Travelog 4
Mazhab (Ikhtilaf: Rahmat Berbeza Pendapat)
ISBN:
978-629-7556-53-6
Penulis: Dr.
Shamsul Mohd Nor & Haji Mohd Yusri Mohd YUsoff
Kod: GB0802
Saiz: 16.5cm
x 23.5cm (Portrait)
Tebal: 344
muka surat
Kandungan:
Simili 80 gsm / 4 Color
Berat: 0.65kg
Harga:
RM48.00/RM50.00
Sinopsis:
Perbezaan
pendapat, khususnya dalam mazhab-mazhab fiqh, menjadi satu aspek yang menarik
dalam tradisi hukum Islam. Islam sebagai agama rahmat meraikan perbezaan, namun
ia satu cabaran tersendiri dalam menguruskan isu-isu ibadah harian dan sosial
dalam kalangan masyarakat awam.
Penulis
mengembara untuk menjejaki pengalaman dan pengamalan empat mazhab berbeza oleh
umat Islam di beberapa negara Islam. Kembara ini merentasi lima negara dan tiga
benua. Bermula dengan Maghribi dan Mesir di benua Afrika, lalu ke Arab Saudi di
Asia Barat, kemudian menuju ke utara peta dunia iaitu Turki di benua Eropah
sebelum kembali meneruskan kembara ke tanah air tercinta, Malaysia.
Banyak isu
dan perbahasan yang kami bincangkan bersama para ulama di sepanjang musafir
ini; antaranya:
- Kepentingan bermazhab
- Mengenal sejarah Imam empat mazhab
dan metodologi mereka dalam mengeluarkan hukum-hakam
- Memahami isu-isu masyarakat berkaitan
taharah, doa qunut, talqin, tahlil, zakat, perkahwinan dengan ahli kitab,
perbankan Islam, dan sebagainya.
Jawapan bagi
persoalan di atas akan anda jumpai dalam helaian-helaian naskhah Travelog 4
Mazhab ini.
Penulis
Dr. Shamsul Mohd Nor
merupakan graduan Pusat Pengajian Islam
Ismail Aga, Fatih, Istanbul, Turki. Memiliki Ijazah Sarjana Muda (BA) Syariah
dari Jami’ah Al-Aqidah Jakarta, Indonesia, Ijazah Sarjana (MA) al-Quran dan
as-Sunnah (Hadis) serta Ijazah Kedoktoran (PhD) Usuluddin dan Falsafah (Tafsir
al-Quran) dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Berpengalaman luas dalam bidang
dakwah dan konsultasi syariah, beliau adalah Pengarah Akademi Al-Badar,
Pengasas Sistem Genius Membaca Al-Quran dalam Masa 3 Hari dengan Kaedah
Al-Badar, Pengerusi Yayasan Itmam, Mudir Maahad Tahfiz Al-Muhammadiyah,
Pengarah Latihan dan Bina Insan di Pearl Mentor (M) Sdn. Bhd., serta Pengerusi
Pusat Pengajian dan Dakwah Islamiyah
Raudhah Maghfirah (PUSDA’I). Beliau juga penyelidik dan pentadabbur Al-Quran
dalam rancangan Quran@114 di TV AlHijrah dan panel tetap program Tadabbur Al-Quran
di Radio IKIM. Telah menulis lebih 30 buah buku. Travelog 4 Mazhab merupakan
naskhah kesembilan beliau yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd.