.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406
Showing posts with label 1 puasa. Show all posts
Showing posts with label 1 puasa. Show all posts

Jan 15, 2026

RINGKASAN FEQAH PUASA

RINGKASAN FEQAH PUASA (cover baru)

PENULIS: USTAZ MUHADIR HAJI JOLL 
KATEGORI: FARDU AIN
ISBN: 978-983-097-930-4
Kod: GB 0646
Saiz: 23.5 cm x 16.5 cm
Tebal: 56 m/s
Teks: 4C
Berat:0.5 KG
Harga: RM 19.00/ 21.00*

(Terbitan asal: Tahun 2021)

SINOPSIS

Buku ini menjelaskan ibadah puasa yang menjadi kewajipan umat Islam dalam infografik yang berwarna dan mudah untuk diingati.

Bermula dengan pengertian, sejarah asal puasa, hukum-hakam, syarat-syarat, rukun-rukun, perkara-perkara sunat dan perkara-perkara yang membatalkan puasa.


Turut dijelaskan golongan-golongan yang dibenarkan untuk berbuka atau tidak berpuasa dan denda serta fidyah yang perlu dibayar jika  meninggalkan puasa. Semoga ibadah puasa yang dilaksanakan saban tahun dilakukan dengan ilmu yang jelas dan mantap, tanpa ragu-ragu serta mendapat ganjaran pahala sebanyak-banyaknya.

Untuk melihat kandungan buku, klik link iniLINK ASAL

Feb 17, 2025

206 Permasalahan Puasa

206 Permasalahan Puasa
(Cover Baru 2025)
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-802-4
Kod: GB 0550
Tebal: 176 m/s
Saiz: L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W:
Berat: 0.23 kg
Terbit: Jun 2019
Harga: RM 18.00/ 20.00*


SINOPSIS
​​
Buku ini mengandungi 14 bahagian yang merangkumi 206 permasalahan berkaitan puasa. 

Setiap permasalahan dirungkaikan dengan ringkas dan padat dengan disertakan kitab-kitab feqah muktabar dalam mazhab Syafi‘i  yang menjadi rujukan penulis.


Antara permasalahan yang diberi pencerahan dalam buku ini:

 ·        Kadar kepayahan yang membolehkan tidak berpuasa.
·        ·       Hukum menelan kahak.
·        ·       Keadaan perempuan hamil dan perempuan yang menyusukan anak.
·        ·       Puasa pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan dialisis.
·        ·       Qadha’ puasa untuk orang yang telah meninggal dunia.
·        ·       Cara membayar fidyah.
·        ·       Puasa tetapi tidak solat.

*********************************
𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗽𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻
𝗽𝗲𝗿𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁:

𝗝𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝘀𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗼𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂:

********************************

Jan 18, 2023

Pedoman Puasa-puasa Sunat

Pedoman Puasa-puasa Sunat

ISBN: 978-983-097-987-8
Penulis: Dr. Udah Mohsin
Kod: GB0697
Saiz: 5.5" x 8.5" (Portrait)
Tebal: 136 halaman
Teks Dalam: 2C
Berat: 0.4 kg
Harga: RM20.00 / RM22.00


Sinopsis:

Puasa sunat merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Namun begitu, terdapat beberapa puasa sunat yang biasa menimbulkan perselisihan dalam kalangan masyarakat berkenaan hukum mengamalkannya. Oleh itu, dalam Pedoman Puasa-puasa Sunat ini penulis menjelaskan amalan tersebut bersandarkan kepada hadis-hadis Rasulullah SAW. Pada masa yang sama, turut disertakan perbahasan ulama mengenai khilaf-khilaf pendapat yang wujud.

Naskhah ini akan membawa pembaca memahami berkenaan:

-           Dalil fadilat berpuasa secara umum

-           Fadilat puasa Asyura

-           Perbahasan ulama tentang puasa sembilan hari pertama bulan Zulhijah

-           Khilaf ulama dalam puasa bulan Rejab

-           Hukum berpuasa selepas Nisfu Syaaban

-           Hukum berpuasa pada hari Jumaat sahaja

Tentang Penulis:

Dr. Udah Mohsin Mantan Profesor Madya di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mendapat pendidikan Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D) di Universiti al-Azhar, Mesir. Pernah menjawat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyemakan dan Penilaian Hadis (Lajnah Tahqiq Hadis) Kementerian Dalam Negeri sesi 2019-2020, Ahli Jawatankuasa Pengawalan Akidah Majlis Agama Islam Selangor dan Ahli Jawatankuasa Panel Kajian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Pedoman Puasa-puasa Sunat merupakan karya keenam beliau terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.






Mar 18, 2021

66 Hadis Fadhilat Ramadhan

66 Hadis Fadhilat Ramadhan
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll 
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-929-8
Kod: GB 0647
Saiz: L: 13.5cm X H: 21.5cm X W: 1cm
Tebal: 160 m/s
Teks: 2C
Berat: 0.5 kg
Harga: RM 19.00/ 21.00*

SINOPSIS

Keistimewaan dan kelebihan bulan Ramadhan sering disebut sebagai suatu galakan kepada umat Islam supaya bersungguh-sungguh melaksanakan ibadah. 


Buku ini menghimpunkan 66 hadis yang menceritakan pelbagai kelebihan atau fadhilat bulan Ramadhan yang menjadikannya sebagai Penghulu segala bulan.

Mudah-mudahan apabila hadis-hadis ini difahami dan dihayati, kita akan lebih bersemangat untuk membanyakkan ibadah khususnya pada bulan Ramadhan dengan hati yang ikhlas dan penuh rasa cinta kepada Allah.

 


KANDUNGAN

Muqaddimah

(A) Fadhilat Bulan Ramadhan

(B) Fadhilat Puasa Ramadhan

(i) Fadhilat Puasa Secara Umum

(ii) Fadhilat Puasa Ramadhan Secara Khusus

(C) Fadhilat Qiyam Ramadhan (Solat Tarawih)

(D) Fadhilat Memberi Makan Kepada Orang yang Berpuasa

(E) Fadhilat Membaca Al-Qur’an dalam Bulan Ramadhan

(F) Fadhilat Bersedekah dalam Bulan Ramadhan

(G) Fadhilat Sahur

(H) Fadhilat Iktikaf

(I) Fadhilat Lailatul Qadar

(J) Fadhilat Umrah pada Bulan Ramadhan

(K) Fadhilat Meneruskan Puasa 6 Hari dalam Bulan Syawal Selepas Ramadhan

(L) Sebahagian Amalan Rasulullah SAW dalam Bulan Ramadhan


 

 

 

 
***************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466

Mar 6, 2019

206 Permasalahan Puasa

206 Permasalahan Puasa
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-802-4
Kod: GB 0550
Tebal: 176 m/s
Saiz: L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W:
Berat: 0.23 kg
Terbit: Jun 2019
Harga: RM 18.00/ 20.00*

SINOPSIS
​​
Buku ini mengandungi 14 bahagian yang merangkumi 206 permasalahan berkaitan puasa. 

Setiap permasalahan dirungkaikan dengan ringkas dan padat dengan disertakan kitab-kitab feqah muktabar dalam mazhab Syafi‘i  yang menjadi rujukan penulis.

Antara permasalahan yang diberi pencerahan dalam buku ini:


·        Kadar kepayahan yang membolehkan tidak berpuasa.
·        Hukum menelan kahak.
·        Keadaan perempuan hamil dan perempuan yang menyusukan anak.
·        Puasa pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan dialisis.
·        Qadha’ puasa untuk orang yang telah meninggal dunia.
·        Cara membayar fidyah.
·        Puasa tetapi tidak solat.













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...