.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406
Showing posts with label Ustaz Raja Mukhlis. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Raja Mukhlis. Show all posts

Sep 25, 2026

Memahami Ilmu 'Aqidah

Memahami Ilmu 'Aqidah
ISBN: 978-629-7929-23-1
Penulis: YM Ustaz Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaludin al-Azhari
Kod: GB0949
Saiz: 6" x 9" (Portrait)
Tebal: 56 m/s
Berat:
Harga: RM15.00/RM17.00

Sinopsis

Naskhah Memahami Ilmu ‘Aqīdah disusun untuk membawa pembaca memahami asas ‘Aqīdah Islam secara tersusun, ilmiah dan berdalil.

Daripada mengenal hakikat ‘Aqīdah, memahami
ḥukum ‘Aqlī dan kaedah pendalilan, hinggalah kepada Ma‘rifatullāh, Tauḥīd, Tanzīh dan sifat-sifat Allah SWT.

Dalam naskhah ringkas ini, pembaca diajak memahami asas di sebalik sifat-sifat wajib, mustaḥīl dan jā’iz bagi Allah SWT, serta bagaimana keyakinan itu dibina melalui dalil ‘Aqlī dan Naqlī.




Sebuah modul untuk mereka yang mahu beralih daripada sekadar mengetahui kepada benar-benar memahami, daripada Taqlīd kepada Ma‘rifah, dan daripada keyakinan yang mudah digoncang kepada keyakinan yang kukuh. 










Sep 22, 2026

AQIDAH ORANG BERIMAN

Aqidah Orang Beriman
ISBN: 978-629-7929-22-4
Penulis: YM Ustaz Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaludin al-Azhari
Kod: GB950
Saiz: 6"x9" (Portrait)
Tebal: 200 m/s
Berat:
Harga: RM25 

Sinopsis

Sejauh mana kita benar-benar mengenal Allah?

Kita mengaku beriman. Kita mendirikan solat, berdoa dan berserah kepada-Nya. Namun, sejauh mana iman itu benar-benar lahir daripada kefahaman yang sahih dan kukuh tentang siapa Tuhan yang kita sembah?

Buku ‘Aqīdah Orang Beriman membawa pembaca menyelami asas keimanan melalui tiga teras utama:

-           Mengenal Allah

-           Mengenal Rasulullah ﷺ dan

-           Beriman kepada perkara-perkara ghaib.



Perbahasannya disusun dengan dalil naqli dan penghujahan ‘aqli, agar keyakinan itu difahami dan dihayati.

Lebih daripada sekadar membahaskan apa yang wajib dipercayai, buku ini mengajak kita melihat bagaimana ‘aqīdah membentuk kehidupan seorang hamba iaitu melahirkan rasa syukur, tawaduk, takut dan harap kepada Allah, serta ketenangan dalam menghadapi kehidupan.










Jan 22, 2026

40 Hadith Tentang Kebahagiaan Insan

40 Hadith Tentang Kebahagiaan Insan
Penulis: Ustaz Raja Ahmad Mukhlis
ISBN: 978-629-7716-93-0
Kod: GB0917
Saiz: 5.5" x 8.5" (Portrait)
Berat:
Harga: RM25/RM27

SINOPSIS

Buku 40 Hadith Tentang Kebahagiaan Insan merupakan sebuah himpunan hadith Nabawi yang disusun khusus bagi membimbing insan memahami hakikat kebahagiaan yang sebenar. Berteraskan manhaj para ulama’ dalam penyusunan karya al-Arba‘īn, buku ini mengangkat tema kebahagiaan sebagai persoalan asas kehidupan manusia.

Melalui 40 hadith pilihan, penulis menghuraikan isu-isu utama berkaitan fitrah insan, keimanan, kehambaan, ujian hidup, musibah, kesabaran, redha, tawakal serta hubungan manusia dengan Allah ﷻ. Setiap hadith disertakan dengan penjelasan ringkas yang menghubungkan makna hadith dengan realiti kehidupan.


Ditulis dengan bahasa yang lembut, bersifat tazkiyah dan reflektif, karya ini sesuai dibaca oleh pelbagai lapisan masyarakat yang sedang mencari ketenangan jiwa dan panduan hidup melalui percontohan Nabi Muhammad
ﷺ.








Nov 20, 2025

PATI 'ILMU TASAWUF

PATI 'ILMU TASAWUF
Penulis: Ustaz Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaludin
ISBN: 978-629-7716-78-7
Kod: GB0910
Saiz: 13.5cm x 21.5cm (Portrait)
Tebal: 70 ms
Berat:
Harga: RM15.00/RM17.00

SINOPSIS:

Pati ‘Ilmu Taṣawwuf merupakan risalah ringkas dan padat yang menghimpunkan inti ajaran taṣawwuf sebagaimana dihuraikan oleh al-Syeikh Muḥammad Idris bin ‘Abd al-Ra’ūf al-Marbawī al-Azharī — tokoh ulama Melayu yang tersohor.

Karya ini membimbing pembaca memahami makna hakiki ilmu Taṣawwuf: Membersihkan hati hanya untuk Allah, menyaksikan keagungan-Nya, dan menghapuskan segala keterikatan kepada selain-Nya.

Melalui penjelasan yang tersusun, pembaca diajak mengenal:

•           Hakikat ilmu Taṣawwuf dan kesannya pada jiwa kehambaan,

•           Pokok pangkal taṣawwuf; rasa takut dan cinta kepada Allah,

•           Peringkat-peringkat taqwa, istiqāmah dan niat kehambaan,

•           Adab hati dan hubungan sesama makhluk,

•           Serta tiga asas penyempurna taṣawwuf: Tawakkal, ma‘rifah diri, dan mengingati kematian.


Buku ini merupakan panduan menuju penyaksian hakikat “tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah”. Sebuah naskhah yang menuntun hati kembali kepada erti sebenar ‘ubudiyyah.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...