.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406
Showing posts with label Zaki Sapuan Al Hafiz. Show all posts
Showing posts with label Zaki Sapuan Al Hafiz. Show all posts

Mar 31, 2026

KISAH HEBAT KHULAFA AR-RASYIDIN: UMAR AL-KHATTAB

KISAH HEBAT KHULAFA AR-RASYIDIN: UMAR AL-KHATTAB
ISBN: 978-629-7716-87-9
Penulis: Zaki Safuan Al-Hafiz
Kod: GB0922
Tebal: 208 ms
Saiz: 6.75” X 9.5”
Berat:
Harga: RM30.00/RM32.00

SINOPSIS

Sayidina Umar r.a. termasuk dalam 10 Sahabat yang dijanjikan syurga. Doa Rasulullah agar Islam dimuliakan melalui Sayidina Umar atau Abu Jahal akhirnya dimakbulkan dengan pemilihan Sayidina Umar r.a. Baginda turut bersabda, “Sesungguhnya syaitan takut kepada Umar bin al-Khattab.”

Sepanjang 10 tahun menjadi khalifah, Sayidina Umar terkenal dengan keadilan dan keberaniannya. Beliau membentuk pentadbiran wilayah Islam, menubuhkan Baitulmal, menetapkan kalendar Hijriah, serta memperluas wilayah Islam ke Syam, Parsi, dan Mesir.

Keislamannya memberi kekuatan besar kepada umat Islam, bahkan hijrahnya dilakukan secara terbuka sebagai cabaran kepada kafir Quraisy. Di bawah kepimpinannya, Islam mencapai kemenangan dalam peperangan besar seperti Yarmuk, Al-Qadisiyyah, dan Nahawand. Walaupun memimpin empayar yang luas, beliau tetap hidup sederhana, memakai pakaian bertampal dan makan tanpa bermewah.


Siri ini ditulis untuk memperkenalkan empat Sahabat utama Rasulullah
yang digelar Khulafa Ar-Rasyidin, iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib. Mereka merupakan khalifah yang mendapat petunjuk selepas pemergian Baginda ke negeri abadi.

Melalui siri ini, insya-Allah kita akan membaca riwayat hidup mereka dalam bentuk yang mudah difahami. Semoga lahir rasa cinta kepada para Sahabat, dan kita terdorong untuk mencontohi iman, akhlak serta kepimpinan mereka.









Oct 1, 2025

KISAH HEBAT KHULAFA AR-RASYIDIN: ABU BAKAR AS-SIDDIQ

KISAH HEBAT KHULAFA AR-RASYIDIN: ABU BAKAR AS-SIDDIQ
ISBN: 978-629-7716-68-8
Kod: GB0898
Penulis: Zaki Safuan Al-Hafiz
Saiz: 6.75” X 9.5”
Tebal: 208 ms
Berat:
Harga: RM30.00/RM32.00

Sinopsis


Sayidina Abu Bakar merupakan lelaki dewasa yang paling awal mempercayai Nabi Muhammad
, bahkan sebelum Baginda diutus sebagai Rasul. 

Suatu hari, beliau datang menemui Nabi dan bertanya, “Wahai Abu Qasim, adakah benar engkau telah menghina tuhan nenek moyang kami?”

Baginda menjawab dengan tenang, “Aku adalah utusan Allah, dan aku mengajakmu untuk beriman kepada-Nya.”

Tanpa sebarang keraguan, Abu Bakar menerima seruan itu dan memeluk Islam. Rasulullah berasa amat gembira, dan dua gunung yang mengelilingi Makkah menjadi saksi atas keislaman beliau.


Siri ini ditulis untuk memperkenalkan empat Sahabat utama Rasulullah
yang digelar Khulafa Ar-Rasyidin, iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib. Mereka merupakan khalifah yang mendapat petunjuk selepas pemergian Baginda ke negeri abadi.

Melalui siri ini, insya-Allah kita akan membaca riwayat hidup mereka dalam bentuk yang mudah difahami. Semoga lahir rasa cinta kepada para Sahabat, dan kita terdorong untuk mencontohi iman, akhlak serta kepimpinan mereka.








Apr 9, 2025

Tafsir Ayat-Ayat Cinta

Tafsir Ayat-Ayat Cinta
ISBN: 978-629-7716-52-7
Penulis: Zaki Sapuan al-Hafiz
Kod: GB0869
Saiz: 5.5" x 8.5" (Portrait)
Tebal: 288 muka surat (1C)
Berat:
Harga: RM25.00/RM27.00*

SINOPSIS:

“Cinta yang sejati adalah cahaya yang tidak terpadamkan. Ia membimbing mereka yang mencari, dan menyelamatkan mereka yang tersesat.”

Di sebalik bait-bait indah Jalaluddin Rumi, tersembunyi lautan hikmah yang menanti untuk diterokai. Tafsir Ayat-Ayat Cinta membawa anda menyelami makna cinta yang melampaui emosi manusia — cinta yang menemukan jiwa dengan rahmat Ilahi.

Melalui kisah, perumpamaan, dan tafsiran ayat-ayat Al-Quran, naskhah ini mengubati luka-luka jiwa dan memimpin kita pulang ke kampung rohani. Dari renungan tentang pergaulan yang menyembuhkan, cahaya yang hilang dalam bayang, hingga kerinduan yang membawa kepada teman abadi, setiap halaman membawa pembaca semakin dekat kepada hakikat yang sering tersembunyi di sebalik helaian kehidupan.

Adakah hatimu pernah merasa kosong?


Adakah jiwamu pernah bertanya tentang makna yang lebih dalam?

Maka, berjalanlah bersama Rumi dalam tafsir cinta ini. Temukan hikmah dalam kata, dan temukan dirimu dalam cahaya-Nya.








Mar 3, 2025

Kisah Menarik 25 Rasul (Buku 4)

Kisah Menarik 25 Rasul 4
ISBN: 978-629-7716-25-1
Penulis: Zaki Sapuan al Hafiz
Kod: GB0865
Saiz: 16 cm X 23.4 cm
Tebal: 208 ms
Berat:
Harga: RM30.00/RM32.00

SINOPSIS

“Bintang Ahmad muncul! Bintang Ahmad muncul!’ jerit seorang ulama Yahudi.

Serentak itu juga, Aminah melahirkan Muhammad tanpa sebarang kesakitan atau kepayahan. Ibu itu melihat bayinya meletakkan kedua-dua tangan ke bumi seperti bersujud, lalu mengangkat kepala ke langit. Baginda lahir dalam keadaan riang gembira dan sudah berkhatan. Bahkan, batu penutup yang diletakkan di atas Baginda turut terbelah dua. Alam semesta menyaksikan burung di udara, binatang di daratan dan ikan di lautan semuanya tidak putus-putus berselawat kepada Baginda.

Cahaya yang terang-benderang muncul dan menerangi istana-istana di negeri Syam. Patung-patung berhala pun hancur berkecai. Bangsa jin yang jahat sudah tidak boleh mencuri dengar perbualan malaikat di langit selepas kelahiran Nabi Muhammad . Sementara itu, Iblis menangis sambil meraung-raung kesedihan pada akhir malam yang berkat itu.


Begitulah cerita kelahiran Junjungan Mulia kita Nabi Muhammad SAW yang terkandung dalam buku ini. Banyak lagi kisah-kisah menarik keagungan Utusan Allah untuk kita sama-sama menghayatinya.

Koleksi Kisah Menarik 25 Rasul ini membawakan empat jilid buku yang santai lagi mudah. Justeru, selamat membaca kisah-kisah 25 Nabi ini dengan ucapan Bismillah. Moga-moga karya yang padat informasi dengan bahasa yang ringan ini dapat menarik perhatian semua orang khususnya golongan muda. Dengan tujuan, agar kepercayaan kepada para nabi dan rasul yang menjadi rukun Iman akan membugar di dalam dada setiap pembaca.








*********************************

𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗽𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻
𝗽𝗲𝗿𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁:

𝗝𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝘀𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗼𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂:

********************************

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...