.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406
Showing posts with label 1 novel remaja. Show all posts
Showing posts with label 1 novel remaja. Show all posts

Dec 27, 2018

Hantu Homestay

Siri Anas Anis:
Judul: Hantu Homestay
Pengarang : Mariam Sarbini
Kod: GB0525
Tebal : 128 muka surat

ISBN : 978-983-097-775-1
Harga : RM12.90 /RM14.90










SINOPSIS

Jaka dan Puspa adalah anak kepada sahabat baik ayah Anas dan Anis. Mereka diterbangkan oleh orang tua mereka dari Australia untuk menghabiskan cuti hujung tahun bersama Anas dan Anis. Anas dan Anis gembira dapat bercuti bersama kawan baharu.

Pada suatu hari, mereka dalam perjalanan ke utara tanah air untuk mengambil ibu Anas dan Anis dari berkursus. Kereta yang dinaiki mereka yang dipandu oleh ayah Anas dan Anis terlibat dengan kemalangan kecil. Mereka terkandas di kawasan sunyi. Waktu itu hari sudah lewat petang.


Mereka terpaksa bermalam di sebuah rumah inap. Kedudukan rumah inap agak ke dalam dan tersorok di tengah-tengah kawasan kebun buah-buahan. Rumah itu adalah sebuah rumah kayu lama seperti rumah yang mereka biasa lihat dalam filem-filem Melayu seram.
Di rumah itu, pelbagai perkara yang berlaku kepada Anas, Anis, Jaka dan Puspa pada malam tersebut.
Apakah kesudahan cerita ini?

Dapatkan HANTU HOMESTAY untuk mengetahuinya!







Feb 12, 2015

Misi Detektif Fateh 3

Novel: Misi Detektif Fateh 3
Penulis: Nazry Salam & Afiq Salam
Tebal: 144 ms
ISBN: 978-983-097-535-1
Kod: GB0329
Harga: RM10.00




SINOPSIS

Fateh adalah murid sekolah rendah yang terlebih IQ (dan berat badan). Atas desakan Iskandar, si penggila gajet, Fateh mula menunjukkan kebolehannya
membuat deduksi dan menyelesaikan kes misteri ala-ala Sherlock Holmes!


Fateh tersenyum. “Saya sudah tahu punca awak berwajah muram pagi
ini.”

Pantas Iskandar bertanya, “Apa dia?”

“Kawasan rumah awak tiada bekalan elektrik dari malam semalam sampai pagi
ini. Oleh itu semalaman awak kepanasan hingga tidak dapat tidur lena. Pagi
tadi, awak terjatuh dari basikal semasa dalam perjalanan ke sekolah.
Sekarang ini, awak datang jumpa saya untuk pinjam buku latihan Matematik
kerana awak tidak siapkan kerja sekolah.”

Iskandar terpana hingga terlupa bernafas!

Feb 11, 2015

Misi Detektif Fateh 2

Novel: Misi Detektif Fateh 2
Penulis: Nazry Salam & Afiq Salam
Tebal: 144 ms
ISBN: 978-983-097-534-4
Kod: GB0328
Harga: RM10.00





Sinopsis:

“Memang ada orang tinggal di rumah kosong ini,” jawab Fateh.

Salahuddin mencelah, “Siapa? Bagaimana dia mampu tinggal di sini tanpa
cahaya dan bekalan air?”

Iskandar pula bertanya, “Bagaimana jika dia penjenayah yang sedang
bersembunyi? Lebih baik kita keluar dari sini sekarang!”

Kedengaran bunyi ranting dipijak dari luar rumah! Mereka bertiga tersentak!
Suasana senyap sunyi. Kemudian kedengaran bunyi daun-daun dan lalang
dipijak! Semakin lama bunyi itu semakin hampir!

“Ada orang datang!” bisik Iskandar, menahan tangis.

Feb 10, 2015

Misi Detektif Fateh 1 - Misteri Tembikar 10 Juta.

Misi Detektif Fateh 1 - Misteri Tembikar 10 Juta.
Penulis: Nazry Salam & Afiq Salam
Tebal: 144 ms
ISBN: 978-983-097-533-7
Kod: GB0327
Harga: RM10.00





Sinopsis: Prang!

Tanpa diduga-duga, kedengaran bunyi pecah berderai dari pintu pejabat.
Fateh dan Iskandar segera berlari ke arah sumber bunyi itu.

Sebaik tiba di situ, Fateh dan Iskandar terlopong.

Tembikar YANG DIKAHABARKAN bernilai 10 juta dolar US itu sudah berkecai di
lantai! Serpihan tembikar menimpa buku-buku teks yang berserakan. Tidak
jauh dari situ, seorang murid perempuan sedang terduduk dan menangis
teresak-esak. Murid perempuan itu adalah Balqis, murid yang digelar Puteri
Sekolah!


Fateh adalah murid sekolah rendah yang terlebih IQ (dan berat badan). Atas
desakan Iskandar, si penggila gajet, Fateh mula menunjukkan kebolehannya
membuat deduksi dan menyelesaikan kes misteri ala-ala Sherlock Holmes!

Apr 8, 2011

Rahsia Hutan Belantara

Rahsia Hutan Belantara
Episod 2 (siri Pengembaraan Sains Tiga Beradik)
ISBN: 978-983-097-297-8
Kategori: Novel Remaja
Nurulsham Saidin
200ms/RM13/GB0123

Kisah ini berlanjutan dari novel Rumah Di Kaki Bukit. Setelah Tiga beradik- Zaim(abang), Zuraidah(aku) dan Junaidah (Joey) berjaya menyembunyikan emak dari mata orang-orang yang tidak dikenali itu, mereka telah kembali ke rumah sementara menunggu apakah tindakan selanjutnya.

Namun, tidak berapa lama kemudian, orang-orang itu datang lagi, kali ini bersama dengan Profesor Kamal yang mereka percayai!

Ayah telah membawa mereka lari ke hutan belantara. Di sana mereka berjumpa dengan Orang Asli, yang merupakan kawan ayah, Pak Cik Upik. Mereka kemudiannya telah bersembunyi di perkampungan Orang Asli tempat Pak Cik Upik tinggal.

Ikuti kisah selanjutnya berkenaan pengembaraan adik-beradik ini dalam Episod 2 Rahsia Hutan Belantara.




May 28, 2009

Janji Miftahul Raudhah


JANJI MIFTAHUL RAUDHAH
Sayidah Mu’izzah Kamarul Shukri
Novel Motivasi Remaja
ISBN 978-983-097-212-1
Tebal: 184 ms
Harga: RM15

Miftahul Raudhah berjanji dengan kakaknya Jannah untuk muncul cemerlang dalam akademik. Apabila kakaknya meninggal dunia akibat dibunuh oleh seorang wanita yang didakwa menderita penyakit jiwa DID sewaktu menuntut di Glasgow, Raudhah menanam cita-cita mahu menjadi pakar psikologi.


Dia mahu mengkaji lebih mendalam tentang DID dan mahu mengubati ibunya yang mengalami kejutan psikologi selepas melihat jenazah anaknya.

Raudhah yang mengambil 14 subjek, tertekan apabila dua sahabatnya Sharon dan Atiqah dapat masuk ke kelas elit untuk SPM sedangkan dia tidak dapat. Raudhah juga menjadi mangsa Tiga Minah Pengacau yang sangat benci dan dengki kepadanya.

Dalam satu insiden, salah seorang Tiga Minah Pengacau iaitu Nuyu, insaf apabila diselamatkan dari lemas oleh Raudhah. Nuyu menjadi rapat dengan Raudhah dan mereka berdua bersama-sama Sharon dan Atiqah bergandingan untuk mengejar keputusan cemerlang.

Di hujung cerita, Raudhah dan sahabat-sahabatnya berjaya naik ke pentas menerima anugerah pelajar cemerlang. Namun, selepas memenuhi ‘janji’ pada arwah kakaknya itu, Raudhah mengubah cita-cita untuk menjadi peguam selepas ibunya sembuh dari kejutan psikologi.


May 25, 2009

Kisah Om - Satu dalam 1000


SATU BULAN TIGA BINTANG
Ummu Hani Abu Hassan
Novel Motivasi Remaja
ISBN 978-983-097-207-7
Tebal: 184 ms
Harga: RM15

Om hanya remaja yang lemah, ditinggal pergi oleh Ibu dalam usia yang mentah. Bagaimana dia mahu menggalas tanggungjawab membahagiakan Ayah? Bagaimana dia mahu menjadi ‘bulan’ di tengah tiga ‘bintang’ – Abang Saiful, Abang Safwan dan Abang Syamil?

Eka Norviyanti…gadis cantik dari seberang, berbudi pekerti dan pandai mengambil hati. Kehadirannya mengukuhkan semangat dalam diri. Hinggalah tersingkap motif sebenar Kak Eka muncul dalam keluarganya, yang bagai melumpuhkan segala sendi!
Diari Ibu menjadi sumber motivasi. Namun, diari itu juga menyimpan sesuatu yang sukar untuk Om akui.

Ketika Umairah Sakinah (Om) sedang meniti usia remaja (15 tahun), ibunya meninggal dunia akibat penyakit kanser. Om menggalas tanggungjawab membahagiakan ayah dan tiga orang abangnya. Dia berusaha menjadi gadis yang matang, penyabar dan rajin buat kerja rumah. Om dibantu neneknya untuk menyelesaikan masalah. Diari peninggalan ibunya juga sedikit sebanyak membentuk diri Om menjadi gadis yang kuat semangat.

Kedatangan pembantu rumah dari seberang bernama Eka Norviyanti makin mengukuhkan semangatnya. Kak Eka, gadis cantik dan berbudi pekerti, pandai mengambil hati Om sekeluarga.

Sebagai anak gadis yang cantik, Om juga tidak lepas menjadi buruan peminat misteri yang menghantar surat berbaur cinta kepadanya. Namun, kerana teringatkan nasihat ayahnya, Om tidak melayan surat tersebut. Kakak Eka juga banyak memberi nasihat kepada Om supaya pandai menjaga dirinya.

Hubungan Om dan Kak Eka menjadi renggang apabila Om mendapat tahu bahawa Kakak Eka datang ke rumahnya adalah untuk berkahwin dengan ayahnya. Om sangat sedih lalu mengadu kepada Ustazah Nuridah, guru kelas yang amat disayanginya.

Perasaan marahnya pada ayah dan Kakak Eka kendur apabila Om membaca semula diari ibunya. Kakak Eka rupanya dipinang oleh ibunya dahulu sebagai pengganti jika ibunya meninggal dunia. Om dan dua abangnya dapat menerima kehadiran Kakak Eka sebagai isteri kedua ayah mereka tetapi abang ketiganya, Safuan menolak.

Tragedi besar berlaku apabila Safuan yang hampir dilanggar kereta telah diselamatkan oleh Kakak Eka. Kak Eka pula yang dirempuh kereta dan tidak sedarkan diri.

Perasaan sedih menyelebungi keluarga Om apabila diberitahu Kak Eka meninggal dunia. Orang yang paling sedih adalah Safuan. Dia menangis dan menyesal kerana bersikap terburu-buru menolak hasrat ayatnya berkahwin dengan Kak Eka. Om yang mulai sayang kepada Kakak Eka berasa tertekan kerana terpaksa menghadapi kehilangan kedua selepas ibu. Abang sulungnya, Saiful dan abang keduanya, Syamil memujuk Om dan Safuan tabah menerima takdir.

Satu berita gembira muncul setelah ayah mereka dimaklumkan bahawa Kakak Eka tidak meninggal dunia sebaliknya orang lain yang mempunyai nama hampir serupa. Mereka sekeluarga bersyukur kepada Allah. Ayah dan Kakak Eka akhirnya berkahwin.

Om juga mendapat tahu peminat misterinya selama ini adalah rakan sekelasnya sendiri iaitu Husaini. Dia berkongsi rasa lucu dengan ibu barunya, Kak Eka.

Kakak Eka mengatakan bahawa Om ‘satu dalam seribu’ kerana Om amat berbeza dengan gadis-gadis remaja lain. Om berjaya ubah dirinya menjadi gadis yang matang, berakhlak-mulia, rajin belajar serta menyayangi orang lain.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...