.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406
Showing posts with label 1 novel seramistik. Show all posts
Showing posts with label 1 novel seramistik. Show all posts

Feb 19, 2019

Saka Cincin Long Esah

SAKA CINCIN LONG ESAH
ISBN: 978-983-097-783-6
Penulis: SUHANA SALLEH & NIDA ZAHAR
Kod: BP034
Tebal: 264 ms
Saiz: L: 11.4 cm; H: 18.4 cm; W:
Berat: 0.21 kg
terbit: Feb 2019
Harga: RM17.00/ RM19.00*

SINOPSIS

Novel SAKA CINCIN LONG ESAH mengisahkan Diana cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu di kampung tetapi ternyata ia bukanlah perkara yang mudah bagi dirinya. Apatah lagi dia perlu mendiami rumah pusaka neneknya yang begitu asing kerana sebelum ini dia telah dibesarkan di bandar.

Baru sahaja mendiami rumah pusaka itu, dia telah pun didatangi dengan perkara-perkara yang pelik dan misteri. Malam pertama di rumah itu dia telah terdengar suara dari arah dapur. Manakala adiknya Imran pula telah hilang ketika bermain di halaman rumah hingga memaksa bapanya memanggil bomoh terkenal di kampung itu dan turut mendapatkan bantuan dari seorang ustaz. Syukur, adiknya berjaya di jumpai oleh ustaz berpandukan pada mimpi mama yang melihat Imran duduk dalam keadaan ketakutan di bawah sebatang pokok besar iaitu pokok jejawi yang terdapat di halaman rumah tersebut. 
Di rumah pusaka itu terdapat sebuah bilik dan ia menjadi kawasan larangan bagi setiap penghuni rumah terbabit.  Apa yang dilarang itu menjadi sesuatu yang menggugah naluri ingin tahu Diana. Penemuan Diana dari dalam bilik misteri itu telah membawa Diana ke garisan permulaan kepada pembongkaran misteri keluarga yang telah dikambus sekian lama.
Kejadian demi kejadian aneh kian tersingkap, bermula di rumah dan berlanjutan pula hingga ke kampus. Pertanyaan demi pertanyaan sering bermain dimindanya apabila dia mampu untuk melihat satu demi satu penampakan mistik seolah-olah tiada lagi hijab di hadapan matanya.
Ternyata konflik diri dan keluarga akhirnya membawa Diana untuk mengenali diri dengan lebih mendalam dan memberikannya sebuah erti kehidupan yang menjangkaui batasan pemikirannya.


TENTANG PENULIS

Suhana Salleh adalah seorang pengusaha taska yang menulis. Beliau pernah menghasilkan sebuah novel awal remaja bersama Galeri Ilmu pada tahun 2011 bertajuk 'Namaku Alias Lee'. Kini beliau kembali aktif menulis tapi hanya di belakang tabir atau lebih dikenali sebagai ghostwriter. Seorang yang cepat mesra dengan kanak-kanak dan remaja. Bekerjasama dengan Nida Zahar.

Nida Zahar merupakan seorang penulis yang mempunyai minat yang unik dalam penulisan kisah seram berdasarkan pengalaman sebenar. Sudah menerbitkan beberapa buah buku terbit sendiri dan hasil kolaborasi dengan sebuah kumpulan paranormal tempatan.

Beliau juga giat mengkaji dan merekod kisah-kisah mistik di lokasi-lokasi angker seluruh negara.


Selain daripada menulis kisah seram, beliau juga merupakan penulis upahan yang telah menghasilkan beberapa buku tokoh berdasarkan kisah hidup (autobiografi).

Oct 17, 2018

Sihir Jin Lamashtu

Sihir Jin Lamashtu
ISBN: 978-983-097-758-4
Penulis: Nami Adnan
Kod: BP 28
Tebal: 488 ms
Harga: RM25.00/ RM27.00


SINOPSIS:
Novel Sihir Jin Lamashtu mengisahkan keluarga Adam Syakir yang terpaksa berpindah dari banglo mewah di Kuala Lumpur ke rumah sewa kampung di Sungai Bakap, Pulau Pinang kerana perniagaan bapanya Encik Burhan merosot hingga menjadikan mereka miskin. 

Kehidupan baharu itu menjadikan hubungan keluarga kian rapat berbanding sebelum ini kerana di kampung mereka tidak disibukkan dengan urusan keduniaan. 

Namun, kegembiraan mereka tidak bertahan lama kerana rumah yang mereka sewa itu rupa-rupanya berhantu.

Gangguan yang bermula dari jelmaan seorang budak kecil berbangsa Cina itu telah lama diketahui oleh penduduk sekitar. Sepanjang pengetahuan penduduk, hanya hantu yang berupa kanak-kanak kecil sahaja yang sering mengganggu dan bukannya makhluk besar, hitam lagi menakutkan seperti yang dialami oleh keluarga Adam Syakir.

Tanpa pengetahuan keluarganya, gangguan tersebut sebenarnya ada kaitan dengan Encik Burhan yang telah menjadikan jin sebagai pendamping untuk berjaya dalam perniagaan yang diceburinya di Kuala Lumpur hingga menjadi kaya-raya. Encik Burhan membawa keluarganya berpindah setelah perniagaannya jatuh akibat tidak lagi berdamping dengan jin tersebut semenjak isterinya mengandungkan Syafiq yang kini berusia tiga tahun,

            Gangguan jin Lamashtu yang telah wujud sebelum kelahiran Nabi Isa a.s. itu sebenarnya atas dasar membalas dendam terhadap Encik Burhan yang telah memungkiri janji. Namun, beberapa nyawa telah menjadi korban dengan cara kematian yang sangat mengerikan.

TENTANG PENULIS
Pemilik nama sebenar, Ahmad Syuhaimi Adnan adalah seorang peguambela dan peguamcara, konsultan undang-undang dan penulis sambilan. Kini, memiliki firma guaman sendiri. Sangat meminati pelbagai disiplin ilmu terutamanya bidang agama dan sains. Pembacaannya meluas dan pelbagai. Pernah memenangi beberapa anugerah dalam bidang penulisan daripada DBP.

Novel Sihir Jin Lamashtu ini merupakan novel kedua beliau bersama dengan penerbit Galeri Ilmu. Penulisan kedua-dua novel beliau adalah dalam genre yang menjurus ke arah thriller Islamik. Seorang yang agak pendiam, tetapi mampu berhujah dan bercerita dengan baik.

Apr 5, 2018

Magna Sayap Hitam

Judul: MAGNA SAYAP HITAM
ISBN: 978 - 983 - 097- 704 - 1
Kod: BP018
Kategori: Fiksyen
Penulis: Iwan Reaz
Tebal: 312 ms
Harga: RM18.00/ RM20.00

SINOPSIS

Novel MAGNA SAYAP HITAM membawakan kisah Zettrion, sebuah dunia tanpa warna dan tiada undang-undang yang terpakai di situ melainkan amalan sihir yang berleluasa. Pertarungan sentiasa berlaku. Manusia yang lebih kuat dan kejam akan dihormati berdasarkan pada pangkat yang tertera pada lengan manusia di Zettrion ini.

   Efix, manusia putih yang besar dan kuat tetapi pecinta kedamaian. Dan kerana dia tidak seperti manusia lain dan sikapnya yang berbeza itu, Efix dibenci oleh keluarganya sendiri. Impian Efix adalah untuk berhijrah ke planet Bumi kerana manusia di Zettrion ini berasal dari planet Bumi. Bagi Effix, Bumi punyai keindahan dan keamanan yang didambakannya. 

Hasratnya itu semakin bergelora apabila dia termakan dengan hasutan Izze bahawa manusia yang paling kejam dan yang mencapai pangkat paling tinggi akan ditumbuhi Sayap Hitam yang membolehkan mereka terbang ke planet Bumi. Akhirnya Efix mula melakukan kejahatan demi kejahatan... 

Berjayakah Efix merealisasikan cita-citanya itu?




TENTANG PENULIS:

Iwan Reaz merupakan nama pena kepada pemilik nama Ridzuan Mohd Ghazali. Berasal dari Kajang, Selangor. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Aktuari dari Temple University. Kini bertugas sebagai Penolong Pengurus di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). Penulis buku Melodi Hati, Hazim Aizat & Muzik, Brr Sejuknya Salji, Diari Untuk Ibu, Goodbye New York, Philly Aku Culture Shocked, Suara Tanpa Bahasa, Memotret Kenangan dan kumpulan cerpen Hologram. Turut menyumbang karya eceran berbentuk puisi dan cerpen untuk disiarkan dalam surat khabar dan majalah tempatan seperti Mingguan Malaysia, Sinar Harian dan Tunas Cipta.

Mar 16, 2018

Keris Long Leh

Judul: Keris Long Leh
ISBN: 978 - 983 - 097- 705 – 8
Kategori: Fiksyen
Penulis: Syauqie MK
Kod: BP017
Tebal: 248 ms
Harga: RM17/19



SINOPSIS

Novel KERIS LONG LEH mengisahkan Aminnuddin telah meminjam sebilah keris daripada bapa saudaranya bagi tujuan kajian dan mengumpul bahan untuk sebuah draf manuskrip novel. 

Amin telah mengingkari pesanan pak longnya agar tidak membuka kain kuning yang membalut keris tersebut. Keris tersebut sepatutnya dipulangkan kepada pak longnya sebelum tengah malam Jumaat iaitu malam tersebut tetapi Amin terlupa.

Sejak malam itu pelbagai perkara pelik telah terjadi. Penduduk taman perumahannya mula bercakap yang Amin ada membela saka. Budak-budak yang mengaji dengan isterinya juga takut untuk datang mengaji kerana ternampak ada jembalang yang menyerupai binatang berbulu hitam atas bumbung rumahnya. Anaknya Icad sampai pengsan dalam jamban dan anak sulungnya pula di jumpai tidur di tepi jamban. Kucing belaan keluarganya turut mati, pokok-pokok yang ditanam isterinya semuanya mati. Malah, nasi dan gulai yang baru dimasak isterinya juga basi.


Gangguan datang silih berganti. Hidupnya mulai kacau. Keris pusaka tak bertuan menjadi rebutan. Nyawanya kini terancam!

Beliau sedar waris sebenar perlu dicari bagi merungkai misteri yang menyelubunginya dan semua ini terjadi sejak dia meminjam keris daripada pak longnya itu. Adakah semua yang berlaku ini disebabkan keris tersebut dan apa ada dengan keris Long Leh itu?

TENTANG PENULIS:

SYAUQIE MK berasal dari Pendang, Kedah - memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari University of Nebraska-Lincoln, Amerika Syarikat. Beliau cenderung kepada genre thriller dan judul 'TERORIS, AKU BUKAN TERORIS adalah karya pertama terbitan 2016. Beliau seterusnya terlibat dalam komplot penulis untuk menghasilkan novelet ‘KRISIS1: Lari Manap Lari’ pada tahun 2017. Penulis juga turut menyumbang dalam projek anekdot novel komedi-santai dan kritis bersama tiga penulis lain dalam ‘GENG BUDAK SENGAL’ dan ‘MANA TUNANG AKU’.

Jan 30, 2018

Pazuzu

Judul: Pazuzu
ISBN: 978-983-097-700-3
Penulis: Nami Adnan
Kod: BP16
Kategori: Fiksyen
Tebal: 256 ms
Harga:
RM 17/RM19*




SINOPSIS

Novel PAZUZU mengisahkan Jeri, pelajar di Fakulti Undang-undang, Universiti Darul Ridzuan merupakan seorang yang agnostik iaitu seorang yang sering mempertikaikan perkara-perkara ghaib dalam Islam. Perkara ghaib itu lebih menjurus kepada kewujudan jin dan syaitan.

Demi menegakkan dogmanya, dia sanggup menjalankan upacara hitam hanya untuk membuktikan bahawa makhluk-makhluk ghaib itu tidak wujud. Namun, tanpa disedari Jeri, dia sebenarnya telah berjaya menyeru sesuatu yang sangat tua dan sangat dahsyat dari zaman silam. Ia sesuatu yang bersifat kesyaitanan yang disembah dan dipuja sebagai tuhan penyelamat oleh manusia dahulu kala.

Jeri menerima padah daripada perlakuannya itu apabila dia mulai berhadapan dengan gangguan-gangguan yang menjadikan hidupnya tidak keruan. Masa dirasakan Jeri kian suntuk kerana dia tidak pasti apa sebenarnya yang sedang berhadapan dengannya ketika itu. Apabila menyedari yang diserunya itu menuntut dirinya sebagai korban, semuanya telah terlambat. Darahnya harus dibayar dengan nyawanya.



TENTANG PENULIS


Pemilik nama sebenar, AHMAD SYUHAIMI ADNAN adalah seorang peguambela dan peguamcara, konsultan undang-undang dan penulis sambilan. Kini, memiliki firma guaman sendiri. Sangat meminati pelbagai disiplin ilmu terutamanya bidang agama dan sains. Pembacaannya meluas dan pelbagai. Pernah memenangi beberapa anugerah dalam bidang penulisan daripada DBP. Novel ini merupakan kali pertama beliau menulis genre yang menjurus ke arah thriller Islamik. Seorang yang agak pendiam, tetapi mampu berhujah dan bercerita dengan baik.

..................................................................................................
UNTUK PEMBELIAN & PERTANYAAN: WSAPP 011.3293 3466
..................................................................................................
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...