.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406
Showing posts with label Rohamiah Muda. Show all posts
Showing posts with label Rohamiah Muda. Show all posts

Apr 3, 2024

Terus Melangkah

Terus Melangkah
ISBN: 978-629-7556-75-8
Penulis: Rohamiah Muda
Kod: GB796
Kategori:  Motivasi
Saiz: 21.59cm X 13.97cm
Tebal: 176 ms
Berat: 0.4kg
Harga: RM25.00/RM27.00

SINOPSIS

Setiap orang ada masalahnya yang tersendiri. Lain orang lain masalahnya. Ada yang kuat menghadapinya, namun ada kecundang di tengah jalan.

Masalah demi masalah yang ditanggung kadang-kala menyebabkan manusia tersilap membuat keputusan, hingga ke tahap inginsanggup membunuh diri, terlibat dengan jenayah dan sebagainya.


Penulis sendiri banyak melalui pengalaman yang menyedihkan seperti pelajar membuat cubaan membunuh diri, tidak mahu solat kerana menganggap ia tidak dapat menyelesaikan masalah hidupnya,juga beberapa aduan daripada rakan yang mengalami masalah rumah tangga. Terlalu banyak untuk disenaraikan luahan pelajar dan juga kenalan tentang masalah hidup mereka.

Apa yang mampu dilakukan hanyalah dengan memberi nasihat, kata-kata semangat dan mendoakan mereka untuk terus kuat. 









Sep 30, 2022

Ujian, Tenang-Tenang Saja

Ujian, Tenang-Tenang Saja
ISBN: 978-983-097-971-7
Kod: GB662
Penulis: Rohamiah Muda
Tebal: 144 ms
Saiz: 13.9cmX 21.6 cm
Berat: 0.4 kg
Harga: RM25.00

SINOPSIS

Buku ini seolah-olah menjadi medium recharge diri dan jiwa. Di saat kelelahan dan keletihan mengharungi ujian kehidupan, buku ini muncul menjadi pendamai di antara jiwa manusia yang resah dengan keadilan yang Maha Pencipta.

Banyak refleksi dan teguran yang mendekatkan diri kepada Allah. Aksara penulisan yang santai dan padu kerap menjentik nurani agar terus bersangka baik dengan Allah demi menghilangkan derita dan resah yang ditanggung selama ini.


Kematian dan kehidupan sangat berkaitan. Kematian adalah jalan untuk sebuah kehidupan yang berkekalan. Ingatlah, masa itu semakin hampir untuk kita tinggal bersendirian di dalam tanah. Di sanalah kita merasai penyesalan yang tidak sudah. Ingin kembali, tidak mungkin lagi. Ingatlah, hidup di sana hidup yang hakiki kerana hidup di sini hanya mimpi. Sayidina Ali r.a. mengingatkan,
"Hidup manusia di dunia umpama mimpi, apabila mati barulah dia terjaga!" Allahuakbar!

Jadi, rancanglah kehidupan dengan bijaksana. Orang cerdik ialah orang yang banyak mengingati mati dan membuat persediaan untuk menghadapinya. Kemuncak kebahagiaan kita ada di syurga. Marilah kita berusaha untuk masuk ke sana. 









May 10, 2021

ALLAH SAYANG KITA

ALLAH SAYANG KITA
ISBN: 978-983-097-933-5
Penulis: Rohamiah Muda
Kod: GB652
Tebal: 216 ms
Dimensi: L: 13.97cm X  H: 21.59cm X W: 1cm
Berat: 0.3 kg
Harga: RM20.00/22.00

SINOPSIS

Allah Sayang Kita, sebuah bacaan motivasi santai yang mengajar kita tentang penyerahan jiwa dan kebergantungan hidup kita kepada Allah semata tatkala kita sedang diuji. 

Sarat dengan peringatan dan nasihat yang berguna. Ada banyak kisah pengalaman hidup yang penulis kongsikan dan ia dikira  sangat dekat dengan kehidupan kita semua. Ada pelbagai ibrah yang boleh kita kutip dan manfaatkan.

Kenapa tajuk Allah Sayang Kita? Kerana, setiap takdir yang berlaku dalam hidup kita adalah suatu seni yang sangat indah daripada Allah yang Maha Kuasa. Setiap hari yang kita lalui, penuh dengan takdir Allah yang menguji iman dan jiwa kita. Sebenarnya, itulah bahasa kasih sayang Allah kepada setiap hamba-Nya.



Allah sentiasa ada untuk kita. Bahkan ia sangat dekat dengan kita. Apa yang terdetik di hati kita, Dia mendengarnya. Masya-Allah. Silap kita kerana jauhkan diri daripada Tuhan. Baiknya Allah sehingga kita tidak mampu menghitung berjuta nikmat yang diberi kepada kita setiap hari.

Kawan, berlapang dadalah dengan ujian. Kerana syurga itu akan diisi oleh orang-orang yang diuji, seperti para nabi. Begitulah dengan kita, kawan. Allah mahu beri kita syurga melalui ujian yang sedang kita lalui sekarang. Senyumlah dengan ujian yang datang! Bukankah ini bukti Allah sangat baik kepada kita? Bersangka baik dengan Allah, pasti kita akan mudah redha.





 

Mar 26, 2020

Indahnya Hidup Bertuhan

Indahnya Hidup Bertuhan
ISBN: 978-983-097-903-8
Kod: GB0615
Penulis: Rohamiah Muda
Tebal: 192 ms
Saiz ; L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 1.06 cm
Berat: 0.24 kg
Terbit: Feb 2020
Harga: RM20.00/RM22.00*

SINOPSIS
Buku Indahnya Hidup Bertuhan (Berdamai Dengan Takdir 2.0) adalah sebuah buku yang mengandungi kisah ibrah tentang hubungan seorang hamba dengan Tuhannya.

Setiap manusia perlukan kepada satu kuasa Yang Maha Hebat yang boleh menjaga serta melindungi dirinya daripada musibah dan malapetaka. Jadi, kuasa itu adalah Tuhan kita yang satu iaitu Allah Taala.

Sebagaimana jasad yang memerlukan keperluan seperti makanan dan air untuk hidup, begitu juga roh memerlukan makanan untuk ia terus subur. Jika jasad sahaja yang kenyang, manakala roh kelaparan, hidup kita tidak akan tenang.


Jadi, kedua-dua unsur ini mestilah seimbang, insya-Allah, kehidupan kita akan aman. Hidup ini perlu kepada sekeping hati yang kuat dan tabah. Dan, kekuatan ini hanya dapat jika kita sentiasa ada hubungan baik dengan Allah.


Kita sangat perlukan Tuhan dalam kehidupan. Jadikan Dia tempat luahan perasaan. Sebab Dia sangat dekat. Kita tidak akan kecewa jika Allah, kita jadikan tempat sandaran.

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466

 

 

 

 

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...