.

. . . A S S A L A M U A L A I K U M . W R M . W B T . . . . . . S E L A M A T . B E R K U N J U N G . K E . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . . .

Sep 13, 2011

GB0146 : Himpunan 10 Kisah Haiwan Dalam Al-Quran

GB0146 : Himpunan 10 Kisah Haiwan Dalam Al-Quran

Pengarang : M. Azmin Abdullah
Tebal : 114
ISBN : 978-983-097-322-7
Harga : W/M:RM10.00 E/M:RM12.00

Himpunan 10 Kisah Haiwan dalam Al-Quran ini mengisahkan 10 jenis haiwan yang terlibat dalam kisah-kisah kehidupan beberapa orang rasul, nabi-nabi atau orang soleh. Kesemua kisah tersebut diolah semula dalam bentuk kreatif untuk menarik minat kanak-kanak membaca dan memudahkan mereka memahaminya.

Sepuluh spesies haiwan terpilih yang diceritakan dalam buku ini telah memainkan 'peranan' masing-masing bagi menyemarakkan lagi tugas dakwah yang dilakukan oleh para nabi dan rasul.

Bagaimanakah haiwan-haiwan itu berperanan? Allah SWT menjadikan haiwan-haiwan itu sebagai bukti yang membenarkan kenabian seseorang nabi atau rasul yang diutus oleh-Nya.

Sepuluh haiwan yang diceritakan didalam buku ini ialah keldai, burung belatuk, semut, lembu berwarna keemasan, anjing, unta, kibas, ikan paus, anak lembu dan buraq. Semua haiwan tersebut mempunyai kisah tersendiri.

GB0144 : Keimanan Cinta

GB0144 : Keimanan Cinta

Pengarang : Munie Asra
Tebal : 276
ISBN : 978-983-097-333-3
Harga : W/M:RM18.00 E/M:RM20.00

Fazura, seorang novelis muda memenuhi masa lapang di Rumah Anak Yatim Baiduri. Disitu, dia berkenalan dengan seorang lelaki Cina tua, Fazura tidak menyedari bahawa lelaki itu adalah Tan Sri Koh, seorang hartawan Malaysia. Alan Koh, cucu Tan Sri Koh dipaksa berkahwin dengan Fazura. Sekiranya dia ingkar, datuknya mengugut untuk menarik kembali harta dan perniagaannya. Fazura mengidap leukemia tetapi merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan Alan kerana dia tidak inginkan cinta yang lahir dari simpati. Pada saat Fazura dan Alan mula rapat, muncul Andy Azman, seorang pemuda yang Islam pada nama menaruh perasaan pada Fazura. Adakah Alan akan melepaskan cintanya? Mampukah Fazura bertahan dengan penyakit leukemianya? Mampukah Andy menghadapi ujian cinta dari-Nya?

Sep 7, 2011

GB 0145 : NOORAH


GB 0145 : NOORAHPengarang : UMMU HANI ABU HASSAN
Tebal : 307
ISBN : 978-983-097-310-4
Harga : W/M:RM20.00 E/M:RM22.00

Sebuah bacaan yang penuh inspirasi, ketabahan seorang wanita menghadapi bermacam-macam siri ujian daripada Allah wajar ditekuni oleh pembaca!

NOORAH merupakan sebuah kisah benar mengenai kisah hidup seorang wanita Inggeris berhati tabah. Perjalanan hidupnya penuh dengan cubaan. Zaman remaja dilatari dengan pelbagai tragedi hitam sehingga dia disumbat ke penjara Yorkshire.

Sama saja bagi Kathryn Bennet sama ada dia tinggal di rumah atau menghuni penjara juvana di Yorkshire. Kedua-duanya ‘dahsyat’ dan ‘teruk’. Namun segalanya berubah selepas dia berhijrah ke Bahrain, seterusnya ke London untuk bergelar Muslimah. Itu saatnya dia sentiasa dapat menghirup sisa manis dalam wadah ujian Allah. 

Maka dia masih boleh tenang melalui kepahitan hidup berumah tangga. Dia pasrah meredah ribuan kilometer untuk menjejaki tiga anak yang dilarikan bekas suami. Dia redha bergelar ibu tunggal kali kedua dan sekali gus mengambil peranan ayah untuk menyara enam orang anak di kota London. Dia juga mampu sabar diuji penyakit digeruni. Kerana dia yakin dengan besarnya hikmah di sebalik musibah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...