Kuasai Ekonomi, Kuasa Dalam Tangan
ISBN: 978-629-7556-83-3
Penulis: Nazri Hamdan
Kod: GB805
Saiz: 21.6 cm X 14cm
Tebal: 256 ms
Berat: 0.5kg
Harga: RM35.00/RM37.00
Kandungan
Prakata |
|
Bab 1: Apakah Itu Inflasi? |
|
Bab 2: Fahaman Dan Aliran
Yang Berbeza Dalam Ekonomi |
|
Bab 3: Bank Pusat Dan
Peranannya Dalam Ekonomi |
|
Bab 4: Defisit Dan Hutang
Kerajaan |
|
Bab 5: Kadar Tukaran Asing
Dan Pergerakan Modal Asing |
|
Bab 6: Wang Fiat Dan
Pergerakan Kepada Wang Digital |
|
Bab 7: Kawalan Harga Dan
Sistem Apungan Di Malaysia |
|
Bab 8: Ekonomi Dunia Pasca
Covid 19 |
|
Bab 9: Kisah Malaysia
Menangani Krisis Ekonomi 1997-98 |
|
SINOPSIS
Keadaan ekonomi akan sentiasa naik dan turun mengikut
peredaran masa. Keadaan ini kita panggil sebagai kitaran perniagaan.
Sebelum tahun 2000, ramai pakar ekonomi percaya bahawa
kemelesetan ekonomi akan berlaku setiap 10 tahun. Walau bagaimanapun, keadaan
sekarang sangat berbeza.
Dalam keadaan sekarang, turun naik ekonomi sukar untuk dijangka. Kemelesetan
ekonomi tidak semestinya berlaku setiap 10 tahun. Ia mungkin berlaku kurang
daripada itu. Tambahan lagi, ada juga faktor lain yang bukan ekonomi (misalnya
wabak penyakit) pada tahun 2020 yang menyebabkan kemelesetan ekonomi. Tiada
sesiapa pun yang boleh menjangka ekonomi dunia akan merundum pada tahun
tersebut kerana tidak ada tanda-tanda jelas dari aspek ekonomi bahawa akan
berlakunya kemelesetan.
Justeru, buku ini menghuraikan tentang konsep-konsep ekonomi dan merungkai salah
faham yang berlaku terutamanya kerana tiada orang yang menyampaikan ilmu ini
dengan cara yang mudah untuk difahami. Penulis menggunakan bahasa dan gaya
penulisan seringkas yang boleh supaya semua pembaca senang faham bagaimana
ekonomi berfungsi dalam dunia sebenar.
No comments:
Post a Comment