.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406
Showing posts with label 1 hadis. Show all posts
Showing posts with label 1 hadis. Show all posts

Jan 22, 2026

40 Hadith Tentang Kebahagiaan Insan

40 Hadith Tentang Kebahagiaan Insan
Penulis: Ustaz Raja Ahmad Mukhlis
ISBN: 978-629-7716-93-0
Kod: GB0917
Saiz: 5.5" x 8.5" (Portrait)
Berat:
Harga: RM25/RM27

SINOPSIS

Buku 40 Hadith Tentang Kebahagiaan Insan merupakan sebuah himpunan hadith Nabawi yang disusun khusus bagi membimbing insan memahami hakikat kebahagiaan yang sebenar. Berteraskan manhaj para ulama’ dalam penyusunan karya al-Arba‘īn, buku ini mengangkat tema kebahagiaan sebagai persoalan asas kehidupan manusia.

Melalui 40 hadith pilihan, penulis menghuraikan isu-isu utama berkaitan fitrah insan, keimanan, kehambaan, ujian hidup, musibah, kesabaran, redha, tawakal serta hubungan manusia dengan Allah . Setiap hadith disertakan dengan penjelasan ringkas yang menghubungkan makna hadith dengan realiti kehidupan.


Ditulis dengan bahasa yang lembut, bersifat tazkiyah dan reflektif, karya ini sesuai dibaca oleh pelbagai lapisan masyarakat yang sedang mencari ketenangan jiwa dan panduan hidup melalui percontohan Nabi Muhammad
.








Mar 20, 2025

22 Hadis Meniti Jalan ke Syurga

22 Hadis Meniti Jalan ke Syurga
ISBN: 978-629-7716-37-4
PENULIS: Ustaz Mohd Faiz Abidin
KOD: GB0868
SIAZ: 13.5cm X 21.5 cm (Portrait)
TEBAL: 152 muka surat (1C)
BERAT:
HARGA: RM20.00/RM22.00*

SINOPSIS

22 Hadis Meniti Jalan ke Syurga Membawa pembaca mendalami hikmah dan pengajaran daripada hadis-hadis yang dimulakan dengan frasa “empat perkara.”

Buku ini menyajikan panduan praktikal yang tidak hanya memberikan wawasan akhirat, tetapi juga memupuk keinsafan dalam kehidupan seharian. Melalui refleksi mendalam dan nasihat-nasihat berguna, ia menjadi panduan penting untuk memperbaiki amalan hidup ke arah kebahagiaan dunia dan akhirat.


Antara perbahasan utama yang menarik dalam buku ini:

1.         Empat Sifat yang Menjamin Kebahagiaan Dunia dan Akhirat - Panduan untuk hidup harmoni melalui kejujuran, amanah, akhlak mulia, dan kesucian makanan.

2.         Empat Doa yang Tidak Akan Ditolak - Doa-doa istimewa yang mendekatkan kita kepada rahmat Allah.

3.         Empat Kunci Kebahagiaan Seseorang - Rahsia kebahagiaan melalui pasangan yang baik, anak-anak yang berbakti, sahabat yang baik, dan rezeki yang diberkati.

Dalam lembaran-lembarannya, anda mungkin menemui cerminan hidup yang selama ini dicari, ilham untuk memperbaiki langkah, atau mungkin sekadar butir-butir hikmah yang menyentuh hati.

Siapa tahu, sebuah perjalanan baru mungkin bermula di sini, melalui panduan yang tidak hanya untuk dibaca, tetapi untuk dirasai dan diamalkan.








Nov 11, 2024

Al-Adab Al-Mufrad (Jilid Keempat)

Al-Adab Al-Mufrad (Jilid Keempat)
Penulis: Al-Imam Al-Bukhari
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-631-0
Kod: GB 0849
Saiz: 16.5 cm x 23.5 cm
Tebal: 256 m/s    
Teks: 1C
Berat: 0.5 kg
Harga: RM27.00/RM29.00

Sinposis:

AL-ADAB AL-MUFRAD (Jilid keempat) menghimpunkan  241 buah hadis Rasulullah SAW tentang ungkapan kiasan, bersalaman dan berpelukan, ucapan selamat datang dan lain-lain lagi. 

Antara tajuk hadis yang terdapat dalam jilid keempat ini: 

           Syair itu baik seperti perkataan yang baik, dan ada juga daripadanya yang buruk
           Tidak tergesa-gesa dalam urusan
           Ucapan ketika kebas atau kejang kaki
           Lelaki mencium anak perempuannya
           Hak seorang Muslim ke atas Muslim lain
           Mengetuk pintu dan meminta izin







*********************************
𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗽𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻
𝗽𝗲𝗿𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁:

𝗝𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝘀𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗼𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂:

********************************


Aug 19, 2024

Rahsia Kiamat dan Kronologi Alam Akhirat



(Sila klik video di atas 2 kali, untuk paparan lebih besar)

Rahsia Kiamat dan Kronologi Alam Akhirat
Penulis: Dr. Udah Mohsin
ISBN: 978-629-7556-97-0
Kod: GB0819
Saiz:   21.5cm x 14cm (Portrait)
Jumlah ms: 264 muka surat
Berat: 0.45kg
Harga: RM30.00/RM32.00*

SINOPSIS

Rahsia Kiamat dan Kronologi Alam Akhirat menawarkan pandangan mendalam mengenai hari Kiamat dan perjalanan manusia selepas kebangkitan dari Barzakh.

Mengupas pelbagai aspek penting yang berkaitan dengan hari Kiamat dan alam Akhirat. Antara topik-topik menarik dan mendebarkan:

- Tiupan sangkakala saat Kiamat.
- Kebangkitan semula dari kubur.
- Dahsyatnya Padang Mahsyar.
- Lima jenis syafaat Rasulullah SAW untuk umat Baginda.
- Penjelasan tentang timbangan amal di al-Mizan.
- Gambaran saat menyeberangi al-Sirat.
- Penjelasan tentang al-Qantarah, tempat di antara neraka dan Syurga.

Bersumberkan ilmu yang autentik, karya ini mendorong kita membuat persiapan dan mencari bekal akhirat dengan meningkatkan ketakwaan dan amal soleh. Satu panduan komprehensif bagi memahami lebih lanjut mengenai peristiwa akhir zaman dan kehidupan selepas kematian dalam Islam.

Tentang Penulis

DR. UDAH MOHSIN Mantan Profesor Madya di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mendapat pendidikan Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D) di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pernah menjawat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyemakan dan Penilaian Hadis (Lajnah Tahqiq Hadis) Kementerian Dalam Negeri sesi 2019- 2020, Ahli Jawatankuasa Pengawalan Akidah Majlis Agama Islam Selangor dan Ahli Jawatankuasa Panel Kajian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Rahsia Kiamat dan Kronologi Alam Akhirat merupakan karya kelapan beliau terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.








*********************************
𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗽𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻
𝗽𝗲𝗿𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁:

𝗝𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝘀𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗼𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂:

********************************

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...