.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406

Nov 2, 2026

Misteri Dunia Tanpa Syaitan

MISTERI DUNIA TANPA SYAITAN
ISBN: 978-629-7929-25-5
Penulis/pelukis: Pakcik Bad
Kod: GB0952
Tebal: 128 ms
Saiz: 20.9 cm X 14.6 cm
Berat:
Harga: RM20.00/RM22.00

Sinopsis

Pernahkah, kita terbayang dunia yang kita duduki ini tanpa ada iblis dan syaitan? Wah, tentulah aman dan tenteram, kan? Kenapa Allah ciptakan iblis dan syaitan?

 


1

“Aku datang untuk membantu, kau pasti selamat … Okey, sekali ini saja aku ikut cakap kau.

Ha ha ha … bagus. Kalau mahu selamat, kau sujud kepadaku di dalam hatimu.”

 

2

Akhirnya, rahib muda mati kelemasan di usia yang sangat muda. Mati bergelumang dosa besar. Mati? Ya, mati! Siapa kata umurnya 100 tahun? Yang percaya sangat cakap syaitan tu siapa suruh?

“Itulah sebab aku selamatkan kau. Aku tak mahu kau mati syahid dan terus masuk syurga!”

“Setiap Mukmin yang mati syahid adalah bencana bagi aku! Aku mengharapkan kau panjang umur dan mengharapkan kau mati dalam suul khatimah dan masuk neraka.”

Awas! Hasutan syaitan tak mengenal mangsa. Malangnya mangsa yang tak kenal siapa syaitan!

Hanya pedoman agama sahaja yang dapat menyelamatkan kita daripada godaan dan hasutan syaitan. 







Oct 9, 2026

MUKHTASAR: RINGKASAN PENAWAR BAGI HATI

MUKHTASAR: RINGKASAN PENAWAR BAGI HATI
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-629-7929-24-8
KOD: GB 0951
Saiz: 16.5 cm x 23.5 cm
Tebal: 88 m/s
Teks: 1C
Berat:
Harga: RM15.00/RM17.00

 

DETAIL:

Buku ini meringkaskan isi kandungan kitab jawi berjudul Penawar Bagi Hati yang membincangkan berkenaan Ilmu Tasawuf untuk peringkat permulaan.

Ia dimulakan dengan pengenalan Ilmu Tasawuf secara ringkas diikuti dengan kaedah menjaga 7 anggota zahir iaitu mata, telinga, lidah, perut, kemaluan, tangan dan kaki.


Seterusnya diterangkan pula tentang 10 Sifat Mazmumah (tercela) yang mesti dijauhi dan diakhiri dengan 10 Sifat Mahmudah (terpuji) yang mesti diusahakan supaya ada pada setiap Muslim. 








Sep 25, 2026

Indahkan Solatku

Indahkan Solatku
ISBN: 978-629-7929-20-0
Penulis: Ustazah Naimah Yong
Kod: GB0948
Saiz: 6"x 9" (Portrait)
Tebal: 96 m/s
Berat:
Harga: RM15.00/RM17.00

Sinopsis

Solat ialah saat eksklusif seorang hamba berdiri menghadap Allah SWT. Namun, adakah kita benar-benar memahami apatah lagi menghayati setiap lafaz yang dibaca?

Indahkan Solatku hadir sebagai solusi praktikal untuk membantu kita memperbaiki dan menghayati solat melalui pendekatan tahriri—iaitu belajar dengan cara menulis, menyalin, membaca dan memahami setiap bacaan.


Buku ini membimbing pembaca secara langkah demi langkah, bermula daripada bacaan dalam wuduk, niat dan takbiratulihram, kemudian Al-Fatihah, rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, tasyahud, doa-doa dalam solat, hinggalah salam. Setiap bacaan disertakan terjemahan agar kita dapat memahami dan menghayati keindahan maknanya.








Memahami Ilmu 'Aqidah

Memahami Ilmu 'Aqidah
ISBN: 978-629-7929-23-1
Penulis: YM Ustaz Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaludin al-Azhari
Kod: GB0949
Saiz: 6" x 9" (Portrait)
Tebal: 56 m/s
Berat:
Harga: RM15.00/RM17.00

Sinopsis

Naskhah Memahami Ilmu ‘Aqīdah disusun untuk membawa pembaca memahami asas ‘Aqīdah Islam secara tersusun, ilmiah dan berdalil.

Daripada mengenal hakikat ‘Aqīdah, memahami
ḥukum ‘Aqlī dan kaedah pendalilan, hinggalah kepada Ma‘rifatullāh, Tauḥīd, Tanzīh dan sifat-sifat Allah SWT.

Dalam naskhah ringkas ini, pembaca diajak memahami asas di sebalik sifat-sifat wajib, mustaḥīl dan jā’iz bagi Allah SWT, serta bagaimana keyakinan itu dibina melalui dalil ‘Aqlī dan Naqlī.




Sebuah modul untuk mereka yang mahu beralih daripada sekadar mengetahui kepada benar-benar memahami, daripada Taqlīd kepada Ma‘rifah, dan daripada keyakinan yang mudah digoncang kepada keyakinan yang kukuh. 










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...