.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Sep 21, 2021

Bersyukur Saat Diuji

BERSYUKUR SAAT DIUJI (Buku Ulangcetak)
MUHD KAMIL IBRAHIM
ISBN: 978-983-097-351-7
Kod: GB0174
Tebal: 214 ms
Kategori: Motivasi
SAIZ: L: 13.5cm X H: 21.5cm X W: 1.5cm
Berat: 0.3 KG
Harga: RM22.00/RM22.00

Inikah ujian?

Saya didatangi oleh seorang ustaz yang mengharapkan pertolongan agar anaknya diterima masuk sebagai staf UiTM. Jawatan kerani. Pagi-pagi lagi beliau sudah muncul di rumah. Lalu saya dengar dengan teliti tujuan kedatangan beliau dan dengan nada perlahan saya berkata,

“Ustaz, boleh saya bertanya satu soalan? Jika ada calon yang ditemu duga, katalah anak ustaz yang paling teruk sekali, tidak berkelayakan, maka jika saya memberi markah yang tertinggi kepadanya, adakah saya berdosa? (Nota: beliau memberi jawapan, “berdosa”). Sanggupkan ustaz menyuruh saya melakukan dosa?”

Saya menitiskan air mata di hadapan beliau. Dalam sebak inilah saya nyatakan kepada beliau, “Ustaz, saya mungkin mempunyai sedikit kuasa, tetapi kuasa Allah lebih luas dan tidak terperi hebatnya. Saya tidak mahu berdosa. Tolonglah saya ustaz untuk tidak melakukan dosa. Ustaz orang beragama. Ustaz orang pandai. Saya orang bodoh, jahil dan tidak berilmu.”

Beliau meninggalkan rumah saya tanpa berkata apa-apa.


Dr Mohd Rashidee Alwi
 – Rahsianya agak mudah. MKI (Muhd Kamil Ibrahim) menulis dari hati. Lalu hatilah yang disentuh. Di atas segalanya, Allah mengurniakan kepada profesor yang satu ini kebolehan menyentuh kalbu insan yang lain. Bacalah dengan hati yang lapang.

Ainun Mardhiah Ismail – Bacalah dengan mata hati. Di sebalik tabir kehidupan insan-insan lain terdapat peringatan, teguran dan didikan daripada Allah agar kita sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi hamba-Nya yang terbaik.

NOTA: Buku ini pertama kali terbit pada Mei 2012. Buku ini diterbitkan semula pada tahun ini (2021/ ulangcetak ke10) memandangkan kandungannya yang masih relevan dan sesuai untuk situasi masa kini. Moga ia membantu pembaca menghadapi setiap ujian Allah dengan sabar dan tabah.










Sep 16, 2021

Hadis: Suatu Pengenalan Asas

Hadis: Suatu Pengenalan Asas
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-937-3
Penulis: Dr. Shamsul Mohd Nor
Kod: GB0656
Saiz: L: 16.5cm X H: 23.5cm X W: 1.5cm 
Tebal: 376 ms
Berat: 0.5KG
Teks Dalam: 1 warna
Harga: RM35.00 / RM37.00 

Detail:

Sepanjang sejarahnya, hadis sebagai sumber rujukan kedua selepas Al-Quran mempunyai peranan penting dalam membentuk hukum-hakam syariat Islam. 

Oleh itu, wajar jika mempelajari ilmu yang berkaitan dengan ucapan, perbuatan, hal-ehwal, dan juga ketetapan Rasulullah ini turut dinilai sebagai salah satu usaha ilmiah yang mulia.

Akan sentiasa wujud sekumpulan manusia dalam kalangan umatku, golongan yang berada di jalan kebenaran, tidak akan memudaratkan mereka setiap yang menjauhkan diri daripada mereka (dengan tidak membantu atau tidak menyokong), sehinggalah berlakunya kiamat.” (Riwayat Muslim)


Menurut sebahagian ulama, sekumpulan manusia dalam hadis di atas merujuk kepada ahli hadis. Buku ini menghuraikan setiap perkara asas dalam ilmu Hadis. Ia menjawab beberapa persoalan berkaitan dengan ilmu Hadis; antaranya:

          Sepuluh prinsip dasar tentang ilmu Hadis.

          Mengenali jenis-jenis pembahagian hadis; dari segi jumlah perawi, kedudukan, penerimaan atau penolakan, dan juga pembicaranya.

          Mengetahui kedudukan, autoriti, dan peranan hadis dalam hierarki perundangan Islam.

          Mengenali asas-asas ilmu Takhrij Hadis.

          Mengenali asas-asas ilmu Al-Jarh wa At-Ta‘dil.

          Memahami syarat dan proses menaik taraf kedudukan sesebuah hadis.

          Memahami mengapa tidak semua hadis Dhaif tergolong dalam kategori Mardud (ditolak).

Tentang Penulis:

Dr. Shamsul Mohd Nor memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Usuluddin dan Falsafah dengan pengkhususan Tafsir dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga memperoleh Ijazah Sarjana (MA) dalam bidang Al-Quran dan As-Sunnah (disertasi dalam kajian Takhrij Al-Hadits) dari universiti yang sama. Berpengalaman luas dalam bidang dakwah di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Pengasas Sistem Genius Membaca Al-Quran dalam masa tiga hari dengan kaedah Al-Badar. Perunding latihan dan bina insan di Pearl Mentor (M) Sdn. Bhd. Berpengalaman dalam mengendalikan kursus motivasi dan latihan seperti Rahsia Alam Diri, Islamic Team Building, Effective Supervisory Skills, Interpersonal Skills, dan Islamic Leadership Program. Hadis: Suatu Pengenalan Asas merupakan karya ketiga beliau bersama Galeri Ilmu Sdn. Bhd. selepas buku Tasawuf: Suatu Pengenalan Asas dan Ilmu Tajwid Ringkas.











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...