.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406
Showing posts with label 1 Trilogi Palestin. Show all posts
Showing posts with label 1 Trilogi Palestin. Show all posts

May 14, 2025

FINAL BATTLE: PERLAWANAN NABI ISA MENENTANG DAJJAL

FINAL BATTLE: PERLAWANAN NABI ISA MENENTANG DAJJAL
ISBN: 978-629-7716-56-5
Kod: GB0887
Penulis: Ahmad Choirul Rozikin
TEBAL:176 ms
SAIZ: 14.8cm x 21cm (A5)
Berat:
Harga: RM28.00/RM30.00

SINOPSIS

Apabila telah tiba waktu yang dijanjikan, dunia akan menyaksikan pertembungan epik yang belum pernah terjadi sebelumnya. Nabi Isa a.s., simbol kebenaran dan keadilan, diutus kembali untuk menghadapi Dajjal, makhluk yang membawa fitnah terbesar sepanjang sejarah manusia. Dari kisah kudus yang melahirkan Nabi Isa a.s. hingga tipu daya Dajjal yang menggoncangkan keimanan, buku ini membawa pembaca menelusuri perjalanan akhir zaman yang penuh dengan debaran dan ujian.

Bagaimana pertarungan antara dua Al-Masih ini akan mengubah dunia?

Apakah peranan kita, umat Islam dalam melawan kebatilan?

Dan bagaimana kita boleh mempersiapkan diri untuk menghadapi tanda-tanda kiamat yang telah diberi amaran oleh Rasulullah SAW?


Final Battle: Perlawanan Nabi Isa Menentang Dajjal menghidupkan kisah ini dengan naratif yang lebih segar. Ia bukan sekadar bacaan, tetapi panggilan untuk menguatkan keimanan, mempersiapkan diri, dan memahami hikmah besar di sebalik pertembungan antara cahaya kebenaran dan kegelapan.

Sebuah peringatan, sebuah harapan, dan sebuah petunjuk — adakah kita bersedia untuk menjelajah rahsia perjuangan terbesar dalam sejarah manusia?









THE SAVIOURS: PAHLAWAN PEMBEBAS BAITULMUQADDIS

THE SAVIOURS: 
PAHLAWAN PEMBEBAS BAITULMUQADDIS
ISBN: 978-629-7716-55-8
Kod: GB0886
TEBAL:176 ms1
Penulis: Ahmad Choirul Rozikin
SAIZ: 14.8cm x 21cm (A5)
Berat:
Harga: RM28.00/RM30.00

SINOPSIS

Baitulmuqaddis — sebuah kota suci yang telah melalui banyak peristiwa besar dalam sejarah. Sejak ribuan tahun lalu, ia menjadi rebutan pelbagai kuasa dan saksi perjuangan para pahlawan.

Buku ini membawa pembaca menyusuri jejak para pahlawan yang membebaskan Baitulmuqaddis. Dari Rasulullah SAW yang secara spiritual mengangkat martabat Masjidil Aqsa, Sayidina Umar al-Khattab yang menawan kota ini dengan keadilan, hingga Salahuddin al-Ayyubi yang mengembalikan tanah suci ini ke tangan Islam setelah hampir satu abad dijajah gerombolan Salibiyah.


Namun, ikhtiar belum bernoktah. Zionisme menjulang, penjajahan baharu merampas hak anak watan Palestin, dan Masjidil Aqsa terus diancam. Tamadun silam mengajar kita bahawa kemerdekaan tidak datang tanpa tebusan darah dan keringat.

Adakah kita sekadar menadah mata, atau bersedia menyambung wasiat perjuangan ini?









Apr 24, 2025

THE MESSENGERS OF GOD

THE MESSENGERS OF GOD: Kisah 13 Nabi Di Bumi Palestin
SIRI: Trilogi Palestin
ISBN: 978-629-7716-53-4
KOS: GB0885
PENULIS: AHMAD CHOIRUR ROZIQIN
TEBAL: 152 ms
SAIZ: 14.8cm x 21cm (A5)
BERAT:
HARGA: RM25.00/RM27.00

SINOPSIS:

Palestin, tanah yang dipenuhi rahmat dan sejarah, menjadi saksi perjalanan hebat para nabi. Dari pengorbanan Nabi Ibrahim, keberanian Nabi Daud, ketabahan Nabi Yaakub, betapa pemaafnya Nabi Yusuf hingga kecekalan Nabi Isa, putera Maryam, setiap kisah membawa pengajaran berharga tentang iman, kesabaran, dan perjuangan dakwah.

Melalui buku ini, anda akan menemui cerita-cerita luar biasa yang kekal relevan sepanjang zaman. Kisah 13 Nabi di Bumi Palestin penuh dengan pengajaran yang membantu pembaca mendekatkan diri kepada Allah dan menjadi insan yang lebih baik.

Bumi Palestin, tanah pilihan untuk para nabi, menyimpan keajaiban dan hikmah di sebalik setiap peristiwa. Buku ini membawa anda menyelami kehidupan mereka, memahami perjuangan, dan mengambil iktibar daripada kisah-kisah yang sarat inspirasi.


Bersiaplah untuk mengembara ke masa lalu, menyusuri perjalanan para utusan Allah, dan menemui erti perjuangan di tanah yang diberkati ini. Bacalah, fahami, dan jadikan teladan – kerana kisah mereka adalah panduan untuk kita semua.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...