Judul: Keris Long
Leh
ISBN: 978 - 983 - 097- 705 – 8
Kategori: Fiksyen
Penulis: Syauqie MK
Kod: BP017
Tebal: 248 ms
Harga: RM17/19
SINOPSIS
Novel KERIS LONG LEH mengisahkan Aminnuddin telah meminjam sebilah keris daripada bapa
saudaranya bagi tujuan kajian dan mengumpul bahan untuk sebuah draf manuskrip
novel.
Amin telah mengingkari pesanan pak longnya agar tidak membuka kain
kuning yang membalut keris tersebut. Keris tersebut sepatutnya dipulangkan
kepada pak longnya sebelum tengah malam Jumaat iaitu malam tersebut tetapi Amin
terlupa.
Sejak malam itu pelbagai
perkara pelik telah terjadi. Penduduk taman perumahannya mula bercakap yang
Amin ada membela saka. Budak-budak yang mengaji dengan isterinya juga takut
untuk datang mengaji kerana ternampak ada jembalang yang menyerupai binatang
berbulu hitam atas bumbung rumahnya. Anaknya Icad sampai pengsan dalam jamban
dan anak sulungnya pula di jumpai tidur di tepi jamban. Kucing belaan
keluarganya turut mati, pokok-pokok yang ditanam isterinya semuanya mati.
Malah, nasi dan gulai yang baru dimasak isterinya juga basi.
Gangguan datang silih berganti.
Hidupnya mulai kacau. Keris pusaka tak bertuan menjadi rebutan. Nyawanya kini
terancam!
Beliau sedar waris sebenar perlu dicari bagi merungkai
misteri yang menyelubunginya dan semua ini terjadi sejak dia meminjam keris
daripada pak longnya itu. Adakah semua yang berlaku ini disebabkan keris
tersebut dan apa ada dengan keris Long Leh itu?
TENTANG PENULIS:
SYAUQIE MK berasal
dari Pendang, Kedah - memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan
Perniagaan dari University of Nebraska-Lincoln, Amerika Syarikat. Beliau
cenderung kepada genre thriller dan judul 'TERORIS,
AKU BUKAN TERORIS adalah karya pertama terbitan 2016. Beliau seterusnya
terlibat dalam komplot penulis untuk menghasilkan novelet ‘KRISIS1: Lari Manap Lari’ pada tahun 2017. Penulis juga turut
menyumbang dalam projek anekdot novel komedi-santai dan kritis bersama tiga
penulis lain dalam ‘GENG BUDAK SENGAL’
dan ‘MANA TUNANG AKU’.
No comments:
Post a Comment