyid dan ahli silap mata profesional.

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466

 

 

 

 

 


Oct 31, 2019

Hadis: Bukan Sekadar Sahih Atau Tidak

Hadis: Bukan Sekadar Sahih Atau Tidak
Penulis: Dr. Mohd Khafidz Soroni 
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-852-9
Kod: GB 0599
Tebal: 264 m/s
Saiz: L: 15.2 cm; H: 22.9 cm; W:  1.4 cm
Berat: 0.2kg
Terbit: Nov 2019
Harga: RM 20.00/ 22.00*

SINOPSIS:

Ulama hadis sejak dahulu sangat teliti menapis dan menilai setiap hadis dengan kaedah-kaedah yang telah ditetapkan bagi memastikan kesahihan sesuatu hadis.

Jika ada hadis yang tidak dinilai sahih, ia diperhalusi lagi dengan status hasan misalnya. Jika hadis itu termasuk dalam kategori dha‘if pula, ia akan dikelaskan sama ada ringan atau berat.

Ustaz Mohd Khafidz Soroni membawakan pendapat-pendapat ulama hadis dalam 42 hadis yang dikupas supaya pembaca dapat memahami dengan jelas hadis tersebut dan mengamalkan saranan hadis tanpa ragu-ragu.


Antara hadis yang dibincangkan:
·        Status hadis mengenai tangkal
·        Kenapa perlu bermazhab?
·        Menyapu muka sesudah salam
·        Status tujuh zikir pembuka rezeki
·        Penyemakan status hadis dan pengawalan hadis palsu
·        Hukum riwayat Isra’iliyyat
·        Riwayat golongan jin

dan banyak lagi.

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466

 

 

 

 

 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...