.
May 16, 2024
Akidah Ahli Iman (cover baru)
Asas-Asas Fardhu Ain Wanita
Asas-Asas Fardhu Ain Wanita
ISBN: 978-629-7556-91-8
Kod: GB814
Penulis: Ustazah Siti Aminah Sulieman
Kategori: Fardu Ain
Saiz: 13.5cm X 21.5cm
Tebal: 216 ms
Isi Dalam: 2c
Berat: 0.5 kg
Harga: RM 25.00/RM27.00*
Islam sangat menekankan kepentingan mempelajari ilmu lebih-lebih lagi ilmu agama yang melibatkan hukum-hakam dan soal ibadah kita sehari-hari. Maka wanita mestilah sentiasa mempelajari dan mengulang kaji ilmu-ilmu khususnya yang berkaitan dengan kewajipan mereka.
Buku ini menerangkan tentang ibadah-ibadah wajib seperti solat, puasa, zakat dan haji serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya seperti bersuci daripada hadas dan menghilangkan najis.
Dijelaskan juga perbincangan berkaitan darah-darah yang keluar daripada faraj wanita.
Antara
isu yang dijelaskan dalam buku ini seperti:
Perbezaan najis dan hadas
Batas aurat dan pakaian wanita dalam
solat
Amalan wanita haid dan nifas ketika
bulan puasa
Kiraan zakat emas
Hikmah haji dan umrah buat wanita
Batas dan pergaulan wanita yang
berkerjaya
Hak isteri ketika tidak dinafkahi
suami
Kisah Inspiratif 10 Wanita Hebat
BAKAL TERBIT
Kisah Inspiratif 10 Wanita Hebat
ISBN: 978-629-7556-90-1
Kod: GB0810
Penulis: Khadijah Khalilah Abdul Rashid
Saiz: 13.5cm X 21.5cm (Portrait)
Jumlah ms: 124 muka surat
Content: Simili 80gsm / 4C
Kulit Buku: 260 gsm Art Card / 4C
Berat: 0.25kg
Harga: RM25.00/RM27.00*
Sinopsis
Pernah, seorang wanita itu ingin melakukan perubahan dalam dirinya untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya.
Pernah, seorang wanita itu ingin menjadikan dirinya dekat kepada Allah dan cuba sehabis baik untuk membentuk peribadinya sebagaimana acuan Islam.
Pernah, seorang wanita itu tercari-cari siapakah figura yang sama-sama wanita sepertinya untuk dia contohi.
Perkongsian dalam buku ini ialah kisah 10 orang wanita tokoh Islam terdahulu yang mampu memberi inspirasi buat seorang wanita pada zaman ini. Beberapa peristiwa dan keistimewaan dalam diri setiap tokoh wanita ini dipersembahkan dan dihuraikan dengan lebih mudah dan seterusnya menjadi panduan buat semua bakal wanita hebat untuk berubah menjadi lebih baik mengikut acuan Islam berinspirasikan tokoh terkenal dalam sejarah Islam.
May 14, 2024
Cintai Solatmu
Bakal Terbit
Cintai Solatmu
ISBN: 978-629-7556-88-8
Kod: GB0808
Penulis: Mohd Razali Kamarudin & Azlina Ibrahim
Saiz: 13.5cm X 21.5cm (Portrait)
Jumlah ms: 176 muka surat
Content: Simili 80gsm / 4C
Kulit Buku: 260 gsm Art Card / 4C
Berat: 0.4 kg
Harga: RM25.00/RM27.00*
Sinopsis
Bacalah buku ini dengan menginsafi diri sebagai seorang pengembara di bumi Tuhan yang hidup bersama solat.
Kenali dan cintai solat sehingga menjadi suatu keperluan dalam hidup. Tanpanya, terasa kosong seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Yakin dan percayalah, padanya ada pertolongan Allah.
Buku ini mengandungi tiga bahagian:
Bahagian 1:
Pengembara di Bumi Tuhan
Bangkitkan kesedaran bahawa kita sebagai seorang pengembara yang singgah seketika di bumi Tuhan punya tujuan dan matlamat yang perlu dicapai sebelum berangkat ke alam berikutnya.
Bahagian 2:
Hidup Bersama Solat
Bangkitkan kesedaran bahawa hakikat kehidupan kita di bumi-Nya ini bersama dengan solat.
Bahagian 3:
Menjiwai Solat
Praktikal
bagi membimbing diri sendiri untuk menjiwai laungan azan, wuduk, tempat solat
dan cara bersolat serta langkah demi langkah bagi menjiwai setiap perbuatan dan
bacaan dalam solat.
Pesan Al-Quran Buat Wanita
Bakal Terbit
Pesan Al-Quran Buat Wanita
ISBN: 978-629-7556-87-1
Kod: GB0809
Penulis: Huda Hashim
Saiz: 13.5cm X 21.5cm (Portrait)
Jumlah ms: 264 muka surat
Content: Simili 80gsm / 4C
Kulit Buku: 260 gsm Art Card / 4C
Berat: 0.55 kg
Harga: RM35.00/RM37.00*
Sinopsis
Sebenarnya, tidak mudah bagi seorang wanita meluah rasa. Semakin hebat ujian, mereka menjadi semakin sensitif. Semakin matang usia, mereka menjadi semakin selektif. Kepercayaan pada manusia mula terhakis, pergaulan sesama rakan semakin terbatas.
Kadang, rasa tiada siapa yang ambil peduli menyebabkan mereka hanya memendam rasa. Kadang, rasa tiada siapa menghargai lalu mereka mula menyendiri. Lebih menyedihkan, jika ada yang tidak membantu namun sekadar menyakitkan hati. Ceria yang dahulu bertukar menjadi lebih berhati-hati. Bahagiakah jika berterusan begini?
Wanita tidak
lemah. Hanya berada di titik dilema, untuk bangkit semula dan kembali tabah.
Maka tiada cara lain kecuali dengan kembali pada fitrah beragama. Pulang semula
pada Allah SWT dan rujuk Al-Quran sebagai mukjizat teragung, panduan sepanjang
hayat.