.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406
Showing posts with label Ustaz Hazri Hashim. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Hazri Hashim. Show all posts

Aug 7, 2025

Mengenal Peribadi Rasulullah SAW

Mengenal Peribadi Rasulullah SAW
Penulis: Ustaz Hazri Hashim al-Bindany
ISBN: 978-629-7716-64-0
Kod: GB0894
Saiz: 13.5cm X 21.5cm (Portrait)
Tebal: 112 muka surat (4C)
Berat:
Harga: RM20.00/RM22.00

Blurp:

Bagaimanakah rupa paras Rasulullah SAW? Apakah akhlaknya di sisi para sahabat?

Apa tanggungjawab kita sebagai umat Baginda?

Buku kecil ini mengajak anda menyelami 6 aspek penting tentang insan teragung yang diutus sebagai rahmat ke seluruh alam.

Disusun secara ringkas, padat dan menyentuh hati, naskhah ini membimbing pembaca mengenali Baginda SAW melalui nama-nama dan nasabnya, sifat fizikal dan akhlaknya, mukjizat-mukjizatnya yang mengagumkan, serta kedudukan ahli keluarga Baginda yang mulia.

Lebih penting, ia mengajak kita menilai kembali sejauh mana cinta dan tanggungjawab kita terhadap Rasulullah SAW — bukan hanya pada lisan, tetapi dengan ilmu, amalan dan penghormatan yang sebenar-benarnya.

Bacalah bingkisan ini dengan hati. Semoga tumbuh benih cinta kepada Rasulullah SAW yang akan subur sampai ke akhir hayat.


USTAZ MOHD HAZRI HASHIM AL-BINDANY berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Sektor Kurikulum Pendidikan Islam & Bahasa Arab, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau juga merupakan penceramah bertauliah yang aktif menyampaikan kuliah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Di samping itu, beliau turut merangkap sebagai Penasihat Pertubuhan Darul Muhajirin Littafaqquh Fiddin, penggerak pengajian kitab-kitab turats di Hulu Selangor. Mengenal Peribadi Rasulullah SAW merupakan karya beliau yang ke-12 yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd.







Feb 20, 2025

Hayatus Sahabah 3: 23 Sahabat Kesayangan Nabi

Hayatus Sahabah 3: 23 Sahabat Kesayangan Nabi (Cover baru 2025)
Penulis: Ustaz Mohd Hazri Hashim Al-Bindany
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-920-5
Kod: GB 0628
Saiz: 13.5cm X 21.5cm
Tebal: 248 m/s
Isi Dalam: 1C
Berat: 
Harga: RM 23.00/ 25.00

(Mula terbit: Sept 2020)


SINOPSIS:

Buku ini menampilkan 23 personaliti daripada kalangan SAHABAT Rasulullah SAW yang menyayangi dan mencintai Nabi melebihi cinta kepada diri mereka sendiri. Mereka sentiasa ingin berdampingan dengan Nabi di dunia dan di syurga.

Maka, kasih sayang dan cinta mereka dibuktikan dengan kesungguhan mereka beribadah dan menegakkan agma Allah. Antara kisah hidup Sahabat yang dipaparkan dalam buku ini ialah:

●        Khalid bin Sa‘id al-’Ash

●        Suraqah bin Malik

●        Fairuz ad-Dailamy

●        Tsabit bin Qais

●        Thalhah bin ‘Ubaidillah

●        Mu‘adz bin Jabal

●        Keluarga Yasir





*********************************

𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗽𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻
𝗽𝗲𝗿𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁:

𝗝𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝘀𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗼𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂:

********************************

Hayatus Sahabah 2: 20 Pemuda Wira Rasulullah

Hayatus Sahabah 2: 20 Pemuda Wira Rasulullah (cover baru 2025)
Penulis: Ustaz Mohd Hazri Hashim Al-Bindany
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-689-1
Kod: GB 0463
Saiz: 13.5cm X 21.5cm
Tebal: 200 m/s
Isi Dalam: 1C
Berat:
Harga: RM 20.00/ 22.00

(Mula terbit: Jan 2018)


SINOPSIS:

Sewaktu dakwah Islam bermula, golongan muda turut terlibat dan sama-sama menghadapi penyeksaan dan penindasan oleh kafir Quraisy. Namun semua itu tidak pernah mematahkan semangat dan cinta mereka kepada Rasulullah SAW dan agama Islam yang bagaikan cahaya dalam kehidupan mereka.

Cahaya itulah yang menjadi jihad mereka untuk disebarkan ke segenap dunia.

Membesar dengan asuhan dan didikan Rasulullah, merekalah antara pemuda yang dibanggakan Baginda sebagai generasi terbaik.



Buku ini membawakan peribadi 20 orang Sahabat yang layak dijadikan idola seluruh umat Islam, antaranya:

       Abdullah Ibnu Abbas

       Shuhaib Ar-Rumy

       Zaid Ibnu Haritsah

       Abdur Rahman Ibnu ‘Auf

       Hakim Ibnu Hazim

       ‘Abbad Ibnu Bisyr







*********************************
𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗽𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻
𝗽𝗲𝗿𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁:

𝗝𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝘀𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗼𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂:

********************************

Hayatus Sahabah: 20 Kisah Sahabat

Hayatus Sahabah: 20 Kisah Sahabat (cover baru 2025)
Penulis: Ustaz Mohd Hazri Hashim Al-Bindany
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-648-8
Kod: GB 0423
Saiz: 13.5cm X 21.5cm
Tebal: 200 m/s
Isi Dalam: 1C
Berat:
Harga: RM20.00/ 22.00

(Mula terbit: Feb 2017)


SINPOSIS:

Dalam Islam, terdapat 3 syarat utama untuk seseorang itu digelar Sahabat Rasulullah SAW. Mereka mestilah sempat hidup sezaman dengan Rasulullah SAW serta sempat bersua muka atau mendengar suara Baginda. 

Keduanya, mereka mestilah beriman dan ketiga mereka kekal dalam agama Islam sehingga meninggal dunia. Jumlah mereka tidak dapat dikenal pasti secara tepat. Namun kisah kehebatan dan jasa bakti mereka sentiasa diulang-ulang dan terakam kemas dalam bentuk buku khususnya.


20 orang Sahabat yang diabadikan kisah mereka dalam buku ini adalah antara Sahabat yang mewakafkan hidup mereka demi menegakkan Islam dan mempertahankan Rasulullah SAW. Antaranya:

•         ‘Umair Ibnu Wahb

•         Tsumamah bin Utsal

•         ‘Amru bin al-Jamuh

•         Majza’ah bin Tsaur as-Sadusi

•         Usaid bin Hudhair







*********************************

𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗽𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻
𝗽𝗲𝗿𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁:

𝗝𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝘀𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗼𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂:

********************************

Mar 22, 2024

36 Adab Terhadap Al-Quran



                                                    
36 Adab Terhadap Al-Quran
ISBN: 978-629-7556-73-4
Kod: GB0794
Penulis: Ustaz Hazri Hashim al-Bindany
Saiz: 13.5 cm X 21.5 cm (Portrait)
Jumlah ms: 152 muka surat
Content: Simili 80gsm / 1C
Kulit Buku: 260 gsm Art Card / 4C
Berat: 0.5 kg
Harga: RM20.00/RM22.00*

 Sinopsis:

36 ADAB TERHADAP AI-QURAN yang merupakan terjemahan dan ringkasan kitab Ta'zim al-Quran al-Karim susunan Al-'Allamah asy- Syaikh As'ad Muhammad Said as- Saghirjiy, membicarakan satu ilmu daripada beberapa perbahasan yang selayaknya diberi tumpuan dalam konteks keimanan dan kebenaran Al-Quran, penghormatan dan cara beramal dengannya. Hal ini sesuai dengan tuntutan memuliakan, mengagungkan dan mengamalkan al-Quran.

Kitab ini mengumpulkan huraian tuntas berdasarkan al-Quran. hadis, atsar dan qiyas tentang adab yang dituntut ke atas kaum Muslimin terhadap al-Quran al-Karim. Terjemahan dan ringkasan kitab ini mengambil kira isi-isi penting dengan tidak mengulang hadis-hadis yang sama atau hampir sama pada maksud.

Antara perbahasan menarik:

- Adab mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.

- Menghadirkan hati ketika membaca al-Quran.

- Hukum mewaqatkan bacaan kerana hendak bercakap.

- Fadilat surah-surah tertentu.

- Hukum meletakkan sesuatu di atas mashaf al-Quran, dan lain-lain.

 


USTAZ MOHD HAZRI HASHIM AL-BINDANY

berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Sektor Kurikulum Pendidikan Islam & Bahasa Arab, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau aktif menyampaikan kuliah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dan merupakan Penasihat Pertubuhan Darul Muhajirin Littafaqquh Fiddin, penggerak pengajian kitab- kitab turats di Hulu Selangor. 36 Adab Terhadap Al-Quran merupakan karya kesebelas beliau terbitan  Galeri limu Sdn. Bhd.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...